Thursday, January 26, 2012

DILEMA SEORANG WIRA GITAR....



 Aku terpanggil untuk menulis entri ni gara2 ada satu perdebatan mengenai seorang hero gitar yang dikatakan bertaraf legend telah mengupdate status FB beliau dengan kata2 yang panas membakar telinga para hero - hero gitar facebook.

Mungkin ada diantara anda yang mempunyai akaun facebook acapkali di tag oleh rakan - rakan anda untuk mempamerkan kemahiran mereka bermain alat musik dalam bentuk video. Bagi aku tiada masalah dengan mereka ni malah aku kagum dengan keberanian dan kecekalan mereka di dalam arena pergitaran ni. Dalam tempoh 17 tahun bermain gitar secara jujurnya aku tak pernah mempunyai kekuatan untuk merakam video aku sedang bermain gitar secara solo. Kalau secara berkumpulan mungkin ada berberapa itu pun masa show2 aku bersama dengan band2 aku. Terus terang aku cakap... walaupun dah 17 tahun main gitar tapi aku ini bukan seorang yang mahir bermain solo2 gitar.... power chord tu boleh la... asal dapat main lagu2 yang aku suka.

Berbalik kepada kisah hero gitar tadi... beliau sebenar rasa berbulu dengan sesetengah gitaris yang baru pandai main lagu hotel california dah tag beliau video2 segala... sebagai guitar pro yang kenal semua artis mana la layak korang nak tag dia video - video picisan korang...

Bagi aku perkara ni sangat subjektif.... AKU TAK SALAHKAN MANA2 PIHAK.. ITU HAK MASING2. sebagai contoh aku , aku tak kisah kalau kawan2 tag aku pasal nak promo business dorang kat aku or letak link kat wall aku.. aku hanya akan marah ngan kutu2 MLM login fb dapat duit.. itu hak aku sebagai salah seorang pengguna fb di dunia ni. Mungkin ada pihak kata tak patut aku aku kata tak baik pasal mereka kalau tak suka ignore jer... tapi kalau dah ignore sekali buat tak faham masih jugak cekal nak promo.. dah free2 kena maki....

Berbalik lagi kisah gitar tadi... sebagai penguplot tegar video kat lama fb or youtube korang patut bersedia bahawa akan ada pujian dan kutukan bakal anda  terima... So, jangan la melenting kalau ada orang kata cara anda main salah suck.. macam tahi... dll... mmg hati sakit beb tapi kalau takut ombak jangan buat rumah ditepi laut. Kalau aku, aku akan lihat kutukan itu dari sudut positif... mungkin ada benar kutukan tersebut dan jadikan ia cermin utk kita memperbaiki diri... aku banyak kali juga di kutuk di cerca pasal lagu2 aku macam tahi.. tapi takper aku anggap itu sebagai prihatin supaya aku buat lebih baik...

Ada baiknya kita kontek org2 tersebut terlebih dahulu minta permission dia tag video2 anda untuk di komen bukan main tag terjah jer... satu lagi kalau anda tak suka di tag sila disable function TAG di account privacy anda heheheheheheheheheheheh kan aku dah ckp perkara ni subjektif....

p/s: kepada gitaris2 otai plak jgn la terlalu besar kepala ... hilang dan hanyut dengan sanjungan orang lain sampai diri sendiri tak tau dimana nak berpijak... be humble anda akan lebih dihormati.... tak payah la canangkan anda audition sana2 sini kalau anda benar2 berbakat anda terperlu kasitau semua tu ... orang yang tolong anda sebarkan....

4 comments:

Ijau D. Koceng said...

lg best jai ada satu group FB (yg aku dan ko ada join) siap blh gaduh pasal benda2 mcm ni hahaha mmg lawak baca komen2 yg ada, mcm komen penyelamat dunia

btw, gmbr hiasan last tu mmg ganas...

JAIRO said...

hahaha komen penyelamat dunia tu yang power hahahahahahahah...

nasib la org yang memaki tu orang yang di sanjung kalau ndak mmg kena gang bang gitaris otai tu hehehehehehe

speedrider said...

nasib baik aku dah retired. kalau tak malmsteen pun nangis

kordi hensem said...

macam kenal aje sape orang tersebut...