Ok atas permintaan
encik Ijau, aku buat entri review pasal gitar berdarah ni... untuk yang belum tau meh aku kasi tau korang yang aku hari tu telah mengalami dilema ( boleh rujuk kat
sini ). Setelah berfikir panjang akhirnya aku ambil keputusan untuk membelot jenama kegemaran aku iaitu B.C Rich dan telah mengambil keputusan yang drastik dengan membeli LTD huhuhuhuh.... (dari sapa aku beli gitar ni mungkin ada beberapa pembaca blog ni tau heheh aku tak nak mention kat sini)
Ok sebelum aku teruskan ngan review aku ni.. kat sini aku nak umumkan bahawa Ironbird aku dah pun dibuka string (dari mula pasang tak pernah polish ni string but still kilat lagik string ni.. bagus woooo nak tau string apa klik kat sini) dan akan direhat untuk jangka masa yang lama kerana ia akan mengalami beberapa proses naik taraf yang akan diumumkan kelak... Walaubagaimanapun, awal2 aku kasitau aku tak pernah berniat untuk menjualnya hahahahaha dan untuk seorang rakan aku yang memiliki gitar mockingbird tu jangan tarik nafas lega dulu kerana aku masih mempunyai niat yang kuat untuk membelinya dari ngko (aku tau kau baca blog ni hahahaha) macam berani nak jual mockingbird tu kat aku?
Seperti yang aku ada mention sebelum ni (klik kat sini) aku mmg tak tau sapa dia Dan Jacob (LTD EX DJ - 600 ni adalah signature series beliau) namun Dan Jacob bukanlah faktor di dalam aku buat keputusan tetapi spec dia kat bawah ni selain daripada harga dia yang menarik. hehehehehe
* Set-Thru
* 24.75” Scale
* Mahogany Body
* Maple Neck
* Rosewood Fingerboard
* Locking nut
* 42mm Neck Width
* Thin U Neck Contour
* 22 XJ Frets
* Black Nickel Hardware
* Grover Tuners
* Floyd Rose Bridge
* EMG 81 (B) / 85 (N) Active p.u. with EMG Afterburner
* Finish: SW w/ Blood Graphic
Spec kat atas tu la yang sebenarnya jadi faktor... kecuali dua iaitu 22 XJ Frets & Floyd Rose Bridge. Ini kerana aku pada asalnya dah terbiasa ngan neck yang mempunyai 24 fret walaupun aku ni tidak mempunyai skill mengoreng gitar level2 chef wan hehehehehehe maksud aku skill yang dasat2... cuma aku dah terbiasa... walaupun ni sebenarnya ada gitar aku yang kedua mempunyai 22 fret ( yang ni plak boleh rujuk kat sini) Flyod Rose Bridge plak bukan tak best tapi bagi aku susah nak maintain hehehehehe lagipun Ironbird aku dah pakai Flyod Rose teringin plak nak pakai fixed bridge hehehehehe... lagipun aku rasa jarang jugak aku guna fungsi2 sebenar tremolo kat floyd Rose bridge aku tu hahahahahahaha
Walaubagaimanapun, aku takder masalah di dalam menyesuaikan diri ngan LTD ni memandangkan bentuk badannya mmg lebih kurang sampai bini aku pun komplen "la apasal beli gitar baru tapi bentuk sama jer.. kalau gitu bagus tak payah beli.. guna jer gitar Ironbird..." wife aku berkata sambil mencebikkan pipinya.. hehehe sebenarnya kegiatan beli membeli gitar ni kurang direstui olehnya hehhehe tapi betul jugak apa wife ckp tu kalau di fikir2kan kembali.. mmg shape2 gitar yang aku suka ni mesti lebih kurang.. cuba korang bandingkan Ironbird, Mockingbird & ngan DJ - 600 ni mungkin korang boleh perasan ada persamaan di dalam bentuk dan ciri - cirinya hehehehehe...
Satu lagik... Aku dah terbiasa dgn gitar yang mempunyai neck yang tebal seperti Ironbird mmg pada mulanya agak janggal bagi aku hehehe masa test drive jamming ngan Mi Scusi baru2 ni heheh mmg aku ambil masa untuk calibratekan jariaku ngan fret2nya. personally aku rasa necknya nipis dari ironbird aku but tebal sikit dari Jackson Dinky kepunyaan Pancho (gitaris Mi Scusi). Yang paling mengujakan aku ngan EX DJ - 600 ni ialah active pick up EMGnya dan Afterburner Systemnya. Ini adalah kali pertama aku guna gitar yang mempunyai active pick up sepenuhnya... hehehehe pada mulanya aku tak dapat discover pasal afterburner ni hehehe nasib la tuan asal gitar ni (yup aku beli sekenhen) last minit aku aku on the way p studio ada buat short briefing pasal camner nak activekan afterburner ni hehehehehehe patutlah masa aku test ngan amp laney aku kat rumah aku tak nampak perbezaan ... rupanya belum on lagik hahahahaha... tak knob tone tu sebenarnya kita boleh tarik ke atas then masa tu ianya akan on dan bunyi gitar tu akan tambah kuat.. seperti yang di katakan oleh tuan asalnya... aku setuju.. afterburner tu mmg sesuai digunakan time solo dan harmonic.. hehehehe bayangkan lewat tengah malam lepas jamming aku terus sms owner asal tu tentang keterujaan aku tentang knob ajaib tu hahahahaha...
Masa aku test power kat studio tu aku guna gitar ni dgn direct amp jer tanpa zoom g9 aku... ini kerana aku nak tau camner nak handle gitar ni... seperti yang anda sudah sedia maklum kalau gitar guna aktive pick up ni selalunya gainnya mmg agak kuat dari pasif... oleh kerana perbezaan ni la menyebabkan aku kena set balik g9 aku utk disesuaikan dgn gandingan baru ni hehehehehe.. syukur la lepas jamming aku dah dapat sedikit ilham bagaimana nak re-setting g9 tu hehehehehe...mmg aku agak terkial2 masa test drive tu.. lagi pun aku ni bukannya arif sangat di dalam setting2 sound ni hehehehehe.. try and error la jawapannya kakakakakakakaka..
Oklah aku rasa takat ni jer dulu cerita pasal DJ - 600 ni.. kang citer lebih2 jeles plak Ironbird kat hardcase nun hahahahahahaha jgn risau Ironbird.. kalau DJ - 600 ada EMG Active Pick Up... Apa kata nanti kita kasi lawan dia ngan DiMarzio Passive Pick Up plak hehhehehe kita tengok.. ngko sabar jer la dulu k.. hehehehe giler apa cakap sorang2 ngan gitar.... isap gam ker apa ni hahahahahaha tapi tulah nasib yang bakal di terima oleh si Ironbird dgn sedikit tambahan Airbrush kat badan.. tunggu jer belanjawan yang akan datang... harap bajet 2011 akan datang menteri kewangan aku akan approve hahahahahahaha... pesanan khas untuk member yang pakai mockingbird tu.. apa lagi mari la kita kasi jadi hahaha aku tau kau suka guna Jackson Kelly kakakaka untuk encik takilala aku nak tanya sikit.. itu ngko punya jackson Dinky bila lagik nak dinaik taraf? SEKIAN TERIMA KASIH... HARAP EN. IJAU PUAS HATI DENGAN ENTRI .... errr itu Dean bila mau order woooo?