Friday, July 30, 2010

LOVE STORY....



SONG: LOB STORI
ARTIST: TEYLOR SWITCH
Agak lama sudah aku tak buat dedikasi lagu untuk pembaca blog ni... di sini aku nak share sebuah lagu dgn video clip yang menarik utk anda.... enjoy!!!!!

Thursday, July 29, 2010

KARANGAN YANG SANGAT MENGERIKAN...

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip
tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip. Pagi itu saya
bersarapan
dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk. Selepas itu
emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.

Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali
dengan
garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya. Kami berjalan sejauh
120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah. Lagi
8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru
dengan laju dari arah belakang. Dia melanggar emak saya. Emak saya
tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit "Adoi!".

Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut. Saya pun
turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar
lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju
iaitu sama dengan kelajuan cahaya. Kami pula terpaksa mengejar dengan
lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya. Emak saya
dapat menerajang tayar depan lori itu. Lori itu terbabas dan melanggar
pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang
semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah. Dia pun bertukar menjadi
Ultraman dan memfire pemandu lori. Pemandu lori menekan butang khas di
dalam lori dia. lori itu bertukar menjadi robot Transformer. Mereka
bergaduh di udara. Emak saya tidak puas hati. Dia pun terus menyewa
sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.

Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri
semula lalu terhempas ke jalanraya. Pemandu feri itu pecah. Pemandu
lori sangat takut melihat kejadian itu. Dia meminta maaf dari emak
saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih
marah. Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu
lori itu dengan kipas helikopter. Pemandu lori itu menjerit "Adoi..!"
dan jatuh ke bumi.
Emak say menghantar helikopter itu ke Genting Highlands. Bila dia
balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan
beg tangannya sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa
Inggeris. Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap
orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke
ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu. Semua anggota polis di
pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni
tempat kejadian kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cubamenyuraikan orang ramai lalu dia menjerit
menggunakan pembesar suara. Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.
Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih
ramai lagi yang akan mati. Di pasar, emak saya menceritakan kejadian
itu kepada penjual daging. Penjual daging dan peniaga-peniaga
berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati. Saya
dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat
sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.
Itulah kemalangan yang paling ngeri yang pernah saya lihat sebelum
saya mati.

-----

KARANGAN NI AKU DAPAT DARIPADA RAKAN FORUM KEKEKEKE LAWAK AKU RASA SO, AKU SHARE NGAN KORANG KAT SINI.... PSYCHO GILER BUDAK BUAT KARANGAN NI....
Apa2 pun enjoy dulu video kat bawah ni...

Tuesday, July 27, 2010

I JUST DISCOVER THAT MY FAVORITE JUNK FOOD IS NOT "HALAL".. HOW ABOUT YOU?

Kekekekek lama aku tak menulis di dalam bahasa english.. aku rasa english aku ni dah semakin kamikaze jadinya,,,, ni rentetan masa perjalanan menonton konsert double trouble ari tu.. dlm perjalanan tu aku ada ckp ngan member seperjalanan iaitu en. takilala dan awg raem (dua2 ni band member Manggas) pasal makanan ringan kegemaran aku... selain mee goreng (ni masuk makanan ringan ker?) dan maggi asam laksa...pringles potato chip juga adalah diantara yang termasuk didalam list aku.... kekekekekek dari sini baru aku perasan yang potato chip ni takder tanda halal... dan bila en. takilala check kat portal halal mmg ada kata yang produk ni tak halal... isk.... aku p kedai check mmg ada certain perisa yang ada logo halal dan ada yang tiada.,.. perrgghhh baru aku tau....
Masa ni tetiba aku terfikir akan minuman yang teringin aku nak rasa pasal ada member2 blogger yang selalu mention kat blog diaorang... minuman tu tak lain tak bukan ialah minuman bundaberg... abg. ben & en.ijau selalu buat entri pasal minuman ni dan sekaligus aku cop sebagai peminat bunderberg di kalangan rakan2. Dari yang kitaorang check kat situ mengatakan bahawa bunderberg ni haram.. kerana mengandungi perwarna yang berasal daripada crush insect.. isk... biar betul.. apa2 pun mari kita nantikan respon dari rakan2 kita.. pasal aku tak pernah nampak lagi pun botol minuman bunderberg...

p/s: aku sedang draft review konsert double trouble tempohari... kasi sikit masa kat aku arrr byk gambar nak aku upload ni kekekekekeke
------------------------
edited: kat sini ada share ngan korang link citer pasal crush insect food coloring
1. http://hamzajennings.com/2008/08/01/e120-haram-food-colouring/
2.http://www.food-info.net/uk/qa/qa-fi45.htm

Friday, July 23, 2010

ROAD TO DOUBLE TROUBLE....

Entri ni adalah autopost.... masa ni aku sedang bertolak utk pergi ke Tawau untuk menyaksikan acara sepeti yang tertera kat poster di atas... ikut jalan darat bersama anggota manggas en. takilala & raem (waimi tak jadi ikut la...) Harap semua perjalanan akan berjalan dgn lancar.... nanti aku update pasal perjalanan ni ok... Yearrrgghhh 1000++ KM to go..... \m/!!!!

Thursday, July 22, 2010

BULAN RAMADHAN BAKAL TIBA LAGI... APA PERANCANGAN ANDA?

Tup tap tup tap tak sangka bulan Ramadhan a.k.a bulan puasa utk umat Islam akan bakal tiba tidak lama lagi.. kekekek pasti ramai di antara anda sudah mula membuat persiapan untuk menghadapai bulan mulia? aku tahun ni mula sudah merangka bajet dan rancangan utk dilakukan sepanjang musim bulan puasa ni... aku kira nak cari side income kekekeke apa rancangan aku tu nanti la aku cerita kat korang kekekekekekekeke.. korang ada idea ker camner nak buat duit sempena bulan puasa ni? beribadat sambil mmenjana ekonomi kita kekekek sharekan idea anda kat ruangan komen... chow!!!!

Wednesday, July 14, 2010

PUNK ROCK JALANAN

Sejak dua tiga hari ni.. telinga aku asyik menangkap melodi lagu ni... ntah aku pun tak tau lagu ni lagu sapa.. but agak catchy jugak la kekekekeke aku check kat youtube pergghhh versi dangdut pun ada.... kalau korang tau ni lagu sapa kasi tau aku ya.. layan.... aku sertakan lirik dan chordnya sekali utk korang hehehehehe



Punk Rock Jalanan

G          Bm        C        D    G
sungguhku menyesal telah mengenal dia
G          Bm        C      D   G
dan aku kecewa karna menyayanginya
G          Bm        C         D      G
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya...

reff:
G              D          Em           Bm
kusimpan rindu dihati gelisah tak menentu
C              G               D
berawal dari,kita bertemu kau akan kujaga
G             D           Em           Bm
kuingin engkau mengerti betapa kau aku cinta
C              G               D
hanya padamu aku bersumpah kau akan kujaga sampai mati
G                D           Em                 Bm
kuingin tau siapa namamu dan kuingin tau dimana rumahmu
C            G          D
walau sampai akhir hayat ini...
G                D         Em                Bm
jalan hidup kita berbeda aku hanyalah punk rock jalanan
C                   G                 D
yang tak punya harta berlimpah untuk dirimu sayang...

*
G                 D     Em            Bm
kutunggu kau kutunggu kunanti kau kunanti
C         G             D
walau sampai akhir hayat ini (2x)


G                   D     Em               Bm
kukira kau setia padaku ternyata kau menduakanku
C         G             D
diriku akhirnya tak menduga...
G                  D     Em                  Bm
kukesal kini kualami perjalanan cinta selama dulu
C         D       G
kukira kau bosan padaku...
C         D        G
ternyata kau menduakanku..


G       Bm        C          D      G
dulu kau berjanji akan sehidup semati(itu gombal!!)
G         Bm      C       D     G
dan aku kecewa karna menyayanginya
G        Bm       C       D        G
dan aku tak akan mengulang kedua kalinya

Back to reff
Back to *

Thursday, July 8, 2010

AFSCHEID WORLD CUP 2010!!!

