Wednesday, December 21, 2011

MI SCUSI: PRINCIPLES & STANDARD OPERATION PROCEDURES



  Mi Scusi aku anggap adalah sebagai sebuah organisasi. Organisasi ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai ideology serupa terhadap muzik Horrorock. Sejujurnya kami tidak pernah mengkategorikan genre muzik kami secara spesifik. Bagi kami genre Horrorock digunapakai apabila ada orang yang bertanya apakah genre muzik bawaan kami. Apa yang berlaku sebenarnya kami bermain mengikut rasa hati kami tanpa mengambil peduli genre muzik yang spesifik.

 
Kesemua ahli Mi Scusi ada / pernah terlibat dengan beberapa kumpulan yang berpaksikan genre METAL atau lebih spesifiknya DEATH METAL. Macam aku memang ramai tahu aku terlibat secara langsung dengan Kumpulan MANGGAS. Manakala Cho gitaris Mi Scusi terlibat dengan beberapa buah band sepernti DEMIZER, VICIOUS ENTITY & KALABANGAN, Mie drummer dengan Vicious Entity & Psycho Poser dan Zul sebagai Bassist pernah bermain bersama Desperate Contraceptive  sebuah band Grindcore yang aku lupa namanya.
 
Berdasarkan latarbelakang aktiviti muzik inilah menyebabkan banyak pihak telah / pernah mengkategorikan Mi Scusi adalah sebuah kumpulan METAL. Hakikatnya Mi Scusi ditubuhkan kerana kami mahu mencuba sesuatu yang bukan METAL. Secara peribadi aku bukan seorang peminat tegar muzik METAL. Jika ditanya aku lebih selesa mengatakan yang aku lebih ke arah genre PUNK!!!! Apa yang kami pasti direction muzik Mi Scusi adalah merujuk kepada band seperti THE MISFITS, BALZAC, MURDERDOLLS & RAMONES. 4 Band ni rasanya sudah cukup untuk menyatakan prinsip muzik Mi Scusi.
Sebagai sebuah organisasi, Mi Scusi mempunyai Standard Operation Procedures (SOP) nya yang tersendiri. SOP ini adalah satu plan dan kontengensi di dalam memastikan pergerakkan Mi Scusi akan sentiasa lancar sepanjang masa. SOP Mi Scusi selalunya (kadangkala ada tukar ikut kesesuaian) adalah seperti berikut:

1. Sekurang - kurangnya 1 sesi rehearsal penuh di dalam studio setiap bulan yang mengambil masa dua jam / sesi. (selalu 2 sesi sebulan).

2. Peralatan & Aksesori (gitar & effect dan  yang berkaitan) diselengara sekurang kurangnya 2 kali sebulan (atau mengikut keperluan). lni adalah meliputi setup gitar, notation, tukar string (tugasan ni selalunya dilakukan oleh gitar tech Mi Scusi), Ya... kami mempunyai gitar tech....

3. KETEPATAN MASA adalah sangat penting untuk Mi Scusi. Selalunya kami akan tiba sejam ataupun 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditentukan. Ini termasuklah ketibaan kami di venue - venue tempat kami bakal beraksi. So, organiser jangan terkejut kalau kami tiba awal dari anda...

4. Segala perbelanjaan pengurusan dan aktiviti adalah dibuat secara kolektif.

5. Kami jarang menerima tawaran last minit. Semua aktiviti berkaitan Mi Scusi adalah dirancang lebih awal dari tarikh yang sebenar. Sangat jarang berlaku aktiviti impromtu... jadual latihan selalunya sudah dibuat 2 atau 3 minggu lebih awal. Untuk gig selalunya kami menerima tawaran yang telah dibuat sebulan lebih awal dari tarikh gig.

6. No jamming a night before gig!!!! masa tu line up akan dikuarantin supaya semua cukup tidur dan rehat.

7. Line up yang tidak dapat menyertai mana - mana persembahan perlu menyediakan penggantinya dengan lebih awal supaya latihan intensif dapat dilakukan bersama sessionist tersebut.

8. Segala perbelanjaan sessionist semasa latihan dan persembahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Mi Scusi. Buat masa ni Mi Scusi ada dua orang sessionist tetap sebagai back up kepada current line up.

9. Untuk jemputan gigs selalunya kami meminta syarat tertentu seperti:
  • Sekurang - kurangnya kami diberi masa 15 minit untuk sesi soundcheck
  • Paling kurang 20 minit untuk masa persembahan kami. No Such thing korang main 2 lagu - 3 lagu!!! Ini kerana setiap kali kami beraksi kami hanya akan membawa lagu sendiri cover song hanya dipersembahkan jika ada permintaan dari rakan - rakan yang hadir. (Mi Scusi tiada peminat tapi hanya ada rakan - rakan yang menyukai dan menyokong muzik kami)
  • Organiser kena info awal masa soundcheck & slot kitaorang lebih awal supaya kami dapat tiba tepat pada masanya
  • Organiser juga kena info kepada Mi Scusi tentang equipment yang disediakan semasa gig supaya Mi Scusi dapat bersedia dengan pra konfigurasi multi efek yang digunakan. Selalunya kami juga akan membawa equipment sendiri termasuklah amplifier.
  • Mi Scusi perlukan 6 pass masuk untuk band member dan juga roadie...
  • Soal bayaran kami jarang ambik port kerana duit bukan tujuan kami di dalam bermain muzik. Cukup la sekadar belanja makan (AWAS AHLI - AHLI MI SCUSI SANGAT TERKENAL DENGAN KELAHAPAN MEREKA DI MEJA MAKAN)
  • Walaubagaimanapun, untuk show diluar kawasan kami selalu request organiser support tambang dan tempat tinggal untuk kami...
 10. Pastikan tune dan notation guitar tip top sebelum latihan ataupun show dan jangan lupa bawa back up equipment manalah tau tetiba putus tali ker ataupun yang berkaitan...

------
Aku pasti akan ada orang yang berkata "wow syarat macam pro/artis etc... tapi band tak ke mana pun... kuar tv pun tak pernah..."

Jawapan aku "kami main muzik adalah untuk kepuasan sendiri... ada org suka hanya bonus untuk kami kalau takder kami tak kisah kerana inilah yang kami buat dari hari pertama penubuhan Mi Scusi".

Kami mempunyai kerjaya tetap sendiri sebagai punca pendapatan dan Mi Scusi ditubuhkan bukan untuk cari makan. Namun ianya bukanla suatu yang boleh dipandang remeh. Komitmen sgt dititikberatkan.

Mungkin kerana ini la kenapa kami tidak pernah rilis sebarang proper material even kami mempunyai berpuluh lagu sendiri.

Apa2 pun yang penting hati kita mau happy!!!!!


-----

p/s: Mi Scusi Logo By: Ir'one Gravefixx

Wednesday, November 30, 2011

SEPETANG BERSAMA RETSU ICHIJOUJI



 DON HORROR DAN ORANG - ORANG MAK TELAH MENTERBALIKKAN PAKSI BUMI DAN MENCIPTA RUANG ANGKASA SETAN....
Bagi yang mengalami zaman kanak - kanak dalam sekitar tahun 80'an anda pasti akan familiar ngan  En. Retsu Ichijouji a.k.a Polis Angkasa Gaban. Bagi aku masa dulu - dulu Gaban adalah penyelamat dunia dan hero idolaku... Baru - baru ni semasa dalam perjalanan balik dari sebuah Kompleks Membeli belah yang terkenal di Ibukota aku terserampak dengan seseorang yang sangat aku kenali.. Walaupun agak berumur namun aku masih dapat mengenali beliau dengan lebih jelas...

Aku mengambil kesempatan itu untuk menegur sapa beliau dengan tujuan bertanyakan khabar dan juga mengetahui apakah perkembangan terbaru beliau....

Aku: Retsu!!!! Gaban!!!! (memanggil namanya untuk menarik perhatiannya)
Retsu: errrrrr....
Aku: errr .. mungkin awak tak kenal saya siapa tapi saya sangat mengenali awak....
Retsu: ehh mana awak tau saiya pandai cakap itu melayu wooooo?
AKu: Errr Si Goh yang kasitau aku...
Retsu: Cis... saiya memang sulah gagak itu olang memang mulut tempayan titak boleh halap wooo.... Soli arrr I just learn ini Bahasa Malayu woooo... every nite i took a tuition from aunty mei ling.. Jadi awak nak apa dari saiya wooo? saiya tatak duit liao...
Aku: errr saya ni peminat en. gaban la (aku dengan terexcited sikit sehingga percakapan aku itu menarik perhatian beberapa orang awam yang sedang lalu lalang...)
Retsu: Psstttt jgn ckp kuat wooo nanti lamai olang tau saiya manyak susah wooo...
Aku: Opppsss sorry en. gaban saya agak teruja apabila bertemu dengan idola yang saya minati...
Retsu: errr Retsu pls.. just call me retsu...
Aku: Ok en.retsu...oh yah tadi u ada mention nama Aunty Mei Ling.. sapa tu? tu pengganti Cik Mimi ker??
Retsu: ehh yang lu merepek ni apa pasat woooo... itu Mimi my only one forever wooo tiada ganti2 punya... lu nak saiya mampus oleh babak dia Commander Qom? Itu Aunty Mei Ling adalah landlord yang kasi sewa saiya lumah tempat saiya tinggal sikalang la...
Aku: Oic.... So Cik Mimi kat mana sekarang ni?
Retsu: Ohhh.. dia ada kat lumah dah jadi full time house wife...
Aku: Ic syoknya.. dah ada anak ker?
Retsu: takder la.. dia mandut la.. pasal itu loktol caikap dulu masa muda2 dia suka tukar dili dia jadi bulung sekalang dia tia bolih belanak... cuma betelul saija lorrr (dengan keliatan sedikit sugul)
Aku: Adei.. kalau betelur pun boleh menetaskan?
Retsu: Haiya lenchai... lu jangan sangka ini pelkala sangat mudah... itu telor menetas pun mau mengelam dulu mah... kalau dia sudah mengelam nanti saiya akan jadi susah woooooo.....
Aku: uiks apasal plak?
Retsu: haiya manyak tanya la lu ini.... kalau dia sudah sibuk itu mengelam.. jadi siapa mau layan sama sama saiya woooo??? nanti saiya jadi stress woooo
Aku.. Ic.. now baru saya faham kenapa muka u nampak tak bermaya... Oh boleh kongsi macamana perasaan u sebagai seorang superhero?
Retsu: perasaan arrr.. mau cakap suka saiya macam tidak suka tapi kalau mau ckp saiya tidak suka itu sudah jadi tanggungjawab saiya... tapi kadang2 kerana peranan saiya sebagai seorang superhero buat saiya menjadi rasa tertekan...
Aku: Pasal apa plak?
Retsu: cuba u bayangkan arrrr lu tidut sudah sampai jam pukul 2 pagi arr tiba - tiba ada org ketuk pintu rumah u then minta tolong kata ada pencuri masuk dia punya rumah... haiya... saiya polis angkasa la... itu tangkap penculi semua arrr bukan saiya punya kelija woooo itu kasi PDRM saja yang handle. Saiya mana ada kuasa mau tangkap itu penculi woooo. Saiya cuma deal ngan orang2 syaitan dari angkasa lepas wooo
Aku: baru - baru U ada buat tangkapan ker?
Retsu: errr saiya lama sudah tidak turun padang woooo.... lagipun itu Makku punya olang sudah slow sikilang woooo itu dia punya taiko itu Don sudah tiada minat mau musnahkan ini bumi liao... I heard it all because of he nampak bumi punya market potential....
Aku: maksud awak Don Horror tak buat kacau lagi ker? dia buat apa sekarang?
Retsu: So far tiada tanda - tanda yang menunjukkan beliau kembali ke kancah jenayah.. last yang i dengar ada ada secret deal ngan doraemon.. but ada kabar angin kata dia dah meninggal sakit tua.. ntah.... tak pasti...
Aku: kalau dia dah meninggal apa jadi ngan pengikut - pengikut dia??
Retsu: yang saiya tau cuma pasat itu Double man & Horror Girl saja.... Double man since they can transform into human form most of them join the film industry.... a few of them make a lot of money from acting job... itu kalau u ada tengok itu KL Gangster punya movie... ada a few Double Man yang act itu movie... Horror Girl dia buat musik band... saiya tak faham sangat music meleka... yang pasti dia punya lagu teliak - teliak punya... olang muda sangat suka wooo.... mula - mula saiya tak sangka Horror Girl sangat berbakat dalam bidang musik....
Aku: Apa kenangan manis u sepanjang u jadi polis angkasa ni?
Retsu: mostly kenangan manis saiya la dapat potong olang jahat jadi dua bahagian dan jua yang paling best dapat londa2 itu angkasa lepas sama Mimi sambil layan tengok solar storm kat venus.... i just miss those day....
Aku: Kenangan Pahit plak?
Retsu: kenangan pahit hanya satu yang saiya paling ingat wooo.. ni kejadian masa saiya nak keluar lawan itu olang2 syaitan... masa tu saiya sedang dalam toilet kena cilit bilit woooo tiba - tiba mimi page saiya ada kekacau berlaku.... saiya jadi kelam kabut wooo... u know kan saiya kalau tukar baju saiya gelak sangat cepat kan? then itu masa arrr saiya mau pakai itu seluar itu zip saiya talik lebih sikit haiya telus gigit saiya punya bulung wooooo sakit wooooo... sampai sikalang pun saiya masih ingat dia punya lasa....
Aku: haiya apasal u tarik terus? kasi henti la...
Retsu: sok chai la u... u imagine arrr itu keleta jalan 50 km/j kalau blek pun itu tayar ada selet juga kan? ini balang lagi laju woooo u pikir itu 0.25 saat belapa banyak lu boleh mikin?
Aku: Naga Gaban Kat mana?
Retsu: Ohh dia sudah abis kontrak sama saiya... last time i jual him sama ada satu couple dari New Zealand... so, dia di sana la jaga itu lembu susu punya ladang... dia pun tua suda woooo.... gerak pun tidak laju sudah....
Aku: ic.... So, u takde plan nak buat comeback??
Retsu: err i don't think so, sikalang zaman internet manyak maju sudah wooo.. kami ini olskol punya olang mana pakai sudah wooooo.. itu saiya punya laser pun tidak valid sudah wooooo mudak2 baru sikalang banyak itu alat yang canggih - canggih wooooo... lagipun i want to spend more time with my family now...
Aku: ic... errr boleh mintak number phone ker? mana tau lain kali i boleh call u kita pigi keluar yamcha....
Retsu: haiya titak boleh woooo itu plivasi saiya maaahhh... lagi pun itu mimi manyak kuat cembulu woooo ... nanti dia pikir saiya ada hubungan dengan pelampuan yang lain... saiya takot wooo kalau dia malah pasal kalau dulu dia boleh tukar jadi bulung sikalang pun masih tukar pigi bulung tapi sikalang punya bulung sangat jahat wooooo.. itu olang2 panggil angly bird wooooooo
Aku: ok baik la rasa takat ni saja pertanyaan saya terima kasih kerana sudi di temuh ramah...
Retsu: ohh tidak mengapa lagipun sikalang saiya pun gembila juga dapat jumpa dengan peminat saiya.. saiya sunggu tidak sangka masih ada olang minat sama saiya woooo....

Setelah bersalaman tangan.. akhirnya aku pun balik kerumah dengan senang ati kerana dapat bertemu dengan superhero di zaman kanak - kanak dulu....

Untuk kisah Siri Bercakap Dengan Superhero yang lain
 sila klik kat SINI

Tuesday, November 29, 2011

MEMBACA ITU JAMBATAN ILMU


1. Gambar dicilok dari FB classmate aku masa sekolah menengah Puan Gya... Sejujurnya aku tak ingat bila gambar ni diambik tapi aku saspek masa kitaorang form two...
2. Korang tengok la bertapa banyaknya buku kitaorang hehehehehehehe. Dari kiri korang yang sedang tekun menulis tu adalah En. Jali yang merupakan pembekal tetap kami untuk jawapan kerja rumah Matematik.
3. Dalam gambar ni aku sedang menunggu En. Jali menyiapkan homework Matematiknya untuk dicopy terus ke dalam buku latihan aku hehehehehe (salin jer la).
4. Berkat ketekunan En. Jali kini beliau merupakan seorang jurutera yang berjaya.
5. Manakala sebelah Kanan korang yang mana wajahnya hanya nampak separuh merupakan sorang kawan rapat dari kecil aku Dato' Pikin yang mana geng2 p tengok maiden ari tu.
6. Beliau sedang tekun membaca buku novel Siri bercakap Dengan Jin sementara En. Jali siapkan Homework Matematik dan pass kat aku hehehehehehe
7. Dengan Berkat ketekunan Dato' kita ni beliau kini adalah salah sorang Kontraktor yang berjaya... Sekarang kalau jumpa dia citernya adalah berkenaan sukan golf hehehehehehehe walaubagaimanapun beliau sangat suka kepada kumpulan Manowar, Helloween dan semestinya Iron Maiden!!!!
8. Errr yang tengah tu??? ntah apa citer aku dengar dia nak jadi rockstar.. ntah sampai sekarang macam tak jadi2 lagi huhuhuhuhuhuhu
9. Moralnya ialah MEMBACA ITU ADALAH JAMBATAN ILMU....
10. Setelah terkenangkan buku Siri Bercakap Dengan Jin baru aku teringat bahawa aku pernah bercita - cita mahu menulis Buku Siri Bercakap Dengan Superhero....

Tuesday, November 8, 2011

AKU ADALAH...



1. Apabila aku dilahirkan aku adalah orang yang ke 4,322,455,470 hidup di muka bumi ini dan yang ke 78,837,612,155 semenjak sejarah manusia bermula.. isk boleh caya ker??? cuba korang check korang punya kat sini

 2. Ini Lain punya cerita....


Gambar diambil semasa perut aku belum diserang oleh penyakit boroi.... masa ni band Manggas opening untuk Tour Sil Khanas kat Kota Kinabalu... Macho jugak aku guna flying V hehehehehehe tapi apa nak buat Explorer tetap dihatiku.....

 Terlanjur citer pasal manggas... sekali lagi aku ingatkan tentang iklan yang aku publish pada entri uyang sebelum ni.... sila rujuk  poster yang dikepilkan...


 Oh yah gambar di bawah tu diambik semasaa proses rakam sedang di jalankan.... hehehehehehe



-----

Tiada kena mengena dengan entri di atas....
- tadi aku baru layan kat you tube lagu dream theater.... pergghhh boleh tahan jugak drumer baru dorang tu arrrr...

Thursday, November 3, 2011

ADA APA DENGAN EXPLORER?


 Ehhhh tajuk macam pernah dengar..... mungkin secara kebetulan kot... Ni adalah projek terkini aku... Gara - gara frust pasal tak terjumpa gitar bass bentuk explorer yang sesuai ngan keadaan poket aku maka aku ambil keputusan untuk buat sendiri gitar tu!!!!!

Hehehehehe neck thru....

Ni fretnya.. mula2 nak buat 22 fret.. tapi tukang kayu yang memotong gitar ni kata alang2.. kasi 24 jer la heheh aku terpaksa akur...

D.I.Y sander dia pun guna manual hehehehehehehe

 Complete Fasa Pertama... Next Proceed Fasa Kedua... Nanti Aku update lagik....


Oh Yah.... Iklan Sikit  Band Aku [not really my band... aku bantu2 jer heheheh] bakal rilis EP yang kedua dan akan diedarkan oleh Derangement Project Production. Ianya akan keluar di pasaran gelap pada 20 November 2011 ni. Ala tak mahal RM15 jer.. korang jgn tanya aku camner nak beli EP ni hehehe korang kontek Derangement Project Production di alamat yang tertera hehehehehehe
 Cepat wooiiii 50 pembeli pertama dapat poster weeeiiiii hahahahahahahahahahaha btw terima kasih bebanyak kepada semua yang support beli Official T Shirt Kami tempohari.. Sold Out korang kerja kan hehehehehehe

Tuesday, October 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME....



YUP ARI NI AKU HARIJADI...


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN2, CIKI2, DAN BLOODBROTHER & SISTER YANG MENGUCAPKAN/ANTAR SMS, KOMEN & MSG VIA FACEBOOK HEPI BESDAY KEPADA AKU.... TAK SANGKA BYK UCAPAN YANG AKU TERIMA TAHUN NI... KORANG TAK PAYAHLAH SUSAH2 NAK KASI AKU HADIAH MAKLUM LA SEKARANG NI EKONOMI KITA PUN BUKANNYA BAIK SANGAT. CUKUP LA SEKADAR DOA KORANG SETULUS ATI.... WALAUBAGAIMANAPUN AKU MENGALU - ALUKAN SUMBANGAN IKHLAS DARI KORANG UNTUK MENGISI TABUNG DANA GITAR BARU AKU SUPAYA BESDAY TAHUN LEBIH MERIAH DARIPADA SEBELUMNYA... TABUNG AKU TU MASIH SHORT RM6999.00.. MARILAH KITA SAMA2 MENCUKUPKAN DANA TERSEBUT HEHEHEHEHEHEHE THANX!!!!!

 P/S: tahun ni agak spesel besday aku pasal ada orang baru yang memeriahkan suasana.... dan tolong jangan tanya gitar apa yang aku mau beli......

Friday, October 21, 2011

MAIN DRUM



Aku dulu pernah bercita - cita hendak jadi pemain drum. Setelah beberapa bulan struggle mencuba mencari feeling untuk bermain drum aku masih tak jumpa perasaan tu. Selepas itu barulah aku sedar bahawa tempat aku ialah di posisi gitar. Walaupun tak sehebat mana tapi I GOT THE FEELING... Macam mamat kat forum metal terus pernah kata "ikhlas cara permainannya" hehehehehehe (aku tak ingat sapa yang keluarkan statement ni hehehehehe).

Walaubagaimanapun, aku masih menyimpan hati untuk menjadi seorang drummer dan jikalau ada masa terluang sesekali aku akan berbincang mengenai anatomi sebuah drum, teknik & tips, ataupun gosip2 sensasi drummer tersohor tempatan mahupun antarabangsa. Namun, ianya tidak sekerap aku berbual mengenai gitar... mungkin diblog ni jarang jugak aku citer2 / review pasal gitar & effect.... (kalau nak baca review gitar dan berkaitan anda boleh lawat SINI & SINI  dorang banyak gitar) tapi kalau kat dunia nyata or org kampung kata face to face aku boleh cerita pasal gitar dan yang berkenaan sehari suntuk...

Berbalik kepada kisah bermain drum tadi, kebelakangan aku sering berbicara tentang drum bersama salah seorang rakan yang juga adalah pemain drum band metal tersohor dari Kota Kinabalu yang mana nama band tu tak payah aku nak mention kat sini. Aku kenal dia lama dah tapi baru2 ni jer agak sedikit rapat. Seawalnya aku kenal dia ni sebagai seorang gitaris yang mana pernah main satu band ngan bassist band aku Mi Scusi. Beliau ni memang mempunyai pengetahuan yang luas dalam hal ketuk mengetuk drum ni. dari aksesori drum hinggala ke teknik mengetuk. Aku rasa dia jer la yang boleh buat aku cerita pasal drum sepertimana keghairahan aku bercerita perihal bermain gitar.

Kat video bawah ni aku share sikit gaya permainan beliau....
amacam menarik tak???

Untuk pengetahuan korang beliau juga seorang guru muzik / drum yang bertauliah. Dia memang ada buat kelas belajar bemain drum. Kalau korang yang berada di sekitar area Kota Kinabalu dan ingin belajar bermain drum mungkin anda boleh cuba berguru dengan rakan ni. Korang kontek jer dia dari FB beli (klik SINI). Sedikit testimoni untuk meyakin korang aku sertakan satu lagik video yang memaparkan anak didik member aku ni beraksi dengan drum beliau.

Amacam? Meyakinkan? Masih Tak yakin lagi? Nak bukti lagi???? Ic korang ni jgn la demand sangat hehehehehehehe

Sebenarnya entri ini bulanlah entri iklan berbayar, akan tetapi sebagai entri tribute for him kerana banyak tips dan info dia share ngan aku. Apa yang aku dapat simpulkan ialah its all about Passion, Knowledge & Attitude. Untuk member yang aku maksudkan aku ucapkan Terima Kasih Banyak for Your Great Sharing... (mau juga engko layan aku punya soalan2 walaupun ngko dah tau aku ni bukannya seorang drummer hehehehehehe)

Thursday, October 13, 2011

TRIBUTE TO I.T,M : USAHA JAYA MARA


1. Sejak kebelakangan ni aku tengok agak banyak trafik ke blog aku datang dari area Kota Kinabalu... selalunya trafik tu dari semenanjung memandangkan kebanyakkan network aku kat sana.. then kalau dari Singapore plak aku boleh agak dah sapa.... hehehehehe

2. Takder kena mengena dengan point kat atas... Terus kita ke tajuk utama.... bagi yang baru kenal aku ni aku nak kasi tau yang aku ni drop out dari I.T.M hahahahahaah tapi walaupun drop out (dkt nak masuk final year) aku rasa kat I.T.M banyak memberi pengajaran dan pengalaman untuk aku.

3. Aku masuk kat I.T.M Sabah batch JANUARI  1996. Number matrik plak 96330980.. hahahaha agaknya kalau student I.T.M (sekarang U.I.T.M) apa la number matrik drg hahahahaha....


4. Masa Kat I.T.M ni la tertubuhnya band aku... more detail klik kat sini.

5. Sepatutnya dulu masuk I.T.M patut aku amik jurusan music pasal kerja aku siang malam main gitar.. orang pigi kelas aku pigi studio. tu yang kantoi tu hehehehehe... Masa tu aku taksub sangat nak jadi sorang rockstar.!!!! Last - last rock tak ke mana study pun ntah ke mana (in case ada student U.I.T.M yang baca ni harap ini boleh dijadikan tauladan)

6. Semangat aku main musik masa kat I.T.M masa tu tambah membara apabila dapat tau  kat I.T.M Shah Alam banyak band yang bagus.. perrgghhhh patut masa tu aku tengok banyak graduan yang bagus hahahahaha tapi sayang semuanya  sudah terlambat akibatnya aku terpaksa cari uni lain utk kasi abis study aku hehehehhe masa aku dua tahun di I.T.M abis begitu saja.

7. Untuk pengetahuan korang, masa kat I.T.M aku takder awek... pasal masa tu awek jadi distraction kepada aku... aku nak focus sepenuhnya... kat GITAR (patut focus kat study)

8. Mamat yang paling baik dan sudi mengajar aku main gitar masa tu ialah saudara Yazid budak Johor amik diploma sains... aku tak ingat nama penuh dia tapi kalau tak silap dia ni ada pertalian ngan salah sorang line up band rock otai Zabarjad. Yazid ni cool giler orangnya tak macam kebanyakan gitaris jadian kat I.T.M masa tu. Sebenarnya tak ramai tau pasal kehebatan dia ni. (patut aku belajar math ngan dia ni hehehe)

9. Walaupun drop out ... I.T.M tetap dihati ku....

10. Satu fakta menarik ialah walaupun aku takder awek masa kat I.T.M tapi tak tau la kebetulan kot bini aku adalah student I.T.M gak dan paling best satu batch ngan aku cuma lain kursus jer hahahahahaha.. mungkin inilah contoh untuk ungkapan kalau ada jodoh takkan ke mana ... hehehehehe So, pesanan aku utk para pelajar yang baca entri ni.. jgnlah korang taksub sangat ngan pasangan korang (awek ker balak ker... or gay couple ker lesbo couple ker) pasal banyak gak aku tengok orang2 yang masa study macam belangkas ke hulu ke hilir tak dapat dipisah tapi last2 tiada kesudahan jugak (sebenarnya kesudahannya ada tapi bukan kesudahan seperti wayang hindustan happily ever after) bukan tak boleh couple2 masa study tapi biarlah berpadah padah... jgn nak buat2 innocent aku tau korang paham apa maksud aku.

11. Akhirkata, kenangan di I.T.M bagi aku adalah satu kenangan manis yang mengusik jiwa (ceeehhh wah macam lahanat plak ayat aku ni hahahaha) walaupun aku tak dapat apa2 sijil dari sana tapi pengajaran dan pengalaman dari sana aku rasa jauh lebih berharga.... Terima Kasih I.T.M ....


nota tambah: masa kat I.T.M dulu aku pernah ikut talentime masa tu drg panggil malam matrik kegemilangan... tak menang... dapat number dua jer....

errr sekali dapat cek dari nuffnang tetiba byk plak idea nak tulis hahahahahahahaha

Wednesday, October 12, 2011

3 KEJADIAN YANG BEST PADA BULAN NI.....



1. Dapat Cek Dari Nuffnang.. tak sangka blog yang jarang update ni ada jugak duitnya huhuhuhuhuhuhuhu terima kasih kepada pelawat2 yang datang kat sini terutamanya pelawat tetap.. no need to mention u know who u are.....


 2. Beberapa bulan yang lalu aku ada ikut kontest kat internet.... sebenarnya aku dah lupa dah pasal kontest tu.. ntah kontest apa aku tak dapat recall yang aku ingat masa tu hadiah utama dia Ipad... masa tu aku kemaruk sangat nak guna Ipad.. nak beli tak mampu so, join kontest la.... aku tak la mengharap utk menang.. sekadar mencuba jer. Lepas join kontest tu aku buat donno jer tak buat follow up. tetiba jer kena kontek kata aku menang kontest. Masa tu gabra jugak la aku ingat syarikat mana nak jual barang yang trick konon.. kata barang tu free tapi last2 minta number kad kredit.... hahahahahahaha walaupun aku tak menang Ipad dapat GPS Navigator pun ok la.. konon kalau nak beli benda ni harganya boleh dapat pick up seymour duncan.... isk... dari beli gps baik aku beli pick up gitar tapi kalau dah free amik jer la. Cuba la aku dapat benda ni masa bulan FEB yang lalu.. tak la kitaorang sesat masa tu hahahahahahaha

3. Yang paling best... brader kat bawah ni umurnya dah masuk 3 bulan.. syukur kepada Allah kerana dia dikurniakan kesihatan dan senyuman yang manis.....

 korang rasa2 mana satu aku dalam gambar kat bawah ni??


Saturday, October 1, 2011

INSTALLATION HUSBAND..! MUST READ..!!!


Dear Tech Support,

Last year I upgraded from Boyfriend 5.0 to Husband 1.0 and noticed a distinct slow down in overall system performance, particularly in the flower and jewelry applications, which operated flawlessly under Boyfriend 5.0.
...
In addition, Husband 1.0 uninstalled many other valuable programs, such as
Romance 9.5 and Personal Attention 6.5, and then installed undesirable programs such as

NBA 5.0,
NFL 3.0 and
Golf Clubs 4.1.

Conversation 8.0 no longer runs, and Housecleaning 2.6 simply crashes the system.

Please note that I have tried running Nagging 5.3 to fix these problems, but to no avail.

What can I do?

Signed,
Desperate.
DEAR DESPERATE,

First, keep in mind,
Boyfriend 5.0 is an Entertainment Package, while
Husband 1.0 is an operating system.

Please enter command: ithoughtyoulovedme.exe, try to download Tears 6.2, and do not forget to install the Guilt 3.0 update.
If those applications work as designed, Husband 1.0 should then automatically run the applications Jewelry 2.0 and Flowers 3.5.

However, remember, overuse of the above application can cause Husband 1.0 to default to Grumpy Silence 2.5, Happy Hour 7.0, or Beer 6.1.
Please note that Beer 6.1 is a very bad program that will download the Farting and Snoring Loudly Beta.

Whatever you do, DO NOT under any circumstances install Mother-In-Law 1.0 (it runs a virus in the background that will eventually seize control of all your system resources.)

In addition, please do not attempt to reinstall the Boyfriend 5.0-program. This is an unsupported application and will crash Husband 1.0.

In summary, Husband 1.0 is a great program, but it does have limited memory and cannot learn new applications quickly.. You might consider buying additional software to improve memory and performance. We recommend
Cooking 3.0 and
Hot Lingerie 7.7.

Good Luck!
Tech Support

credits to: Miss Beverly Tam

Friday, September 30, 2011

ORANGE CRUSH 3



 
PAGI NI AKU DAPAT SATU EMAIL DARI tech@omec.com  :
Thank you for registering your Orange product! Orange amps are covered by a 1 year warranty out of the box. By registering your amp you are receiving 1 additional year of major component warranty coverage (a total of 2 years). Tubes and speakers are warrantied for a period of 90 days from the purchase date. US customers must contact Orange USA before returning their product for repair or taking it to a service center. Orange USA will provide an RA# (Repair/Return Authorization Number) upon confirming that the product is under warranty. Call 404-303-8196 or email info@orangeusa.com. UK and all other countries must contact our UK headquarters at info@omec.com or by phone at [44] (020) 8905 2828. Cheers! The Orange Amps Team Orange Social Media Links Follow us on Facebook by using this link: http://www.facebook.com/#!/pages/Orange-Amplifiers/14717465245 Find us on Twitter @OrangeAmps (for official Orange news and contest information) and @OrangeAmpsAR (our Artist Relations Twitter)
 PANDU UJI DENGAN BEBERAPA LAGU COVER DARI BAND RADIOHEAD DAN SMASHING PUMPKIN MEMANG SANGAT PUAS HATI... OVERDRIVE CHANNEL DIA MEMANG CUKUP. TAPI AWAS AKAN JADI TAK BEST KALAU NAK MAIN LAGU CANNIBAL CORPSE . SECARA PERIBADI, OREN INI ADALAH SATU BENDA YANG BERBALOI UNTUK DIMILIKI

Thursday, September 29, 2011

MACAM PERNAH NAMPAK....



 ERRR... MACAM PERNAH NAMPAK.... TAPI DI MANA YA????

SOALAN RAMALAN MATEMATIK: PMR 2011


Thursday, September 22, 2011

SEEKOR KUNYIT?



 Gambar diambil dari FB member aku... disnap semasa di sedang joging beberapa hari yang lalu

Sunday, September 18, 2011

BAKAL PROTEGE KU???


  • Dia ni telah menunjukkan minatnya terhadap gitar sejak dia baru pandai berjalan. 
  • Dia akan rasa gembira bila aku minta dia memetik IRONBIRD ku yang tersayang...
  • Masa umurnya 3 tahun minat tu makin menyerlah bila dia request aku nak pegang IRONBIRD aku seperti mana yang sepatutnya tapi malang gitar tu terlalu besar untuknya.
  • Dia minta bapanya untuk dibelikan gitar tapi malangnya gitar yang dibeli adalah gitar mainan...
  • Namun beberapa bulan yang lalu emaknya belikan sebuah gitar mini murahan (ukelele kot) dan dia sangat gembira lantas gitar mainan ditong sampahkan.
  • Tapi ada satu isu yang ditimbulkan setelah mendapat gitar baru... dia takder picktrum / pemetik gitar macam aku lalu sudu dijadikan pemetik sementara.
  • Dia ajar aku kalau nak kasi kuat bunyi gitar pusing yang warna putih tu (sambil tangan memusing ke tuner gitar).
  • takat ni belum pandai main gitar tapi cara pegang dah ada stail then kalau dia balik kat kampung gitar berdarah aku la menjadi mangsa adjust volumenya heheheheheh (nasib ada locking nut).
  • Boleh menyanyi
  • Baru - baru ni dia ada teman practice yang sangat garang yang juga jadi part time protege aku heheheheheh (yang part time ni tak payah la reveal sapa...)
  • Bakat terpendam yang lain adalah bakat seorang entomologist kerana suka mengumpul serangga dan kumbang dan ini mungkin terpengaruh daripada teman practicenya yang juga seorang cikgu taxonomy.
  • errrr taxonomy pasal TAX & ECONOMY ka???
 Photo Kredit: Partner In Crime @ Cheyah
  •  Adakah brader baju kuning sedang baring tu jugak bakal mengikut jejak langkah protege aku ni???
  • Nama band kat atas tu.... FIRST CHILD CLUB
  • Sekian Terima Kasih...

Thursday, September 8, 2011

VIDEO UNTUK LISA....




DENGAN VIDEO INI AKU HARAP NGKO FAHAM KENAPA AKU TAK LAYAN CALL DAN SMS NGKO TEMPOHARI...  HEHEHEHEHEHEHEHEHEHE....

p/s: time raya tahun ni byk plak wayang ngko main kat tv hehehehehehehehe

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011


Thursday, August 25, 2011

AWAK SAYANG SAYA TAK? KALAU SAYANG TOLONG BALAS...

Monday, August 22, 2011

APA KERETA YANG KORANG PANDU?


BMW : Brings Me Women
LEXUS : Luxury EXports to United States
FORD : For Only Romantic Drivers
HYUNDAI : Hope You Understand Nothing's Drivable And Inexpensive
VOLVO : Very Odd Looking Vehicular Object
PORSCHE : Proof Of Rich Spoiled Children Having Everything
KIA : Kills In Accidents
TOYOTA : The One You Only Trust Always
PROTON : Powerwindow Rosak Oooh Tidaaakkk Ohhhh Noooooo ~
THANX TO: Dean'skull Nasir

Friday, August 12, 2011

STUPID QUESTIONS & RIDICULOUS ANSWERS!


-BAHASA YANG AKU GUNA NI BAHASA SABAH. HARAP RAKAN DI SEMENANJUNG BOLEH FAHAM..  ERRR RASA RAKAN DI SARAWAK TIADA MASALAH KOT PASAL BAHASA KITA LEBIH KURANG JAK HEHEHEHEHEHEH-
1. Bila org nampak ko baring tutup mata:
Soalan: Ko tidur kah?
Jawapan: Tdk la, sia training mcm mana mau mati bah..    

2. Imagine ko bawa bawa tv ko yg rusak pi technician bikin n dia masi juga tanya:
S: Mau kasi bagus kah ni tv?
J: Tdk la,sia buring ba,jadi sia bawa la tv sia pi jln2 sini.    

3. Bila time hujan kwn ko nampak ko kluar,dia tanya:
S: Ko kluar time hujan ni?
J: Eh ndak la,hujan yg nanti baru sia kluar.=-?    

4. Time ko baru bangun tidur, trus si budu tanya ko:
S: Ko bangun sdh?
J: Ish, sia tidur sambil jalan bah ni!(=|    

5. Kawan ko call fon ruma ko:
S: Mana ko?
J: Sini bus stop!:/    

6. Diorang nampak ko kluar dari bilik mandi basah2:
S: Ko baru mandi kah?
J: Manada, sia jatuh dlm lubang jamban bah! :&  

 7. Ko bediri di dlm lift di tingkat paling bawah sdh diorang tanya:
S: Going up kah?
J: Eh ndak la,sia tangah tunggu apartment sia turun bah ni. (y)  

8. Boyfren ko pi ruma ko bawa 1jambak bunga. And ko masi juga mau tanya dia:
S: Eeeh,bunga ka tu?
J: Tdk la Ling! Paku-pakis sama kubis bah ni.X_X    

9. Ko di dlm toilet, pintu bekunci, trus ada org katuk pintu n dia tanya:
S: Ada urang kah?
J: (Suara Kiut)Teda urang! Taik bah yang becakap ni!!!

 teknik menggonggong duit dengan betul.....

taken from En. Gordon Punya GF Punya FB


[REPOST] - SEBAB KENAPA AKU LAMA TAK UPDATE BLOG....



NI MALAS PUNYA PASAL ABIS LA ENTRI2 LAMA KENA RECYCLE....

Recently I met up with my idol Ultraman in Tokyo, Japan, the city he has saved many times over from evil, destructive monsters. We met at an intersection downtown, bought drinks from a vending machine and sat on the kerb for this interview.


Me: Konichiwa, Ultraman-san!

Ultraman: Apa khabar, Visiteur-san!

Me: Wow! Ultraman reti cakap bahasa?

Ultraman: Mesti lah, beb! Gua ada ramai peminat di seluruh dunia. Gua kena lah belajar macam-macam bahasa.

Me: Cool! So, what you been up to, dude?

Ultraman: A bit tired. Fought a monster last night in Fukushima prefecture. We fought until we reached the seaside in Hamadori. A lot of people
died.

Me: The monster killed so many?

Ultraman: Actually, gua terjatuh and terhimpit diorang.

Me: Er, I see. Banyak lagi ke monster kat dunia ni?

Ultraman: Ada lah. Tapi diorang dah malas nak lawan. Dah ada agent and publicist. Merchandising rights. Suma lawan nak dapat market share je. Boring lah, beb!

Me: I see. So camne brader-brader lu? Ultraman Tiga, Ultraman Taro .. ?

Ultraman: They all OK. Tiga dah bersara. Sekarang dia bukak restoran
sushi kat Shinjuku. Bini dia baru beranak.

Me: Wow!

Ultraman: Yeah. Bini dia makhluk Bumi. So at first, family gua bantah, sebab we all boleh kahwin ngan orang Planet Ultra je. But thank the
Ultra-Gods,my father, Ultraman yang bertanduk tu, finally gave his blessings. Cucu dia tu bertanduk jugak, so happy lah dia.

Me: What about Taro?

Ultraman: Taro tengah buat multi-level marketing jual ubat untuk kuatkan tenaga batin.

Me: Eh, naper Ultraman suma tak nak jadi superhero lagi?

Ultraman: Tu lah. Nowadays terlalu ramai superhero. Gaban lah, Power Ranger lah, ni lah, tu la. Yang paling teruk si Baja Hitam tu lah. Lawan cam pondan tapi marketing power dia kuat. Sebab tu boleh jadi popular. I always say, never trust superhero yang bawak motosikal, superhero yang pakai topeng pelik-pelik. We all Ultramen don't need all that cosmetic s**t.

Me: Wow, marahnya Ultraman.

Ultraman: Siapa tak marah? Bagero! Superhero ciplak ni suma tak original lah. And they all no integrity or morals. Last week, I dengar Gaban kena tangkap ngan gadis bawah umur. You see?

Me: Man, that is sad.

Ultraman: Tu lah. That's why kalau tak Ultra, memang tak world lah.

Me: Wuhu! Lu peminat Mawi ke?

Ultraman: Adalah sikit-sikit.

Me: So, Ultraman, what's your future plan? You going to give up being a superhero too?

Ultraman: No way. I love my job too much. But my girlfriend complains
that I work such long hours. And when I come home at night, I'm always tired and my chest light is always beeping.

Me: Woooo! Sounds like you might need some of that ubat from your brader Taro.

Ultraman: Good idea! I better give him a call tonight.

At this point, Ultraman receives a distress call from Yokohama, where a monster is attacking the train station. So off he went, into the blue yonder, to fight yet another worthy adversary. World!

Thursday, August 11, 2011

BAAZAR RAMADHAN D.I.Y


 Di dalam misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" yang masih menemui jalan buntu walaupun sudah masuk hari yang ke - 11 Baazar ramadhan dibuka kepada orang awam, emak aku mendapat idea kenapa tidak buat Beriyani sendiri? hahahahahaha... ok misi "30 HARI MENCARI BERIYANI" ni sebenarnya adalah misi aku untuk memburu bakat baru nasi beriyani.. kira beriyani INDIE la... tahun ni aku tak nak cari yang mainstream yang mmg dah popular.. saja jer tukar angin.. maka dengan itu membuat nasi beriyani sendiri bukan la penyelasaian or penghujung misi ni.. ianya sekadar untuk melepas gian jer hahahahahahaha pencarian masih di teruskan!!!!

Emak aku ni kira seorang yang aktif dan baru2 ni telah bersara dari profesion beliau yang di pegang lebih 30 tahun. So, kalau dah biasa bekerja bila dah bersara mmg akan jadi bosan takder benda nak buat... so, di sini la timbulnya idea nak buat bazzar ramadhan D.I.Y beliau yang mana tapak nya kat depan pagar kediaman kami hahahahahahahaha.. kira lokasinya kat tepi pagar seperti dlm gambar di bawah.... [gambar recycle]


Oleh kerana tahun ni aku tak berniaga kuih / biskut raya maka aku secara otomatik telah dilantik sebagai Assistant Chef Cook huhuhuhuhu minta maaf kepada semua pelanggan2 kuih/biskut raya pasal tak dapat terima order korang... banyak pertanyaan pasal kuih tu... napa aku tak jual nanti la aku cerita.. maybe rakan fb aku dah tau napa hehehehehehehehe kat bawah ni kenangan katalog kuih / biskut raya tahun lalu... huhuhuhuhuhuhuhu tak cukup tangan nak ambik order sampai terpaksa lantik sale executive.


 Kembali kepada cerita "BAAZAR RAMADHAN D.I.Y" antara menu yAng di tawarkan di dalam jualan KAMI adalah seperti berikut:

- nasi beriyani power (RM5)
  * ada acar timun & daging ayam masak kurma or kari ayam [hot item sebelum jam 5 akan sold out. Kalau nak datang awal]

- mee kari fuyoohhhh (RM2)
  * ada daging ayam, kentang & sayuran [menu ni banyak budak2 suka pasal tak pedas kalau nak pedas boleh bubuh cili sendiri]

- Nasi Ayam Legend (RM3)
  * ayam panggang tanpa minyak / kulit yang lembut ala2 kenny rojer. Sos Tiram Istimewa dan Chili Signature Series [AWAS!!! ni menu sihat]

- Nasi Ayam Penyet Spesel Edition (RM3)
  * Cikinwing Goreng Serai, Sambal + Ulam (ala standarad la ramuan ayam penyet) [menu ni hanya akan ada pada hari2 tertentu kira macam spesel DRAW]

- Soto Ayam Kegembiraan (RM2)
  *ni susah aku nak cakap... orang yang pernah datang beraya p rumah aku or datang wedding aku jer yang tau keistimewaan soto ni

Oh yah korang nak request gambar??? isk bukan aku tak nak kasi gambar tapi belum sempat aku snap gambar makan tu semua dah abis kena beli orang.. Sampai kami rasa terharu dengan sambutan yang diberikan.... Errr ada juga orang cakap napa jual murah sangat pasal kalau kat baazar ramadhan takkan dapat harga macam ni... isk korang ni kasi harga murah korang komplen kasi harga mahal lagi korang komplen apa korang nak sebenarnya?????????

ni explaination rasmi dari emak aku... bulan puasa ni beliau berniat untuk berniaga sambil bersedekah.. so, mana2 yang korang rasa murah tu mmg dah niat emak aku nak bersedekah so, terima saja la seadanya.... kalau nak kasi free karang sehari jer dapat bersedekah.. lagi pun time ekonomi tak menentu ni ringan la sikit beban orang kampung nak beli juadah berpuasa yang POWER!!!! hahahahahahah ok la adios.... jgn la ngada2 nak minta gambar... kalau nak tau beli jer!

Ini adalah salah satu testimonial dari customer yang happy dengan hidangan kami.. di petik dari fb aku...

"Jairo Desecrator aku td singgah depan rumahmu...membeli mee kari...5 lagi bini ku borong, ur daddy yg jaga td, tapi tu lain cerita...cerita yg sebenarnya ialah...mee kari tu mmg saaadaapppp...dua kali ku makan..." - En. Hashim Wahab -

Untuk member2 yang berada jauh dari lokasi sorry ni kira entri untuk orang kampung jer hehehehehe SELAMAT BERPUASA

UNTUK MEMBACA ENTRI2 AKU PASAL RAMADHAN SILA KLIK KAT SINI

Monday, August 1, 2011

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA 2011 M / 1432 H


"ustat, apakah batalkah puasa saya jika saya terjumpa serpihan cili di celah gigi saya semasa saya pergi ke tandas tadi"? kata brader B semasa usrah jabatan sempena bulan ramadhan....

lalu ustat menjawab " tidak batal.. buang saja siasa tersebut... kerana ianya sisa dari makanan semasa makan sahur' "errr tapi cili tu dari mee yang saya makan masa ke tandas tadi????" kata brader B sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...

SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH SEKALIAN KEPADA YANG WARAS TU JANGAN LAH BERPURA - PURA GILA SEMATA - MATA UNTUK PONTENG PUASA...

p/s: bagi yang tak tau plak.. orang gila tu tak di wajibkan berpuasa..... :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT