Aku agak pelik sedikit dengan kehadiran LIF BOMBA di setiap bangunan... adakah lif tu untuk bomba jer? org lain tak leh pakai.. polis nak guna kena ada lif polis... kalau kebakaran kita tak bole guna lif kena guna tangga. So, apalah kononnya guna lif bomba tu? hehehehe aku tau la bomba tu bukan saja berfungsi sebagai pemadam api.. tapi banyak lagi la... contohnya ari tu rumah aku ada sarang tebuan tanah.. hehe panggil bomba minta tolong removekan sarang tu... kalau ada kemalangan pasukan bomba jugak la yang kena panggil... sebenarnya entri ni aku bukan nak cerita pasal lif bomba tapi aku nak cerita pasal lain....
Baru2 ni aku ada urusan kat spital kerajaan... kat mana spital tu tak payahlah aku nak mention... apa yang aku nak tulis ni bukannya nak kutuk mana2 cuma aku nak cerita pengalaman aku di dalam berurusan dgn pihak hospital kerajaan. kalau korang p spital mesti korang perasan ngan amalan 5 S yang di praktikkan oleh pihak pengurusan hospital mmg bagus jugak la pasal ni boleh meningkatkan kualiti perkhidmatan. Walaupun layanan staff hospital kira boleh tahan... takde aku kena jururawat yang masam muka... staff semua bagi layanan bagus persekitaran pun bersih.
Namun satu yang aku tak berkenaan ngan sistem birokrasi yang berlaku kat spital ni. Eventough tak la teruk sangat tapi perkara ni patutlah dibuang terutamanya dijabatan - jabatan kerajaan. Ada urusan yang sepatutnya mudah jadi susah gara2 amalan birokrasi ni. Katakanlah kita nak masuk wad... aku memohon utk ditempatkan ke wad kelas pertama atas faktor keselesaan dan tak la kekok sangat kalau ada sahabat handai dan saudara mara yang datang melawat. Benda ni aku kena turun naik lif sampai 3 kali.... kalau nak masuk 1st kelas kena ada surat dari jabatan kalau kakitangan kerajaan... tapi kalau org tu masuk hari sabtu takder surat jaminan pasal opis tutup tak boleh nak proceed.. kena tunggu Isnin baru boleh masuk. Bagi aku perkara ni boleh dipermudahkan dengan cukup menunjukkan kad jabatan then surat jabatan tu boleh di beri kemudian apabila opis dah buka pada hari Isnin. Ini tidak kena tunggu isnin jugak baru boleh masuk. Aku paham la jugak staf2 spital tu hanya menjalankan tugas dan takder la aku nak marah2 kat dorang.
Pastu satu hal... aku tanya camner nak urus masuk wad 1st kelas ni... aku kena tanya kat kaunter pendaftaran pastu aku turun la ke kaunter pendaftaran... amik number beratur... sampai giliran aku mention apa urusan aku. then aku kena suruh pigi atas balik tanya kat drg sama ada boleh masuk ker tidak... ada wad kosong ke tidak... then aku tak banyak cakap aku naik balik kat atas tanya org kat atas... drg kata boleh masuk n ada wad kosong... then aku kata proceed la... heheheh drg last2 suruh aku p bawah lagik untuk check in... isk isk... turun bawah kena amik number lagik... korang nampakkan camner benda ni boleh dipermudahkan? kat opis tu ada telepon kalau takat nak tanya apa salahnya staff kat bawah tu call kat wad atas tanya status pesakit dan kekosongan bilik 1st kelas kan mudah urusan... aku tau la situ hospital dan bukannya hotel yang kita suka hati nak check in check out.. tapi kononnya ada ISO certified. semua tu kononnya nak ikut ISO standard la kot ntah la... tapi bagi aku ni adalah dari budi bicara pegawai bertugas... empahty.... dan keprihatinan.
Walaupun dapat masuk ke wad kelas pertama tapi urusannya taklah selicin yang disangka... aku nak kasi tau kat korang kalau korang tu pegawai kerajaan dan korang takde experience masuk wad ni korang kena sedia surat jaminan dari majikan korang baru korang boleh pigi proceed masuk wad 1st kelas. Then jangan lupa bawa depositnya sekali.Aku takder nampak cacat celanya akan sistem yang dibuat oleh pihak hospital. Masalahnya cuma keprihatinan aku tau bukan aku sorang jer yang korang nak layan... tapi kalau semua org korang layan gitu apa kes?
Lepas discaj dari wad... lepas seminggu kena datang review untuk tengok progress then aku datang... seperti biasa kena isi borang lagi... padahal semua data dah ada kat dorang... ok la tak banyak mana pun kena isi.. aku akur tetiba diberitahu kena stay lagi kat spital isk isk masuk wad lagik.. tapi kali aku rasa mudah la berurusan pasal ari tu dah masuk then masuk balik everything fixed la sudah... masuk wad staff kat wad tu dah kenal dah.. then seperti biasa drg minta aku berurusan ngan kaunter kat bawah.. tapi kali ni aku dah tau trick dia.. aku tanya la keadaan macamana boleh masuk kat wad 1st class ker (kalau keadaan korang serius drg tak kasi masuk wad 1st kelas... drg letak kat wad kes yang perlu attention)then tanya ada kosong ker tidak.... dah tanya semua ok then aku turun... kat bawah tanya boleh masuk tapi drg minta lagik surat jaminan... uiks minggu lalu dah kasi pastu kali nak kasi lagi? kan ker surat tu valid selama 3 bulan.. ni baru seminggu takkan dah expired kot.. kan ker segala urusan check in yang aku buat akan di masuk ke dalam rekod penama yang sama... then drg boleh rujuk balik surat tu.... aku usha2 rupanya boleh guna surat yang diphoto copy.. uiks lagi la pelik takkan la drg takboleh rujuk rekod minggu lalu?
Alasan yang aku terima simple jer.. mmg prosedur dia macam tu? then aku argue punya argue pasal macam tak logik la nak surat tu sampai dua tiga kali... urusanpun bukannya dah berlalu dua tiga tahun.. kalau itu wajarlah... ini baru minggu lalu.... last2 baru la aku tau drg ni malas nak rujuk2 fail ni... isk bz konon byk org dia kena layan... isk jadi aku ni tak payah la di layan sebagai pelanggan.. duit deposit dah ada dalam tangan pun drg taknak layan? hahahah ni la karenah birokrasi.... apa pendapat korang? korang ada pengalaman yang berbeza? bagi aku ni la pengalaman aku yang pertama menjadi mangsa karenah birokrasi... perkara ni patut dihapuskan... Rakyat Didahulukan Pencapaian Diutamakan....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Labels
ANDROID GAME
(2)
AWARDS
(2)
Charity
(3)
IRON MAIDEN SINGAPORE
(9)
KOLEKSI KARANGAN
(3)
My Band
(25)
My Family
(2)
My Gadgets
(12)
My Hobbies
(26)
My REVIEW
(34)
MY WEDDING
(3)
NEWS
(36)
NONSENSE
(68)
OPINION
(30)
OTHERS
(15)
RAMADHAN SPECIAL
(7)
Resepi Rahsia a.k.a secret recepies
(14)
SEASON GREETINGS
(17)
SHARING
(175)
SIRI BERCAKAP DENGAN SUPERHERO
(3)
SONG / VIDEO DEDICATION
(21)
SPECIAL ISSUES
(2)
TAG
(2)
Terkenang Semasa Dulu....
(1)
VACATION
(15)
WORLD CUP 2010
(2)
9 comments:
klu aku, mmg dah lama ngamuk dpn kaunter tu... sbnrnya jai semua ni bkn masalah birokrasi, prosedur mahupun bab 5S atau ISO, tp sbnrnya masalah staf tu yg bg alasan sbb dia malas, sbb skrg ni dah ada "no-wrong-door-policy" diperkenalkan oleh MAMPU...
disebabkan masalah bbrp staf k'jaan, semua perkhidmatan awam dipandang serong oleh masyarakat
ni baru hospital, belum lagi ko berurusan ngan pejabat tanah. lagi ngeri.
macam tu ke?...Emm aku rasa aku pun dah biasa kena kerenah cam ni kalau berurusan dgn pejabat kerajaan....Bukan semua la.. tapi memang ada...
aku ok ja tu hr, hospital yg sama aku rasa.
sebenarnya drg ni ikut situasi... kalau org yang tau apa benda yang perlu di prepare mmg urusan berjalan lancar... tapi macamana dgn 1st timer... drg tak patut la suruh org turun naik apa salahnya bantu pelanggan...
senang cerita seperti ijau ckp.. DORANG MALAS
ni yg aku malas kat malaysia ni. terlalu byk birokrasi/protocol dsb... kalau nak isi borang, kena huruf besar, x bleh guna liquid paper la, pen kena dakwat hitam dan macam2 lagi laaa...
mcm hg kata, byk benda boleh dipermudahkan tapi malas la, selalu buat mcm ni la, protocol la... byk sungguh alasan.
setakat ni aku limited experience tapi apa yg aku penah kena mmg aku menyampah! tu malas nak balik malaysia ni... hehehe
dr. wan... hujan emas di negeri orang hujan batu di negeri sendiri... lebih baik kat negeri sendiri.. heheh isk betul ker?
birokrasi adalah dinding pemisah masyarakat dengan pemerintahan
hey your blog design is very nice, clean and fresh and with updated content, make people feel peace and I always enjoy browsing your site.
- Joe
Post a Comment