Tuesday, January 13, 2009

HUJAN DI JANUARI INI...

Hari ni dah hari ketiga hujan turun kat tempat aku, tadi pagi aku pi kerja tengok paras sungai sudah mula naik... nasib la jalan raya dah di naik taraf kalau tak kompem banjir dan aku terpaksa ponteng keja (yeeehaa). Namun aku jangkakan kalau berterusan dalam dua hari lagi aku tak dapat gerenti sungai tu boleh bertahan... mungkin boleh banjir kot...

Teringat aku masa kecik2 dulu, kalau musim hujan kompem banjir punyer dan masa tu aku tinggal di rumah nenek aku yang terletak dekat ngan sungai. Masa tu excited kalau hari nak hujan.. melilau la aku mencari tiub pelampung aku, hahaha org sediakan payung sebelum hujan manakala aku sediakan pelampung sebelum hujan. Baru aku sedar minat memancing aku ni terpupuk sejak masa kecil lagi. Masa tu arwah nenek masih ada lagi (sob... sob.. al - Fatihah) mesti ikut sibuk oleh aku pasal aku minta dia kasi buat aku joran pancing. Masa tu korang tau ikan apa yang paling banyak kat sungai... hahahahah tak lain tak bukan iaitu ikan puyu.. (kalau kami panggil ikan karuk) hahahaha. Masa tu aku akan ke sana dan ke mari untuk mencari port yang dapat dikesan sebarang kelibat ikan puyu.

Namun, memancing tu sebenarnya adalah decoy aku dan kengkawan aku utk menjalankan agenda yang lebih menarik iaitu hahahahahah main air... mmg best la sehari suntuk main air... untuk pengetahuan korang masa tu air sungai kat tempat aku bukan macam sekarang ni... airnya mmg jernih la sampai peringkat korang boleh tengok ikan kat dalam air. Sumpah tak tipu.. tapi sedihnya sekarang ni air sungai tu dah makin tercemar... Sekarang ni, jangan kan ikan puyu... mungkin pirana pun boleh kiok. kalau korang terjun kat sungai tu gerenti terus berkudis hahahahah.

Gambar: Pemandangan Sungai Kat Tempat Aku Selalu Bermain Air Disuatu Masa Dulu

Bila aku kenang - kenang masa dulu tu memang best la... masa skrang ni baru kau sedar napa mak aku selalu marah kalau aku main kat sungai masa air banjir. Rupa - rupanya mmg bahayalah.. arusnya yang deras boleh menghanyutkan sesiapa jak biar pun org tu handal berenang. So, skrang ni aku plak yang bising kalau nampak budak - budak main tepi sungai masa air banjir. Tapi aku tak nak la menjadi kill joy kepada budak - budak tu... Aku bising2 pun tapi aku suruh dorang main jauh sikit dengan sungai supaya kalau jatuh taklah hanyut oleh arus... main dekat2 tangga jak la dorang. Walaupun tak berapa best tapi masih ok.. lagi baik daripada tak kena main terus kan?

So, korang pun kena la berhati - hati terutamanya memandu semasa musim hujan ni yek... malapetaka bukan saja berlaku di sungai tetapi juga di jalanraya...

p/s: baru jak bapa aku kasitau yang dia terima panggilan daripada keluarga dan kenalan dari Sarawak yang menyatakan tempat mereka sudah di tenggelami oleh air...

No comments: