Tuesday, December 14, 2010

HYSTERIA 2010: THE ORIGIN

Hysteria Dari Kiri : Mawi (Bass), Kai (Gitar), Stone (Drum), & Jairo (Guitar & Vocal)

 Hari tu aku pernah citer pasal revival band aku Hysteria yang kini sudah ditukar namanya kepada Mi Scusi. Tujuan utama penghidupan Hysteria ini hanyalah untuk menemukan kembali jalinan persahabatan yang sudah sekian lama terputus ekoran komitmen masing - masing. Semua ni adalah atas usaha serius En. Mawi yang mana beliau telah begitu komited menjejaki line up yang lain hehehehehe.. di awal sesi jamming Hysteria Revival ni kami telah menggunakan khidmat Cho dari Mi Scusi untuk menggalas posisi gitar bagi menggantikan saudara Kai yang belum berkesempatan untuk bersama kami. Sesi jamming masa tu berjalan dengan lancar dengan memainkan playlist yang biasa kami mainkan suatu masa dahulu.

Walaubagaimanapun, baru - baru ini, 11/12/2010 Kai yang telah lama menghilang berpeluang untuk beraksi bersama di dalam sesi jamming suka - suka yang dianjurkan oleh saudara Mawi. Tiada apa yang aku expect dari sesi jamming kali ni.. Kai awal - awal dah declare yang dia dah bertahun lamanya tak pegang gitar dan dah lupa hampir keseluruhan playlist yang pernah kami main... Aku rasa Kai tak bersama kami lebih 10 tahun. Namun aku tetap teruja dengan kehadiran beliau.

Sesi jamming hari tu dimulakan dengan lagu cover dari Sex Pistol - Silly Thing yang mana mmg sudah menjadi lagu pemanas badan suatu ketika dahulu hehehehehe aku nampak Kai agak kekok untuk memulakan riff - riff punk kegemaran beliau. Selepas tu kita orang bantai plak lagu Misfits - Some Kinda Hate dan diteruskan dengan lagu Rancid - Journey Through The End.... macam - macam lagu di main kan semula dari Astro zombies (the Misfits) hinggalah lagu cover dari The Pilgrims (Celebrating Mother) & Future Primitive (Friends... Suck!!!).. Agak santai suasana jamming ari tu hehehe tanpa tekanan biarpun terang - terangan mainan kitaorang agak berhambur dan bercelaru.. hehehehe aku pun banyak dah lupa lirik ...

Kami tidak merancang untuk pergi jauh setakat ni memandangkan Mi Scusi telah pun menyambung legasi Hysteria ini... Takder planning nak buat lagu dan takder planning nak main kat gig.. apa yang pasti ialah kami pasti akan bertemu lagi di sessi jamming yang akan datang insyallah.... just for fun dan hang out with kawan lama... banyak memori yang kami tempuhi bersama dan memori itulah yang mengeratkan persahabatan kami. Lantas aku terkenangkan semasa hari pertama Minggu Wawasan Siswa (orientation) di ITM Kampus Sabah Julai 1996 (kalau tak silap aku) di mana aku, Mawi & Stone bertemu untuk pertama kalinya dan idea untuk menubuhkan sebuah band terus tercetus.. perrgghhh cepat sungguh masa berlalu....

Friday, December 10, 2010

UNTUK MENGUBATI HATI YANG KECEWA...

Thursday, December 9, 2010

PROMOSI FOTO KAHWIN

SEMPENA CUTI SEKOLAH NI MMG BANYAK ORANG NAK KAHWIN. OLEH ITU AKU INGIN MENAWARKAN KHIDMAT MENGAMBIL FOTO KAHWIN DENGAN HARGA YANG MENARIK.... (SERIUS PUNYA NI....) INFO AKU KALAU BERMINAT... CHEERS...


p/s: gambar di atas sekadar ilustrasi....