Showing posts with label My Band. Show all posts
Showing posts with label My Band. Show all posts

Thursday, January 28, 2010

Sepetang Bersama Manggas 2010

Pergh tadi petang (27/01/2010) sesi jamming terakhir kitaorang bagi persediaan untuk gig Breaking The Silence yang bakal dilangsungkan pada sabtu ni (30/01/2010). Overall sesi praktis tadi agak santai di mana kita orang buat susun atur playlist dan apa2 yang patut dan tak patut di buat masa perform nanti. Asalnya aku bawa tape recorder tadi kononnya nak rakam sesi jamming tu tapi malangnya masa kami masuk studio isk amp tu blow la.. ni kompom sebelum kami masuk studio tu dah kena belasah... isk mmg agak kecewa... nasib kita orang boleh kata sudah kira tight la utk perform kalau tak mmg kena cari studio lain la utk praktis....
Kami praktis 2 jam but setengah jam terakhir kami main santai2 sambil cover lagu - lagu rock lama.. macam lagu semalam yang hangat, jerangkung dalam almari, balada pemuzik jalanan dan lagu favorite aku So Lonely dari band Loudness... \m/

Oh yah sebelum aku terlupa... aku nak ucapkan terima kasih la kepada sambutan suam - suam kuku dari kawan - kawan terhadap entri aku sebelum ni mengenai lirik lagu terbaru Manggas.. Thanx banyak - banyak untuk pak cik kordi kerana ada mention pasal manggas jugak kat entri blog beliau.. thanx a lot... Untuk cik Ayu plak aku minta maaf kerana aku rasa tak dapat tunaikan permintaan ngko regarding link download... ni kena terus kat encik takilala pasal dia yang manage hal ehwal band manggas. Pada aku sebenar kitaorang tak la kisah sangat kalau korang nak download lagu2 kita orang secara free... kami tak kisah sebenarnya.. malahan ada orang yang hendak membeli demo Manggas yang terdahulu pun kami galakkan mereka ni cari jer orang yang ada demo tu then copy la cd tu hehehehe pasal dah out of stock. hehehe korang nak percaya ataupun tidak sebenarnya aku sendiri pun takder simpan EP tu hehehehehe.



satu lagik aku nak mention kepada cik ayu... heheheh kebetulan split rilis Manggas ngan sebuah kumpulan death metal dari Kota Kinabalu iaitu Inside telah dikeluarkan baru2 ni oleh Label Derangement Projet so kurang syok plak kalau aku kasi link download hehehe nanti bising en. Sharul (owner label) kat aku hehehehehe kalau korang nak dapatkan rilis tu boleh la berhubung terus ngan en. Sharul via maispes beliau. Tapi Cik ayu..  kalau ngko nak lagu Mi Scusi (band punk aku) aku boleh bagi hehehehehehehe promo sikit Klik SINI nak tau lebih lanjut.



p/s: thanx to en. IJAU kerana sudi tolong aku translatekan lagu Su Puratism tu....

Wednesday, January 27, 2010

MARI KITA SING A LONG PADA 30/01/2010 NIE....

Sempena gig Breaking The Silence Jan 2010 nie, Kami dari band Manggas sempat membuat sebuah lagu baru yang ilhamnya (bukan c6) datang secara tiba - tiba. Sebenarnya kami mmg dah praktis 2 lagu baru.. kira kali ni fresh la nak perform lagu ni... org belum pernah dgr...  last minit plak drg ni (masa tu aku ponteng praktis) ada idea nak buat lagu baru.. last2 lepas jamming joad inform kat aku ada satu lagik lagu baru hehe kalut juga aku nak catch up hehehehehe..... takat ni playlist yang bakal kami bawakan utk gig nanti ialah Haus Sarbatus, Sumpah Puaka, Deathrobe(lagu tak berapa baru), Total Tabak Bauta / turus - turus putih (lagu tak berapa baru juga hehehe), Kuraya: Supuratism (ni la lagu baru yang aku kata) dan Batin Keramat... kalau nak dengar lagu2 manggas bolehlah klik kat SINI. hehehehehehe Joad ada kasi aku lirik lagu baru Kuraya: Supuratism utk dikongsi bersama kononnya mana2 yang sudi pada masa gig tu bolehlah sing a long sama..... sila hayati liriknya....

