Showing posts with label Resepi Rahsia a.k.a secret recepies. Show all posts
Showing posts with label Resepi Rahsia a.k.a secret recepies. Show all posts

Friday, March 9, 2012

MEE MAGGI CEPAT DIMASAK SEDAP DIMAKAN...




Tips memasak maggi:
1. paras air hendaklah sama dgn paras mee atau lebih sedikit kalau nak campur dgn sebiji telur.
2. mula dengan air biasa,letak mee kemudian baru hidupkan api.
3.apabila air sudah mula mendidih gunakan garpu untuk mengacau mee supaya ianya terurai..
4.ketepatan masa amat kritikal untuk memastikan mee tidak terlalu kembang.
5. apabila buih mendidih mula mengerumuni mee tersebut,angkat mee..jangan dibiarkan lama kerna mee maseh melalui proses pemanasan (carry over cooking)
6.Tuang mee ke dalam mangkuk dan airnya cukup2 paras mee tersebut.
7.Letakkan perencah dan kacau hingga sebati
8.Makan ketika panas dan sembunyi2 kalau xnak kongsi dgn isteri,anak,adik beradik,saudara mara atau kawan2 yg malas nak buat maggi sendiri..
 p/s: kalau maggi perisa ayam aku suka simpan sos cili sikit.. or cili padi & perah limau.. perghhh memang semangkuk tu tak boleh nak kongsi punya la..... perrgghhhh

credit to : Chef Yen

Thursday, January 28, 2010

KETAM MASAK TAUCU featuring SKINLESS EGGPLANT



Fuh aku rasa agak lama dah aku tak share resepi - resepi terkenal aku kepada para pengunjung blog ni. Bagi yang baru mengikuti blog aku ni sebenarnya aku ada satu segmen masak - memasak kat dalam blog ni. Kalau nak tengok resepi resepi yang telah aku share sebelum ni korang boleh la klik kat SINI. Baiklah sebelum aku mengarut tak tentu pasal meh kita teruskan acara memasak Ketam Taucu Bertemankan Terung.
Ok mula - mula korang kena sediakanlah bahan - bahannya, standardlah kalau takder bahan2nya camner nak masakkan.. order kat restoran boleh la hehehehehe. Ok... korang sediakan ketam dan terung ikut mana banyaklah korang suka then sediakanlah bawang merah , bawang putih, bawang besar (korang pernah tengok iklan shampoo Bawang ker? jackie chan tu?), halia, cili padi dan lada besar. Tidak lupa taucu botol (yang masin), asam jawa, sos tiram, minyak masak, garam dan aji no moto secukup rasa anda (kalau korang kepingin nak menghidap penyakit - penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis sila gunakan bahan - bahan ni dengan dosage yang extreme banyak).

Dah sedia barang - barang tu korang boleh la usha ketam start cuci then buka kulitnya... kat sini aku prefer ngan ketam betina.. kenapa ketam betina? pasal ketam betina biasanya akan mempunyai isi yang lebih tebal berbanding dengan ketam jantan. Kalau korang jumpa ketam betina yang takder isi itu mungkin ketam betina yang anorexia or ketam yang kena tinggal laki (takder selera makan pasal asyik makan hati tulah kurus). errr camner nak kenal ketam tu jantan ker betina? Isk selak la kat bawah bontot ketam tu... kat sana boleh nampak (bukan nampak kemaluan ketam tu tapi kekadang ada telur kat sana.. telur ni bukan la bermaksud telur ketam jantan tawwww) ... kalau korang failed nak determine jugak korang tanya la tauke ketam tu.. kalau taukeh ketam tu takleh jawab suruh dia kursus ngan team deadliest catch. Kat sini satu lagi keistimewaan ketam betina ni pasal kat cengkerang dia tu selalunya ada isi yang sikit lendir cam otak udang (mungkin u otak ketam kot?) haaaaa... kat sini la bila korang cuci ketam tu then bukan cengkerangnya korang korek isi kat cengkerang tu  then simpan kat piring then put aside dulu.

Lepas usha ketam korang usha plak terung.. cuci terung tu then kupas kulitnya then potong kecik2 ikut kesukaan anda.. kalau anda seorang fetish anda tak perlu nak potong2 terus campak jer kat dalam kuali.... then panaskan kuali tuang minyak lepas panas minyak tu korang deep fry kan ketam (jangan lupa potong dua ketam tu) dan terung tadi tapi jgn deep fry dia kering sangat... macam nampak separuh masak then angkat pastu tos kan minyak... kalau korang peminat penyakit kolestrol korang tak payah la nak susah - susah toskan minyak tersebut.

Sementara tunggu ketam dan terung tu ditoskan minyaknya, korang boleh la buat bahan lain.. then panaskan kuali lagi.. then tuang minyak lagi (yang tadi korang dah cuci la ) tapi kali tak perlu guna banyak minyak.. serius ni menumis bahan2 juga tak perlu banyak pasal sayur terung tadi dah banyak serap minyak. panas jer minyak tu korang campakkan bawang putih, bawang merah, halia kat kuali tumis sampai sedikit naik bau then campak lagi cili padi, lada besar dan bawang besar tadi tumis sampai baunya cukup utk korang jadik lapar then tuang sikit sos tiram, air asam jawa dan beberapa sudu taucu botol tadi ikut suka anda,,, awas taucu botol tu masin jgn terlampau k. tuang air reverse osmosis sikit (ikut suka korang jugak) then biarkan sekejap hingga mendidih then bubuh garam dan aji no moto secukup rasa.. bila kuah tu nampak nak pekat korang bubuh ketam yang  dah kena goreng tadi kat dalam kuah tu then kacau hingga sebati then masukkan sayur terung tadi kacau pelan - pelan supaya terung tu tak hancur.. then rasa - rasa macam dah ok then korang hidangkanlah ikut suka hati korang.

Ok lah takat ni saja rancangan memasak kita hehehe nanti kalau aku masak resepi baru aku akan share lagik ngan korang di dalam blog ni... Selamat Mencuba dan sebelum makan jangan lupa baca doa makan.....

Tuesday, May 26, 2009

SAMBAL TELUR "THE DAY CAUGHT ON FIRE" vs KARI IKAN PUTIH "BLAZE OF THE NORTHERN SKY"

Hujung minggu lalu, aku dengan adik aku buat join venture di dalam menghasilkan juadah untuk didesecrate oleh kami seisi keluarga. Ntah napa tetiba mood aku utk memasak pada hujung minggu begitu memberangsangkan dan tanpa direquest aku terus saja volunteer utk menjadi tukang masak yang tak bertauliah.

Aku jenguk2 kat dapur hahahaha aku terus dapat idea akan apa yang bakal aku hidangkan untuk ritual dinner ala2 viking pada malam tu. Juadah tersebut tidak lain tidak bukan adalah Sambal Telur dan Kari Ikan Putih. Aku dan adik aku yang menjadi dalang di dalam konspirasi ini berasa yakin dengan juadah ini. Kami yakin bahawa ianya akan mendapat sambutan yang menggalakkan daripada peserta2 yang menyertai upacara makan malam pada hari tersebut.

Ok mula2 kitaorang buat sambal telur... Errmm sambal telur ni sebenarnya satu hasil yang tidak sempurna memandangkan ada diantara bahan penting tiada di dalam stok pada masa tu. Tapi kitaorang teruskan juga modified resepi tu yang mana ianya berakhir dengan satu juadah yang diberi nama Sambal Telur "The Day Caught On Fire". Ok.. mari kita cerita pasal bahan2 utk buat juadah ni. Mula2 kita org prepare bawang merah dalam 5 biji dan 3 ulas bawang putih. dua bahan ni dikupas dan dibasuh lalu dikisar halus dengan blender oldskol mak aku.

Lepas dikisar, bawang tadi ditumis kat dalam minyak panas sehingga naik bauk... hahah kalau bawang kisar ni menumisnya lama sikit nak naik bau pasal ianya ada mengandungi air hehehehe ... kalau dah naik bau tu korang bubuh Cili Boh dalam 6 sudu besar (ikut suka hati korang).... pastu tambah sikit sos cili (tomato pun ok gak...) then tabur sikir cili padi utk kasi kaw.. hehehe tak best la kalau sambal telur tak pedas. Then simpan lagi sikit ajinomoto dan garam serta gula. kacau hingga sebati then tambah setengah (ikut korang) cawan air then biar sampai pekat... Oh yah sebelum kuah tu pekat korang simpanlah sikit air asam jawa (dalam proses kitaorang tak jumpa kat mana mak aku simpan asam jawa.. last2 kitaorg bantai ngan asam keping 1 keping) hahaha kira kamikaze... then aku simpan sikit santan segera utk kasi lemak hahahaha (kolestrol rulz!!!).

Oh yah satu lagik aku lupa nak mention bahawa.. telur ayam yang digunakan dlm juadah ni hendaklah korang rebus dulu then kupas pastu belah dua hahahahahaha... then kalau dah pekat kuah tu.. korang rasalah sikit... hehehe kalau ngam rasanya simpan telur yang dibelah tadi kat dalam kuah tu (ingat proses ni kena slow n steady supaya kuning telur tak hancur). Kacau perlahan2 hingga sebati.. stay dalam 2 - 3 minit then siaplah.. ready utk dihidangkan.. hahahah simple kan?


Lepas siap sambal telur tadi, kita terus proceed ngan menu yang seterusnya iaitu Kari Ikan Putih "Blaze Of Northern Sky". Bahan2nya... isi ikan putih... ikutla byk mana korang nak... then bawang putih, bawang merah & halia ditumbuk lumat. Pastu sebatang (kira2 3 inci) kayu manis, cengkih beberapa ketul, ketumbar... semua ni secukup rasa la... tumis bahan yang sudah ditumbuk tadi then lepas naik bau korang bubuh plak kayu manis dan rakannya. Bau wangi naik then korang simpan 3 sudu besar cili boh dan serbuk kari serta serbuk kunyit ikut selera korang... then tuang secawan air(pandai2lah korang adjust). Bila dah mendidih.. bubuh asam keping, garam dan ajinomoto secukup rasa kacau then bubuh la isi ikan putih tadi...



Korang bajet2 macam isi ikan tu macam separuh masak then korang simpan la santan (kalau nak kaw simpan santan ori punya bukan yang peket). Rasa kuahnya hehehe kalau ok korang biar utk beberapa ketika... tengok minyak santan tadi dah naik hehehe apa lagi jgn la malu2... juadah tersebut sudah sedia utk dimakan dengan nasi hahahahaha selamat menjamu selera.... Cheers!!!

Tuesday, April 7, 2009

AYAM GORENG EMBAK - VERSI PERGH WA TAK KASI CAN!!!

Rasanya agak lama sudah aku tak berkongsikan resepi2 kult dan rock & roll aku... hehehehe kali ni seperti yang pernah aku janji disuatu masa dulu.. Di mana aku pernah mention kat korang pasal Ayam goreng ni.. hehehehe ayam goreng ni adalah evolusi dari teknik masakan ayam goreng KFC aku yang tak jadi... Timbul plak niat di hati nak copy resepi ayam goreng embak... Sebelum korang keliru.. aku nak declare awal2 ni bukanlah original resepi dari embak yang jual ayam tu.. tapi ini adalah versi buatan sendiri.. setelah mengamati beberapa round teknik penyediaan ayam kat premis mereka hehehehehe.

Aku perasan embak suka pakai tepung jagung biasa tu.. errmm aku nak lain sikit la.. taknak sama heheheh nak buat kelainan la kononnya. K aku guna tepung emak aku hahah tepung buat kek aku bantai hehehehe jenama blue key (kunci biru). 

Ok.. setelah sebungkus ayam (2 kg) tu dibersihkan(cis kata harga ayam nak turun tapi masa ayam ni di beli harganya utk 2 kilo adalah rm19.90 cis... mmg mahal la!!!). Korang rebus sehingga setengah masak. air rebus tu simple jer... korang bubuh garam (jgn banyak sgt nanti masin), & serbuk lada putih jer... Kalau korang rasa macam ok then korang toskan la hehehe macam gambar kat atas nun.

Ok korang dah tos kan apa lagi korang bancuh tepuk tadi ngan air (hati2 masa bancuh ni jgn terlampau pekat or terlalu cair... ) senang citer macam korang nak buat tepung utk cucur pisang. dah sebati korang amik sikit garam + Ajinomoto + lada putih + serbuk bawang putih (optional)+ sikit serbuk kari gaulkan lagi sampai sebati... (ingat bahan2 tu jgn simpan byk sangat nanti tak best rasa dia) Hasil bancuhan aku adalah seperti kat gambar di bawah ni...

Dah korang rendam kat tepung tu hingga rata hahaha apa tunggu lagi campaklah kat kuali yang dah ada minyak panas... pergh... Ilustrasinya adalah seperti kat bawah ni....

.

.

.

.

.

.

.

.Hasilnya?

.

.

.

.Camni?

Gambar kat atas tu masa ayam tu tengah tos kan minyak... heheheh minimumkan kadar minyak di dalam makanan anda!!!! Then gambar kat bawah ni hasil akhirnya sebelum abis kita orang makan seisi keluarga sambil tengok katun Hagemaru....


p/s: aku taknak hias2 masakan aku.. pasal tak sempat siap hias dah habis dah kena makan....

kalau nak tengok rumah sebenar gambar ayam goreng embak tu hahahah korang klik kat SINI

Wednesday, February 25, 2009

AYAM GORENG MI SCUSI ala KANTAKI FRIED CIKIN

Hahahaha korang pernah terpikir ker nak goreng ayam ala2 kfc? hehehehe aku selalu terfikir nak buat camner nak buat cam kolonel sander buat hahahahah nanti kalau aku dapat buat boleh aku panggil kengkawan makan heheheh... Aku ni minat juga kalau makan ayam goreng KFC ni heheheh paling aku suka Original Recipe dorang... hehehe pasal aku tak suka makan pedas... cicah pun ngan tomato ketchup. Dari sejak memakan benda tu aku selalu cuba nak figure out camne dorang buat hehehehe then aku experiment la kat rumah camne nak buat.. mmg banyak kali gagal namun ayam yang gagal itu masih berjaya utk di abiskan... hahahaha

Ok la ni resepi yang aku try utk hidangan 2 Kg cikinwing hahahahah then k korang p amik pen dan kertas tulis heheheh jarang aku nak kasi resepi ngan sukatan yang spesifik ni heheheh... Mula2 korang amik 2 sudu besar baking power, pastu 2 sudu besar garam, 4 sudu beasr MSG (ajinomoto kalau korang tak tau haha) 1/2 Sudu besar serbuk bawang putih kira2 suku cawan pati ayam (ala korang pakai jenama maggi pun boleh) then bancuh semua ramuan tadi ngan 5 cawan air. Hehehehe jgn saspen korang belum boleh makan lagi... hehehehe sudah bancuh then campakkan ayam tu kat dalam bancuhan tadi then perap sehari (24 jam) utk masukkan perisanya hahahaha.... kena tahan dulu la k... kalau perap jgn la lupa simpan dlm ice box nanti basi plak ayam tu hahaha utk jak biawak kat semak tu nanti pasal makan kantaki tak siap korang.

Jgn saspen gambar di atas bukanlah hasil sebenarnya hahahaha tu aku rembat kat google jak hahahahahahah bankrap KFC kang hahahaha. Bak kata orang2 tua ianya hanya sebagai ilustrasi sahaja hahahaha. Then skrang korang sediakan sebiji telus ayam korang kacau sampai naik sikit then campurkan dengan 2 cawan susu segar.... then korang ambik satu lagi bekas utk simpan 2 cawan tepung gandum 2 sudu teh serbuk lada putih 3 sudu besar garam, satu sudu teh MSG, setengah sudu serbuk bawang putih dan secubit paprika (nak kick korang boleh simpan lebih tapi jangan la sampai simpan segayung.. naya.. tu). K.. korang dah defrostkan ayam korang marinated semalam tu? hahahahah then rendam ayam tu kat bancuh telur dan susu tadi kasih tenggelam jak jgn segan2 hahahahah then korang ulikan ke dalam campuran tepung tadi sehingga rata.. then panaskan minyak bolehlah korang goreng hahahahah.. tunggu sampai warna keemasan then boleh la dibangkit ayam tadi tu... Kalau korang nak lagi power korang boleh goreng kat pressure cooker... ayam itu akan jadi lebih lembut nyum nyum macam kfc.. hehehe kalau takde tu jgn la nak ngada2 komplen napa ayam tu tak lembut heheheh sedar2la diri tu goreng ngan apa.. mcm aku pun goreng ngan kuali biasa jak hehehehe rasanya adalah dekat heheheh.. aku percaya kalau digoreng kat pressure cooker mmg jadi punya... 

