Monday, May 23, 2011

REPOST ENTRI LAMA: JAKA TARUB - SIRI CERITA DONGENG YANG TERLAMPAU

Pada zaman dahulu ada seorang petani yang bernama Jaka Tarub. Dia tinggal sebuah pondok buruk berdekatan dengan sebuah sungai. Oleh kerana kehidupannya yang serba kekurangan sehinggakan hendak memohon rumah PPRT pun tidak layak atas sebab tanah yang di duduknya itu bukan atas namanya. Beliau tinggal seorang diri sebatang kara tanpa orang yang tersayang disampingnya dan menyara hidupnya dengan melakukan aktiviti mengambil upah mengerjakan sawah penduduk di sekitar tempat tinggalnya. Disamping itu, demi meningkatkan pendapatan si Jaka ini juga menangkap ikan di sepanjang sungai berhampiran dengan rumahnya.
Hendak dijadikan sebuah cerita, di sebuah Kota Kayangan ada sebuah kerajaan yang diperintah oleh seorang raja. Raja tersebut mempunyai 7 orang puteri yang cantik dan gebu (ala.. biasalah kalau dalam citer2 camni mesti tuan puterinya cantik – cantik paling cikai pun macam Eva Mendez). Untuk pengetahuan korang, setiap 29 hb Februari puteri – puteri kayangan ini akan turun ke bumi untuk mandi si sebuah sungai di sana. Menurut cerita orang kat sana kononnya lah air sungai di bumi tu boleh membuat wajah mereka tu awet muda bak disapu ngan produk keluaran SK II. Aiseh… mahal tu kalau nak pakai SK II tapi nak kekal cantik punya pasal dorang pigi jugalah ke bumi untuk mandi – manda sambil dorang bikin dorang punya family trip…
Si Jaka meneruskan rutin hidupnya yang serba bosan, lepas pergi ke ladang terus menangkap ikan, lepas menangkap ikan terus pergi ke ladang. Begitulah kitaran hidupnya yang berulang – ulang dan Cuma susunan aturcaranya saja yang bertukar – tukar… kalau pagi ke ladang maka petang la dia ke sungai sebaliknya. Seperti biasa disuatu petang yang tenang, Si Jaka pergi ke sungai untuk menangkap ikan. Hatinya sangat gembira apabila melihat air sungai yang tenang dan jernih, dalam hatinya berkata “hari ini pasti banyak ikan yang akan ku tangkap… hehehehehehe… “ . 
Baru saja ia hendak menjejakkan kakinya ke bibir sungai untuk menebarkan jalannya, tiba – tiba Si Jaka terdengar suara sekumpulan wanita berketawaan diiringi dengan bunyi air berkocak. Jaka mencari – cari dari manakah arah bunyi tersebut. Siapakah yang bermain di sungai pada waktu begini? Ia bertanya di dalam hati. Sedang dia meraba – raba untuk mencari line yang clear demi mendapatkan angle yang terbaik… Jaka terjumpa sekelompok kain di letakkan di tepi sungai. “Isk… Dorang tak pakai baju ker?” Tanya di dalam hatinya dengan nada separuh ghairah. “Isk… takkanlah…” beliau mendapat persoalan itu sendiri. Suara hilai ketawa riang itu semakin jelas kedengaran dan Jaka semakin menghampiri arah suara itu sambil di tangannya memegang kain yang dijumpainya tadi. Dengan tidak semena – mena…
  Akan bersambung… hehehehehe

Thursday, May 19, 2011

CONTOH KARANGAN: LATIH TUBI 2011

Agaknya sudah lama aku tak share ngan korang terutamanya kepada adik2 yang bakal menduduki peperiksaan UPSR tidak lama lagi. Ini adalah salah satu contoh karang yang mungkin akan menyebabkan ibu - bapa adik2 akan dipanggil ke sekolah untuk bertemu dengan cikgu kaunseling... Selamat mencuba...

Wednesday, May 18, 2011

INI ADA SATU CERITA.... PART 3

Untuk kisah sebelum ni sila klik PART 1 & PART 2
------------------

Satu pagi di opis...
Brader A baru masuk opis, lepas punch kad terus on pc.... kelibat member belum ada lagik tapi 15 minit kemudian bigboss datang terus sound jam 8.30 ada meeting. Brader B belum ada tanda nak muncul walaupun jam dah pukul 8.05 pagi... tapi selalu dlm jam 8.15 pagi Brader A akan terima satu sms keramat dari Brader B yang berbunyi..."bro, tolong punchkan kad wa la.. wa on the way dah ni .." walaupun terang - terangan Brader A tau yang Brader b masih kat rumah dia kool jer.. dah kawankan.. lagi pun tak luak mana pun kalau nak tolong punchkan.. kira sama2 tolong la kiranya... huhuhuh

Jam dah menunjukkan pukul 8.35 pagi, namun kelibat brader B masih belum ternampak lagi.. malah sms keramat pun belum masuk.... tiba - tiba bos sound brader A....

Boss: brader A mana brader B? kita start meeting jap lagi....
Brader A: Errr tak tau la boss, tapi saya dah sms dia tadi info pasal meeting ni ... mungkin kejap lagi kot pasal kalau pagi2 camni kita selalu stuck kat stesen minyak isi minyak... dia kata que panjang sangat...
Boss: Ok tolong call dia suruh cepat, saya nak p sarapan jap.. awak nak join sekali tak?
Brader A: errr terima kasih la bos tapi saya dah sarapan tadi... (sebenarnya brader A belum sarapan tapi dia kena siapkan report yang nak kena bawa meeting kejap lagik)
Boss: ok la kalau camtu, jgn lupa kontek brader B ya...
----
Brader  A terus call Brader B...

Brader A: Hello bro.. ngko kat mana ni? ngko ada dapat sms aku tadi ker?
Brader B : ya bro ada dapat tadi, aku masih kat rumah la...
Brader A: la napa tak info aku awal tadi... boss dah nak ajak meeting ni...
Brader B: sorry la bro, kredit aku abis la...
Brader A: Takper sekarang boss tengah p sarapan.. aku rasa kalau ngko gerak sekarang rasanya masih sempat kot nanti aku boleh tolong ngko punchkan masa ngko on the way...
Brader B: ni la yang masalahnya bro.... (lidah kelu)
Brader A: la masalah apa lagik ni???
Brader B: errr aku takder sen la nak isi minyak kancil turbo aku ni... dah la kena  isi minyak 97.. harga minyak naik wooo... ni semua salah kerajaan la ni bro... sekarang aku ada 5 hengget jer ni.. mana cukup...
Brader A: errr guna la minyak 95 murah sikit...
Brader B: errr enjin turbo tak boleh la pakai 95... nanti enjin jadi semput la...
Brader A: jadi macamana la ni???
Brader B: err aku rasa aku tak dapat datang la hari ni... apa kata ngko tolong jer aku punch nanti pandai2 la ngko cover aku yer??
Brader A: ko nak aku cover camner ni? boss kata meeting ni urgent...
Brader B: ala pandai2 la ngko.. nanti gaji aku belanja ngko pekena roti bakar kat tempat biasa....
Brader A: weeii mana boleh bro, tu rasuah tu... kantoi kang susah la kita...
Brader B: ala ok punya tu .. ngko tolong ya... ok la aku nak kena p dulu ada benda yang aku nak settlekan.... tolong ya bro.. assalamualaikum.....(terus letak phone...)
Brader A: ....
...................................................
Kalau korang jadi brader A rasanya korang buat macam mana???


p/s: cerita ni takder kena mengena ngan opis aku....