Thursday, January 28, 2010

KETAM MASAK TAUCU featuring SKINLESS EGGPLANT



Fuh aku rasa agak lama dah aku tak share resepi - resepi terkenal aku kepada para pengunjung blog ni. Bagi yang baru mengikuti blog aku ni sebenarnya aku ada satu segmen masak - memasak kat dalam blog ni. Kalau nak tengok resepi resepi yang telah aku share sebelum ni korang boleh la klik kat SINI. Baiklah sebelum aku mengarut tak tentu pasal meh kita teruskan acara memasak Ketam Taucu Bertemankan Terung.
Ok mula - mula korang kena sediakanlah bahan - bahannya, standardlah kalau takder bahan2nya camner nak masakkan.. order kat restoran boleh la hehehehehe. Ok... korang sediakan ketam dan terung ikut mana banyaklah korang suka then sediakanlah bawang merah , bawang putih, bawang besar (korang pernah tengok iklan shampoo Bawang ker? jackie chan tu?), halia, cili padi dan lada besar. Tidak lupa taucu botol (yang masin), asam jawa, sos tiram, minyak masak, garam dan aji no moto secukup rasa anda (kalau korang kepingin nak menghidap penyakit - penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis sila gunakan bahan - bahan ni dengan dosage yang extreme banyak).

Dah sedia barang - barang tu korang boleh la usha ketam start cuci then buka kulitnya... kat sini aku prefer ngan ketam betina.. kenapa ketam betina? pasal ketam betina biasanya akan mempunyai isi yang lebih tebal berbanding dengan ketam jantan. Kalau korang jumpa ketam betina yang takder isi itu mungkin ketam betina yang anorexia or ketam yang kena tinggal laki (takder selera makan pasal asyik makan hati tulah kurus). errr camner nak kenal ketam tu jantan ker betina? Isk selak la kat bawah bontot ketam tu... kat sana boleh nampak (bukan nampak kemaluan ketam tu tapi kekadang ada telur kat sana.. telur ni bukan la bermaksud telur ketam jantan tawwww) ... kalau korang failed nak determine jugak korang tanya la tauke ketam tu.. kalau taukeh ketam tu takleh jawab suruh dia kursus ngan team deadliest catch. Kat sini satu lagi keistimewaan ketam betina ni pasal kat cengkerang dia tu selalunya ada isi yang sikit lendir cam otak udang (mungkin u otak ketam kot?) haaaaa... kat sini la bila korang cuci ketam tu then bukan cengkerangnya korang korek isi kat cengkerang tu  then simpan kat piring then put aside dulu.

Lepas usha ketam korang usha plak terung.. cuci terung tu then kupas kulitnya then potong kecik2 ikut kesukaan anda.. kalau anda seorang fetish anda tak perlu nak potong2 terus campak jer kat dalam kuali.... then panaskan kuali tuang minyak lepas panas minyak tu korang deep fry kan ketam (jangan lupa potong dua ketam tu) dan terung tadi tapi jgn deep fry dia kering sangat... macam nampak separuh masak then angkat pastu tos kan minyak... kalau korang peminat penyakit kolestrol korang tak payah la nak susah - susah toskan minyak tersebut.

Sementara tunggu ketam dan terung tu ditoskan minyaknya, korang boleh la buat bahan lain.. then panaskan kuali lagi.. then tuang minyak lagi (yang tadi korang dah cuci la ) tapi kali tak perlu guna banyak minyak.. serius ni menumis bahan2 juga tak perlu banyak pasal sayur terung tadi dah banyak serap minyak. panas jer minyak tu korang campakkan bawang putih, bawang merah, halia kat kuali tumis sampai sedikit naik bau then campak lagi cili padi, lada besar dan bawang besar tadi tumis sampai baunya cukup utk korang jadik lapar then tuang sikit sos tiram, air asam jawa dan beberapa sudu taucu botol tadi ikut suka anda,,, awas taucu botol tu masin jgn terlampau k. tuang air reverse osmosis sikit (ikut suka korang jugak) then biarkan sekejap hingga mendidih then bubuh garam dan aji no moto secukup rasa.. bila kuah tu nampak nak pekat korang bubuh ketam yang  dah kena goreng tadi kat dalam kuah tu then kacau hingga sebati then masukkan sayur terung tadi kacau pelan - pelan supaya terung tu tak hancur.. then rasa - rasa macam dah ok then korang hidangkanlah ikut suka hati korang.

Ok lah takat ni saja rancangan memasak kita hehehe nanti kalau aku masak resepi baru aku akan share lagik ngan korang di dalam blog ni... Selamat Mencuba dan sebelum makan jangan lupa baca doa makan.....

CONTOH KARANGAN BAHASA INGLISH!!!


 
SILA KLIK UTK PAPARAN LEBIH JELAS...

Sepetang Bersama Manggas 2010

Pergh tadi petang (27/01/2010) sesi jamming terakhir kitaorang bagi persediaan untuk gig Breaking The Silence yang bakal dilangsungkan pada sabtu ni (30/01/2010). Overall sesi praktis tadi agak santai di mana kita orang buat susun atur playlist dan apa2 yang patut dan tak patut di buat masa perform nanti. Asalnya aku bawa tape recorder tadi kononnya nak rakam sesi jamming tu tapi malangnya masa kami masuk studio isk amp tu blow la.. ni kompom sebelum kami masuk studio tu dah kena belasah... isk mmg agak kecewa... nasib kita orang boleh kata sudah kira tight la utk perform kalau tak mmg kena cari studio lain la utk praktis....
Kami praktis 2 jam but setengah jam terakhir kami main santai2 sambil cover lagu - lagu rock lama.. macam lagu semalam yang hangat, jerangkung dalam almari, balada pemuzik jalanan dan lagu favorite aku So Lonely dari band Loudness... \m/

Oh yah sebelum aku terlupa... aku nak ucapkan terima kasih la kepada sambutan suam - suam kuku dari kawan - kawan terhadap entri aku sebelum ni mengenai lirik lagu terbaru Manggas.. Thanx banyak - banyak untuk pak cik kordi kerana ada mention pasal manggas jugak kat entri blog beliau.. thanx a lot... Untuk cik Ayu plak aku minta maaf kerana aku rasa tak dapat tunaikan permintaan ngko regarding link download... ni kena terus kat encik takilala pasal dia yang manage hal ehwal band manggas. Pada aku sebenar kitaorang tak la kisah sangat kalau korang nak download lagu2 kita orang secara free... kami tak kisah sebenarnya.. malahan ada orang yang hendak membeli demo Manggas yang terdahulu pun kami galakkan mereka ni cari jer orang yang ada demo tu then copy la cd tu hehehehe pasal dah out of stock. hehehe korang nak percaya ataupun tidak sebenarnya aku sendiri pun takder simpan EP tu hehehehehe.



satu lagik aku nak mention kepada cik ayu... heheheh kebetulan split rilis Manggas ngan sebuah kumpulan death metal dari Kota Kinabalu iaitu Inside telah dikeluarkan baru2 ni oleh Label Derangement Projet so kurang syok plak kalau aku kasi link download hehehe nanti bising en. Sharul (owner label) kat aku hehehehehe kalau korang nak dapatkan rilis tu boleh la berhubung terus ngan en. Sharul via maispes beliau. Tapi Cik ayu..  kalau ngko nak lagu Mi Scusi (band punk aku) aku boleh bagi hehehehehehehe promo sikit Klik SINI nak tau lebih lanjut.



p/s: thanx to en. IJAU kerana sudi tolong aku translatekan lagu Su Puratism tu....

Wednesday, January 27, 2010

MARI KITA SING A LONG PADA 30/01/2010 NIE....

Sempena gig Breaking The Silence Jan 2010 nie, Kami dari band Manggas sempat membuat sebuah lagu baru yang ilhamnya (bukan c6) datang secara tiba - tiba. Sebenarnya kami mmg dah praktis 2 lagu baru.. kira kali ni fresh la nak perform lagu ni... org belum pernah dgr...  last minit plak drg ni (masa tu aku ponteng praktis) ada idea nak buat lagu baru.. last2 lepas jamming joad inform kat aku ada satu lagik lagu baru hehe kalut juga aku nak catch up hehehehehe..... takat ni playlist yang bakal kami bawakan utk gig nanti ialah Haus Sarbatus, Sumpah Puaka, Deathrobe(lagu tak berapa baru), Total Tabak Bauta / turus - turus putih (lagu tak berapa baru juga hehehe), Kuraya: Supuratism (ni la lagu baru yang aku kata) dan Batin Keramat... kalau nak dengar lagu2 manggas bolehlah klik kat SINI. hehehehehehe Joad ada kasi aku lirik lagu baru Kuraya: Supuratism utk dikongsi bersama kononnya mana2 yang sudi pada masa gig tu bolehlah sing a long sama..... sila hayati liriknya....

KURAYA: SUPURATISM

impunkan balangikung
kurapakki basidia
lakati cucul
marakki lampung

jantah dipajahi
adatu unggat unggat
adatu mangurayap
umbani kalakati

lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus
Mammam!!!

kabat tia tabuk
urak tia lampit
bakumpal bakumut
batangkumus

bakataran kalampian
mangurising malangsing
lidut lunda paigu

talangkan pandidip
adatu tarabang
adatu mamius
umbani chelapa

lantakki aing angat
cacapi kalupeace
lantakki aing abus
Mammam!!!


Words: Joad (26 Jan 2010) 


--------
Heheheheh napa? tak paham? kekekekek actually lirik ni dibuat dgn menggunakan bahasa Melayu Brunei... maklumlah kita orang mmg kuat jati dirinya konon la heheheheheh errr tajuk supuratism ni kalau tak silap aku dah dibuat sejak tahun 2002 tapi lirik siap tahun 2010 fuh lama jugak nak siap lirik hahahahahaha. Apa - apa pun jangan lupa support Manggas dan band - band lain masa gig tu nanti ya... cheers

Tuesday, January 26, 2010

AKSI PANAS AKU UTK PEMBUKA TAHUN 2010



Ok ckp byk tak guna!!!! Kalau nak tengok aksi panas ni sila datang ke Dewan Serbaguna Tanjung Aru Sabah pada 30/01/2010 jam 4.00 petang. Aku ngan rakan2 bakal mempersembahkan satu aksi yang boleh membuat anda semua kejang otot tengkuk selama seminggu... tak caya? marilah pakat datang ramai - ramai.... Rugi korang tak datang pasal masa tu kitaorang akan mainkan 3 buah lagu baru !!!!

Monday, January 25, 2010

KENAPA ORANG KITA NI DAH SEMAKIN BERANI NAK MENDERHAKA?

Aku hairan jugak.... kalau dah sama sultan pun drg berani kata camni.. isk apa tah lagi ngan orang biasa? drg ni tak pernah baca rukun negara kot..... ucapan aku kepada mereka ni... FUCK OFF!!!!


screen shot ni di ambil dari SINI

ADNAN SEMPIT: KEMAJUAN DI DALAM FILEM LAWAK MALAYSIA?



Agak lama juga aku tak buat review pasal movie... aku bukan tak nak buat tapi masa tak mengizinkan.. mmg byk movie yang aku tengok dan nak review tapi tak sempat nak review. Tau2 la kalau nak review ni kena fokus dpn pc then revised balik movie tu hehehehehe. Oleh kerana aku ada sedikit lapang ari ni aku amik keputusan nak buat la review movie. Kenapa aku nak review citer Adnan Sempit ni? hehehehe bukan citer avatar ker legion ker sherlock holmes ker... hehehehe ok aku kat sini akan membuat polisi mengutamakan produk tempatan hehehehe.. kalau kena puji.. produk tempat la kena puji dulu dan begitu juga yang sebaliknya hehehehehe. ok ckp byk tak guna mari kita teruskan dgn review citer ni.




Beberapa bulan yang lalu apabila aku tengok poster promo filem Adnan Sempit ni hehehehe 1st impression aku agak negatif. aku pun tak tau kenapa.... tapi bila filem ni kuar aku amik langkah proaktif sebagai memberi sokongan kepada pembuat filem tanahair maka aku ngan wife aku pun p la tengok wayang Adnan Sempit ni...

Rupanya movie ni movie spoof utk wayang rempit ngan wayang bohsia... hehehehe aku pernah tengok citer rempit tapi bohsia tak pernah (takder selera aku nak nengok wayang tu...).. Dengan barisan pelakon yang mantap kali ni aku berpendapat hampir keseluruhan watak dlm citer ni berjaya di hidupkan oleh pelakon - pelakonnya ... syabas kepada tukang casting citer ni....

Part - part lawak menjadi tapi belum di tahap yang terbaik but still ok utk diberi markah lulus dengan kepujian. Pengambilan pelakon2 yang terdiri dari geng raja lawak ni mmg tepat... terutamanya watak angah (betul ker nama dia ni?) walaupun wataknya kat gerai nyanyi karaoke tapi tanpa dia aku rasa wayang ni akan sedikit hambar... next time aku cadangkan angah ni patut di beri peranan yang lebih besar... boleh tahan jugak dia ni.. hehehehehe

Sound track dia hampir semua lagunya aku suka... mungkin pasal ada cat farish di dalam movie ni... dan aku mmg kagum ngan bakat di cat farish ni... lagu2 dia lakonan dia mmg antara yang aku suka. serius aku tak tipu hehehehehehe cuma adunan bunyi kat dlm movie ni aku tak berapa berkenan...

Skrip plak... part - part lawaknya mmg fresh tak macam lawak basi si saiful apek.... boleh buat aku ketawa heheheh teruskan dan tingkatkan part ni.. pasti kelak wayang lawak orang kita akan dapat lebih banyak sambutan. (tapi dgr2 movie sempit ni mmg byk sambutannya). Tahniah untuk Ahmad Idham kerana berjaya menghasilkan sebuah movie yang bermutu. Ni adalah wayang tempatan pertama aku tengok utk tahun 2010 ni... diharap movie tempat dimasa akan datang lebih meletup.... Utk Ahmad Idham ngko patut berenti buat citer seram.. teruskan ngan genre lawak ni pasal bila aku tengok wayang seram ngko aku rasa sangat lawak... (ni datang tulus dan ikhlas dari lubuk hati aku hehehehe).



Pelakon utama si sam ni aku jarang tengok movie lakonan dia ... boleh tahan... tak sangka dia boleh membawa watak ni dgn baik... pujian juga harus diberi kepada beliau.. intan plak agak kaku aku tengok but still ok bagi aku... pelakon watak wawa.. ni kalau tak der dia mmg tak syok citer ni....

secara keseluruhan tanggapan awal aku mmg silap aku patut berhenti berfikiran negatif kepada movie tempatan.... bagi aku wayang ni masih berbaloi utk dilihat kat panggung or beli dvd yang ori.... mmg tak menyesal... kalau ada jual soundtracknya mungkin aku terpikir utk membelinya.... ayat paling menyentuh dalam movie ni ialah... "walaupun muka aku ni ganas tapi kat dalam hati aku ada taman...." hahahahahaha ekspresi wajah watak adnan mmg menjadi semasa mengungkapkan part skrip ni hheheheh syabas... pada belum tengok dan ingin memberi sokongan wayang kita.. aku syorkan korang p panggung la... mmg berbaloi utk di sapot... cheers..

p/s: fuh penat jugak... lama tak review ni hehehehehe

Saturday, January 23, 2010

ROKOK ITU HARAM!!!!


Baru nak buat entri ni tapi tengok2 pakcik kordi dah buat awal2.. tapi takper la bukan niat nak copy pakcik kordi  tapi niat nak sama2 beringat kepada diri sendiri dan jugak kawan2 kat luar sana tu.. haram tak haram tapi sebetulnya rokok itu mmg membahayakan kesihatan... so, mari kita berenti merokok.... lepas berenti merokok bukan jer tak dapat dosa, malahan dapat kesihatan disamping poket pun selamat... mahal wooo harga rokok sekarang ni!!!!

p/s: Kalau hari tu ada cerita ada orang kena tangkap lalu dihukum rotan kerana minum arak.. adakah kali ni akan ada orang yang bakal ditangkap dan dihukum kerana isap rokok.. isk harap2 la orang itu bukannya dikalangan rakan2 dan saudara mara aku hehehehehe

Friday, January 22, 2010

KARUT.....

"I kalau soal jodoh ni... tak pernah pandang pada pangkat dan harta... bukan itu yang i cari... cinta i ngan datuk tu adalah ikhlas dan dia sememangnya seorang yang penyayang... beliau mmg amat berbeza jika berbanding dengan cinta i sebelum ni...."

sialan la statement karut ni.. hahahaha aku tak nak la mention nama sapa2 dlm entri ni tapi itu la kenyataan dunia materialistik ni... ini adalah salah satu bukti kesahihan duit itu boleh membeli cinta.... huh... terkenang dulu2 sorang classmate aku lisa berkata... "sekarang punya zaman arrr ada money baru ada honey mahhhh...."

Thursday, January 14, 2010

MERAJUK....

Sejak bersama ngan DJ Dave ni... Burung Besi aku seakan - akan merajuk dan memencilkan diri dalam ROCKCASE Warwick... Jgn Risau Burung Besi, approve jer belanjawan akan datang ngko pasti akan berwajah baru + diupgrade dan aku pasti masa tu DJ Dave akan menjeling dengki kat ngko.. kakakakakaka



Aku bersama Dj Dave (en. ijau yang kasi nama Dj - 600 ni p DJ Dave dan terpaksa akur....)

 

Ni Aku ngan Ironbird masa gig kat Beaufort Rock City....

Monday, January 4, 2010

APA ADA DENGAN TAHUN 2010?


Akhirnya aku kembali online setelah lama bercuti hujung tahun... Takderlah p mana2 just spend quality time ngan family dan juga praktis ngan band aku... hehehehehehe macam aku kata pada entri aku sebelum ni mengenai pembikinan azam aku di buat kembali hehehehehe so.... kat sini aku nak kongsi apa yang aku azamkan sempena tahun 2010....

sebelum tu aku nak kasitau awal2 azam dan wishlist adalah lain2 hehehehehehe wishlist ni macam ada org kata tahun 2010 ni aku nak beli gitar ESP MK II ker nak beli NIKON D700 ker apa2 la... dlm hal ni aku rasa encik ijau sgt mahir.... azam kali ni aku bahagikan kepada beberapa kategori......so, check it out:

1. Kekeluargaan

Of Course seperti yang anda sudah sedia maklum yang aku ni dah berumah tangga.... macam encik ijau kata... (encik ijau lagik)antara azam aku adalah untuk menjadi seorang bapa / ayah... heheheheh sapa yang dah kawin tak mau ada anak? Ok dia betul dalam part ni... mmg aku berazam utk menjadi seorang bapa. Aku ngan wife aku sgt komited di dalam hal ini (korang jgn la nak komen lebih2) cuma setelah dekat setengah tahun berkahwin kami belum ada rezeki lagik. Korang doakan agar kami cepat2 di kurniakan cahaya mata... nanti kalau dah ada anak boleh anak aku tu buat band ngan anak en. takilala.....

Untuk lebih terperinci, azam aku bagi kategori kekeluargaan ni aku nak memainkan peranan aku sebagai ketua keluarga sebaik yang mungkin.... yalah kalau dulu seorang.. sekarang dah berdua.. dah berdua nanti bertiga, berempat dan seterusnya. Kalau dulu keja aku jadi BATMAN meronda kota di waktu malam hingga ke siang sekarang ni jawatan BATMAN tu dah aku lepaskan.. sekarang kalau malam duduk rumah jer.... bak kata zul (bassist mi scusi) kalau sehari tak keluar rumah badan terus kena ruam.... hahahahaha tapi sekarang ni masalah ruam tidak ada lagi hehehehehe... kira azam ni nak jadi suami yang mithali la....

2. Personal

Azam aku yang paling serius utk diri sendiri adalah utk mengurangkan berat badan aku sejak 2-3 tahun kebelakangan ni aku tengok amat menjadi - jadi... heheheheheh mungkin berpunca daripada tabiat permakanan aku yang tak terkawal heheheheheh (aku rasa inilah punca yang paling signifikan) mmg serius overweight aku ni... aku nak mengurangkan berat badan ni bukan apa. mmg ramai org kata aku nampak kiut dgn bentuk badan aku yang gedempol ni hahaha itu mmg tidak dapat aku sangkal malahan aku mulai bosan dgn pujian2 tersebut.. muhahahahahahahahaha..... bagi aku berbadan gemuk itu bukan la satu kekurangan malahan ianya adalah satu kelebihan (kelebihan berat) hahahahahaha... yang paling aku konsen ni ialah aku nak turunkan berat badan pasal nak mengurangkan risiko daripada menghidap penyakit2 kronik seperti kencing manis, darah tinggi (ni symptom2nyer macam dah ada... heheh), gout, sakit jantung dan banyak lagi la... camner nak jadi suami mithali kalau dah penyakit kronik sana sini... betul tak?

Selain tu aku nak tingkatkan ekonomi aku.. kerja kuat. maklumlah dah bekerluarga tanggungan pun bertambah. selain daripada utk family ini juga ke arah untuk memenuhi wishlist aku yang panjang berjela (hahaha korang boleh nampak beza wishlist ngan azam...)antaranya gadjet2 musik aku dan peralatan2 utk memenuhi hobi aku yang tak senonoh. part ni kalau ada reqeust baru la aku reveal.... kalau takder biarlah rahsia.....

last but not least utk kategori ni... ialah peningkatan dari segi rohani.. heheheheh tak nak ulas byk aku rasa korang semua faham bab ni....

3. Band

Hahaha napa plak tiba2 ada band ni? hahahaha utk pengetahuan korang band member aku ni dah kira macam ahli keluarga dah... hahahahah.. tahun 2010 ni aku nak anjakkan band kesayangan aku Mi Scusi ke satu tempat yang lebih advance yang mana kali ni kami akan lebih komited utk terbitkan karya2 kami dgn lebih professional. Sebenarnya perkara ini sudah lama dirancang tapi tak komited.. tu yang tak pernah jadi.. macam2 alasan di beri.. maklumlah hendak seribu daya tak hendak seribu dalih... untuk merealisasikan misi ni.. kita dah duduk meja bulat utk memperbincangkan hal2 berkaitan berserta pelan tindakan... buat masa ni studio mana nak rakam dah pun di putuskan... cuma ari tu owner studio tu suruh kami datang lepas cuti tahun baru utk arrange appointment kami ngan dia... hehehehehe

kami juga sekarang bersedia untuk mengisi sirkit2 gigs di sekitar sabah (kalau ada offer dari semenanjung mungkin boleh di atur). Bukan apa lebih kurang setahun kami rest takder beraksi kat mana2 gigs.... heheheh berhibernisasi kot... tak la juga pasal latihan rutin mingguan giat juga dibuat... heheh mungkin takder org nak tengok kami main kot... bosan ker band aku ni? kalau korang rasa bosan ngan band aku ni tolong info aku ya.... utk pengetahuan korang kami dari hari ke sehari mmg sentiasa berlatih utk mempertingkatkan mutu permainan kami.. selain skill... kami juga merancang untuk mempertingkatkan diri dengan pendedahan kepada teori produksi dan permainan alatan musik.

ok lah aku rasa ni la azam aku utk tahun 2010... lama aku tak berazam ni heheheheheh rasa dgn ni cukup la tak payah nak list byk2.... dan utk pengetahuan pihak yang menuduh aku sebagai tukang racun... heheheheh aku tiada sebarang niat utk meracun korang.. hehe aku hanya share pengetahuan aku tentang sesuatu produk.. al maklum la aku ni bekas student bisnes.. maka kadang2 cara aku explain tu mmg macam saleman la lagaknya sampai korang terpengaruh... tapi lepas beli tak juga korang menyesalkan? heheheheheh nak beli lagi adalah.... itu maksudnya aku bukan meracun korang ... ianya sebenarnya aku hanyalah sorang saleman yang baik hehehehehehehehehehe

untuk akhir entri ni aku nak share satu gambar yang aku cilok dari facebook member aku......



p/s: berita yang baru aku terima.... salah seorang rakan forum kat Metal Terus saudara Arif Bin Mohd Noh a.k.a CINTAKITA dikatakan telah meninggal dunia pada 22/12/2009 yang lepas.. kononnya sakit leukemia... aku tak pasti akan berita ni.. tu pun dapat tau dari kawan arwah tu yang mana masuk ke forum tu utk memberitahu akan berita ini... apa2 pun marilah kita sama2 sedekahkan Al - Fatihah kepada saudara CINTAKITA.. Al - Fatihah.....
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT