Wednesday, November 26, 2008

SIBUAYA HITAM DAN SIBUAYA TEMBAGA



Gambar ni aku ambik masa memancing beberapa bulan yang lalu... Anak - anak buaya ni kami jumpa tersangkut di jaring yang kami simpan di dalam sungai untuk menangkap ikan... Sejak kami jumpa anak buaya ni kami tak gunakan jaring lagi untuk menangkap ikan. Guna pancing cukup la... nasib masa tu anak dia yang tersangkut... kalau mak dia takkan haru biru...

Tuesday, November 25, 2008

MISI TAK MUSTAHIL


Operasi menangkap ular sawa yang terlepas telah berjaya dilaksanakan pada malam semalam (malam Isnin). Diketuai oleh En. Aza dan pakar penangkap berani En. Sadam, operasi dimulakan dengan intipan dan pemasangan umpan dan perangkap di tempat - tempat yang dikenal pasti ada kemungkinan sang ular ini akan muncul...

Hehehehe sebelum tiba tengah malam, aku dah terima panggilan dari Aza mengatakan operasi menangkap ular tu telah pun berjaya... Aku ketika itu, berada di rumah seorang rakan terus bekejar ke lokasi... hahahah mmg sah itu la ular sawa aku yang terlepas. Ditangkap ketika sdg mengusha ayam ternakkan mentua si Capci... Aku terus menghubungi seorang rakan di Kota Kinabalu untuk tindakan seterusnya. Malam nanti si ular ni akan di tempatkan di tempat yang lebih sesuai tanpa mengganggu mana - mana pihak ataupun binatang ternakan. 

p/s:

aku cadang nak pelihara ular tu kat rumah aku, namun ternyata niatku itu tidak direstu... huhuhuhuhuhu

Monday, November 24, 2008

NASIB SIBURUNG PUNAI

Hujung minggu baru - baru ni aku lepak ngan geng memancing aku En. Aza dan beberapa ahli yang lain... Hari tu mmg kami boring tahap dewa durjana... Then kami memutuskan untuk bertandang ke rumah En. Capci yang juga salah seorang teman pemancing yang selalu bersama kami. Setiba kami di rumah En. Capci dia takder kat sana menurut anaknya dia pi kedai jap... so kami tunggu la dia kat luar rumahnya. 

Semasa menunggu Capci, aku sempat berbual ngan mak mentua si Capci ni... Saja jak bertanyakan kabar... hahahahah korang tau apa yang mentua dia cakap kat aku? hahahahahah korang yg pernah membaca post aku yang terdahulu pasti ada terbaca kisah teman sipemancing. kalau belum... sila klik kat SINI . Kat post tu aku ceritakan tentang ular sawa peliharaanku... tapi 2 minggu sebelum Hari Raya Puasa baru - baru ni Ular tu terlepas dari kurungan. Rupanya - rupanya ular tu sedang menganas memakan ayam - ayam ternakan mentua si Capci.. hehehehe Sorry aunty... bukan aku yang kasi lepas ular tu... Dengan itu, serta - merta aku umumkan operasi memburu untuk menangkap ular tu. Takut tak cukup ayam nanti orang yang dikerjakannya. Operasi memburu Ular tu nantilah aku ceritakan k....

Sekarang berbalik kita kepada tajuk asal entry ni... selepas aku berbual ngan mentua si Capci, aku dan Aza usha - usha keliling rumah si Capci manalah tau ternampak ular aku yang lepas tu.. heheheheh tapi lain di cari lain yang kami jumpa... tup tap... ada seekor burung punai di dalam sangkar heheheheh rezeki ni... Kebetulan Capci tiba dari kedai aku terus ayat dia supaya sembelih burung Punai tu... (Kebetulan burung tu cedera dan macam takde tanda nak sembuh) ayat punya ayat akhirnya dia bersetuju.. ngan bantuan iparnya En. Sharil akhirnya burung punai tu pun selamat disembelih... apa lagi goreng pun sedap ...

p/s:

Korang suka makan daging burung punai?

Saturday, November 22, 2008

KISAH BURUNG DAN SEMUT API


Pada zaman dahulu di sebuah hutan tinggal seekor burung yang sangat gemuk dan cantik. Burung ini tinggal di sebatang pokok cendana dekat dengan sebatang sungai yang sederhana dalam. Disatu hari apabila matahari sedang memancar terik, si burung tadi sedang bersantai di luar sarangnya sambil mengosok - gosok paruhnya kerana kekenyangan selepas makan tengahari bersama En. Jili si bangau tua.
Tiba - tiba perhatian siburung itu teralih ke tepi sungai kerana dia terdengar suara kecil meminta tolong. Sekali diamatinya siburung tadi ternampak seekor semut api sedang terkapai - kapai kelemasan dibawah arus sungai ke muara (air pasang ni kalau gi mancing ngam heheheheh ). Dengan gaya selamba siburung terus mematuk sekeping daun yang brada bedekatan dengan sarangnya lantas dibuangnya ke arah si semut yang kelemasan itu. Dengan ala - ala aksi dalam wayang The Guardian si semut terus berpaut di atas daun itu seraya membuat tabik spring kepada siburung tanda terima kasihnya. Siburung dengan gaya coolnya hanya mengeyitkan matanya dengan bermaksud "don't mention it baby..."
Beberapa hari selepas kejadian lemas - melemas tu, siburung bertenggek seketika di luar sarangnya sambil termenung mengenangkan duit pelaburannya yang di laburkan ngan BuluhMas lesap begitu saja. Hendak dijadikan cerita, adalah seorang pemburu yang kebetulan berlegar - legar berdekatan dengan pokok tempat tinggal siburung. Apa lagi si pemburu (pemburu yang cemburu kata kumpulan butterfingers) itu terus teruja apabila ternampak seekor burung gemuk bertenggek di atas dahan lalu mengacukan senapangnya untuk menembak siburung itu. Akan tetapi tembakannya tersasar kerana kakinya sakit kerana digigit semut api.....
-----------------------------------------
Korang pernah ke baca cerita seperti ini di dalam kisah dan tauladan siri cerita kanak - kanak? Baru - baru ni aku ada berbual - bual dengan Liza mengenai cerita ni dan baru tersedar rupanya cerita ni adalah cerita sedih... 
Napa plak aku cakap cerita sedih? Ok cuba korang pikir apa korang buat jika kaki korang kena gigit semut api? Mungkin secara refleksnya kita akan meloncat dan tangan terus memenyekkan (adakah perkataan ni) semut itu. So, dalam cerita ni korang tak terpikirkah semut tu akan mati di picit oleh pemburu yang cemburu itu? ntah la harap - harap la tak ramai yang jadi macam semut tu... ehh apa aku ckp nie???

Friday, November 21, 2008

MENCURI UNTUK BAHAGIAKAN ADIK - ADIK...

SHAH ALAM 20 Nov. - Dua sekawan yang secara kebetulan mempunyai motif yang sama, mencuri pakaian demi membahagiakan adik-adik mereka berhari raya, masing-masing dilepaskan dengan perintah berkelakuan baik oleh Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Majistret Mohd. Hafizi Abd. Halim membenarkan Amlinah Masbun dan Sapariah Abin, kedua-duanya berusia 24 tahun, dibebaskan dengan bon RM2,000 tanpa cagaran selama dua tahun berserta seorang penjamin.

Amlinah dari Beaufort Sabah, dan Sapariah dari Sri Kembangan, mengaku telah mencuri sembilan helai pakaian kanak-kanak pelbagai saiz pada pukul 10.15 malam, 13 September lalu di Pasaraya Giant Seksyen 13 di sini.

Mereka didapati mencuri pakaian bernilai RM191.90 selepas keluar dari bilik persalinan menuju ke pintu keluar tanpa membuat sebarang pembayaran.

Ketika diberi peluang untuk merayu, mereka memohon hukuman diringankan kerana perbuatan tersebut dilakukan semata-mata sebagai tanda kasih sayang kepada adik-adik di kampung supaya bergembira di hari raya lalu.

--------------------------------------

Aku baca berita ni kat UTUSAN MALAYSIA , huh... dorang tak der kerja lain kah nak mencuri... kalau takat alasan nak bahagiakan adik - adik tu banyak caranya. Tidaklah semestinya dgn materialistik saja... Byk lagi cara untuk memberikan kebahagian kepada orang yang kita saya.. kalau betul - betul nak belikan sesuatu tu... cermin la diri timbangkan dgn kemampuan sendiri.. kalau teringin sangat nak belikan benda yang mahal so pigi cari kerja dan kumpul duit... Insyallah dapat la tu.. Ingat Tuhan hanya akan membantu diri kita jika kita berusaha dan bertawakal...

