Oklah mula - mula aku nak kasitau korang.. Ini bukanlah entri yang berbentuk review... ataupun ulasan wayang seperti mana yang selalu aku buat. Tajuk entri ni adalah benar yup... aku nak kawin dah!!! Sebenarnya aku taknak kasitau dulu pasal berita ni. Bukan bermaksud aku nak rahsiakan.. ala aku bukannya artis sensasi yang semua orang nak ambik tau pasal kehidupan aku.. Lain la macam Datuk Siti ker.. fasha sandha ker... Erra ker sesapa la.. kalau boleh mereka ni para peminat nak tau pukul berapa si artis tu bangun tido.. pukul berapa dia berak.. berus gigi dia warna apa... dia lepas kencing flush tandas ker hahahaha itulah kalau dah pames mmg takder privasi... nasib baik aku tak pames.
Aku plan nak buat entri pasal aku nak kawin ni sebenarnya pada minggu depan.. kasi suprise sikit ngan kengkawan hahahaha tapi member aku En. BS pecah lubah hahaha dia umum plak pasal wedding ni di kalangan rakan forum sehinggakan en. catas minta aku buat announcement kat blog pulak... Hehehehe
Aku mmg nak buat announcement pun.. tapi bukan apa sekarang ni aku BZ@sibuk memanjang. Maklumlah nanti aku kahwin pas kahwin p cuti panjang lagi p honeymoon so, kerja - kerja di pejabat kenalah aku settlekan sebelum cuti supaya bos aku pun senang hati approvekan cuti aku tu....
Selain daripada sibuk kat opis .. cam biasalah bakal pengantin ni.. sibuk urus sana urus sini.. nasiblah dokumentasi semua aku dah settle awal. Kalau tak gerenti sekarang ni aku terkejar - kejar ke sana ke mari nak settlekan itu ini... isk isk isk isk isk Oh yah.. bila aku kahwin.. hahahah pasal tarikh tu nanti aku umumkan secara rasmi dlm entri akan datang pasal aku nak scan dulu map tempat kahwin aku tu supaya member yang nak datang boleh download mapnya hahahahaha... Pasal honeymoon kita orang p dekat2 jer... nantila lepas honeymoon baru la kasi tau kat mana. Hehehehehehehe....
Sebelum terlupa.. aku mengucapkan ribuan terima kasih atas ucapan tahniah dari kalangan rakan yang dah tau pasal ni... aku sangat2 menghargai greeting korang ni.. terima kasih sekali lagi. Oh yah selain aku Zul pemain Bass band aku juga akan kahwin dalam tempoh terdekat ni. Dgr2 minggu depan dia dah nak p krusus kawin dah.. hehehe tahniah utk encik zul.... diharap selepas kawin nanti gentelan bass anda akan lebih mantap!!!!
Semalam aku terima panggilan dari geng Mi Scusi... Zul + Pancho... huh rupanya semalam adalah birthday si Pancho... Sorry la geng aku tak boleh join korang semalam... nanti hujung minggu ni aku jumpa korang kita p jamming + makan utk sambut besday ngko!!!! Nampaknya bulan ni banyak perkara baik yang berlaku di kalangan line up Mi Scusi diharap ianya juga membawa petanda baik kepada pergerakkan Mi Scusi... Yah masa wedding aku nanti Mi Scusi akan beraksi utk menjadi band penghibur hahahaha dan juga Jiaja turut dijemput utk memeriahkan suasana. Drg Jiaja ni adalah juara Blast Off musim Kedua anjua Astro dan Hitz TV.. hehehehe bangga juga aku drg ni menang... ex housemate aku drg ni!!!
K sekarang lain cerita plak tadi pagi aku baca UTUSAN MALAYSIA ONLINE , ada tajuk berita "Peragut wanita hamil didakwa" . Gambar kat atas tu adalah wajah peragut yang di dakwa... huhuhu aku mmg meluat + benci dengan berita kes ragut, rogol, rompak ni... Kalau korang tengok muka dia tu hehhehe mmg muka penyamun... penagih dadah.. dalam berita tu ada tulis yang semasa dia ditangkap ni.. dia ada kes jenayah yang lain belum settle... Yang sedihnya mangsa ragutnya itu meninggal dunia.. (takziah aku ucapkan kepada keluarga mangsa). Aku rasa org macam ni baik kita bina satu kurungan besi pastu simpan kurungan tu sebelah kandang monyet kat dalam zoo... biar org datang lawat zoo tertanya - tanya binatang apakah gerangan dia ni... pastu part infonya tulis la nama binatang "PERAGUT"... Sial!!!