Pada zaman dahulu ada seorang petani yang bernama Jaka Tarub. Dia tinggal sebuah pondok buruk berdekatan dengan sebuah sungai. Oleh kerana kehidupannya yang serba kekurangan sehinggakan hendak memohon rumah PPRT pun tidak layak atas sebab tanah yang di duduknya itu bukan atas namanya. Beliau tinggal seorang diri sebatang kara tanpa orang yang tersayang disampingnya dan menyara hidupnya dengan melakukan aktiviti mengambil upah mengerjakan sawah penduduk di sekitar tempat tinggalnya. Disamping itu, demi meningkatkan pendapatan si Jaka ini juga menangkap ikan di sepanjang sungai berhampiran dengan rumahnya.
Hendak dijadikan sebuah cerita, di sebuah Kota Kayangan ada sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja. Raja tersebut mempunyai 7 orang puteri yang cantik dan gebu (ala.. biasalah kalau dalam citer2 camni mesti tuan puterinya cantik – cantik paling cikai pun macam Eva Mendez). Untuk pengetahuan korang, setiap 29 hb Februari puteri – puteri kayangan ini akan turun ke bumi untuk mandi si sebuah sungai di sana. Menurut cerita orang kat sana kononnya lah air sungai di bumi tu boleh membuat wajah mereka tu awet muda bak disapu ngan produk keluaran SK II. Aiseh… mahal tu kalau nak pakai SK II tapi nak kekal cantik punya pasal dorang pigi jugalah ke bumi untuk mandi – manda sambil dorang bikin dorang punya family trip…
Si Jaka meneruskan rutin hidupnya yang serba bosan, lepas pergi ke ladang terus menangkap ikan, lepas menangkap ikan terus pergi ke ladang. Begitulah kitaran hidupnya yang berulang – ulang dan Cuma susunan aturcaranya saja yang bertukar – tukar… kalau pagi ke ladang maka petang la dia ke sungai sebaliknya. Seperti biasa disuatu petang yang tenang, Si Jaka pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Hatinya sangat gembira apabila melihat air sungai yang tenang dan jernih, dalam hatinya berkata “hari ini pasti banyak ikan yang akan ku tangkap… hehehehehehe… “ .
Baru saja ia hendak menjejakkan kakinya ke bibir sungai untuk menebarkan jalannya, tiba – tiba Si Jaka terdengar suara sekumpulan wanita berketawaan diiringi dengan bunyi air berkocak. Jaka mencari – cari dari manakah arah bunyi tersebut. Siapakah yang bermain di sungai pada waktu begini? Ia bertanya di dalam hati. Sedang dia meraba – raba untuk mencari line yang clear demi mendapatkan angle yang terbaik… Jaka terjumpa sekelompok kain di letakkan di tepi sungai. “Isk… Dorang tak pakai baju ker?” Tanya di dalam hatinya dengan nada separuh ghairah. “Isk… takkanlah…” beliau mendapat persoalan itu sendiri. Suara hilai ketawa riang itu semakin jelas kedengaran dan Jaka semakin menghampiri arah suara itu sambil di tangannya memegang kain yang dijumpainya tadi. Dengan tidak semena – mena…
Akan bersambung… hehehehehe