Baru abis tengok separuh akhir world cup.. maka dengan ini berakhirlah perjuangan pasukan germany utk kepusingan akhir.. apa2 pun tahniah untuk pasukan Spain atas kemenangan 1 - 0 menentang Germany.. semoga kemenangan berganda menemui kalian (EURO & WORLD CUP)....

Bagi aku semua pasukan yang layak telah melakukan usaha yang terbaik utk memenangi piala dunia kecuali France... kekekekekeke

Kedua - dua pasukan pilihan aku Germany & Japan sudah out.... So, nanti final aku kena la tengok siaran astro ceria utk menceriakan hati diri sendiri wakakakakaakaka Hail Germany.... Banzai Japanesse!!!!

Wednesday, July 7, 2010

AKU HANYA SEKADAR INGIN MEMBANTU

Pada semua... tolong la member kita sorang ni dah desprate sangat dah ni... air tu dah sampai ubun - ubun dah.. baik bertindak sebelum meletup....

Thursday, July 1, 2010

KING KONG MOVIE - REMAKE AGAIN!!!!!

Aku adalah seorang peminat movie King Kong... Dengan movie ni la aku rasa pertama kali (dan terakhir..) bapak aku bawa aku kat panggung wayang masa kecik2 dulu. Isk ingat betul aku babak king kong tu panjat bangunan then kena tembak dan jatuh perrrgghhhh mmg emo abis.... movie ni kena remake beberapa kali....
antaranya tahun 1976...
sila layan trailernya kat bawah ni...



sampai ada sequelnya lagi tahun 1986.. King Kong Lives...


kekekekek 19 tahun kemudian iaitu tahun 2005 Peter Jackson mengambil langkah berani untuk membuat semula cerita pasal monyet besar ni..... sila layan trailernya kat bawah ni...


memang pecah panggung jugak la movie ni.. aku sendiri tak lepaskan peluang untuk pergi ke panggung gara2 nak layan movie ni ternyata aku puas ati.... tapi aku tak tau plak baru ni may 2010.. ada producer berminat nak remake movie ni... perrgghhhh mmg nak lawan avatar la ni.. isk kalau ada 3D mesti gempak punya... sekali wa tengok dia punya trailer pergghh memang maut la.. sampai encik Kucing Ijau tak sabar2 nak belanja aku pergi ke panggung utk menonton filem lagenda ini.... apa - apa pun korang layan dulu trailernya.. yang bestnya producer ni mengambil langkah radikal di dalam pembikinan movie ini. Apa lagi jom kita layan.....


Jangan hairan... effect tersebut disengajakan dengan alasan untuk preserve keKLASIKkan movie King Kong itu sendiri kerana ianya dibuat buat pertama kalinya pada tahun 1933. Jadi ianya dibuat bukan sahaja khas untuk pengemar filem King Kong malahan ianya dibuat bertujuan untuk mengamit semula zaman 1933 perrghhhh sungguh realistik kesan khas zaman purba mereka. Apa2pun layan dulu trailer King Kong 2010 ni... cun tak?? mmg cun la... pasal memang real giler dia buat kekekekekekeke mmg macam zaman 1933 kalau tak caya cuba korang layan plak trailer King Kong 1933



apa yang membuat lebih extreme ialah King Kong 2010 tidak di buat di dalam bahasa English!!! Pergghhhh malahan produksi terbaru ini juga penuh dengan aksi horror seperti adegan menyanyi di atas kapal, awek pegang setandan pisang.. perrgghhhh mmg real la... fakcai....

errr utk lebih byk info dan soalan trivia anda boleh melawat blog peminat setia (lagi fanatik dari aku) iaitu en. Ijau kerana dia juga ada buat entri pasal ni kekekeke  sila klik SINI utk lawat blog beliau (more info dan photo)..

Sebenarnya kami dapat inspirasi buat entri ni adalah gara2 membaca blog serius obefiend...