So, kepada sesapa yang ada pressure cooker tu jgnlah segan2 nak test power resepi KFC tiruan aku ni hahahahahah Mi Scusi ...  Mi Scusi... Dan harap korang dapat la kasi tau hasilnya macamana k. Cheers hahahah 

p/s: Hidangan ni sesuai dibuat utk majlis harijadi anak anda... kikikikiki

Thursday, February 12, 2009

isKETAMbola MASAK MERAH

Gambar: Ni sebelum di simpan ngan santan hehehehe

Ketam ni sebenarnya diberi secara percuma kepada bapak aku oleh en. Noi... thanx a lot.. kalau kat kedai mau2 RM5 sekilo.. heheheh tapi bapak aku call lagi yang dia ada beli another ketam dlm yang versi lebih besar namun harganya besar jugalah hehehe iaitu RM10 sekilo. Dengan menggunakan sistem majoriti mudah... ketam ini diputuskan supaya di masak merah hahahaha.. merah kan tanda berani.. so, mari kita proceed ke step yang seterusnya.

Masa ketam ni di bersihkan kulitnya dibuka dan otaknya(dia punya otak ke itu?) diasingkan di dalam mangkuk... pastu buang la kulit tu... jgn lupa korang ketuk kecih pecah sikit kulit sepitnya supaya bila dah masak senang korang nak mendesecrate sepit kelak. Pastu cam biasalah korang kasi sedia garam , ajinomoto, bawang putih, bawang merah, halia, santan (masa masak ni pakai santan paket jak), sos cili & tomato, cili kering dikisar dan sikit air.

Gambar: Sudah sedia untuk dimakan...

Bahan - bahan tadi cam bawang, halia tu ditumbuk ataupun dikisar.. ikut suka hati korang. pastu panaskan kuali then tuang sikit (secukup rasa minyak masak then) baling bahan2 yang ditumnuk tadi kat dalam minyak yang dah panas tu. Dah naik bau wangi bawang dan halia tu,, korang simpan plak cili kering yang dikisar tu secukup rasa korang.. jgn la byk sgt nanti budak2 tak dapat nak makan. kacau2 then tuang sos cili dan sos tomato (sos tomato ni korang boleh ganti ngan air asam jawa).. macam dah naik bau korang tuangkan otak ketam (ekk otak ke telur tu? aku pun tak tau hahaha) ke dalam bahan tumisan tadi.. then campaklah ketam tu sama.. then kacau dan gaul hingga rata. Macam koran bajet2 dah masak then apa lagi korang tuang santan tadi... (kalau nak extra lemak bykkan la santan tu hahahah tapi jaga kolestrol akan meningkat!!!) then siap... Step seterusnya korang amik pinggan then makan ngan nasi panas.. fuhh... Selamat mencuba...

Monday, February 9, 2009

UDANG GORENG TEPUNG ala WOLVERINE BLUES

Hari minggu baru - baru ni aku balik dari merambu dengan geng Rakan Muda Rekreasi aku .. fuhh perut aku lapar la pasal aku tak ambik lunch pada masa tu.. balik jak kat rumah haiya... belum siap masak lagi... Atas desakan wolverine kat dalam perut aku yang mencakar kerana lapar aku terdorong untuk membantu komrad yang bertugas didapur pada malam tu.. Aku survey2 apa ada kat peti sejuk nah terjumpa udang segar yang baru dibeli kat dalam plastik... hahahah tanpan menjalankan pengundian seperti yang selalu aku buat aku teruskan menggunakan kuasa veto aku untuk memutuskan bahawa aku akan masak udang Goreng Tepung ala Wolverine Blues kerana perut aku yang suda berkeroncong wakakakakaka. Nampaknya keputusan aku tak dibantah melainkan mak aku suruh asingkan sikit udang tu untuk direbus hahahaha ok la aku pilih yang besar2 untuk di rebus then aku teruskan misi aku memasak udang ni hehehehehe....

Udang tu kena beli dengan harga yang agak mahal... iaitu RM18 sekilo.. (biasa boleh dapat dalam RM16 or 15 per kilo) so, takla kitaorang beli bebanyak... cukup untuk sekali makan jak... Bahan - bahannya biasala udang yang di kupas kulitnya (tapi kulit kepala aku tak kupas)... pastu aku bilas ngan air... Then aku guna tepung kek untuk digoreng ngan udang ni.. tepung kek naik sendiri jenama Blue Key jadi pilihan aku pada hari tu... Bubuh tepung secukup rasa, then tabur garam dan lada putih then simpan air Reverse Osmosis hahahaha secukup rasa.. ingat simpan air tu sikit2 jangan terlebih air nanti jadi cair plak bancuhan tepung tu... biar dia pekat supaya tepung tu senang melekat kat badan udang tu. Then, jangan korang pura2 tak tau apa nak buat lagi.. hahaha panaskan minyak kat kuali then gaulkan bancuhan tepung tadi ngan udang hingga rata.. kalau taknak gaulkan korang boleh celup sekor sekor... bergantung dengan tahap kerajinan korang. Macam aku perut dah berbunyi malas nak main celup2 hambur terus sekali hahahaha.. sama juga rasanya tapi tak cantik la hahahah hasilnya seperti macam gambar di atas.

Sudah siap mengoreng udang... aku buat plak sos cicahnya.. hahahah sos cicah ni ikut citarasa korang la.. korang nak cicah ngan air sabun sekalipun aku tak kisah hahahahah.. tapi untuk makan malam tu aku buat cicah mayo aku yang paling kult yang mana aku ambik 2 sudu mayo + 1 sudu jus oren sunquick yang pekat, Sos Cili secukup rasa + Sos Tomato secukup rasa... then gaulkan hingga rata. Pastu apa lagi... p la cari pinggan then selamat menikmati udang goreng bertepung ala2 wolverine blues aku ... yeaaarrrgghhh!!!!

Tuesday, January 20, 2009

SIPUT SEDUT Feat. TALAPIA GORENG ASAM

Gambar: Sekadar hiasan.. Ihsan dari Big Apple Donut

Gambar: Ikan Talapia Diperap Ngan Asam Jawa

Gambar: Ikan Talapia Digoreng... aku simpan seulas bawang putih masa goreng ikan tu utk menambahkan aromanya.

Gambar: Siput Sedut yang baru dibersihkan

Gambar: Siput sedut yang sudah kena rebus

Gambar: Yang ni plak siput sedut kena masak kicap... 

Makanan - makanan ni aku masak pada malam minggu yang lalu.. lepas balik dari studio terus aku layan memasak.. nyum nyum nyum... apalagi seisi keluarga kami layan siput sedut yang diambil dari tepi pantai kat kampung aku... hehehehe

Saturday, January 17, 2009

IKAN TALAPIA MASAK MERAH ROCK N ROLL


Gambar di atas hanya sekadar hiasan....

Ni adalah kenangan lunch aku yang disponsor oleh bos aku yang baik hati

Ok, baru la kita p kisah sebenar... Hari khamis yang lalu aku ngan bapa aku round2 kampung cari ikan... Musim tengkujuh ni harga ikan mahal dan yng paling menyakitkan hati ikannya tak fresh... So, kami cari alternative lain iaitu ikan air tawar. hahaha di sini la cerita ikan talapia akan bertukar menjadi makanan....






Hahahahaha ikan ni aku goreng asam jawa... ala simple jak... taruk garam, ajinomoto, asam jawa tunggu 10 minit then panas minyak dalam kuali pas tu campak ikan.. jadi la cam gambar ni hehehehehe
Yang ni masak merah, bahan2 aku guna bawang putih, bawang merah, halia sikit, cili kering, sos tomato, lada besar (utk hiasan), sikit garam dan ajinomoto, dan bawang besar. Ikan tu aku goreng kosong jak... pastu baru la buat kuahnya... but kuah nya? ala tumis bahan2 yang aku tulis tu tuang semua kacau then hambur bawang dan lada besar. Ha pastu baru la baling ikan kat dalam kuali kacau hingga rata.. then ini ikan di laut asam di darat. daam kuali akhirnya bertemu juga hahahahaha siapla ikan talapia masak merah aku hehehe

Monday, January 12, 2009

LICENSED TO GRILL : CIKINWING BERSILA featuring TAUGEH UDANG KERING SARAWAK

Gambar: Layakkah ini dipanggil sebagai pencuci mulut?

Selepas menikmati juadah tengahari, aku teruskan ngan menonton movie Hitch kat cenel movie sambil pekena satu bar kecik coklat sebagai pencuci mulut.. heheheh boleh ker? pas movie Hitch abis, aku nak teruskan misi memasak secukup rasa Maggi aku. Selepas undian dijalankan, akhirnya dorang semua memilih untuk makan ayam panggang untuk makan malam walaupun pada mulanya aku bercadang nak buat ayam goreng embak.... so, mungkin belum sampai masanya lagi untuk aku share resepi ayam goreng embak ngan korang.. sabar2la yek.

Sebelum aku teruskan ngan bahan2nya aku nak kasitau korang tajuk entri ni Licensed to grill adalah cadangan adik aku.. heheheheh aku pikir cam ngam juga so.. teruskanlah...

Gambar: Aku perap ayam tu selama 45 minit sebelum di panggang

Untuk bahan2 perap ni aku guna limau kasturi, minyak masak, serbuk kari, serbuk kunyit, madu lebah asli, air (semuanya secukup rasa) dan last but not least iaitu Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehe... lepas perap aku sambung p layan tv.. huh hujan semakin lebat... siaran tv sedikit terganggu...

Gambar: Sebelum masuk oven (sedang kasi panas)

korang dapat teka ngapa tak aku namakan resepi aku ni ayam panggang bersila? Errrmm kalau korang nak tau hehehe korang tengok posisi ayam tu sebelum kena panggang hehehehe penuh dgn sopan santun kan? k layan jak la.

Gambar: Sedang di bakar (half simpan dlm oven, half p bakar ngan arang

Gambar: Dengan tenang dorang stay kat dalam oven...

Gambar: ni plak bahan - bahan untuk sos cicah.. heheheh rasanya korang kenal sangat ngan bahan2 tu kan?

Gambar: Inilah hasilnya selepas bahan2 tadi aku campurkan dengan kicap masin adabi sos tomato or kalau org putih panggil ketchup, dan gula. (semuanya juga Secukup Rasa)

Gambar: Ini hasil dari dalam oven punya? ok ka?

Gambar: Ni plak hasil yang dibakar ngan arang.. heheheh hangus sikit tapi adik aku ckp rasa masih ok lagi

Gambar: Taugeh Udang Kering Sarawak

Untuk sayur makan malam plak aku masak sayur taugeh yang ditumis ngan campuran udang kering sarawak. heheheh udang kering sarawak ni lain sikit ngan udang kering yang biasa dijumpa kan pasar. kalau tak silap aku, dorang bikin udang kering ni ngan menggunakan udang galah ... aku tak pasti tapi itulah yang aku dengar orang cakap... betulkan kalau salah k... Sebelum dimasak aku remdamkan udang kering ni dalam air panas... bahan tumisannya ? ala korang ni pura2 tak tau lagi .. heheheh aku guna bawang putih dan merah dengan k sebut betul2 Serbuk Perencah Secukup Rasa Maggi hehehehehehe.. Dan sebagai hiasan yang tak seberapa aku taburan hirisan lada besar....

Sebenarnya, misi memasak aku di sambung oleh mak aku pasal ada spesel request punya menu... aku belum belajar lagi menu spesel request ni dari mak aku. So, utk langkah berjaga - jaga aku serahkanlah dapur kat mak aku utk memasak Rendang Itik Nila Spesel... Korang suka makan daging itik nila? hahahah sedap wooooo nantilah kalau aku dah pandai masak rendang itik nila.. aku akan share ngan korang .. hheheheh selamat mencuba...

