Wednesday, September 2, 2015
SETELAH SEKIAN LAMA..
Ya.. setelah sekian lama aku tak buka blog ni... hehehe tiba-tiba aku terasa ingin kembali aktif. The fact is semenjak dua menjak ni aku banyak luangkan masa di alam sebenar hehe with real people. Aku bosan dengan ruang siber yang penuh dengan domba...
Banyak mengisi masa lapang bersama anak yang kini sudah pun berumur 4 tahun.. (perggh cepat benar masa berlalu...), bermain gitar bersama anak jiran sebelah rumah, dan memasak untuk isteri tercinta. Yup memasak, minat ku untuk memasak sejak kebelakangan ni semakin menjadi - jadi. Aku rasakan ianya bagai satu terapi untuk aku... terapi untuk apa? ntah aku pun tak tau.. tapi aku sangat enjoy memasak hehehehehe... by the way setelah sekian lama memegang angka 9 di hadapan sukatan untuk berat badan kini aku berjaya pergi ke angka 7... berusaha utk pergi ke angka 6.. ntah mampu ntah tidak heheheh cheers..... harap ini bukan post pertama dan terakhir utk tahun ni hehehehehe
Thursday, September 6, 2012
Thursday, June 7, 2012
DAH ADA TAB PUN JARANG UPDATE?
Sunday, September 18, 2011
BAKAL PROTEGE KU???
- Dia ni telah menunjukkan minatnya terhadap gitar sejak dia baru pandai berjalan.
- Dia akan rasa gembira bila aku minta dia memetik IRONBIRD ku yang tersayang...
- Masa umurnya 3 tahun minat tu makin menyerlah bila dia request aku nak pegang IRONBIRD aku seperti mana yang sepatutnya tapi malang gitar tu terlalu besar untuknya.
- Dia minta bapanya untuk dibelikan gitar tapi malangnya gitar yang dibeli adalah gitar mainan...
- Namun beberapa bulan yang lalu emaknya belikan sebuah gitar mini murahan (ukelele kot) dan dia sangat gembira lantas gitar mainan ditong sampahkan.
- Tapi ada satu isu yang ditimbulkan setelah mendapat gitar baru... dia takder picktrum / pemetik gitar macam aku lalu sudu dijadikan pemetik sementara.
- Dia ajar aku kalau nak kasi kuat bunyi gitar pusing yang warna putih tu (sambil tangan memusing ke tuner gitar).
- takat ni belum pandai main gitar tapi cara pegang dah ada stail then kalau dia balik kat kampung gitar berdarah aku la menjadi mangsa adjust volumenya heheheheheh (nasib ada locking nut).
- Boleh menyanyi
- Baru - baru ni dia ada teman practice yang sangat garang yang juga jadi part time protege aku heheheheheh (yang part time ni tak payah la reveal sapa...)
- Bakat terpendam yang lain adalah bakat seorang entomologist kerana suka mengumpul serangga dan kumbang dan ini mungkin terpengaruh daripada teman practicenya yang juga seorang cikgu taxonomy.
- errrr taxonomy pasal TAX & ECONOMY ka???
- Adakah brader baju kuning sedang baring tu jugak bakal mengikut jejak langkah protege aku ni???
- Nama band kat atas tu.... FIRST CHILD CLUB
- Sekian Terima Kasih...
Monday, August 1, 2011
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA 2011 M / 1432 H
"ustat, apakah batalkah puasa saya jika saya terjumpa serpihan cili di celah gigi saya semasa saya pergi ke tandas tadi"? kata brader B semasa usrah jabatan sempena bulan ramadhan....
lalu ustat menjawab " tidak batal.. buang saja siasa tersebut... kerana ianya sisa dari makanan semasa makan sahur' "errr tapi cili tu dari mee yang saya makan masa ke tandas tadi????" kata brader B sambil mengaru kepalanya yang tidak gatal...
SELAMAT MENGERJAKAN IBADAH PUASA KEPADA MUSLIMIN DAN MUSLIMAH SEKALIAN KEPADA YANG WARAS TU JANGAN LAH BERPURA - PURA GILA SEMATA - MATA UNTUK PONTENG PUASA...
p/s: bagi yang tak tau plak.. orang gila tu tak di wajibkan berpuasa..... :)
Thursday, November 18, 2010
Tuesday, November 16, 2010
Monday, November 15, 2010
Wednesday, July 7, 2010
AKU HANYA SEKADAR INGIN MEMBANTU
Friday, April 9, 2010
War Against The Troll
Wednesday, December 16, 2009
RAKAM ASMARA DENGAN 5 LELAKI
Aksi remaja 14 tahun terbongkar
KUALA LIPIS: Lakonan 'terlampau' seorang pelajar berusia 14 tahun melakukan hubungan seks dengan lima lelaki terbongkar apabila ahli keluarganya melihat aksinya yang dirakam dalam telefon bimbit miliknya.
Dalam rakaman itu, gadis terbabit yang bersekolah menengah di sini, dilihat melakukan hubungan seks dengan lima lelaki berusia dalam lingkungan 20-an secara bergilir-gilir.
Perbuatannya diketahui ahli keluarganya selepas seorang daripadanya memeriksa fail gambar dalam telefon bimbit gadis berkenaan.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Abdul Razak Hassan, berkata keluarga terbabit sudah membuat laporan polis di Balai Polis Merapoh, dekat sini, semalam.
Katanya, pihaknya akan melakukan penelitian dan memeriksa rakaman itu bagi memastikan kesahihannya.
Berikutan itu, katanya polis menubuhkan pasukan khas untuk mengesan lima lelaki terbabit.
"Polis akan menjalankan siasatan berhubung kejadian itu mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan," katanya.
Beliau berkata, berdasarkan laporan yang diterima, bapa gadis itu dimaklumkan mengenai kejadian itu oleh ahli keluarganya yang kemudian memperlihatkan rakaman aksi berkenaan.
Katanya, gadis itu membuat pengakuan terbabit dalam rakaman itu selepas beberapa kali didesak bapanya.
Thursday, April 30, 2009
TOP TEN SONGS LIST YANG KITA ORANG COVER MASA JAMMING...
Tuesday, April 28, 2009
KEHEBATAN STREAMYX
Kelmarin masa aku buat kerja.. tetiba opis mate aku tanya pasal connection internet (streamyx) aku off ker. Untuk pengetahuan korang aku dipertanggungjawabkan utk jaga hal ehwal it kat opis ni walaupun pengetahuan IT aku hanya cukup format komputer saja... so, sebagai IT man kat opis ni apa masalah IT mesti dorang report kat aku yang mana bidang terjun kekadang ambik masa aku yang sepatut nya aku blogging oppss silap ... sepatutnya aku buat kerja opis... semua drg report kat aku... tikus drg mati la, keyboard drg tiada kekunci huruf "S" la.. kad kredit dia ke fraud la isk macam2 la kekadang lucu pun ada seperti pop up dialog yang keluar nak bagitau "Your Scan Procees Sudah complete la.. tekan ok" tu pun drg panik terus panggil aku apa masalah...
Balik cerita internet a.k.a streamyx tadi, awal pagi kelmarin aku ada ber YM sekejap ngan En. Azman kontraktor a.k.a en Dark_Tern dan beberapa org rakan... masa tu tenet mmg laju gila... belum klik dah loading... (part ni saja aku kasi lebih2 hahaha) pastu aku tak surfing memandangkan aku kena settle sikit keja yang boss aku suruh komplit... rakan aku ni nak hantar email kepada rakan sejabatan di Kota Kinabalu dgn ada attachement kat email tu... Member sorang ni komplain... Internet off tak leh masuk... uiks aku ckp moden + wifi mmg dah on sejak awal pagi... tadi surf laju gila ahhh ding dong. tak terkejar lajunya.. so, utk puaskan hati member aku.. aku terus buka opera (aku surf selalu guna opera) try masuk forum isk tak leh.. try google isk tak dapat... try p website lucah pun isk tak dapat... semua tak dapat...
then aku off modem restart connection isk sama juga... kawan ni dah tanya aku balik2 ok ka mcm la aku ni dukun yang boleh merawat pelbagai penyakit.. lain kata aku ni dianggap sebagai one stop IT solution bagi drg.. takper aku tak kisah.. aku akan tolong mereka setakat aku mampu... aku tau member tu nak antar email urgent. buat punya buat.. macam2 jampi aku guna streamyx tetap tak mau kasi connection.. last2 aku dial 103 nak buat aduan (sebenarnya number aduan adalah 100) saja jer aku nak ckp ngan operator pompuan TM yang jaga phone direktori tu.. talian tu di sambungkan kepada operator pompuan (tapi suara dia mcm makcik la) aku terus ckp aku nak tanya pasal streamyx... dgn sopan santun dia balas.. "encik boleh call Hotline 100 then tekan 1 then tekan number 2.." "Ok, terima kasih" aku jawab ringkas.
Aku dial la talian panas 100 tu harap2 dapat berckp ngan bahagian teknikal support TM. Panggilan di jawab dgn suara operator komputer.. dengan iringan musik dan iklan... aku rasa terhibur dgn musicxk dan iklan yang boring tu. lama juga aku tunggu mcm2 iklan drg sebut masa menunggu tu.. then tetiba ada seorang awek ckp... "minta maaf semua pegawai kami sedang sibuk.. anda akan di layan sebentar la" aku tunggun sambil korek idung... Then awek tu ckp minta maaf lagi.. isk... sibuk benar drg hari ni. then kali ketiga ada sorang awek bercakap ala2 pramugari MAS kasi instruction camner nak pakai jaket keselamatan kalau kapal terbang jatuh terhempas. "Panggilan anda amat penting bagi kami... kami mohon maaf kerana semua pegawai kami sdg sibuk.. sila telepon kembali.. kalau taknak call korang boleh email kita org..." begitula lebih kurang ayatnya ntah aku tak ingat sangat.... isk dah aku call nak buat aduan streamyx tak boleh online.. camner aku nak buat aduan via email... isk drg ni ada otak ker takder.... kesimpulannya TM NET STREAMYX IS SUCK!!!!
Wednesday, March 4, 2009
DEDIKASI LAGU: MALAM by PLAGUE OF HAPPINESS
aku nak dedikasi lagu ni utk ada sorang awek tu... dia selalu juga p blog ni.. ntah la tapi aku pasti dia tau la dia tu sapa heheheh.. ok babe... layan this is for u.... wakakakakaka.
Plague of Happines ni adalah sebuah band ska dari Johor... fuh aku mmg minat ngan band ni. Lebih2 lagi apabila ada plak member aku yang main ngan drg ni tambah la lagi minat aku hehehehe... aku pernah review dah EP KAWAN drg ni... dan aku tengok drg sejak akhir2 ni semakin top la plak... aku ucapkan tahniah pada drg.. keep it up man!!!!
-----
bonus track... dari band Couple: Now That I Can See (kirim salam kat gitaris gitar merah drg tu heheheh)
KEBOSANAN YANG MELAMPAU
Fuh... lama juga aku tak update blog aku ni... hehehe senjak dua menjak ni aku mmg sangat buzy ngan kerja harian aku hinggakan nak menghadap blog ni pun takde masa... kekadang ada juga idea nak menulis tu tapi tak berkesempatan... Hari ni aku agak free sikit berbanding dengan hari2 yang sebelumnya. Tapi malangnya aku takde plak idea nak tulis apa. heheheh tu la post label tu tag as nonsense.
Pagi tadi aku gi meeting ngan satu badan organisasi ni.. ala meeting adalah nak buat program itu dan program ni hehehehe kira aku mcm seorang yang aktif bepersatuan walhal semasa sekolah aku tak la pernah aktif dengan apa2 persatuan kecuali ngan kelab charity a.k.a Kebajikan.
Nak dijadikan cerita untuk hari ini, aku meeting ni pun kira meeting yang kedua susulan daripada meeting yang mula2 untuk mengetahui tahap persediaan untuk sambutan program hujung minggu ni. errr jumlah yang datang meeting ni aku tengok ramai juga berbanding ngan jumlah yang sebelumnya. Termasuklah ngan seorang ni... masa mula2 meeting dia takde datang cuma yang kedua ni ada yuang pertama kali... belum apa2 bermula semasa minit yang sebelumnya diedarkan dia dah start komplen itu ini... tidak ngam sana tidak ngam sini.. isk sapa suruh mesyuarat mula2 tak datang tulah tujuan utama mesyuarat supaya pendapat boleh di kutip... bukannya tidak dijemput... ni tetiba muncul terus komplen sana sini. Bagi aku, aku tak kisah kalau dia nak komplen apa2 asalkan disusuli dgn cadangan pembaikkan.. pendek kata kasila komen yang membina dan bukan mengondem... bangang tul la patutlah ramai org taknak associate ngan malaun ni.
Ok aku taknak komplen byk pasal mamat ni, sebenarnya ini adalah sikap tipikal masyarakat kita... Komplen jak taunya... ala senang jak.. kita tengok jak situasi politik malaysia sekarang ni.. ahli politik bercakaran nak dapatkan hak kuasa masing - masing... dari sebelum pilihanraya... hinga la sekarang tak habis2 nak bercakaran.. bagi aku daripada drg tu bercakaran... lebih baik dorang buat kerja mereka membela nasib rakyat... kan kat pilihanraya dah dinyatakan sapa yang menang.. then nak bua apa lagi.. korang p la balas balik jasa para pengundi kita tu.
Arrrgghhhh malas la nak mengomel tak tentu pasal... nanti org cakap aku tak serupa bikin plak hehheheh cheers!!!