Friday, April 15, 2011
INI ADA SATU CERITA....
brader A: Bro.. jom p makan lapar la..
brader B: ala... tak nak la.. aku tengah kering ni... tak der duit...
brader A: kita p sarapan jer pun....
brader B: aku betul2 sengkek ni... tapi kalau ngko nak belanja aku ok jer..
brader A: ok la jom aku belanja....
... tiba direstoran...
awek restoran: yah bang... nak makan apa?
brader A: err dik kasi milo ais ngan roti bakar satu set...
awek restoran: tu jer?
brader A: yup..
awek restoran: Abang plak...? (sambil melihat ke arah brader B)
brader B: errr kasi teh o ais limau ngan satu air mineral... makan kasi mee goreng seafood special... kasi telur mata satu.. errr bubuh sekali arrr paha ayam tu ngam seketul tauhu sumbat. ehh ngko takkan makan roti bakar jer.. (sambil melihat ke arah brader A...)
Brader A: ??? (pasrah...)
....
moral of the story... agak2nya brapa lama dah brader B tu tak makan?? tengah2 bulan ni kalau jumpa org macam brader B tu meh la kita bawa dia p makan... amal jariah sikit.. (tapi takleh la selalu) heheheheheheh... aku ni dah dekat2 nak jadi brader B la huhuhuhuhuhuhuh
...
citer ni rekaan semata - mata dan tiada kena mengena ngan opis mate aku ok... hahahahahahaha cerita ni bersambung kat SINI
Wednesday, October 8, 2008
BERHALA DSAI?
28 September 08, Ahad - Program perasmian poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim
Batu caves 28sept: satu poster gergasi pertama dimalaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG)selaku tetamu kehormat majlis ini.
poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves...
dipetik dari: http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/2008/09/sejarah-tercipta-ref-malaysiakini.html
Sebenarnya pembinaan lukisan ni telah menimbulkan satu pertikaian di mana ada beberapa pihak yang mendakwa lukisan ni ada patung berhala... tidak kurang dgn yg membela bahawa itu bukanlah patung tetapi just lukisan...
bagi aku ianya just a big drawing... cantik pandai org tu lukis... cuma bagi aku relevan ka lukisan tu? for me yes... napa ? pasal kan drg tu peminat fanatik DSAI so, apa lagi tak cukup poster then up lagi ngan giant poster, tak cukup giant poster up lagi pi super huge giant poster ala2 billboard.. dah minat nak kata apa kan?
kalau cam aku, aku ni mmg minat berabis ngan Band The Misfits... rasa2nya para peminat DSAI kasi tak aku bina Poster Besar replika JERRY ONLY kat sebelah replika DSAI untuk memperingati semangat Jerry Only di dalam memperjuangkan music beliau.... best kan? pasti orang - orang kat Batu Caves happy coz replika pujaan dorang ada teman heheheheh taklah sunyi Replika si Jerry Only ni hahahahahahahahah asal jgn dia sondol bontot si Jerry Only sudah.. nanti luka plak burung replika si DSAI akibat terkena spike si Jerry Only....
Walaubagaimanapun, aku tak la terpikir nak benda tu... pasal kekadang dari gambar tu jak org boleh taksub apatah lagi ngan skala yg besar taknak la aku... nanti masuk neraka aku hahahahah dah la sembahyang selalu kantoi ... daripada kasi tambah dosa baik aku mencuba utk mengurangkannya supaya berat la lagi timbangan yg belah kanan. Dan jika aku ada duit RM5000 dan dikehendaki supaya aku membuat poster besar cam replika aku akan publishkan dua poster seperti di bawah ni.... Aku sangat berharap ia akan dapat membantu kepada pihak yang berkenaan....
Monday, September 22, 2008
DI MANA SHARLINIE? PART 2
Berita ni mmg dah basi but memandang di bulan ni aku tersentuh plak bila memikirkan nasib ahli keluarga Shalinie (adik kita yang hilang di larikan penculik) tak dapat aku bayang perasaan keluarganya beraya tanpa org yang tersayang... Oleh itu, aku post kan lagi poster suspect mana la tau para pembaca yg budiman ada ternampak.... poster ni aku donlod dari laman web utusan malaysia .. so, marilah kita bersama - sama berdoa supaya Adik Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga...