Showing posts with label Resepi Rahsia a.k.a secret recepies. Show all posts
Showing posts with label Resepi Rahsia a.k.a secret recepies. Show all posts

Tuesday, December 2, 2008

LAMB CHOP EXTREME AGGRESSION [versi Hannibal Lecter]

Masa aku explore laptop adik aku last aku terjumpa gambar masa last day of bulan ramadhan tahun 2006.  Kat dalam folder tu ada gambar aksi aku memasak resepi aku yang paling cult sepanjang zaman... hahahahah apa lagi kalau bukan Lamb Chop kegemaran seisi keluarga. Masa tu kami buat majlis berbuka puasa dikalangan kazen - kazen yang tinggal berdekatan dan masing - masing bawa masakan paling cun dorang untuk disantap bersama. So, aku tanpa segan silu mempersembahkan Lamb Chop untuk di desecrate seisi keluarga...

Korang nampak asap berkepul - kepul tu... fuhhh bau dia .. kuat bau serainya bisa menggugat iman yang sedang berpuasa.

Aku rasa masa tu aku tersimpan lebih kunyit sampai nampak sangat warna kuningnya... marinade pun main express jak tapi juadah tu tetap licin sebelum masuk waktu sembahyang Isyak...

Lepas makan Lamb Chop sempat amik gambar rumah dari luar sambil tengok budak - budak main mercun...

Ni gambar dari depan...

--------------------------------------------------------------------------------

Di pendekkan cerita resepi lamb chop aku hari tu direka khas selepas aku tengok cerita The Hannibal... hahahaha resepi cedok sikit dari travel channel plus dicampur adukkan dgn citarasa aku.. tak tau la sedap ka tidak...

Ok Bahan - bahannya: (ni untuk marinade 6  kg lamb shoulder)

10 biji bawang putih (di kisar)

5 biji bawang merah (di kisar)

3 biji bawang putih (di kisar)

4 batang serai (di kisar)

2 sudu besar serbuk kunyit

Halia korang bajet la aku tak reti nak explain sukatannya (di kisar)

Garam + ajinomoto + madu lebah secukup rasa

1 botol kecil HP sauce

1 botol kecil A1 sauce

1/2 botol kecil lea perrins sauce

1/2 botol mint sauce (kalau korang suka boleh tukar ngan black pepper)

3 sudu serbuk lada putih

3 sudu serbuk kari daging

1/2 botol kecik minyak zaitun

sudah siap semua bahan - bahan tu korang gaulkannya sehingga sebati pastu kasi campak la daging tu kat dalam campuran tu dan kasi perap sekurang - kurangnya 3 jam (paling ngam perapkan selama satu malam)

So, bila dah ready apa lagi korang bakar la sambil masa bakar tu korang sapu2 la lebihan minyak zaitun or air marinade tu kat daging tu supaya ianya tidak terlampau kering.. paling best kalau korang kasi masak medium rare.. fuh terangkat wah cakap lu!!!

Untuk sos cicah masa makan eerrr pandai - pandai korang tapi kalau malas2 nak buat korang amik sos cili or tomato then gaulkan dengan mint sauce.. pun jadik juga tu..sekian untuk kali ni.. selamat mencuba...

Friday, November 21, 2008

BUTTER PRAWN

Gambar: Sekadar Hiasan... ahaks

BAHAN - BAHANNYA:

1 kg udang
1 sudu teh garam 
1 kg minyak untuk menggoreng 
 250 gm mentega tawar (unsalted butter) 
6 pelepah daun kari (daun shj) 
5 ulas bawang putih (cincang) 
6 biji cili api (cincang) 
8 biji kuning telur 
250ml susu cair penuh krim 
½ sudu teh serbuk perasa 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh sos ikan 
¼ sudu teh serbuk pati ayam 
1 sudu besar gula 

CARA - CARA MEMASAKNYA:

Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan. 

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

-----------------------

Hahahahah lama dah aku tak share resepi - resepi masakan aku ngan korang... So, apa lagi pi lah ambik pancing dan terus tangkap udang untuk dimasak.. heheheheheh harap2 sedap hehehehe Cheers!!!

Monday, September 8, 2008

Ayam Asam Pedas

Sempena Bulan Ramadhan ini, aku nak kongsi kemahiran memasak aku ngan korang... hehehehehe selain daripada bermain music aku juga sebenarnya minat memasak. aku pernah bercita - cita nak jadi tukang masak tapi tak kesampaian....
So, Sebagai permulaan aku share resepi ayam masak asam pedas ngan korang. enjoy!!! :) Jgn jadik ayam kurang asam sudah la....


Bahan-Bahan:
½ ekor ayam dibersihkan dan dipotong-potong

2 keping asam gelugur
1 cawan minyak masak
1 ikat daun kesum
Gula dan garam secukupnya
2 cawan air 10 tangkai cili kering, digiling
6 biji bawang merah,

1 sm halia,
digiling Sedikit belacan,
digiling 4 tangkai cili merah,
digiling 2 ulas bawang putih,
digiling 1 sm kunyit basah, digiling


cara - cara memasaknya:

Panaskan minyak di dalam periuk. Tumis bahan-bahan giling hingga garing. Masukkan ayam dan air. Masak hingga mendidih. Masukkan asam gelugur, gula, garam dan daun kesum. Kacau hingga rata dan biar hingga betul-betul masak baru diangkat.

so, apa lagi ngkorang tunggu p la tangkap ayam kat reban tu.....