Thursday, March 5, 2009

MUTIARA YANG HILANG: SINGLE COIL 22 FRET ROCK N ROLL MACHINE 1995

Memang sudah aku mencari benda ni... mati2 aku ingat hilang dari simpananku... Lagipun benda ni agak besar untuk terlepas daripada pandangan. Namun aku tak balik rumah untuk tempoh yang agak lama (p merantau kononnya) then masa aku balik benda ni dah takder... isk aku ingatnya ianya sudah kena rip off oleh mana2 pihak yang tak bertanggung jawab.

Gitar ni sebenar dibelikan oleh emak aku hehehe pada tahun 1995 masa tu aku nak sangat nak belajar main gitar... hehehe gitar ni gitar second hand yang dibeli dgn harga rm800 dan beberapa tahun selepas memiliki gitar ni baru aku sedar yang mamat jual gitar ni kasi aku harga potong leher!!! tapi takpe ni pengajaran pertama aku di dalam arena gitar mengitar ni heheheh dan selepas tu aku tak pernah la kena kencing dalam bab gitar ni... heheheh pelanduk tak tak lupa kan jerat kot...

Gitar ni dijumpai baru2 ini oleh adik aku kat dalam stor simpanan barang2 lama hehehehe lega campur happy la bila dia ckp yang gitar aku telah dijumpai. Gitar ni asalnya berwarna hijau tapi lepas beli jak aku terus kasi spray balik p warna yang seperti kat dalam gambar hehehehe mmg gempak habis la masa tu pasal bukan semua member yang ada gitar elektrik ni hehehehe. Jenama dia aku tak berapa ingat la... kalau tak silap aku kat headstocknya tu tulis vision (jenama vision la kot hehehehe). Masa aku beli gitar ni pengaruh grunge dan punk mmg sgt kuat dalam jiwa aku... mungkin sampai skrang jiwa tu masih pekat kat dalam diri aku.

Hahahaha brand taraf poser sticker band dari oversea yang aku dah lupa apa nama aku jadikan brand baru gitar ni heheheh masa mula2 tampal dulu mmg cun la nampak hehehe... Masa pegang gitar ni lagu2 yang selalu dimainkan adalah terdiri daripada cover song dari band Misfits (semestinya), rancid, nofx, Ramones dan nirvana hahahahah masa tu aku belum kenal ngan band balzac lagi or rasa band ni belum ada kot ntah aku pun tak pasti.

Aku tinggalkan gitar ni kat rumah apabila aku p further study aku... hehehehe malas nak bawa naik kapal gitar ni... so tinggal kan jak kat dalam bilik aku.. tulah yang sekali aku balik gitar tu dah takde hehehee mmg aku tercari - cari. Korang tengokla sticker2 yang ditampal kat bawah ni hahahah korang judge la sendiri... aku malas la nak komen. 

Untuk membuat gitar ni berbunyi kembali mmg banyak la benda mau kena bikin... kalau tak salah aku neck nya pun dah bengkok.. kena adjust trus rod dia la.. disamping ada beberapa notationnya yang dah lari dan kena tune balik... aku rasa aku taknak bikin la gitar ni buat masa terdekat ni.. just simpan sebagai koleksi peribadi. Walaupun soundnya tak semantap sound Ironbird aku tapi aku ttp berbangga memiliki gitar ni pasal dgn gitar ni la aku belajar dari asas untuk bermain gitar... caya lah!!!

Ok la takat ni saja untuk cerita gitar yang dijumpa ni ... hehehe nanti la kalau ada masa aku pasti akan baiki mana2 part yang rosak dan kalau ada rezeki aku nak bawa gitar perform bersama dgn band aku Mi Scusi... cheers!!!

1 comment:

mr.kordes said...

single coil main metal?ahakss....gua ade squier strat dulu..dh bg adik sedare...hehee....