Thursday, November 3, 2011

ADA APA DENGAN EXPLORER?


 Ehhhh tajuk macam pernah dengar..... mungkin secara kebetulan kot... Ni adalah projek terkini aku... Gara - gara frust pasal tak terjumpa gitar bass bentuk explorer yang sesuai ngan keadaan poket aku maka aku ambil keputusan untuk buat sendiri gitar tu!!!!!

Hehehehehe neck thru....

Ni fretnya.. mula2 nak buat 22 fret.. tapi tukang kayu yang memotong gitar ni kata alang2.. kasi 24 jer la heheh aku terpaksa akur...

D.I.Y sander dia pun guna manual hehehehehehehe

 Complete Fasa Pertama... Next Proceed Fasa Kedua... Nanti Aku update lagik....


Oh Yah.... Iklan Sikit  Band Aku [not really my band... aku bantu2 jer heheheh] bakal rilis EP yang kedua dan akan diedarkan oleh Derangement Project Production. Ianya akan keluar di pasaran gelap pada 20 November 2011 ni. Ala tak mahal RM15 jer.. korang jgn tanya aku camner nak beli EP ni hehehe korang kontek Derangement Project Production di alamat yang tertera hehehehehehe
 Cepat wooiiii 50 pembeli pertama dapat poster weeeiiiii hahahahahahahahahahaha btw terima kasih bebanyak kepada semua yang support beli Official T Shirt Kami tempohari.. Sold Out korang kerja kan hehehehehehe

Tuesday, October 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME....



YUP ARI NI AKU HARIJADI...


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN2, CIKI2, DAN BLOODBROTHER & SISTER YANG MENGUCAPKAN/ANTAR SMS, KOMEN & MSG VIA FACEBOOK HEPI BESDAY KEPADA AKU.... TAK SANGKA BYK UCAPAN YANG AKU TERIMA TAHUN NI... KORANG TAK PAYAHLAH SUSAH2 NAK KASI AKU HADIAH MAKLUM LA SEKARANG NI EKONOMI KITA PUN BUKANNYA BAIK SANGAT. CUKUP LA SEKADAR DOA KORANG SETULUS ATI.... WALAUBAGAIMANAPUN AKU MENGALU - ALUKAN SUMBANGAN IKHLAS DARI KORANG UNTUK MENGISI TABUNG DANA GITAR BARU AKU SUPAYA BESDAY TAHUN LEBIH MERIAH DARIPADA SEBELUMNYA... TABUNG AKU TU MASIH SHORT RM6999.00.. MARILAH KITA SAMA2 MENCUKUPKAN DANA TERSEBUT HEHEHEHEHEHEHE THANX!!!!!

 P/S: tahun ni agak spesel besday aku pasal ada orang baru yang memeriahkan suasana.... dan tolong jangan tanya gitar apa yang aku mau beli......

Friday, October 21, 2011

MAIN DRUM



Aku dulu pernah bercita - cita hendak jadi pemain drum. Setelah beberapa bulan struggle mencuba mencari feeling untuk bermain drum aku masih tak jumpa perasaan tu. Selepas itu barulah aku sedar bahawa tempat aku ialah di posisi gitar. Walaupun tak sehebat mana tapi I GOT THE FEELING... Macam mamat kat forum metal terus pernah kata "ikhlas cara permainannya" hehehehehehe (aku tak ingat sapa yang keluarkan statement ni hehehehehe).

Walaubagaimanapun, aku masih menyimpan hati untuk menjadi seorang drummer dan jikalau ada masa terluang sesekali aku akan berbincang mengenai anatomi sebuah drum, teknik & tips, ataupun gosip2 sensasi drummer tersohor tempatan mahupun antarabangsa. Namun, ianya tidak sekerap aku berbual mengenai gitar... mungkin diblog ni jarang jugak aku citer2 / review pasal gitar & effect.... (kalau nak baca review gitar dan berkaitan anda boleh lawat SINI & SINI  dorang banyak gitar) tapi kalau kat dunia nyata or org kampung kata face to face aku boleh cerita pasal gitar dan yang berkenaan sehari suntuk...

Berbalik kepada kisah bermain drum tadi, kebelakangan aku sering berbicara tentang drum bersama salah seorang rakan yang juga adalah pemain drum band metal tersohor dari Kota Kinabalu yang mana nama band tu tak payah aku nak mention kat sini. Aku kenal dia lama dah tapi baru2 ni jer agak sedikit rapat. Seawalnya aku kenal dia ni sebagai seorang gitaris yang mana pernah main satu band ngan bassist band aku Mi Scusi. Beliau ni memang mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal ketuk mengetuk drum ni. dari aksesori drum hinggala ke teknik mengetuk. Aku rasa dia jer la yang boleh buat aku cerita pasal drum sepertimana keghairahan aku bercerita perihal bermain gitar.

Kat video bawah ni aku share sikit gaya permainan beliau....
amacam menarik tak???

Untuk pengetahuan korang beliau juga seorang guru muzik / drum yang bertauliah. Dia memang ada buat kelas belajar bemain drum. Kalau korang yang berada di sekitar area Kota Kinabalu dan ingin belajar bermain drum mungkin anda boleh cuba berguru dengan rakan ni. Korang kontek jer dia dari FB beli (klik SINI). Sedikit testimoni untuk meyakin korang aku sertakan satu lagik video yang memaparkan anak didik member aku ni beraksi dengan drum beliau.

Amacam? Meyakinkan? Masih Tak yakin lagi? Nak bukti lagi???? Ic korang ni jgn la demand sangat hehehehehehehe

Sebenarnya entri ini bulanlah entri iklan berbayar, akan tetapi sebagai entri tribute for him kerana banyak tips dan info dia share ngan aku. Apa yang aku dapat simpulkan ialah its all about Passion, Knowledge & Attitude. Untuk member yang aku maksudkan aku ucapkan Terima Kasih Banyak for Your Great Sharing... (mau juga engko layan aku punya soalan2 walaupun ngko dah tau aku ni bukannya seorang drummer hehehehehehe)