Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Ok di sini aku nak ucapkan selamat tahun baru (1431 Hijrah & 2010 Masihi) kepada semua pembaca / pelawat blog ini. Kepada rakan bloggers yang berbangsa Cina plak aku nak ucapkan advance Gong Xi Fatt Choi (betul ker ejaan aku ni?). Tahun ni korang tak perlulah susah nak bagi aku ang pau pasal sekarang ni aku dah kahwin.. kalau dulu belum kahwin boleh la kot dapat ang pau hahahahahahahaha.. tapi kalau korang nak kasi jugak just click iklan yang tertera kat blog ni... bagi aku itu sudah pun memadai heheheh biar pun hanya dapat 25 - 50 sen tapi aku tak kisah pasal yang penting korang ikhlas hahahahahahaha. Ini aku ada satu cerita....

Selalunya bila tibanya tahun baru, kebanyakkan orang akan buat azam. Buat azam tahun baru demi nak majukan diri kononnya... heheheheheh teringat plak aku pada suatu masa dulu sebelum era millenium 2000 aku tanya kat kazen aku tentang apa azam tahun baru dia... hahaha dengan selamber sambil idupkan rokok Dunhillnya dia menjawab... "Azam Dungun...." isk... tu bukan komposer lagu ker? aku tanya... "yalah", jawabnya ringkas lalu meninggalkan aku terpinga - pinga kebinggungan. Sampai sekarang aku tak tau apa maksudnya hanya aku dapat simpulkan bahawa di berloyar buruk dgn aku....

Masa tu aku pun beriya - iya nak set azam tahun baru.. ahah trendy betul aku ni.. org nak buat azam aku pun nak buat jugak.... nasib baik masa tu aku blum buat blog lagi kalau tak mmg berjela - jela la azam tahun baru aku wakakakakakakakaka. Walaubagaimanapun hahah setiap azam yang aku buat tu mmg tak pernah accomplice hahahah mmg jejaka yang tidak punya komitmen kata sorang member aku kepada aku apabila aku menyatakan rasa kecewa apabila gagal mencapai azam tersebut.... Dgn tu sekali tahun yang sekalian kalinya aku pun buat aku punya ultimate AZAM (pada masa tu la..) azam tahun baru aku pada masa itu ialah "AKU AKAN BERHENTI UNTUK MEMBUAT SEBARANG AZAM" hahaha usahaku itu tidak sia - sia.. hingga kini aku berjaya menunaikan azam tersebut....

K la tahun baru 1431 Hijrah jatuh pada hari ni... Dan Tahun 2010 Masihi ada lebih kurang 13 hari dari sekarang.. Hahahaha oleh kerana banyak perubahan yang telah berlaku terhadap diri aku ni.. maka sekali lagi aku membuat satu langkah drastik iaitu merombak semula azam aku.... So, dgn muktamad aku putuskan bahawa aku aku nak buat AZAM plak utk tahun baru pada kali memandangkan ini adalah tahun baru aku yang pertama sebagai suami orang hahhaha... apa azam aku tu? hahahahah nantikanlah pada entri yang akan datang.... sekian terima kasih....

Wednesday, December 16, 2009

RAKAM ASMARA DENGAN 5 LELAKI

Aku terbaca berita ni kat akhbar berita harian..... huh!!! apakah motif sebenar or motivasi yang drive budak tu utk merakam aksi2 sebegini di dalam telefon bimbitnya? Fetish sungguh...

Aksi remaja 14 tahun terbongkar

KUALA LIPIS: Lakonan 'terlampau' seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.

Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.

Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.


Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Merapoh, dekat sini, semalam.

Katanya, pihaknya akan melakukan penelitian dan memeriksa rakaman itu bagi memastikan kesahihannya.

Berikutan itu, katanya polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan lima lelaki terbabit.
"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.

Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.

Katanya, gadis itu membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak bapanya.


Monday, December 14, 2009

AKHIRNYA INI LA STATUS FACEBOOK AKU UTK HARI INI...

Seperti saranan encik Ijau.... maka dgn itu....

"aku mau bg complete koleksi game final fantasy"

hehehehe jgn marah yer.... 



p/s: semenjak dua menjak ni makin merepek entri aku ni.....
 

Wednesday, December 9, 2009

ENTRI AKU UTK HARI INI....

Sebenarnya banyak yang hendak aku tulis di dalam entri kali ni memandangkan dah lama aku tak buat entri... tapi entri tu dah tersalah post kat inbox FB encik ijau hahahahah so... kalau korang nak tau apa entri aku tu korang tanya la encik ijau

(hahahaha ni adalah salah satu cara untuk melepaskan diri daripada tanggungjawab hahahaha jangan amalkan sikap negatif ini....)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT