Thursday, August 27, 2009

BULAN RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG...


Sebelum tu aku rasa belum terlambat bagi aku mengucapkan selamat berpuasa kepada semua rakan - rakan yang berugama Islam. Selamat Menjalankan Ibadah Puasa... Ingat puasa ni bukan sekadar menahan lapar dan dahaga... mulut mata telinga dll semua mesti kena jaga... bukan apa takut nanti last dapat lapar dan dahaga jer.. pahalanya tak ke mana...



Sempena bulan puasa ni aku nak share ngan korang tentang kisah bulan puasa semasa aku masih study. Aku tinggal serumah dgn member aku yang berbangsa cina. Memang kamcing aku ngan dia ni... eventough study lain kolej tapi stay sama rumah lepak mmg selalu sama2lah. yang paling best dia mmg sgt menghormati budaya org lain...

nak di jadikan cerita kisahnhya berlaku pada bulan ramadhan tahun 2002 masihi. Masa tu hari kedua puasa... so, aku balik kelas bukak pintu member sedang khusyuk melahap nasi ayam kat depan tv sambil game playstation (devil may cries) di pause. Nampak aku masuk terus member ni kelam kabut packing nasi dia then terus bawa masuk kat bilik dia. Aku buat derk jer pas dia isap rokok then dia kuar dari bilik dgn muka kenyang... then aku tanya la napa dia bergegas masuk masa aku balik tadi.. dia kata tak baik makan depan org puasa.. hehehehe aku tersenyum mendengarnya. Aku explain kat dia aku tak kisah kalau dia nak makan ker apa ker lagipun dia bukan orang Islam pun.. relaks la apa juga aku nak dengki.

Tak lama kemudian dia duduk kat sofa sambung game dia yang dipausekan tadi.. aku pun join layan dia main game.. (aku minat tengok member ni main PS pasal mmg talented gamer dia ni.. )dia mulakan cerita pasal komplain berat badan dia... hehehehe lalu aku cakap la suruh dia diet ker exersice ker apa2 pun aku suruh dia join aku puasa.. hehehehehe dgn tak di sangka - sangka dia mengambil satu langkah proaktif dgn memutuskan utk ikut aku berpuasa alasannya dgn berpuasa dia boleh berjimat sambil berdiet heheheheh apa2 la aku pun briefing dia sikit teknik2 berpuasa hehehehehe then aku cadangkan dia agar dia ikut aku berbuka pada petangnya dan malam p sahur then esok start berpuasa... hehehehe disetuju tanpa pikir banyak.

Berbuka puasa pada petang tu secara ringkas nasi campur ngan teh o ais limau... member aku makan nasi goreng jer... pas makan balik rumah buat hal masing2 hehehehe tiba masa jam 10.30 mlm dia masuk p bilik aku tanya aku "jam brapa kita nak pigi sahul?" (dia tak pandai sebut perkataan sahur...) aku jawab "still early la bro... later la..." . then dia tanya lagi, "what time makcik sahul tu buka?" (makcik sahul adalah seorang makcik yg berniaga kat kawasan kami tinggal. nama ni di pakai kerana dia sorang jer yang jual makanan utk sahur) "errr maybe around 1.30 am kot.." jawabku ringkas... then dia kuar.. aku perasan yang dia ni kuar masuk rumah kerana dgr pintu rumah kita orang dibuka dan di tutup... aku masa tu teka yang dia p tingkat atas kot pasal ada college mate dia tinggal kat sana.. ni kes nak tiru assignment la ni hahahahaha. Jam 12.00 tengah malam dia masuk lagi kat bilik aku kali dia pow rokok aku terus dgn bersahaja dia bertanya... "Are sure that makcik will open 1.30?" ekk eleh budak ni.... yalah aku kata.. dah mmg kat situ la dia niaga kalau tiap bulan puasa.. kecuali dia sakit la mungkin takder kot.. setakat ni kalau hari hujan pun mmg masih ada niaga... "yang kau ni gelisah sgt ni napa?" aku tanya kat dia plak... "hehehe aku lapar la bro..." jawabnya dgn nada memohon simpati.... "ceh... kalau lapar p la kedai cina kat hujung tu... kan masi buka tu..." aku memberi cadangan kepadanya (kedai cina tu mmg selalu lambat tutup kerana selalu ada geng2 yang p minum2 minum apa aku tak perlu mention la).. "ala tak real la macam tu bro... aku nak ikut suasana sebenar ko puasa" jelasnya dgn bersungguh - sungguh. la mcm tu plak ceritanya... hahahahaha "then if like that.. u have to wait lor..." aku ckp sambil senyum kat dia.. dia terus mengangguk pasrah.. then dia p keluar.. ke mana tak tau la mungkin p rumah sebelah kot... tak lama kemudian dlm jam 1 pagi aku dgr dia masuk secara tergesa - gesa kat bilik aku sambil tersenyum... "so, boleh sahul? makcik tu dah buka dah..." dgn bangga dia kasitau aku... lah.. rupanya dia keluar masuk tu dia p tunggu makcik sahul tu bukak gerai hahahahahaha tergelak aku bila dapat tahu yang dia tunggu makcik sahul tu hahahahahaha...

Utk tidak menghampakan member aku.. kebetulan aku pun dah lapar.. setiba kat sana member aku tu mendahulu org2 yang lain heheheh aku tengok lauk pauk malam tu best yang best lagi ialah adalah telur puyuh masak sos.. hehehehe aku tengok member aku tu dah tunjuk sana sini siap ngan minta nasi extra lagik.. hehehehe layan jerlah... abis beli makan balik rumah aku tengok la apa yang member aku beli heheheheh dengan kos rm12 dia dah boleh sediakan makanan sahur utk kami dua orang.. fuh... alasannya satu ni utk supper dan satu utk cover esok punya hahahahaha layan jer la... patutlah berat badan makin naik dalam hati aku.. heheheh lepas makan (habis dia makan dua tapau tu hehehe) aku masuk bilik dia terus layan playstation.....

takat ni dulu cerita puasa ngan member aku.. kalau ada sambutan aku akan sambung plak dengan kisah member ni berpuasa di siang hari... chow adios.. selamat berbuka puasa...

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA: HUH! LAMA JUGAK AKU TAK UPDATE BLOG

Selamat berpuasa kepada semua rakan2... lama juga aku tak update blog ni.. isk... jadual kerja / deskripsi kerja aku telah mengalami rombakkan yang amat drastik... mungkin bos aku tau yang aku banyak masa free sampai boleh update blog hari2 isk isk... heheheh mungkin dia happy kot kerana blog aku aku tak di update heheheh cheers... byk cerita aku nak share ngan korang cuma aku susah nak cari masa utk menulis hehehehehe

 
Mi Scusi on Facebook

Monday, August 10, 2009

SEPETANG BERSAMA KUMPULAN MANGGAS: KELISA GINO FOR SALE!!!!

Petang sabtu yang lalu raem jordison ajak aku p praktis ngan member band death metal yang tak seberapa best iaitu band Manggas kat studio kegemaran kitaorang iaitu studio Beaufort Rock City. Agak lama aku tak pigi studio... hehehe nampaknya semakin meriah la studio ni heheheheh rambut en. blair owner studio pun makin panjang....

Macam biasalah kitaorang jamming lagu2 baru sambil waimi tetiba ajak kitaorang main lagu yang agak lama kitaorang tak bawa dalam sesi latihan iaitu lagu Haus Sarbatus... hehehehe kira lagu Haus Sarbatus ni la yang menaikkan nama manggas di arena music keras tempatan selain lagu Batin Keramat. Honestly, mmg kitaorang dah lupa lupa kacang (ibarat kacang lupakan kulit tapi kami tak lupa diri).

Fakta ni terbukti dengan reaksi encik joad yang terkial2 masa part solo walaupun tugasnya hanyalah sebagai gitar kedua... heheheh raem jordison jangan ckp la HAHAHA sejak main ngan band Horror Punk yang terkenal Mi Scusi stroke dia mmg macam drummer punk abis hahaha lintang pukang di buatnya... aku sorang jer steady hahaha hakikatnya aku lagi fail... mmg lupa lirik dan kod... langsung terpadam dari memori hahahaha... we manage to solve this problem setelah membuat dua kali percubaan untuk refresh lagu tu...  biarpun tak begitu smooth tapi aku yakin dua kali jamming lagik mmg boleh tight balik...

Tak banyak perubahan playlist yang kitaorang praktis pada hari tu... hehehe lama jugak kitaorang bercuti. overall adalah lagu baru dan 2 buah lagu lama iaitu haus sarbatus dan batin keramat. Mungkin ni adalah playlist kitaorang untuk our next performance. Bila next performance tu biarla rahsia dulu.... belum ada comfirmation... nanti kalau dah kompom aku info kat korang...


Biasalah jamming berjalan lancar hehehe tali bass hari masih baru heheh sedap tangan aku mengentel tali bass tu heheheh cymbal pun baru... jenama paiste lagik tu... yang membuatkan aku ingat cymbal drummer Iron Maiden Nicko.... dengan lagu cover Jerangkung Dalam Almari... Joad kasi peluang aku nyanyi lagu tu biarpun aku mmg lupa lirik hahahahaha gasak jerlah.... sesi jamming hari ditutup dgn lagu batin keramat dan kami terus berarak ke kedai mamak yang berdekatan bagi menenami waimi untuk makan roti canai...

Ok la mata aku dah mengantuk... nak tido.... masa lepak kat kedai mamak aku nampak keta waimi ada sticker FOR SALE ... heheh biar betul dia nak jual? keta dia ni boleh tahan juga cantiknya.. kalau aku mmg sayang nak jual... tak tau la napa tetiba dia nak jual.... errr harga dia kat nak jual RM 38k keta ni dah takder loan kat bank... dah abis bayar dah.... hehehehehe kalau korang berminat boleh la usha gambar dia kat bawah....  heheheheheh mengikut waimi dia dah listkan keta ni kat mudah.com.. cubalah korang usha kat mudah utk berunding ngan empunya keta.... ok la bye.. cheers.... jumpa lagik



















Monday, August 3, 2009

PUSING - PUSING MACAM GASING DI PESTA GATA SIPITANG 2009

Kalau Hari tu aku tulis pasal aku makan Ulat Kat Pesta Rumbia di kuala Penyu kali ni plak aku nak cerita pasal aku pusing - pusing macam gasing di Pesta Gata Sipitang. Hahahaha bagi member2 yang tak tau apa itu Pesta Gata.. meh aku bagitau sikit pasal pesta ni... info ni sebenarnya aku copy paste dari laman web rasmi Pesta Gata Sipitang...

...GATA SIPITANG adalah singkatan nama bagi Gasing dan Tamu Besar Sipitang. Festival ini diadakan 2 tahun sekali. GATA SIPITANG kali pertama diadakan pada 25-27 Julai 2003 yang disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah. Festival ini menarik hampir 20 ribu pengunjung datang ke Daerah Sipitang...



Amacam? Korang dah dapat bayangkan? Pesta Dwi Tahunan kali ni di katakan amat meriah dan lebih grand jika di bandingkan dengan Pesta GATA yang sebelumnya... Pesta GATA Sipitang 2009 ni adalah Pesta GATA yang pertama kali aku hadiri. Huhu Bayangkan 3 hari pesta memang meriah disamping dengan pelbagai gerai yang menjual Makanan (ni yang paling best aku rasa) dan juga barangan yang lain...

Pesta GATA ni diadakan selama 3 hari yang mana bermula pada 31/07/2009 (Jumaat) hingga 02/08/2009. Aku hanya dapat mengikuti sambutan pada hari pertama (31/07/2009) dan sambutam pada hari penutupan iaitu (02/08/2009). Jadual aku yang padat menghadkan masa aku ngan Pesta GATA... Oleh itu aku nak citerkan korang dengan cerita bergambar mengikut kronologi sambutan Pesta GATA Sipitang 2009 yang telah aku hadiri walaupun tak secara menyeluruh....


HARI PERTAMA (PERASMIAN PEMBUKAAN)


Hari pertama aku tiba di lokasi agak awal yang mana jam masih menunjukkan jam 8.30 pagi.. niat aku datang awal nak tengok upacara perasmian pembukaan Pesta Gata Sipitang 2009. Walaubagaimanapun sampai jer kat lokasi aku pi cari kedai mamak utk pekena Mee Goreng Berkolestrol tinggi yang lazat sebagai santapan sarapan pagi aku... Mee Goreng punya pasal aku miss upacara perasmian yang disempurnakan oleh ahli Parlimen Sipitang datuk Sapawi bin Haji Ahmad dengan di iringi oleh Y.B Kamarlin Bin Haji Ombi (ADUN N.27 Lumadan) dan Y.B Haji Ahmad Bujang (ADUN N.28 Sindumin).

Nasib la mee goreng tu rasa berbaloi utk termiss upacara ni hahahahahaha aku tiba di lokasi perasmian masa tu ketiga - tiga wakil rakyat ni dah pun ada kat dalam gelangang gasing... Heheheh drg nak cuba bakat bermain gasing.. heheheheh masa ni aku tak sangka yang Y.B Haji Ahmad Bujang sangat handal bermain permain gasing.. heheh menurut beliau.. permainan gasing ni adalah permainan kegemaran beliau semasa zaman kanak - kanak beliau.




Walaupun ada sedikit keliahatan kekok, namun Y.B Datuk Sapawi Haji Ahmad dan Y.B Kamarlin tidak ketinggalan di dalam menunjuk bakat terpendam mereka di dalam permainan gasing ini. Orang ramai agak teruja apabila ketiga - tiga wakil rakyat ni berada di dalam gelangang gasing. Selain daripada pentunjuk bermain gasing dari ketiga wakil rakyat. petunjukkan bermain gasing oleh seorang adik kita yang berumur 3 tahun... wah.. kagum juga aku tengok budak tu... bukan apa kalau nak di kirakan budak2 zaman sekarang manalah tau nak main gasing... jangankan gasing main bola pun tak banyak.. abis2 pun main Winning Eleven jer kat Playstation....




Untuk pengetahuan korang pesta gasing ni di sertai oleh peserta dari negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan Negara Brunei Darussalam, dan Negara Singapura. Ini adalah tujuan utama aku pergi ke Pesta GATA!!! Seumur hidup aku sebenarnya aku tak pernah tengok secara live orang main gasing... lebih2 lagi acara ni dipertandingkan dengan membuka penyertaan dari negara luar. Hehehehe


Masa tengok pertandingan main gasing ni aku mmg tak tau apa2 pasal undang - undang dan terminologi yang diguna pakai di dalam permainan gasing ni. Aku tau ada dua kategori.. satu main pukul dan satu main sapa paling lama pusing... bentuk gasing ada berbeza bergantung dengan kategori yang disertai. Walaubagaimanapun, ada piawaian standard di dalam menentukan berat gasing yang layak bertanding memandangkan kat meja pengadil aku ternampak sebuah timbangan.. tak tau la aku kalau2 timbangan tu saja - saja jer dorang nak letak utk kasi keliru penonton yang hadir.. hahaha ada timbangan baru nampak gempak.. or timbangan tu di gunakan oleh pengadil main timbang - timbang jikalau mereka merasa bosan semasa pertandingan itu dan ini dapat mengelakkan mereka dari terlena. Namun, aku akui bahawa menonton pertandingan main gasing ni sangat mengujakan lebih - lebih lagi kalau kedua lawan tu sama handalnya....


Selain daripada gasing... ada satu tempat yang mmg menjadi tumpuan orang ramai iaitu Rumah Lansaran...Rumah lansaran ni kalau tak silap aku adalah rumah suku kaum murut (betul2 aku tak tau la...).. kat dalam rumah ni ada ruang di tengah untuk main satu game namanya lansaran? hahah apa itu lansaran? errmmm  game tu kan kat lantai rumah tu macam ada spring (yang di buat daripada kayu.. then di lakukan secara berkumpulan.. mereka hentak2 then satu orang lompat untuk capai satu benda yang kena gantung kat atas syiling rumah tu.. heheh tinggi juga dorang kena lompat... hehehe gambar kat bawah ni sempat aku ambil sebelum naik ke rumah lansaran.

Kat bawah ni adalah contoh bagaimana mau main lansaran... heheh mmg menguji semangat berkumpulan... kena satu hati main bendi ni.,. kalau tak susah nak lompat... pasal ianya memerlukan daya... berat badan perserta untuk menghasilkan momentum untuk tukang lompat melompat lebih tinggi..lebih kurang macam tu la.. isk macam kelas fizik plak.. ntah hapa2 yang aku ckp ni.. 

Hahahaha dah hentak2 then satu orang akan lompat macam mamat kat bawah ni...

Memang banyak la gambar aku snap masa hari perasmian tu hehehe k.. korang nikmati gambar2 tu dulu ....


Pisang Mempunyai 7 Jantung... Mengikut pegawai yang bertugas ada lagi yang mempunyai 11 jantung tapi tak di bawah ke tapak pameran....

Ni Member aku Syarin namanya... cun ker basikal tu? err sebenarnya basikal tu bukan dia punya... brader jual air tebu yang punya.. kita orang sajer jer pinjam mau guna ambik gambar.... menurut syarin dia nak kirimkan gambar ni kat majalah moto di ruangan berkenalan...

Teknik Menulis Kat Atas Beras...

Uncle ni bukan saja cun tulis beras... malahan dia jugak cun menulis guna bambu...

Amacam? Cun Tak?

Ni Plak Signature Series.. Y.B Datuk Sapawi Haji Ahmad.. heheheh

Kat gerai pameran suku kaum Kedayan... masa aku snap gambar ni drg tengah jamming main lagu tradisional... layan jugak la hehehe

Ni Plak lokasi sukan air di jalan kan... cun la pemandangan dia... layan memancing kat sini pun syok....

Semua gambar di atas aku ambik kat rumah Lansaran... Macam ada yang korang berminat?

Alamak hari dah senja.. aku nak blah dulu la.... hehehe sorry pasal tiada liputan utk hari yang kedua....


HARI KETIGA (PERASMIAN PENUTUPAN)

Majlis Penutupan GATA Sipitang 2009 disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah... 

Fuhhh.. hari last ni lagi grand jika banding ngan ari pertama.. aku tiba di lokasi jam 9 pagi.. hahaha jalan raya dah penuh dan dan nasibla aku manage jumpa satu tempat park keta dekat ngan lokasi pesta... panas jangan ckp la... hehehehe.. lebih banyak peragaan baju tradisional... hehehe korang tengok la gambar kat bawah ni....

Semua Gambar diatas diambil semasa menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah...

Kalau kemarin kita orang rembat moto abg jual air tebu.. hari plak syarin lebih agresif!!! Dia rembat moto pakcik Bomba plak....

Ni bukan perhimpunan mansuh ISA.. hehehe masa ni drg nak catat rekod peserta main gasing paling ramai iaitu 1000 orang... heheheheh mmg ramai la... drg main dgn serentak.. kononny7a nak masukkan di dlm buku rekod Malaysia....

Ni plak gimik majlis penutupan heheheh ada gasing besar yang berasap... hehehehe gempak...

Pemain Kompang dari kampung aku weeeiiii....

Amacam kiut tak cik adik yang bersilat ni... aku tak tau apa jenis silat dia ni... aku rasa silat senyum kot pasal sepanjang dia perperform sambil bersilat dia asyik senyum jer....


Kali ni aku nak promote band member aku hehehehe kalau band Dewangga Sakti ngan gambus nya ni plak lagi tradisional... band ni adalah Band Sandaman... sandaman ni nama kayu sebenarnya. nama guna nama sandaman.. heheh ini kerana hasil bunyian music mereka kebanyakkan di hasilkan daripada kayu jenis sandaman... mmg layan la lagu mereka ni... Vocal pun harmoni.. more photo kat bawah ni...

Gitar tu juga di buat dari kayu sandaman (bass tu tak).. err tonenya? kureng la untuk aku heheheheh B.C Rich Rules!!!!

Kalau nak detail drg hehehehehe kasi tau aku nanti aku usha ngan pengurus mereka hehehehehehe....

Ni Champion Mr. Brunei Darussalam hehehehehe

Pasukan Tarik Tali Limbang , Sarawak

Pasukan Tarik Tali Negara Brunei Darussalam

Antara acara yang menarik pada hari tersebut adalah pertandingan akhir acara tarik tali di antara pasukan Limbang, sarawak menentang pasukan Brunei.. Untuk pengetahuan korang pasukan Brunei adalah juara bertahan untuk acara ni.. tak hairan juga la drg ni mmg dah ikut acara ni peringkat antarabangsa... baru - baru ni drg p vietnam kalau tak silap aku untuk ikut acara tarik tali terbuka vietnam.


Pasukan berhempas pulas untuk mengekalkan kejuaraan mereka...

Manakala pasukan limbang plak berusaha untuk merampas kejuaraan itu daripada pasukan Brunei... heheh memang semangat berpasukan diantara kedua kumpulan amat tinggi.. tak hairanlah mereka boleh masuk hingga ke peringkat akhir...

Namun akhirnya Pasukan Brunei tetap mempertahankan kejuaraan mereka... tahniah untuk mereka

Walaupun tewas dan mendapat tempat kedua... pasukan limbang juga harus diberi pujian atas kesungguhan mereka menentang pasukan Brunei pada pusingan akhir...


Sekadar Hiasan

Malamnya plak ada pertunjukkan bunga api dan sambutan Malam GALA yang mana ada artis tempat di jemput untuk membuat pertunjukkan.... ok la macam panjang sgt plak aku menulis kali ni.... hehehe wooii penat aku taip ni.. korang apa lagi p la klik iklan nuffnang aku kat atas tu.. heheheheheheh.. cheers