Tuesday, September 29, 2009

SAYA SANGAT TAKUT...


Sebenarnya aku bukan sangat takut tetapi sangat boring...
isk isk isk boring pasal kerja2 yang tak pandai habis hinggakan masa aku untuk update blog pun terpakai... apa nak buat tugas kena siapkan dulu baru
update blog.. nanti kena potong gaji baru tau.... sebagai protes aku layan facebook hahahahahah lantas terjumpa gambar ni kat profile facebook en. Takilala.. korang layan la dulu... aku nak print report dulu.... chow....

p/s: akan datang pada entri yang akan datang kisah sebuah epik yang dinanti - nantikan terutamanya oleh en. Ijau D. Koceng BULAN RAMADHAN & SYAWAL PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG 

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Hari Raya ni aku nak dedicated video / lagu raya kat korang... boleh la korang dgr sambil pekena rendang... satu lagik pesan aku kat korang ialah berhati - hati di jalanraya....

Video Clip ni ada dua.. first tu nyanyian Butterfinger... errr kalau tak suka ngan lagu Butterfinger tu korang boleh la pilih video yang seterusnya....








Yang ni plak D.J Dave.... Errr tak suka D.J Dave? isk...









Ni plak Ahmad Jais.... err tak suka Ahmad Jais? isk









Nah ni plak Tan Sri P. Ramlee.... isk kalau ni pun korang tak suka korang pilih lah clip yang terakhir kat bawah...



kalau itu pun korang tak suka.. korang p cari la sendiri... tak masa aku nak carikan untuk korang.... Apa2 pun Maaf Zahir & Batin....

Wednesday, September 9, 2009

KECEWA TIADA BONUS?

KUALA LUMPUR: Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian bantuan khas kewangan RM500 kepada penjawat awam kumpulan sokongan seperti yang diumumkan hari ini.

"Kami berterima kasih kepada kerajaan atas pemberian itu tetapi kami juga kecewa kerana menjangkakan sebulan bonus kepada semua penjawat awam," kata Setiausaha Agungnya, Ahmad Shah Mohd Zin, ketika dihubungi.



Beliau berharap, kerajaan akan menggantikannya dengan bonus yang lebih tinggi tahun depan.

Kira-kira 860,000 penjawat awam akan menerima bayaran khas kewangan itu yang akan dibuat sebanyak dua kali iaitu RM250 dibayar sebelum Aidilfitri manakala bakinya pada Disember.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mengumumkan pemberian khas itu yang dibuat selepas mengambil kira kebajikan penjawat awam dalam kumpulan itu terutama bagi meringankan beban kos persediaan musim perayaan dan persekolahan akhir tahun ini.

Implikasi kewangan kepada kerajaan bagi bayaran itu adalah sebanyak RM430 juta. - Bernama


Sumber dari BERNAMA....

Huhuhuhu rupanya indah kabar dari rupa heheheheheh tak jadi la aku beraya sakan tahun ni.. kena hold p tahun depan plak...


Tuesday, September 8, 2009

SETAHUN SUDAH BERLALU...

Hari ini, maka genaplah setahun blog ini berada di ruang siber.. aku tak tau sampai bila blog ini akan bertahan... Aku cuma berdoa agar aku masih mampu utk menulis.... yearrrrgggghhh

Friday, September 4, 2009

BULAN RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG... Sambungan...

Bulan Puasa ni adalah bulan peperangan... napa bulan peperangan? Pasal masa ni la umat Islam di seluruh dunia berperang dgn hawa nafsu mereka. Selain daripada baik untuk kesihatan Ibadat Puasa ni juga boleh menyumbang kepada peningkatan ekonomi. Sebagai contohnya kat baazar Ramadhan kita boleh nampak banyak gerai2 yang dibuka dengan menawarkan pelbagai juadah... Bayangkanlah pendapatan yang dapat diraih oleh para peniaga tersebut semasa di bulan ramadhan. Maka tak hairanlah jika ada sesetangah pihak yang sanggup amik cuti tanpa gaji selama sebulan semata - mata untuk berniaga di bulan Ramadhan. Namun kita sebagai pengguna perlu bijak di dalam berbelanja.. Ini adalah satu cabaran bagi umat Islam yang berpuasa di dalam mengekang hawa nafsu di dalam berbelanja di bulan yang mulia ini... Cabaran ni lah yang banyak orang terkantoi (termasuklah aku) kekadang kita tak boleh nak kontrol hehehehehe namun ada baiknya kita saling ingat mengingati antara satu sama yang lain... "So, nanti masa berbuka jangan la kau bantai beli makanan macam masa bersahur semalam... sampai tak habis.. sayang... " aku kasi briefing yang agak ringkas dan padat pada member aku yang nak ikut aku berpuasa.. hehehehehe oh yah lupa nak intro... atas permintaan yang menggalakkan terhadap cerita "BULAN RAMADHAN PERTAMA SEBAGAI SUAMI ORANG..." maka aku sambung la ceritanya....

Pagi tu sebelum pergi ke kelasa member aku tu nampak bersemangat.. hehehehe dengan bangga dia kata kat aku.. dari dia buka mata dia masih belum menjamah hatta sedikit air, makanan mahupun sesedut rokok... ceh... masatu baru jam 9 pagi hehehehehehe... aku hanya wish dia good luck dan pesan jgn curi makan masa kat kolej (memandangkan kitaorang study di lain2 kolej). Masa tu kelas aku dari jam 10.00 pagi till 12.00 tghari... abis kelas aku terus balik rumah pasal byk lagi keja aku nak settle.. al maklum la masa tu aku final year.. thesis sana sini nak kejar dateline... aku sampai rumah tengok pintu terbuka... isk panik gak aku.. ingatkan pencuri dah masuk rumah.. aku bergegas masuk.. tengok kat ruang tamu member aku dah ada fuhh lega.. tengok dia duduk terlentang dengan mata sedikit kuyu... "apasal dgn kau ni.. kau lepas isap ganja ker?" aku tanya dia... dia geleng kepala jer.. "then...?" sambungku dgn ringkas. "aku rasa aku nak mati la bro..." jawab member aku dengan suara yang agak perlahan... "uiks... napa plak" aku sengaja nak soal dia hehehehe "Saya dengar kalau orang mau mati dia akan rasa sangat haus... sekarang saya terasa sgt haus..." jawabnya dengan sedikit pelat cina. "Bro.. boleh minta diskaun sikit tak?" beliau bertanya kat aku sambil memandang dengan gaya2 muka kucing dalam katun Shrek. "isk diskaun apa plak?" aku hairan. "errr diskaun... boleh tak kalau aku minum air jer tak tak makan?" katanya dgn suara yang menggoda... "ceh... ke situ plak... kalau ko tak tahan jgn la paksa, ngko bukannya orang Islam yang diwajibkan untuk berpuasa... tapi ngko kenala ingat misi ngko tu... k la 1st day ni aku kasi ngko minum air la tapi minum tu jgnlah lebih plak...." aku sikit tegas ngan dia hehehe bukan aku nak paksa.. cuma dia yang nekad nak diet kononnya hehehe aku cuma tolong dia merealisasikan impiannya untuk mempunyai tubuh yang langsing...



Belum sempat aku menghabiskan kata dia terus bingkas menuju ke peti sejuk... ceh rupanya dia dah ready dah Coke Botol besar ngan ais batu... cuma tunggu lampu hijau jer hehehehehehe Lepas pekena Coke mukanya kembali ceria senyum manis macam orang baru menang main mahjong.... dgn riang dia terus on Playstation untuk meneruskan misinya kat dalam Devil May Cry.. Aku senyum tengok telatahnya... "mulai esok kalau kau nak minum pun ko minum air kosong jer.. no more Coke.... pasal coke ni banyak gula.. boleh kasi gemuk badan" aku cakap perlahan kat dia... "diet coke boleh ker?" dia tanya aku tanpa memandang ke arahku... ceh eksen tadi bukan main lagi... kata ku dalam hati.... "diet coke pun tak boleh... air kosong jer...." tegasku kepadanya.. walaupun jawapan itu agak menghampakan dirinya namun dia tetap senyum sambil meneguk air cokenya yang padat berisi ngan ais batu sambil main game Devil May Cry...



Aku tinggalkan dia sendiri kat ruang tamu dgn game dan coke sejuknya. aku masuk bilik utk buat thesisku yang asyik kena reject oleh supervisor.. isk tension jugak aku pada masa tu.... Setengah jam lepas tu member aku ketuk pintu bilik aku.. tanpa di suruh dia terus masuk dan duduk kat atas katil aku sambil sambil terkebil - kebil tengok aku menaip thesisku... "Hah apa cerita, sudah abis ka game kau tu?" soalku kepadanya.. "belum lagi la.. stuck..."jawabnya ringkas. "stuck part mana?" soalanku dgn niat membantu... "stuck pasal tak isap rokok la" jawabnya dengan sayu... tergelak besar aku "hahahahahahahah lepas coke rokok... lepas rokok ni apa plak nasi kandar ker?" tanyaku sedikit sinis. "ok la aku tahan la... lagipun rokok aku dah abis aku isap semalam" katanya dgn yakin aku angguk jer walaupun aku tau yang dia ada isap rokok masa kat kolej (aku terhidu bau rokok)... "Nanti malam la baru sambung main game tu..."katanya lagi... Kekadang aku rasa begitu mendesak juga kat kawan aku ni.. tapi dia pun ok jer... dia suka di desak agar dia lebih berdisiplin katanya. Then dia baring kat atas katil aku sambil baca komik. Aku plak meneruskan misi ku untuk menyiapkan thesis aku...



Jam menunjukkan pukul 2.30 petang.. member aku sorang ni dah rimas baring duduk... komik pun dah abis dibaca... "jam berapa kita nak p beli makanan buka puasa?" tanyanya di dalam memecah kesunyian pada petang itu.... hehehehehe ni macam kes semalam ni dalam hati ku dia asik tanya pasal makcik sahul.. sekarang ni plak pasal bazaar ramadhan la plak... "Nanti la petang sikit.... dlm jam 5 ker 6 ker..." jawabku kepadanya... sambil aku menaip aku dgr dia membebel pasal ada satu kawan dia sekelas... kawan dia tu budak dari negeri China.. dia kata asal dia nampak budak tu mesti dia ingat band Cannibal Corpse (dia ni bukan budak metal tapi dapat tau pasal band ni dari koleksi mp3 aku). Aku tanya dia kenapa? dia dressing ngeri ker? dia kata mamat tu jarang mandi... dari jauh bau dia dikesan... ngam la dia dgn mayat... mmg busuk... dia komplen lagi yang macamana awek mamat tu boleh tahan (mengikut member aku awek budak tu cun macam Japan GT punya race queen). Aku terus suruh dia stop... isk bulan puasa bukan saja tak boleh makan dan minum.. malahan mengumpat pun tak boleh.. aku kasitau dia.... "ohhh yakah? errr tapi budak tu mmg betul busuk la..." sambungnya lagi. "udah stop!" kata ku untuk menutup perbualan tersebut... sebenarnya masa tu aku tension pasal memikirkan apa lagi yang nak di tulis kat dalam thesis utk memuaskan hati supervisor aku... (p/s: aku tulis pasal member aku ni aku dah minta kebenaran kat tuan punya badan... so.. entri ini tak dikira sebagai mengumpat...)

Oleh kerana aku macam tak berminat nak berbual dia terus minta diri.. nak tido kejap katanya dan cukup pesan kat aku jgn lupa kasi bangun dia kalau nak p beli juadah berbuka.. ceh dia risau aku kasi tinggal dia hahahahahaha.. aku mengiyakan jer kata dia hehehehehe.. Pukul 4.30 petang aku rest jap kat ruang tamu.. layan tv then member aku kuar dari biliknya.. dia pun baru bangun.... terus duduk sebelah aku ... "So macam? p beli buka puasa?" dia masih tak putus asa... hehehehe oleh kerana aku rasa agak bosan aku pun ok jer la lagipun petang ni aku nak cuci baju sikit heheheheh .. heheheh happy terus riak wajahnya dengan pantas p cuci muka dressing ala kadar then capai kunci kereta....

Dalam perjalan dia dah berkira - kira nak beli ayam percik, air tebu, popia dan mee goreng (itupun setelah aku review balik menu berbuka dia dan beberapa menu terpaksa aku reject atas faktor kalori dan kos). Aku pesan kat dia biar kita nampak banyak makanan yang di jual kat bazaar tu tapi jangan la dituruti nafsu nak beli semua.. puasa ada 30 hari.... so kita boleh listkan apa nak buka hari ni, esok dan lusa... dia mengangguk sambil berterima kasih kerana mengingatkan dia untuk kekal on track diet dan budget dia tu... hehehehehe kita orang spend masa lebih kurang 45 minit kat bazaar abis beli apa yang patut... terus balik rumah...

Sampai rumah aku masukkan minuman aku kat dalam peti sejuk... makan kat atas meja.. then aku terus p bilik tu amik pakaian yang hendak aku cuci... jam dah dekat jam 6 memang byk masa lagi... kuar dari bilik tengok member aku tu dah tuang mee dia kat dalam piring + ayam percik... terus dia kata... "errr esok la aku start puasa... hari ni test power dulu.. heheheh tak tahan la lapar sangat dah ni..". sambil menyuap mee ke dalam mulutnya. Aku tak mampu nak menghalang...... petang tu aku berbuka sendiri lagi... huhuhuhuhuhu member aku tu dah terkorban dlm perjuangannya utk berpuasa pada pukul 5.50 petang....


p/s:
1. member aku tu hanya dapat puasa penuh setelah 3 kali percubaan....
2. masih keluar tajuk ker entri aku ni? heheheh kalau ada sambutan next entri la aku cerita pasal aku heheheheheheh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT