Wednesday, November 4, 2009

BELACAN: KARENAH BIROKRASI



Kalau baru - baru ni aku ada buat entri pasal Lif Bomba: Karenah Birokrasi... aku nak sambung lagi cerita birokrasi ni berikutan daripada sesuatu yang aku terbaca kat surat kabar baru - baru ni... Sebelum tu korang baca la dulu apa cerita yang aku baca kat surat kabar tu...



Penjual belacan mangsa birokrasi


KETIKA mula-mula saya tonton berita seorang mak cik tua yang disaman kerana belacan, saya memuji penguasa tempatan yang begitu tegas menjalankan tanggungjawab. Pada masa sama, terselit juga perasaan kasihan terhadap mak cik terbabit yang ingin mencari rezeki dengan menjual belacan.

Kalau difikirkan juga bagaimana mak cik itu tahu yang belacannya tidak mengandung 25 peratus protein, dan kalau ditanya pun apakah protein kepadanya, memang beliau pun tidak tahu.

Bukan niat saya hendak mempersoalkan undang-undang tetapi biar berpada. Mungkin mak cik itu boleh diberi amaran atau tunjuk ajar yang betul menjual belacan, bukan dengan menghukum sedemikian rupa.


Saya juga terfikir jika tindakan yang begitu tegas terhadap mak cik yang hanya menjual RM2.50 sepaket.

Apakah agaknya tindakan kerajaan terhadap kakitangan awam yang meluluskan dua set komputer riba berharga RM9,000 satu set dengan harga RM84,000 atau satu liter minyak petrol dengan harga RM300.

Pelbagai lagi harga barangan yang tidak masuk akal seperti dalam Laporan Ketua Audit Negara. Tentu duit yang digunakan itu daripada cukai rakyat. Kita sekarang dihujani pelbagai kempen integriti dalam kehidupan walhal sebahagian mereka yang berkuasa hanya memandang enteng perkara itu.

Mungkin integriti ini hanya untuk mak cik yang menjual belacan, penjual burger dan penjaja makanan. Baru-baru ini juga Cuepacs yang mewakili kakitangan awam inginkan bonus sekurang-kurangnya dua bulan gaji.

Adakah adil kerajaan tahun demi tahun memenuhi segala kehendak mereka tetapi setiap tahun juga Laporan Ketua Audit Negara mendedahkan pelbagai tuntutan yang tidak munasabah.

Ingin juga saya lihat mereka yang tidak bertanggungjawab ini dihukum tetapi apakan daya kuasa bukan di tangan saya. Mungkin Laporan Ketua Audit Negara hanya laporan tahunan semata-mata.

K ISMAIL,
Taman Saga, Mentakab.


sumber: Berita Harian

Hahahahahaha kesian aku ngan mak cik tu.. benda ni sepatutnya kita guna budi bicara kita sebagai manusia yang menjalankan dasar.... Dimana EMPATHY kita sebagai manusia... dah mmg dia salah tapi kasi amaran jerlah suruh dia amik sijil ker lesen ker dan apa2 yang patut... Oleh itu, ini pesanan aku kepada semua pegawai - pegawai kerajaan dan terutamanya bahagian penguatkuasa... kurang2kanlah karenah birokrasi di dalam perkhidmatan kita. Kan PM dah kata hari tu 1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan...



4 comments:

Unknown said...

biasa bila dah berkuasa..semua benda yang lalu dilupakan terutama kesusahan kehinaan yang dialami ketika meniti perjalanan nemdapatkan kuasa....

Ijau D. Koceng said...

pepatah org dulu2... seekor kerbau bawa lumpur, habis semua terpalit. 2-3 org pegawai penguatkuasa yg buat salah, habis semua penjawat awam dipersalahkan

tp jai, biasala kan... org akan nmpk yg negatif dulu, yg positif2 org xpandang dan jarang masuk berita walhal lg byk berbanding negatif

yg ni namanya bkn karenah birokrasi tp hukum alam :D

Takilala said...

berapa harga belacan binsulok skrg aaa?

Anonymous said...

Sangat barang bagus.