KURAYA: SUPURATISM

impunkan balangikung
kurapakki basidia
lakati cucul
marakki lampung

jantah dipajahi
adatu unggat unggat
adatu mangurayap
umbani kalakati

lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus
Mammam!!!

kabat tia tabuk
urak tia lampit
bakumpal bakumut
batangkumus

bakataran kalampian
mangurising malangsing
lidut lunda paigu

talangkan pandidip
adatu tarabang
adatu mamius
umbani chelapa

lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus
Mammam!!!


Words: Joad (26 Jan 2010) 


--------
Heheheheh napa? tak paham? kekekekek actually lirik ni dibuat dgn menggunakan bahasa Melayu Brunei... maklumlah kita orang mmg kuat jati dirinya konon la heheheheheh errr tajuk supuratism ni kalau tak silap aku dah dibuat sejak tahun 2002 tapi lirik siap tahun 2010 fuh lama jugak nak siap lirik hahahahahaha. Apa - apa pun jangan lupa support Manggas dan band - band lain masa gig tu nanti ya... cheers

Tuesday, January 26, 2010

AKSI PANAS AKU UTK PEMBUKA TAHUN 2010



Ok ckp byk tak guna!!!! Kalau nak tengok aksi panas ni sila datang ke Dewan Serbaguna Tanjung Aru Sabah pada 30/01/2010 jam 4.00 petang. Aku ngan rakan2 bakal mempersembahkan satu aksi yang boleh membuat anda semua kejang otot tengkuk selama seminggu... tak caya? marilah pakat datang ramai - ramai.... Rugi korang tak datang pasal masa tu kitaorang akan mainkan 3 buah lagu baru !!!!

Monday, August 10, 2009

SEPETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS: KELISA GINO FOR SALE!!!!

Petang sabtu yang lalu raem jordison ajak aku p praktis ngan member band death metal yang tak seberapa best iaitu band Manggas kat studio kegemaran kitaorang iaitu studio Beaufort Rock City. Agak lama aku tak pigi studio... hehehe nampaknya semakin meriah la studio ni heheheheh rambut en. blair owner studio pun makin panjang....

Macam biasalah kitaorang jamming lagu2 baru sambil waimi tetiba ajak kitaorang main lagu yang agak lama kitaorang tak bawa dalam sesi latihan iaitu lagu Haus Sarbatus... hehehehe kira lagu Haus Sarbatus ni la yang menaikkan nama manggas di arena music keras tempatan selain lagu Batin Keramat. Honestly, mmg kitaorang dah lupa lupa kacang (ibarat kacang lupakan kulit tapi kami tak lupa diri).

Fakta ni terbukti dengan reaksi encik joad yang terkial2 masa part solo walaupun tugasnya hanyalah sebagai gitar kedua... heheheh raem jordison jangan ckp la HAHAHA sejak main ngan band Horror Punk yang terkenal Mi Scusi stroke dia mmg macam drummer punk abis hahaha lintang pukang di buatnya... aku sorang jer steady hahaha hakikatnya aku lagi fail... mmg lupa lirik dan kod... langsung terpadam dari memori hahahaha... we manage to solve this problem setelah membuat dua kali percubaan untuk refresh lagu tu...  biarpun tak begitu smooth tapi aku yakin dua kali jamming lagik mmg boleh tight balik...

Tak banyak perubahan playlist yang kitaorang praktis pada hari tu... hehehe lama jugak kitaorang bercuti. overall adalah lagu baru dan 2 buah lagu lama iaitu haus sarbatus dan batin keramat. Mungkin ni adalah playlist kitaorang untuk our next performance. Bila next performance tu biarla rahsia dulu.... belum ada comfirmation... nanti kalau dah kompom aku info kat korang...