AWARD DARI KAK SUZI - AUSTRALIA


Ini adalah award yang aku terima dari kak Suzi salah seorang daripada rakan blog aku. Aku selalu pigi lawat blog dia pasal banyak resepi - resipi masakan yang boleh di kategorikan Hidangan Untuk Tetamu - Tetamu di Jannah. Thank You KakSuzi utk award ini pada para pembaca sekalian.. kalau korang nak resepi apa lagi pi la lawat blog Kak Suzi di http://perutkenyang.blogspot.com/

BUTTER PRAWN

Gambar: Sekadar Hiasan... ahaks

BAHAN - BAHANNYA:

1 kg udang
1 sudu teh garam 
1 kg minyak untuk menggoreng 
 250 gm mentega tawar (unsalted butter) 
6 pelepah daun kari (daun shj) 
5 ulas bawang putih (cincang) 
6 biji cili api (cincang) 
8 biji kuning telur 
250ml susu cair penuh krim 
½ sudu teh serbuk perasa 
1 sudu teh garam 
1 sudu teh sos ikan 
¼ sudu teh serbuk pati ayam 
1 sudu besar gula 

CARA - CARA MEMASAKNYA:

Perap udang yang telah dibersihkan dengan garam dan goreng dalam minyak panas selama 2 minit hingga bertukar warna. Toskan. 

Pukul bersama kuning telur, dan susu bersama serbuk pati ayam hingga kembang. Panaskan kuali masukkan mentega dan biarkan cair perlahan-lahan. Tumis bawang putih hingga kuning dan masukkan cili api, kacau sebentar. Masukkan bancuhan telur dan kacau hingga mula pekat, masukkan daun kari, sos ikan, udang goreng, gula, garam dan serbuk perasa. Kacau hingga bersarang dan garing. Tuang ke tapis dan biarkan mentega sejat sebentar. Alihkan ke pinggan dan hidangkan.

-----------------------

Hahahahah lama dah aku tak share resepi - resepi masakan aku ngan korang... So, apa lagi pi lah ambik pancing dan terus tangkap udang untuk dimasak.. heheheheheh harap2 sedap hehehehe Cheers!!!

Thursday, November 20, 2008

DEMONSTRASI BOGEL

Reformis kecam demonstrasi bogel: Aktivis akui bukan suara menyeluruh

Oleh: RUSNIZAM MAHAT

TINDAKAN segelintir individu yang mahu mengadakan demontrasi secara bogel di depan Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor dikecam oleh aktivis-aktivis reformasi.

Pada 14 November lalu, sekumpulan individu yang menggelar diri mereka Gerakan Reformis Rakyat (Reformis) mengancam untuk meneruskan mogok bogel sebagai membantah tindakan kerajaan negeri yang mahu menaikkan kadar sewa penduduk program Perumahan Rakyat (PPR) dari RM124 kepada RM250 sebulan.


Bagaimanapun, Nasir Isa seorang aktivis tegar reformasi berkata, kumpulan itu tidak mewakili aktivis-aktivis reformasi dan kebanyakan dari mereka tidak terlibat dalam aktivitit reformasi sejak 1998... teruskan

-----------------------------------------

Hari aku tension... office aku kena renovate hari nie dan ianya akan berjalan selama 1 minggu. Bunyi tukul ketuk sana ketuk sini sangat - sangat mengganggu emosi dan konsentrasiku. Last - last aku tak buat keja tapi surf internet baca suratkhabar online. Banyak juga laman brita yang aku surf dari Berita Harian hinggalah ke Harakah... Saja jak nak tau isu semasa dan melihat pandangan dan pendapat orang lain dari pelbagai perspektif.

Dalam banyak - banyak artikel dan berita, Headline di atas tu telah berjaya menarik perhatian aku. Hahahahahaha nampaknya teknik demonstrasi rakyat Malaysia sudah semakin advance. Tak sangka di Malaysia nie ada juga golongan nudist... Aku hairanlah napa pasal kadar sewa penduduk program Perumahan Rakyat (PPR) dinaikkan dorang sanggup berbogel nak protes dan membantah. Kalau di negara barat berbogel mungkin taklah kecoh sangat, tapi nie kat Malaysia... artis indie Carburetor Dung tunjuk punggung pun kena belasah ni plak nak berbogel... isk isk isk isk. 

Tak boleh kah perkara ini dibincangkan secara matang di antara pihak kerajaan negeri Selangor dengan penduduk yang membantah? atau mereka - mereka nie tak pernah diberi peluang untuk bersemuka dengan erti kata lain sebarang bantahan tidak akan dilayan... ntahlah aku tak tau. Namun aku yakin perkara sekecil ni patut boleh diselasaikan dengan cepat.

Mengikut pengetahuan aku, Negeri Selangor nie negeri yang kaya - raya. Dan aku berani bercakap ianya adalah negeri termaju di Malaysia. Dulu bukankah kerajaan Negeri Selangor ada berjanji kepada rakyat akan membela nasib rakyat terutamanya rakyat miskin jika mereka dipilih untuk menjadi kerajaan. Tapi apa yang berlaku ini adalah sebaliknya... Meningkatkan kadar sewa ni setahu aku bukan la membela nasib rakyat tapi membebankan. Dahlah orang yang terlibat ngan program rumah rakyat ni adalah golongan yang berpendapatan yang rendah. Kalau yah pun nak naikkan kadar tu tapi biarlah berada dikadar yang berpatutan ni kira tinggi gak dari RM 124 kepada RM 250 sebulan... naik seratus peratus. 

Walaubagaimanapun, mengikut petikan berita yang aku baca ada menyatakan bahawa kenaikkan kadar ini belumlah muktamad dan kerajaan Selangor masih di dalam peringkat perbincangan. Selain itu, menurut seorang aktivis yang ditemuh bual ada memberi pendapat bahawa para golongan yang berpuashati seharusnya menggunakan saluran yang betul bagi menyatakan ketidakpuasan hati mereka. isk isk isk macam - macam...

p/s: korang nak tau apa yang aku fikir?

1. Pandai juga aktivis dorang memberi pandangan supaya menggunakan saluran yang betul untuk menyuarakan bantahan. Tapi kalau geng dorang guna saluran taik  sampai buat demo yang mengganggu orang awam takder plak komennya.. mana satu saluran yang betul sebenarnya?

2. Bogel tak boleh tapi seks itu sedekah... apa kes? Ni memang gara - gara geng liwat ni...

3. Rasalah dorang sapa suruh pilih golongan tu untuk memerintah. 

SUNDAL BOLONG & JOGET GLOBAL

Gambar: Butterfinger - Dizaman muda remaja

Korang pasti familiar ngan band grunge Malaya BUTTERFINGER kan? Band ni adalah salah sebuah band faveret aku dan aku mmg follow dorang sejak diawal kemunculan mereka di arena Muzik indie Malaysia. Napa aku tulis pasal dorang plak? Ni aku nak share ngan korang tentang ideologi band ni dan juga apa kaitannya dengan sundal bolong....

Korang dah dengar album baru BUTTERFINGER yang berjudul KEMBALI? Hah!!! Kalau belum silalah dapatkan di kedai - kedai muzik yang berdekatan... Dulu selepas album SELAMAT TINGGAL DUNIA mati - mati aku fikir itulah album terakhir BUTTERFINGER... kerana semasa album tu keluar macam - macam spekulasi yang dibuat.. itu lah ini lah dll... Dipendekkan cerita, aku dah la beli album ni beberapa bulan yang lalu dan masa aku pasangkan cdnya kat dalam keta aku track pertamanya telah berjaya menarik perhatian aku utk terus mendengar. Hahahahah cun dan unik lagunya, dan itulah namanya lagu JOGET GLOBAL... hahahaha mmg global dan sarkastik lagu ni...

Lebih menarik lagi ada serangkap lirik di dalam lagu JOGET GLOBAL kebetulan sama dengan lirik lagu band aku (tapi muziknya totally berbeza). Hah.. lagu tu berjodol SUNDAL BOLONG dan liriknya aku tulis dalam sekitar bulan March 2008. Jangan gelabah dulu... aku bukannya nak bangkitkan isu tiru meniru... tapi apa yang aku ingin bangkitkan ialah ideologi kami... bagi aku... persamaan itu hanya tidak disengajakan dan kebetulan plak rangkap lirik itu adalah dipetik dari peribahasa Melayu... So, Sebelum aku mengomel dgn lebih panjang lagi .. meh kita hayati dan bandingkan persamaan dan perbezaan lagu JOGET GLOBAL dan SUNDAL BOLONG.... (*heheheh sorry tahap penulisan lirik aku masih berada di tahap amatur sila beri tunjuk ajar jikalau ada kekurangan di dalam lirik SUNDAL BOLONG)

Tajuk Lagu: Joget Global
Artist: Butterfinger


selamat datang ke masa depan
salam sejahtera kami ucapkan
kembali berpijak di bumi yang nyata
tiada amaran
jelma kembali

tuan tuan yang bijak
puan puan yang pintar
tumpu perhatin
dengar sebentar
bunyi bunyian yang didendangkan
tiada mula
tiada akhir

yang tua muda
yang miskin kaya
dengar semua!

lat tali lat tali tam plum
sudah mula atau belum
tunggu dulu saya pergi periksa segala dimensi
sebelum beraksi

lat tali lat tali tam plum
sudah jatuh atau belum
teknologi tambah dahsyat
kau dan aku pasti sesat
kiamat agak dekat
mengikut kata firasat

pada setiap masalah
ada penyelesaian
yang belum tentu
kau dan aku
dapat menyelesaikan nya

lat tali lat tali tam plum
sudah sakit atau belum
berikanlah daku tempoh
nanti ku carikan bomo
kalau luka tak sembuh

lat tali lat tali tam plum
sudah tamat atau belum
ikut hati ikut nanti mati
ikut rasa binasa
otak memberontak
zahir dan batin rosak

ubah ubah ubah ubah
kera di hutan disusukan
anak di rumah mati kelaparan

cuba fikirkan

----------------------------

Gambar: Mi Scusi - After Mobsters Fest Ranau, Sabah. May 2008

Title: Sundal Bolong
Lyrics: Mi Scusi


Ini bukan sekadar sebuah cerita,  
Hikayat rekaan zaman dahulukala,  
Tak perlu ada kata yang berbunga – bunga,  
Cuma dengan madah ringkas punya maksud yang nyata,  
Sebelum kau berniat untuk mengeji,
Ingin ku dedahkan suatu realiti,
Cerita tentang nasib kita yang diperjudi,
Sehingga menjadi tamu di rumah sendiri,

  c/o

  Bukankah kita bagai aur dengan tebing,
  Yang saling membantu sesama sendiri,
  Hanya temberang,
  Yang takkan mungkin terjadi

  Kera di hutan disusukan, 
  Anak di rumah kelaparan,
  Kera di hutan disusukan, 
  Anak di rumah kelaparan,

 
  Mungkin engkau takkan kisah,
  Dengan semua ini,
  Asalkan poket kotormu,
  Terus terisi
  Jangan lihat kami dengan sebelah mata,  
Bagaikan kami hanyalah budak mentah,  
Yang baru belajar merangkak dan berdiri,  
Entah bilakah masanya kan dapat ku berlari…  

 c/o
  Bukankah kita bagai aur dengan tebing,
  Yang saling membantu sesama sendiri,
  Hanya temberang,
  Yang takkan mungkin terjadi

  Kera di hutan disusukan, 
  Anak di rumah kelaparan,
  Kera di hutan disusukan, 
  Anak di rumah kelaparan
,
 
  Mungkin engkau takkan kisah,
  Dengan semua ini,
  Asalkan poket kotormu,
  Terus terisi

----------------------------

Ok aku rasa korang dapat kesan di mana persamaan lirik tu kan? Ok, seperti yang aku katakan tadi bahawa entry ini bukanlah utk mempersoalkan isu tiru meniru .. tidak sama sekali!!! apa yang hendak aku sampaikan ialah persamaan di dalam pandangan kami... maksud aku pandangan BUTTERFINGER & MI SCUSI terhadap situasi industri seni di negara kita Malaysia. Terumbang - ambing... Mungkin kebelakangan ni saja gelombang indie begitu deras memukul arena muzik tanahair... Memang banyak band dan artis yang hebat...tak kira la band rock ka, metal ka, alternative, nasyid bla bla... banyak yang hebat!!! Tapi di mana dorang sekarang ni? Tup tap tup tap artis luar juga yang kena highlight. Artis kita? hahahah kena highlight juga.. tapi semuanya pasal kawin cerai dorang.. aktiviti seni? errmmmm adakah? mungkin industri kita ni sudah kena serang oleh burung Garuda.... hahahahah artis dari seberang kena promosi abis - abisan sampai buat konsert2 grand.. artis tempat kena promo ala kadar .. sekadar jadi opening band or jadi artis jemputan di malam setiausaha... hahahaha macam sial....

Bagi aku dan band MI SCUSI, kami sependapat dengan band BUTTERFINGER tentang perkara ini. Cuma pembawaan muzik kami adalah jauh berbeza... Namun dari segi ideologi aku rasa kami adalah sehaluan... Untuk band BUTTERFINGER, in case korang terbaca entry ni... aku tiada niat utk copy lirik korang dan aku tak pernah pikir korang cilok lirik aku... So, aku harap isu tiru ni taklah timbul... Apa yang lebih penting sama - samalah kita perjuangkan nasib industri muzik kita yang kecil ini. Bak kata Y.B Datuk Haji Ariffin ADUN N.24 Membakut,"Jika kamu berada di dalam kekuatan, kuatkanlah persaudaraan dan kesetiaan. Dan jika kamu berada di dalam kelemahan, lemahkanlah benci dan hasad dengki"... sekian terima kasih.

p/s: harap korang dapat mesej yang ingin aku sampaikan dan siapakah Sundal Bolong itu? ahaks... 

Wednesday, November 19, 2008

REVIEW ZOOM G9.2TT


Rasa – rasanya dah hampir setahun aku menggunakan MultiFX Zoom G9.2tt ni dan barulah kini aku terfikir nak review pasal benda ni dan share apa pendapat aku ngan korang semua. Napa nak sampai setahun baru nak review? Hahahahah jawapannya senang jak… Masa aku mula2 beli benda ni dulu aku tak tau hapa ka jadahnya multiefek ni… Setelah setahun bergemulang dgnnya baru la aku dapat sedikit pengetahuan tentangnya dan sampai sekarang ni aku masih lagi mengkaji dan belajar bagi mendalamkan kemahiran aku di dalam arena multiefex ni.
 
So, dalam review ni aku akan bincangkan kelebihan dan keburukkan benda ni….

KELEBIHAN : 

1) Harga tuk efek nie murah range harga RM1600-RM1800 bergantung kepada tokeh kedai brapa dia mo mark-up but still consider murah.

2) Patch Varity Hampir Sama ngan BOSS GT8, Patch Harmonizer ada cuma string dia takdak hehehehe pandai jugak diorang bisnes.

3) Twin Expression Pedal Compare ngan Boss Satu jak or lain2 multiefek......pedal sebelah kanan 2 function UP-DOWN dan SideSlide, Pedal sebelah Kiri tuk Normal Function terpulang kepada user mo assign kedua-dua pedal tuh.

4) PRE-AMP Mantap!! dari MARSHALL JCM Twin Cabinet sampai ler Ke MESA BOOGIE ngan DIEZEL AMP cukup-cukup tak payah buang duit beli amp mahal-mahal cukup sekadar amp besar range watt dalamm 60-100Watt boleh support siap boleh adjust Output DB (Decibel output)----ada pilihan setting output samada tuk kegunaan amp watt besar atau amp watt rendah so tidak takut speaker kuyakk okeh, siap ada Digital Compressor,Preset ngan Secondary Equalization system ala-ala WINAMP.

5) MIDI PORT , USB PORT Complete.....korang jak pilih mana satu mo pakai pun siap ada output Decibel Controller samada tuk PC Soundcard ayam brand or untuk PC soundcard Super Brand.

6) PATCH CHANGING setakat nie Paling laju didunia tak yakin boleh refer kat www.ZOOM.com dijamin takdak Lagging specially tune for fast picking player (Shredder) tak caya korang boleh cuba tak ketara langsung tuh patch to patch changing dijamin bunyi antara part bridge ngan solo tak putus.

7) Sampling making senang sebab korang purchased benda nie disertakan sekali ngan software CUBASE LIMITED EDITION ORI PUNYAA OKEH tak main pirate-pirate siap boleh register online.

8) Manufacturing Workship memang kebal benda nie outer casing sekali ngan FOOT Switching METAL BUILD tak payah takut patah or pecah, side Cover Solid Radial Rubber.

9) Dan apa yang aku paling suka benda nie......DIA ADA TRANSTUBE Transistor boleh modified bergantung kepada korang kalu blum puas hati dia punya bunyi just pegi kedai elektronik bawak sample original punya TRANSTUBE pegi tukar ngan HIGH PERFOMANCE TRANSTUBE tapi kena setting balik lerr patch korang okeh so kalu ndak mo banyak masalah jangan cuba-cuba tukar 2bijik TRANSTUBE dia okeh kecuali korang memang pernah belajar elektronik, TRANSTUBE nie satu tuk Accelaration dan satu lagi tuh BOOSTING...so hati-hati ler ngan 2 menatang nie boleh hangus amp korang kalu main sebat jak pusing knob dia okeh.

10) STAGE ngan STUDIO USE mantap....kalu tak bergegar studio or stage jangan cakap TRANSTUBE tuh hanya sekadar aksesori bikin lawa-lawa jak.

11) Benda nie boleh Digunakan Sebagai STANDALONE EFFECT atau korang nak sambung ngan Audio Rack Digital Processor pun boleh depends apa jenis efek yang korang nak pakai tapi jangan yang melibatkan HIGH GAIN DISTORTION bab bunyi dia COnflict, benda nie boleh detect sound error kalu salah plug efek yang tak ngam ngan dia okeh.

12) FOOT SWITCHING FUNCTION PEDAL ada 12 kesemuanya termasuk sideslide pedal.

13) Patch dia korang boleh upgrade sendiri or download dari internet tapi sementara nie website dia blum ada latest update tuk patch G9 so bersabar ler okeh...so bagi yang terdelete kah or corrupt system dia semuanya ada di website WWW.ZOOM.COM semua troubleshooting instruction guideline dia ada di website tuh korang boleh refer trus dari situ takyah hantar kedai kecuali lah efek korang hancur tahap koma itu aku pun no komen pandai-pandai sendiri jak lah.


KELEMAHAN : 

1) Benda nie antara digital processor yang paling berat pernah aku guna compare ngan GT8 ringan.........huh saiz dia jak dah 1 setengah saiz GT8 korang bayangkan lah panjang dan berat benda nie, basah juga ketiak korang membawak benda nie.

2) Benda nie takbleh expose ngan moisture sangat bab komponen dalam efek jenis nie cukup sensitif banyak sensor.

3) tiada beg tuk benda nie so pandai-pandai lah korang pi mana-mana tailor minta buatkan beg tuk G9 nie estimate harga aku kurang pasti bab aku sendiri pakai efek nie pun pakai bungkus ngan plastik beg jak :lol: 

4) expression pedal sebelah kanan yang ada sideslide pedal tuh aku tengok macam mudah rosak kalu tak handle ngan hati-hati bab gear control dia plastik jak bukan besi.

5) Setup or Editing sound dia nie boleh tahan jugak rumit dia tidak jauh beza ngan GT8 tuh sebablah tuk benda nie pun aku tak rekomen kepada Beginner or newbies susah pokkkkk aku pun mau 1 tahun pakai benda masih tak khatam abis lagi setup work dia fuhhhh :roll: 

6) setting benda nie jak makan masa yang lama dan yang paling ketara lets say kalu diumah korang pakai amp 60watt 12 inci punya speaker korang tak boleh pakai setting yang sama time korang jamm pakai amp 100watt 12 inci sebab setting dia automatik pandai lari gila babi punya so kepada kaki battle of the band biasanya korang diberi peruntukkan 2-3 minit tuk sound check aku brani gerenti memang tak cukup kalu setakat 2-3 minit nak setting benda nie . So, kalau nak guna benda ni masa battle or gig kena kita siasat apa amp yg digunakan oleh pihak penganjur supaya kita boleh ready ngan settingnya.


7) Rating bunyi METALZONE PATCH dia (khas tuk kaki metal)compare ngan METALZONE BOSS GT8 Range dalam 48% to 50%.....memang takbleh sama btul ngan original BOSS METALZONE tapi korang boleh moderate METALZONE dia supaya setanding ngan BOSS Punya METALZONE dengan external COMPRESSOR bergantung ngan pro tak pro korang main ngan external gadget nie okeh.

8) compare BOSS GT8 ngan ZOOM G9.....G9 Kuat makan KARAN....pasal tuh lah G9 takdak Battery slot tak macam Efek lain...rating tuk Power usage dia tak boleh drop dari 240Vac ke 220Vac sure tak jalan efek nie.....lagi benda nie kalu letrik kat umah korang jenis tak stabil sure boleh blackout lampu umah korang bila operate menatang nie....kes nie pun aku dah alami semasa operate G9....bulih tahan jugak G9 melahap karan umah aku hehehehe, tapi aku ada solution tuk masalah nie untuk kepada sesapa yang letrik umah diorang tak stabil tapi ada niat mo guna ZOOM G9 korang boleh stabil power rating efek nie ngan bantuan UPS or VOLTAGE REGULATOR okeh boleh didapati di kedai-kedai komputer.

Rasanya takat ni saja buat masa ni... harap korang dapat la sedikit idea mengenai multiefek ni. Bagi yang lebih expert dari aku tolong la kasi sikit tunjuk ajar… hehehehehe.. k la nanti kalau ada masa aku review benda lain plak…. Cheers!!!


DINNER AT STAR, KOTA KINABALU SABAH


Tanggal 13/11/08 aku attend dinner Majlis perpisahan ngan bos besar aku sempena persaraan beliau. Kira suasana majlis tu amat sederhana memandang ianya di biayai oleh kami sendiri dan dgn bantuan daripada individu yang bermurah hati dapat sponsor kita org... Aku sempat juga menyanyi pada malam tu.. heheheh nyanyi lagu Jamal Abdillah... Gemuruh jugak aku walaupun kalau dikirakan aku ni biasa jugak buat stage performance. Mungkin ianya disebabkan crowd yg menonton ni berbeza dgn crowd yg biasa melihat semasa aku perform ngan band aku. heheheheh . Makanan malam tu kira best jugak rating aku kasi gred B la memandangkan aku dah bosan makan set yg di pilih malam tu (Chinesse Food Set) sgt selalu aku makan... kira bosan la lidah aku merasanya. Walaubagaimanapun rasa tetap bagus.

(p/s: Gambar yg paling atas tu hanya sekadar hiasan. Ianya tidak kena mengena ngan menu makanan kami malam tu)

Tuesday, November 18, 2008

GAMBAR YANG HENDAK DI KONGSI BERSAMA





SIMPANG MENGAYAU - PUNCAK BORNEO...

Gambar ni aku dpt dari kawan aku yg pinjamkan camera SLRnya.. view di Simpang Mengayau di daerah Kudat, Sabah. cantikkan pemandangannya?

Gambar rumah api untuk panduan para nelayan setempat...



macam? Anda ada plan nak p Simpang Mengayau?

Thursday, November 13, 2008

END OF ROAD TO PENSIANGAN

Burung Tiong ni aku ambil di Pagalongan masa perjalanan balik. Kami singgah sekejap untuk berehat. Untuk korang yg tak tau apa ke bendanya Pagalongan ni.. Pagalongan ni kira di kategorikan sebagai Daerah Kecil di mana pentadbiran Daerah Pensiangan di jalankan di sana. ni dah kira sempadan ngan Sempadan Kalimantan, Indonesia....

Teringat plak aku masa kecik ... masa tinggal di rumah nenek... rumah nenek aku dekat sungai dan masa tu asirnya masih bersih... boleh katakan hari2 aku mandi sungai...



ni gambar kontrol macho selepas muka aku terbakar oleh sinaran uv matahari hehehehehehe

Nilah permandangan di jeti Salong jalan masuk ke Pensiangan...

Dengan perut yang lapar tahap getaran jiwa ni la yang kami makan untuk melegakan perasaan

Wednesday, November 12, 2008

DEDICATION FOR MY LOVE ONE!!!

Aku teringatkan lagu bila aku p en. achan punya blog.. lantas aku teringatkan nak dedicatedkan lagu ni kepada semua org yang aku sayang terutamanya pewarna hidup ku ... Norlizah....

lagu dari kumpulan QUEEN yang berjudul I WAS BORN TO LOVE YOU

I'M SORRY

Caller : Hello, can I speak to Annie Wan? ( anyone)
Operator : Yes, you can speak to me.

Caller: No, I want to speak to Annie Wan!

Operator: You are talking to someone! Who is this?

Caller: I'm Sam Wan (someone) And I need to talk to Annie Wan! It's urgent..

Operator: I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's
this urgent matter about?

Caller: Well... just tell my sister Annie Wan that our brother Noel Wan ( no one ) was
involved in an accident.. Noel Wan got injured and now Noel Wan is being
sent to the hospital. Right now, Avery Wan is on his way to the hospital.

Operator: Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then
the accident isn't an urgent matter! You may find this hilarious but I don't
have time for this!

Caller: You are so rude! Who are you?

Operator: I'm Saw Lee. (sorry)

Caller: Yes! You should be sorry.. Now give me your name!

ROAD TO PENSIANGAN PART 4

Ni lah gambar pemandu bot kami Baju Merah tu JIKO dan yang baju biru tu adik dia... drg mmg org tempatan yang cari makan dgn bawa bot di sepanjang sungai Pagalongan.




4 buah gambar di atas adalah snapshot secara candid kepada orang kampung yang kami terserempak sepanjang perjalanan kami hari tu... Nampak jak aku ready nak ambik gambar mrk automatik terus posing hehehe... Orang - orang kat situ mmg friendly!!! Tengok la gambar tu.. semuanya dilemparkan dengan senyuman.

Tuesday, November 11, 2008

ROAD TO PENSIANGAN PART 3






Hahahah tengok la keadaan sungai yg kami lalui... kami mengalami 3 kali insiden yang hampir menyebabkan perahu kami terbalik. Namun syukurla jurumudi bot kami cun dan faham akan selok belok sungai tersebut... Tapi menjerit juga kami di buatnya...

ROAD TO PENSIANGAN PART 2






ni part kedua Road to Pensiangan.. kena naik bot selama 3 jam baru sampai ke destinasi.. aku lupa bawa topi ngan pakai sun block abis aku kena sun burn... tapi cantik kan view dia.. best tempat ni sejuk suasananya...

ROAD TO TAMBUNAN






Ni aku ambik masa nak balik dari Keningau pigi Kota Kinabalu.. lokasi di Daerah Tambunan,  Sabah.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT