MALAS AKU NAK TAIP BALIK HEHEHE SO REPOST JER LA POST YANG LALU...
.....
Di dalam misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" yang masih menemui jalan buntu walaupun sudah masuk hari yang ke - 11 Baazar ramadhan dibuka kepada orang awam, emak aku mendapat idea kenapa tidak buat Beriyani sendiri? hahahahahaha... ok misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" ni sebenarnya adalah misi aku untuk memburu bakat baru nasi beriyani.. kira beriyani INDIE la... tahun ni aku tak nak cari yang mainstream yang mmg dah popular.. saja jer tukar angin.. maka dengan itu membuat nasi beriyani sendiri bukan la penyelasaian or penghujung misi ni.. ianya sekadar untuk melepas gian jer hahahahahahaha pencarian masih di teruskan!!!!
Emak aku ni kira seorang yang aktif dan baru2 ni telah bersara dari profesion beliau yang di pegang lebih 30 tahun. So, kalau dah biasa bekerja bila dah bersara mmg akan jadi bosan takder benda nak buat... so, di sini la timbulnya idea nak buat bazzar ramadhan D.I.Y beliau yang mana tapak nya kat depan pagar kediaman kami hahahahahahahaha.. kira lokasinya kat tepi pagar seperti dlm gambar di bawah.... [gambar recycle]
Oleh kerana tahun ni aku tak berniaga kuih / biskut raya maka aku secara otomatik telah dilantik sebagai Assistant Chef Cook huhuhuhuhu minta maaf kepada semua pelanggan2 kuih/biskut raya pasal tak dapat terima order korang... banyak pertanyaan pasal kuih tu... napa aku tak jual nanti la aku cerita.. maybe rakan fb aku dah tau napa hehehehehehehehe kat bawah ni kenangan katalog kuih / biskut raya tahun lalu... huhuhuhuhuhuhuhu tak cukup tangan nak ambik order sampai terpaksa lantik sale executive.
Kembali kepada cerita "BAAZAR RAMADHAN D.I.Y" antara menu yAng di tawarkan di dalam jualan KAMI adalah seperti berikut:
*Nota: harga naik sikit atas faktor kenaikkan harga bahan mentah...
- nasi beriyani power (RM5) --> HARGA TERKINI --> RM6
* ada acar timun & daging ayam masak kurma or kari ayam [hot item sebelum jam 5 akan sold out. Kalau nak datang awal]
- mee kari fuyoohhhh (RM2) --> HARGA TERKINI --> RM2.50
* ada daging ayam, kentang & sayuran [menu ni banyak budak2 suka pasal tak pedas kalau nak pedas boleh bubuh cili sendiri]
- Nasi Ayam Legend (RM3) --> HARGA TERKINI --> RM3.50
* ayam panggang tanpa minyak / kulit yang lembut ala2 kenny rojer. Sos Tiram Istimewa dan Chili Signature Series [AWAS!!! ni menu sihat]
- Nasi Ayam Penyet Spesel Edition (RM3) --> HARGA TERKINI --> RM3.50
* Cikinwing Goreng Serai, Sambal + Ulam (ala standarad la ramuan ayam penyet) [menu ni hanya akan ada pada hari2 tertentu kira macam spesel DRAW]
- Soto Ayam Kegembiraan (RM2) --> HARGA TERKINI --> RM2.50
*ni susah aku nak cakap... orang yang pernah datang beraya p rumah aku or datang wedding aku jer yang tau keistimewaan soto ni
Oh yah korang nak request gambar??? isk bukan aku tak nak kasi gambar tapi belum sempat aku snap gambar makan tu semua dah abis kena beli orang.. Sampai kami rasa terharu dengan sambutan yang diberikan.... Errr ada juga orang cakap napa jual murah sangat pasal kalau kat baazar ramadhan takkan dapat harga macam ni... isk korang ni kasi harga murah korang komplen kasi harga mahal lagi korang komplen apa korang nak sebenarnya?????????
ni explaination rasmi dari emak aku... bulan puasa ni beliau berniat untuk berniaga sambil bersedekah.. so, mana2 yang korang rasa murah tu mmg dah niat emak aku nak bersedekah so, terima saja la seadanya.... kalau nak kasi free karang sehari jer dapat bersedekah.. lagi pun time ekonomi tak menentu ni ringan la sikit beban orang kampung nak beli juadah berpuasa yang POWER!!!! hahahahahahah ok la adios.... jgn la ngada2 nak minta gambar... kalau nak tau beli jer!
Ini adalah salah satu testimonial dari customer yang happy dengan hidangan kami.. di petik dari fb aku...
"
Untuk member2 yang berada jauh dari lokasi sorry ni kira entri untuk orang kampung jer hehehehehe SELAMAT BERPUASA
UNTUK MEMBACA ENTRI2 AKU PASAL RAMADHAN SILA KLIK KAT SINI
----
SEDIKIT POST TAMBAHAN
---
Atas permintaan ramai kini jualan biskut raya kami kembali menghangatkan suasana bulan Ramadhan dan bakal menceriakan sambutan Hari Raya anda.. so, jangan malu2 jom order!!!!
Dijual dengan harga RM17 dengan kuantiti 40 - 45 biji (mengikut jenis)dan dibuat dengan butter.. sedap wooo nyum nyum!!! Untuk lebih detail sila lawat page kami di Small Durian Bakery