Sunday, January 11, 2009

KUPANG MASAK CILI BEREMPAH featuring CORNBEEF ROCK N ROLL & SARDIN SEMALAM

Hujung minggu begitu panjang buat aku... Satu hari suntuk hujan turun sekaligus membataskan pergerakkanku. Keta baru jak aku cuci kemarin dan tak mungkin akan aku redah hujan lebat tu semata - mata nak mengisi masa yang terluang... kebetulan hari kat tv (cenel movie) ada beberapa playlist movie yang cukup menarik untuk ditonton seisi keluarga. Tetiba teringin plak rasa aku nak memasak iaitu salah satu hobi aku yang agak lama terbiar hehehehe. So, hari ini aku memutuskan bahawa aku akan memenuhi aktiviti dengan memasak. Terlebih dahulu aku nak iklan sikit ngan korang... heheheheheh adik aku promote perencah Maggi Secukup Rasa... Adik aku cakap senang jak guna hambur2 then siap hahahaha kat dalam tu dah secukup rasa garam ngan msgnya (korang rasa kalau aku hambur satu kilo masih cukup rasa tak?). Aku memutuskan mencuba saranan adik aku ni dengan memasak tanpa garam dan msg. Just guna maggi secukup rasa hahahahaha.

Sebagai permulaan, aku buat survey dulu kat isi rumah aku. Aku tanya apa dorang nak makan dan seperti biasa undian pun dijalankan. Keputusan dorang nak makan kupang (ntah betul ka nama dia ni bentuk macam kepah tapi lebih besar kulitnya warna hitam kehijau2an), Cornbeef, & ni request mak aku.. dia suruh aku kasi panas balik baki sardin semalam heheheh(secara teknikal bukan la aku yang masak hehehehe)

Gambar: Nilah Maggi Secukup Rasa tu....


Gambar: Ni plak gambar isi kupang yang telah dikupas dan dicuci


Gambar: Bawang merah, bawang putih, dan halia ditumbuk

Hahahaha gambar kat atas tadi adalah diantara bahan - bahannya.. aku malas nak taip then amik gambar jak la.. ni bahan2 yang nak ditumis... Bahan yang tiada dalam gambar ialah serbuk kari, cili kering dikisar, air asam jawa, serbuk kunyit, pati santan, manakala untuk hiasan simpan lada besar, dan bawang besar.

Gambar: Ni adalah hasilnya setelah semua bahan2 tadi dihumban ke dalam belanga.. wakakakaka

Sorry la yek aku tak sertakan berapa sukatannya hahahahaha kan dah iklan serbuk secukup rasa Maggi heheheh then korang tabur lza kesemuanya secukup rasa korang.. nanti kalau aku kasi sukatan ikut rasa aku hahaha tak ngam plak ngan secukup rasa korang hahahahah.. So, korag pandai2 la yek... Usaha Tangga Kejayaan.


Gambar: Hahahaha akhirnya Kupang Masak Cili Berempah aku pun siap

heheheheh warnanya camni pasal aku terlebih simpan serbuk kari hehehehe (ertinya terlebih rasa la masakan aku ni heheheh gagal lagi...) tapi takpe rasa tetap nyum nyum nyum dan nyum.... Aku teruskan operasi ngan masak cornbeef rock n roll aku.... hehehe ni resepi dia simple jak...

Gambar: Cornbeef dan yang warna putih adalah serbuk lada putih


Gambar: Bawang putih & merah + cili padi


Gambar: Bahan2 tadi ditumis dan dicampur ngan serbuk perencah secukup rasa Maggi

Sudah bahan tumisan itu naik bau harum hahahaha apa lagik campak la conbeef yang dah disediakan tadi dan tambahkan telur secukup rasa wakakakakaka (untuk satu tin cornbeef tu aku guna sebiji telur ayam gred A)

Gambar: Cornbeef Rock n Roll


Gambar: Hehehehe No Komen... (Sardin semalam yang mak aku suruh panaskan)


Gambar: Seperti biasa aku akan kontrol macho semasa memasak


Gambar: Masa aku memasak Si Apple pun nak join along dia memasak

Gambar: Hehehehe lepas join memasak dia pun joinlah makan sekali tapi dia makan bubur jak la hehehe


So, secara keseluruhannya misi aku petang tu berjaya dilaksanakan... sekianlah dulu untuk hidangan makan tengahari kami sekeluarga heheheheh ops... jgn pigi dulu.. nanti aku share ngan korang plak resepi aku untuk makan malam heheheheh chow see yah... aku nak makan secukup kenyang dulu... hehehehehe
Add Image