Biasalah jamming berjalan lancar hehehe tali bass hari masih baru heheh sedap tangan aku mengentel tali bass tu heheheh cymbal pun baru... jenama paiste lagik tu... yang membuatkan aku ingat cymbal drummer Iron Maiden Nicko.... dengan lagu cover Jerangkung Dalam Almari... Joad kasi peluang aku nyanyi lagu tu biarpun aku mmg lupa lirik hahahahaha gasak jerlah.... sesi jamming hari ditutup dgn lagu batin keramat dan kami terus berarak ke kedai mamak yang berdekatan bagi menenami waimi untuk makan roti canai...

Ok la mata aku dah mengantuk... nak tido.... masa lepak kat kedai mamak aku nampak keta waimi ada sticker FOR SALE ... heheh biar betul dia nak jual? keta dia ni boleh tahan juga cantiknya.. kalau aku mmg sayang nak jual... tak tau la napa tetiba dia nak jual.... errr harga dia kat nak jual RM 38k keta ni dah takder loan kat bank... dah abis bayar dah.... hehehehehe kalau korang berminat boleh la usha gambar dia kat bawah....  heheheheheh mengikut waimi dia dah listkan keta ni kat mudah.com.. cubalah korang usha kat mudah utk berunding ngan empunya keta.... ok la bye.. cheers.... jumpa lagik



















Thursday, July 30, 2009

SEPETANG BERSAMA KUMPULAN MI SCUSI: SESI LATIHAN PERTAMA DGN DRUMMER BARU

Agak lama aku tak up date blog aku.. apatah lagi update cerita pasal band aku... errr padahal tujuan mula aku buat blog ni ada untuk promotekan band aku Mi Scusi... errr last2 citer pasal mi scusi takder la banyak sangat tercatat dalam blog ni.... heheheh mungkin pasal org2 dalam band Mi Scusi ni semuanya pemalu - pemalu belaka (hahaha mcm sial). Kalau korang yang ikut perkembangan blog ni pasti korang perasan yang citer aku ngan band Manggas lagi banyak banding ngan Mi Scusi hehehehehehehe. 

Mi Scusi Yang Terumbang Ambing Tanpa Pemain Drum. *zul cucuk hidung sebagai alert H1N1

Ok la baru - baru drummer asal yang mana antara orang yang bertanggungjawab di dalam penubuhan band  Mi Scusi En. Mie Evilyn telah mengambil keputusan untuk keluar dari Mi Scusi atas faktor komitmen beliau terhadap kerja. Beliau merasakan amat sukar untuk membahagikan masanya untuk sesi latihan yang dibuat seperti selalu.... Sebagai langkah terbaik bagi beliau dan juga band dia mengambil keputusan utk keluar isk walaupun dah kitaorg pujuk2 rayu dia tetap ngan keputusannya... Oleh itu, dengan berat hati kitaorang terpaksa juga lepaskan dia... nak paksa camner kan dah dia ngaku yang dia tak boleh komit... isk paksa2 pun tak guna.. at least dia terus terang la kat kitaorang tak main lesap gitu jer.... aku tau tindakan beliau tu untuk kebaikkan band juga.

Dlm Kenangan Mie Evilyn Bersama Mi Scusi

Aku berat hati nak lepaskan si Mie ni bukan pasal apa... untuk pengetahuan korang, line up Mi Scusi terdiri daripada aku, zul cho dan mie ada gandingan yang paling mantap pernah aku jumpa sejak aku terlibat ngan band pada tahun 1996.. line up ni la yang paling happening, satu kepala, sporting dan paling best chemistry kitaorang mmg sebati.... kekadang main kenyit2 mata dah tau apa yang mau dikatakan (statement ni aku ekzejeretkan sikit hehehe).. korang boleh bayangkanlah bertapa kamcingnya kita orang.... zul dan cho tu dah boleh diistiharkan sebagai kembar siam... ke hulu ke hilir mmg mereka berdua jer... sampai aku kadang2 risau drg ni kena gelar pasangan gay yang bahagia hahahahahahaha (zul & cho jangan mawwwraah taw... cayunk korunk kakakakakaka)

Atas sebab tu kami membuat pemilihan untuk mencari penganti drummer kesayangan kitaorang tu.... memang banyak nama dalam list kita orang termasuk en Rahman yang pernah jadi replacement drummer hampir setahun ngan Mi Scusi pasal masa tu si Mie pergi study kat Semenanjung Malaysia. Si Rahman ni mantap jugak.... dia pernah main drum ngan metal tersohor dari sabah Mantak.... rasanya satu or dua album kot dia feature. Tapi si rahman ni macam 2 kali 5 jugak sibuknya... isk .. kitaorng berpendapat kalau ambik rahman senang nak praktis pasal dia mmg dah tau lagu dan konsep musik kitaorang.... huhuhuhuhuh takder jodoh ngan dia la.... bingung jugak aku.. nasib la ada bini aku kasih sokongan moral supaya bersabar hehehe kalau tak mmg dah aku call Nick Baker main drum untuk Mi Scusi... isk nasib phone aku abis bateri kalau tak mmg dah sah dah Nick Baker la yang ganti si Mie ni hehehehehehe.

Last2 aku luahkan perkara ni ngan encik Joad selaku orang kuat band Manggas.. hehehe dgn baik hatinya beliau mencadangkan seseorang untuk menjadi pemain drum kitaorang yang baru.. heheh aku tak sangka dia rekemen nama tu kat aku.... dia cadangkan nama raem jordison yang mana beliau juga adalah pemain drum kepada band Manggas.... isk tak pernah terpikir aku raem akan main ngan Mi Scusi... Then aku call raem dgn semudah abc dia bersetuju utk berkhidmat sebagai drummer kita orang .. malahan cadangan aku utk mengambil si raem ni telah disokong penuh oleh cho dan zul.... malahan mie juga menyambut baik keputusan itu. Maka baru2 ni satu sesi latihan telah diadakan bagi penyelaraskan sebatian chemistry antara kami berempat.... hahahahahah nasibla si raem ni peramah orangnya dgn tersenyum sepanjang masa (tak horror langsung hahahaha) senang jer boleh follow ngan kerenah antu dua ekor tu hahahaha... zul & cho jgn ckp la drg dua ni lagi terlebih2 peramah.... pantang nampak cashier cantik terus tegur.... hahahahaha.

Zul berasa gembira dan ceria setelah Mi Scusi dapat Drummer Yang baru

Malam tu sesi jamming hanya konsentrate ngan 3 lagu iaitu Sometime I Feel Like A Vampire, Extreme Satisfaction, & Sundal Bolong memandangkan si raem ni belum begitu familiar ngan lagu2 kami... tapi dalam tempoh dua minggu yang aku kasi dia dgr sound kita org kat maispes mmg dimanfaat sebaik mungkin.. ni yang aku suka ngan raem kalau kasi assignment mmg siap punyer... mmg takder masalah bagi beliau.. cuma mula2 beat beliau terlebih laju.. hehehe maklum la biasa main lagu death metal tetiba main lagu slow tu yang haru tu hahahahaha tetapi keadaan masih terkawal....

Nampak Zul Gembira Cho Turut Merasa Riang hahahahaha

3 Lagu tu 2 lagu dah ok dah raem bedal cuma sundal bolong dia agak sedikit blur hehehehehe tapi aku yakin next session mmg boleh tangkap punya.... pada masa tu juga kami mengambil kesempatan utk praktis sebuah lagu yang baru aku buat 3 bulan yang lalu dan belum pernah di bawa jamming kat studio... cuma musicknya saja dah siap lirik belum lagi.. tajuk pun tarak.... Joad ada mencadangkan agar lagu tu diberi tajuk "Drummerku Diambil Orang..." uiks  macam menyindir jer bunyinya hahahahahahah... tapi seperti biasa lagu baru nak buat.. masih banyak part yang perlu diimprove hehehehe takper kita akan giat berlatih utk kasi perfect..

Heheheh sempat jugak aku ambik gambar.... aku tak banyak nyani.. tekak aku sakit masa tu....

Memang santai abis la sesi latihan kitaorang pada masa tu.. takder pressure... mungkin aku anggap sesi kali ni adalah sesi suai kenal raem ngan line up yang lain dan syukurla semua telah berjalan dengan lancar. Raem sememangnya takder masalah utk mingle around ngan sekumpulan orang yang tak berapa betul mcm kita orang hahahahahahahah .. aku takder masalah pasal mmg dah satu band ngan raem since 1998 lagik... hahahaha mmg dah sebati... ngan zul & cho nampaknya takder masalah... aku harap chemistry ni akan bertahan hehehehehe

Jeng jeng jeng... ni la En. Raem hehehehehehehe

Dipenghujung sesi latihan kami akhir ngan main cover lagu2 rock dari kumpulan Search.. heheh ni takder masalah ngan Cho yang mana dia ni mmg selalu memenuhi sirkit kugiran orang kawin di sekitar kampungnya.... hehehehehehe... kami bantai dua lagu jer.. lagu langit dan bumi dan Balada Pemuzik Jalanan. dan keputusan ujian untuk raem pada malam tu.. hehehehe dia mmg lulus dengan cemerlang... drumming dia mmg sgt bertenaga... pukul snare satu kampung boleh dgr hahahahaha.... sekian terima kasih....

Ni lah Line Terbaru Mi Scusi. Dari Kiri Cho - Guitar, Zul - Bass/ Vocal, Raem - Drum, Aku - Guitar / Vocal

Thursday, April 30, 2009

TOP TEN SONGS LIST YANG KITA ORANG COVER MASA JAMMING...

Dimasa permulaan munculnya band aku di sekitar tahun 1996, aku ngan kawan2 masa tu selalu jamming dihujung minggu... benda ni melarat sehingga tahun 1997 yang mana aku masuk kat ITM Sabah... masa tu la jejak permulaan penubuhan band Mi Scusi aku ni. Dulu sebelum guna nama Mi Scusi kita orang pakai nama Hysteria... Aku nak share ngan korang top ten song list yang kita orang wajib cover kalau perform or jamming... carta ni dari nombor sepuluh hinggalah yang pertama... rasanya lagu2 ni masih di cover (kalau berkesempatan) dalam mana2 sessi latihan or performance Mi Scusi... adakah antara lagu tu yang korang sukai?
10. Tajuk: Have Your Ever Seen The Rain
Artist: CCR (tapi kita orang selalu cover versi Ramones)
09. Tajuk:Liza & Louise
Artist: NOFX
(lagu ni best tapi tak jadi top 5 pasal aku tak berapa suka nyanyi lagu ni aku rasa mcm susah heheheh... suka dgr jak)
08. Tajuk: Listed M.I.A
Artist: Rancid
(lagu ni selalu aku jer yang buat silap.. heheh semput aku nak nyanyi.. plus english aku yang tunggang langgang.. bantai la bukannya aku nak ikut akademi pantatsia)
07. Tajuk: Runaway
Artist: Del Shanon
(ntah napa cover lagu ni.. sebelum The Pilgrims kuar lagu cover ni aku dah minat lagu ni... mmg cita rasa aku lagu2 oldies kot heheheh)
(live version)
(video clips version)
06. Tajuk: Ruby Soho
Artist: Ruby Soho
(hahahaha mmg taraf lagu wajib ni... sampai dua tiga kali main masa jamming.. all time fav)
05. Tajuk: Roots Radical
artist: Rancid
(ni jgn ckp la... cuma ngan genarasi kedua line mi scusi ni tak pernah cover walaupun semua line up dia sukakan lagu ni.. errmm tak tau la napa tak cover... mungkin pasal kami dah byk lagu sendiri kot...)
04. Tajuk: Journey to the End of the East Bay
Artist: Rancid
03. Tajuk: Angelfuck
Artist: The Misfits
(lagu ni sampai sekarang masih kita orang cover since 1996 till now... tak kira la masa jamming ker masa live.. kira mmg ada di cover punyer)
02. Tajuk: Some Kinda Hate
Artist: The Misfits
(lagu ni lagu wajib kita orang kalau buat warm up masa jamming ataupun masa sound check kat stage... juga di cover since 1996 & kami tak pernah bosan ngan lagu ni)
01. Tajuk: Astro Zombies
Artist: The Misfits
(all time favorite... sebelum tido pun dgr lagu ni hahahahahaha... lagu misfits yang pertama kita orang cover di sepanjang hayat band ni ditubuhkan.. jugakbermakna lagu misfits yang paling lama berada dalam playlist kita orang... sehingga kini juga jadi lagu kegilaan kami di pentas... begitu juga dgn crowd yang tengok show kami!!!!)
Baiklah sekian, terima kasih... itu saja utk hari ini...
p/s: video kat bawah ni.. Astro Zombies versi My Chemical Romance... Dedicated utk kawan mat emo aku Faust, Latios, Bijak Sinner, Lutfie, & En. Catas... korang layan la lagu ni sambil kelar lengan...
------------------------------------------------------
manakala lagu yang aku suka secara personal tapi tak gemar nak di cover oleh band member yang lain.... tak tau kenapa... lagu ni tak best kot?
lagu ni tajuknya SILLY THING dinyanyikan oleh kumpulan SEX PISTOL... kali terakhir cover lagu ni dalam tahun 2003 kot.. tak ingat dah lama tak main.. isk isk isk tapi aku masih ingat lagu ni sampai sekarang.

Monday, April 20, 2009

SEPETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS

Photobucket

Sekadar Hiasan

Gambar kat atas tu adalah en. raem sedang tersengih apabila aku snap muka beliau ngan camera dslr canon 450d milik Joad.. (fuh member sekarang ni semuanya main dslr dah). Sebab utama beliau tersengih adalah disebabkan oleh Joad yang mengofferkan baju Balzac kat beliau dgn harga rm50 (henci)... Joad jual baju tu pasal baju8 tu bertaraf body fit ngan beliau hahahahaha.. aku tak tau samada baju tu kecil or badan dia yang besar... lain kat.. baju tu agak sendat utknya hahahaha. Sebenarnya entri ni sepatutnya dipost kan pada hari ahad yang lalu, namun aku rasa kurang sihat plak sihingga menangguhkan proses entri ini diselasaikan. Hari sabtu tu aku hanya sempat posting kat forum pasal promosi jualan official baju kumpulan Manggas yang baru diriliskan hehehehehe... utk detail pasal t shirt manggas korang boleh klik kat sini

Waimi still serius ngan Fender Stratsnya... Plan kita org hari nak praktis lagu baru selama dua jam. Sambil praktis adalah juga aku bawa kaset recorder utk merakam sesi latihan tu. Namun hasrat tu terbantut la plak akibat daripada kondisi amp (keduanya) waimi & en. Joad sound ntahy.. macam dah blow... adjust sana adjust sini mmg tak kena.. ingatkan masalah setting digital effect.. kita org try pakai metal zone pun sama isk.. aku dah suspek memang masalah dari amp ni. Lagipun kitaorg jamming ari tu adalah hari sabtu yang mana selalu pack ngan jammers sekitar daerah beaufort. kita masuk dalam jam 2 petang (mungkin sebelum kami datang bilik tu sedia dibelasah oleh band sebelumnya).. frust jugak la kita org.. dan last tak jadi nak praktis lagu baru.. jadi acara jamming suka2 plak. kita main beberapa lagu cover kegemaran semasa muda remaja dulu - dulu.. hehehehe antaranya adalah lagu Slayer - South of Heaven, I want out (helloween), kiowas (sepultura), Slave New World (Sepultura), dan Lagu favorite death Malaysian Detah Metal Satan's Cries (Suffercation)... Mmg mengamit kenangan lagu lagu yang di cover masa tu terutamanya lagu cover dari Suffercation... macam aku rasa kembali ke tahun 1993 di masa tu join jamming ngan band Deathrobe (Mr. Cimca main gitar ngan band ni la).

Sebenarnya aku nak ikut ekspresi wajah cam dalam t shirt Balzac yang aku pakai tu tapi tak jadi plak... Ni la baju Balzac yang baru sampai tempohari... ada free CDR heheheh pro printed cover. Masa ni aku curi masa bergambar masa mr. Waimi cuba find out masalah amp Joad yang humming sangat... Kalau Hirosuke nampak aku gambar pakai baju band dia huh mesti dia terharu punya la.. sampai dia berbaik hati kasi free kat aku CD boxsetnya.. minta2lah dia kasi kat aku. Tapi malangnya mamat jepun ni manalah faham cakap melayu.. isk.. nanti la kau belajar bahasa jepun.. biar aku sound direct kat dia.

Hehehe Joad juga turut berbangga dengan t Shirt Balzacnya.. di order sama2 ngan tshirt aku ni la... rupa hujung minggu tu kami mmg ada memasang niat utk menunjuk nunjuk tshirt balzac di antara satu sama lain!!!! Masa ni beliau tengah tension gara amp gitarnya yang humming!!! heheheh sabar.

Tup tap abis juga masa kita orang hahaha dgn tension kita orang packing barang masing - masing terus chow hehehehehehe... Raem mencadangkan agar kami menjalankan opration perut kat Restoran Al - Amin. Lalu kami sebulat suara setuju dengan cadangan bernas itu...

Fuh Waimi... dia punya GT8 sekarang ni dah ada soft case jenama gator.. hehehe sama plak dengan jenama hard case aku.

Seperti biasa, Raem adalah orang terakhir kuar dari studio memandangkan aksesori drum yang yang agak banyak jika berbanding dengan kami hehehehe...  Tapi lain cerita aku ada dengar kabar angin yang menyatakan Raem mau jual snare dia.. Snare dia tu jenama Pearl Joey Jordison signature series. Berapa harga dia jual.. hahaha tu nantila kalau ada berminat aku tolong korang usha ngan Raem.

Ceh ada lambang Slipknot lagi tu... Snare ni agak baru juga dia beli dan baru dua kali kita orang bawa jamming... sebab nak jual hehehe kerana dia ada agenda yang lebih grand kot.. itu aku tak ngapa.

Ni pandangan dari atas snare en. raem kita hehehehe.. aku suka sound snare ni... itu pendapat aku secara peribadi. kepada peminat slipknot sana lebih2 lagi peminat Joey jordison ni hahaha apa lagi tak slipknot la kalau takde signature series dorang hahahahahahaha.. Cheers!!!!

Monday, February 9, 2009

MANGGAS JAMMING SESSION - VERSI BANJIR featuring TEMAN SIPEMANCING

Hujung minggu baru - baru ni aku sekali lagi di ajak oleh geng band Manggas untuk meneruskan sessi latihan lagu baru kami di studio kegemaran ramai iaitu studio Beaufort Rock City kepunyaan encik Blair yang rock n roll... Sessi latihan kami hari dijadualkan bermula pada jam 5 petang kerana menanti ketibaan Yang Berhormat En. Raem selaku drummer daripada Kota Kinabalu kerana menghadiri Majlis Pemimpin Bersama Rakyat.. hahahahah... mudahan la Raem... Amin... pada mulanya kami merancang untuk berlatih selama 2 jam namun hasrat tersebut terpaksa dibatalkan kerana kat area Beaufort pada masa tu sedang dilanda banjir sehinggakan beberapa jalan utama dan premis di tutup(nanti terkandas plak kami kat situ).. kat bawah ni adalah beberapa snap gambar yang diambil oleh photographer yang terkenal iaitu En. Raem (ic... dia lagi) dari dalam kereta En. Joad selaku pemandu berhemah pada hari itu. Sementara itu aku hanya terpegun kerana melihat air sungai yang melimpah... (ceh.. mcm tak pernah nampak banjir hahahah)...





Nasib baiklah jalan ke Studio en. Blair tidak ditenggelami air... hahahaha gambar dibawah ada permandangan dari belakang studio Beaufort Rock City... Sambil ambik gambar.. En. Blair sempat bercerita dgn kami tentang satu kes bunuh yang berlaku di bawah studionya yang mana telah mengorbankan seorang rakyat tempat. Yang paling gore.. dia bukan takat bercerita malah cukup dengan tayangan video 3GPnya yang mana merakamkan mayat mangsa sedang terbaring dengan aliran darah yang fuuuh ngeri jugak aku tengok... Mengikut cerita mangsa mati serta merta ditempat kejadian... Isk isk kenapalah orang di dunia ini semakin kejam...

Gambar kat bawah ni plak sengaja aku ambik kerana menurut en. Blair kat sini la kejadian bunuh tersebut berlaku.. aku tak pasti lot kedai yang mana satu tapi kalau tak silap aku ianya berlaku dekat ngan van kuning tu... Di harap pihak polis Daerah Beaufort dapat buka mata dan jangan asyik tido jak.. kalau tak silap aku ni kes yang ketiga telah berlaku dan belum dengar perkara ini sudah selasai... cis cis dan cis... sememangnya mereka cis!!!!

Ok lah tutup cerita Jenayah Membawa Padah... Kita berbalik kepada sessi latihan kami hehehehe hari tu Waimi agak lewat sikit datang tapi still ok la.. kami dapat tunggu sambil chill2 layan MTV kat kuanter studio.. sambil mengumpat haahahahahah.. Sampai jak Waimi kami terus masuk ke dalam studio... 

Kali ni Waimi bawa plak GT8nya hahaha hari tu dia tak nak pakai pasal dia belum setting lagi hahaha mungkin suda setting kot... manakala Joad plak tak nak pakai Zoom GFX nya... hahahaha mungkin dia belum setting la juga tu aparraaa...


Hehehe Raem pun minggu ni tak cakap banyak masuk studio terus pasang double pedalnya dan pasang cymbal2nya hahaha nasib dia punya snare belum sampai hehehehehe tapi siap jak dia pasang memasang ni kami teruskan praktiskan lagu TURUS PUTIH yang mana telah menjalani perubahan besar di dalam kompisi dan chord progressionnya... heheheh korang tau mau 45 minit ulang2 lagu ni tapi macam masih weak lagi dan rasa next session lagu ni perlu diberi tumpuan yang lebih. 

setelah 45 minit mengerjakan lagu TURUS PUTIH tu ... kita orang hentam plak ngan lagu baru yang lain macam lagu Deathrobe, satu lagu belum bertajuk.. hehehehe last2 masa pun dah nak tamat.. diakhir sesi tu kami main lagu cover la pulak. Cover song lagu dari kumpulan rock tersohor dari Malaysia iaitu kumpulan Search.. dengan membawa lagu Langit Dan Bumi aku menjadi vocalist jemputan pada hari itu hahahahaha.. Merdu ka suara aku ni? Tapi lepas jamming aku tengok langit semakin mendung.. isk isk isk isk...

Kenapa dressing aku minggu ni lain semacam? Hahahahaha sebenarnya sebelum aku pi jamming aku ngan geng2 Rakan Muda Rekreasi aku sedang asyik memancing udang galah kat sungai.. hahahah sekarang ni musim udah galah fuhh besar2 wah cakap lu tak caya tengok salah seekor hasil tangkapan aku dihari yang sebelumnya. pada gambar di bawah hheheheheheh... Sememang aku bassist yang menjadi teman kepada sipemancing...