Friday, February 3, 2012

BUSKER YANG BERBUSKING



Sejak akhir - akhir ini area Kota Kinabalu dilanda demam BUSKING.... Tiba - tiba sales ukelele meningkat naik. Sebenarnya ini adalah satu perkembangan yang sihat. Kalau dulu pemusik jalanan di pandang serong namun kini ramai yang nak jadi busker...

Tapi setakat mana, attitude seorang pemusik jalanan itu hadir dalam jiwa seseorang busker... kalau dulu setahu aku busker ini adalah pemusik underground yang menentang arus mainstream dimana kreativiti musician dikawal oleh syarikat rakaman. Namun sekarang ni artis AF pun busking... adakah industri musik kita sudah semakin terbuka?? ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa???

Sekarang aku ingin fokus kepada konteks di Kota Kinabalu plak, setahu aku di Kota Kinabalu hanya ada seorang yang benar2 seorang busker ataupun pemusik jalanan.... aku tau/nampak (tapi tak kenal) uncle ni sejak aku kecil lagi era tahun 80'an. dari dulu hingga kini dia masih berada ditempat yang sama bermain alatan kegemarannya iaitu sebuah biola.
Uncle ni korang boleh jumpa dia di kaki lima berdekatan dengan klinik Dr. Suzain menuju ke arah Bangunan Wisma Merdeka, Kota Kinabalu.

Tujuan aku menulis ni bukan nak memperlekehkan para busker2 kat Kota Kinabalu, ada di antara mereka juga terdiri daripada rakan2 aku. Ada diantara mereka juga pernah aku join sekaki berbusking di salah sebuah shopping mall di Kota Kinabalu.



Persoalannya... setakat mana keinginan korang nak berbusking.. adakah setakat nak ikut trend? nak tackle ciki? nak cari duit? minat(bullshit)? apa kata sekali sekala kita busking join uncle biola tu amacam?? Kalau korang tanya aku? hehe aku tak suka busking2 ni aku lebih prefer stage performance hahahaha baru la glamer

bukan nak meninggi diri tapi terus terang la aku cakap kalau nak berbusking ni korang kena mempunyai vocab or music library dlm otak yang luas... penguasaan alat musik yang baik, suara tak payah adjust kat mixer pun sedap.... malangnya aku takder semua tu hehehehehehe tulah aku tak suka busking2... menempel kat tepi2 orang busking main kastenet boleh la hehehehehehe.

Sebelum aku ingin mengakhiri entri kali ni aku nak share ngan korang video2 bebudak kat negara jiran kita busking... boleh tahan juga drg ni.. true talent!!!!!!
 
 ---

------
cubalah anak2 kecil peminta sedekah di bandar kota kinabalu sama macam drg ni maka hidup mereka mungkin akan lebih baik.


yang ni plak versi orang dewasa....





Tuesday, January 31, 2012

PERKARA YANG BAKAL DITEMPUHI OLEH PASANGAN YANG BARU BERKAHWIN...



Masa mula - mula couple... org dok sibuk tanya bila nak tunang,
bila dah tunang orang plak sibuk tanya bila nak kahwin,
bila dah kahwin orang plak sibuk tanya bila plak nak ada anak,
bila dah ada anak orang akan tanya plak bila nak tambah anak...
pas dapat anak lagi orang tanya bila nak dapat menantu,
bila dah dapat menantu di tanya plak bila nak dapat cucu...
pastu tak nak tanya lagi pasal soalannya tinggal

" NGKO DAH DAPAT CUCU THEN BILA LAH NGKO NAK MAMPOS"

hahahahahahahahaha
---
Oh yah untu yang baru kawin selamat menhadapi cabar kat sini aku nak kasi tips sikit utk memudahkan anda menempuhi cabaran itu kelak....

Kalau dah dapat anak... sila ready dan tandakan kalendar anda.. ni penting untuk baby anda!!!!


Biasakan posisi anda untuk tidur seperti gambar di atas...

Biasakan juga hidung anda dengan bau - bau sebatian seperti diatas...

-
-
-
-
-
Kepada yang baru nak kahwin tu sila check pasangan anda betul2 supaya tak jadi seperti gambar kat bawah ni
.
 .
.
.
.

...



Thursday, January 26, 2012

DILEMA SEORANG WIRA GITAR....



 Aku terpanggil untuk menulis entri ni gara2 ada satu perdebatan mengenai seorang hero gitar yang dikatakan bertaraf legend telah mengupdate status FB beliau dengan kata2 yang panas membakar telinga para hero - hero gitar facebook.

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai akaun facebook acapkali di tag oleh rakan - rakan anda untuk mempamerkan kemahiran mereka bermain alat musik dalam bentuk video. Bagi aku tiada masalah dengan mereka ni malah aku kagum dengan keberanian dan kecekalan mereka di dalam arena pergitaran ni. Dalam tempoh 17 tahun bermain gitar secara jujurnya aku tak pernah mempunyai kekuatan untuk merakam video aku sedang bermain gitar secara solo. Kalau secara berkumpulan mungkin ada berberapa itu pun masa show2 aku bersama dengan band2 aku. Terus terang aku cakap... walaupun dah 17 tahun main gitar tapi aku ini bukan seorang yang mahir bermain solo2 gitar.... power chord tu boleh la... asal dapat main lagu2 yang aku suka.

Berbalik kepada kisah hero gitar tadi... beliau sebenar rasa berbulu dengan sesetengah gitaris yang baru pandai main lagu hotel california dah tag beliau video2 segala... sebagai guitar pro yang kenal semua artis mana la layak korang nak tag dia video - video picisan korang...

Bagi aku perkara ni sangat subjektif.... AKU TAK SALAHKAN MANA2 PIHAK.. ITU HAK MASING2. sebagai contoh aku , aku tak kisah kalau kawan2 tag aku pasal nak promo business dorang kat aku or letak link kat wall aku.. aku hanya akan marah ngan kutu2 MLM login fb dapat duit.. itu hak aku sebagai salah seorang pengguna fb di dunia ni. Mungkin ada pihak kata tak patut aku aku kata tak baik pasal mereka kalau tak suka ignore jer... tapi kalau dah ignore sekali buat tak faham masih jugak cekal nak promo.. dah free2 kena maki....

Berbalik lagi kisah gitar tadi... sebagai penguplot tegar video kat lama fb or youtube korang patut bersedia bahawa akan ada pujian dan kutukan bakal anda  terima... So, jangan la melenting kalau ada orang kata cara anda main salah suck.. macam tahi... dll... mmg hati sakit beb tapi kalau takut ombak jangan buat rumah ditepi laut. Kalau aku, aku akan lihat kutukan itu dari sudut positif... mungkin ada benar kutukan tersebut dan jadikan ia cermin utk kita memperbaiki diri... aku banyak kali juga di kutuk di cerca pasal lagu2 aku macam tahi.. tapi takper aku anggap itu sebagai prihatin supaya aku buat lebih baik...

Ada baiknya kita kontek org2 tersebut terlebih dahulu minta permission dia tag video2 anda untuk di komen bukan main tag terjah jer... satu lagi kalau anda tak suka di tag sila disable function TAG di account privacy anda heheheheheheheheheheheh kan aku dah ckp perkara ni subjektif....

p/s: kepada gitaris2 otai plak jgn la terlalu besar kepala ... hilang dan hanyut dengan sanjungan orang lain sampai diri sendiri tak tau dimana nak berpijak... be humble anda akan lebih dihormati.... tak payah la canangkan anda audition sana2 sini kalau anda benar2 berbakat anda terperlu kasitau semua tu ... orang yang tolong anda sebarkan....