Friday, October 31, 2008

AKU PERGI LAGI...

Aduh... hari ini aku kena out station lagi... kira Keningau Trip Part 2 la ni... Akan tetapi perjalanan kali ini semestinya lebih lama dan mencabar. Itu yang dapat aku pastikan daripada sumber yang boleh di percayai...

Walaubagaimanapun kali ni, aku takder kamera nak tangkap gambar... maksud aku kamera DSLR yg dipinjam daripada rakan (aku sudah kasi balik kamera tu...) huhuhuhu harap2 camera handphone aku boleh guna pada masa tu. at least pemandangan yang bakal aku tengok nanti boleh aku share ngan korang di sini... Doakan supaya perjalanan aku selamat k... jumpa lagi di post yang akan datang 

Wednesday, October 29, 2008

AKHIRNYA DAPATLAH JUGA RM 0.25...

Hahahahah hari ni aku check akaun nuffnang kami (team bionic) ada duit dah sebanyak 25 sen hehehehehe walaupun tak banyak tapi itu adalah usaha aku dan partner in crime aku scanteen .... so, apa yang aku boleh cakap buat masa ni ialah yabadabadu!!!!

HAPPY BIRTHDAY TO ME...?


Masa out station hari tu, kebetulan aku sambut birthday tup tap kena kasi suprise birthday party (its not really real party) oleh team mate aku.. terharu juga la tak pernah aku kena suprise party gini.. thanx utk sesapa yg terlibat namun aku sedih juga pasal tunang aku yg tersayang tak dapat sambut bersama aku tau sampai sekarang ni pun mesti dia rasa kecik hati walaupun masa aku balik dia dah keluarkan senyumannya... utk Liza.. thanx for ur present... sayang awak... auuuwww....

Pada malam tu, kek besday aku di belasah tanpa belas kasihan... ni la yg berlaku selepas ritual melahap kek....

Tuesday, October 28, 2008

CROCKER RANGE PARK


Masa outstation hari tu sempat jugak la curi2 pi melawat ke tempat menarik.. walaupun kejap pasal hari nak hujan.. memandangkan kamera DSLR Olympus pinjam masih kat tangan aku heheheh apa lagi berabis la aku ambil gambar.. mana tau lepas balik kat bilik baru aku perasan aku asyik amik gambar org sampai gambar aku hampir takde di rakam.. (gara2 excited pakai DSLR).

Plan nak pigi juga ke Pusat Peranginan batu Punggul tapi jarak dan masa tak mengizinkan so, ambik gambar sign board dia saja la.... kat bawah ni ada gambar  pekan Keningau yg aku ambil dari atas bukit errmm ntah lupa plak aku nama tempat dia... hehehehehehe


ok? thanx kerana sudi jenguk blog ni... jgn la segan2 dtg lah lagi.. cheers

AKU KEMBALI!!!

Hahahahaha akhirnya aku kembali... penat jugak perjalanan aku baru2 ni... walaubagaimanapun ianya satu pengalaman yang baik dan dapat berjumpa dengan rakan sekerja yang hebat... thanx a lot to all my team mates (aku taknak mention sapa nama dorang heheheh). Perjalanan bermula kat bulatan Kimanis (ni actually tempat aku hehehe) untuk sampai ke daerah Keningau.

Daerah Keningau? Huh!!! Dah lama aku tak pergi ke Keningau ni.. utk sesapa yang tak tau keningau tu kat mana... hahahaha ni adalah  salah satu kawasan daerah yang terletak di pendalaman sabah. Tujuan aku ke sana adalah untuk ke daerah Sook dan Nabawan (gabungan dua daerah ni sama luasnya ngan negeri Kedah)


Hari pertama kami tiba berehat dan check in kat hotel... penat jugak walaupun perut kenyang hehehehehe... Thanx to big boss kerana asyik belanja kitaorg makan. Gambar kat atas ni adalah gambar pekan Dearah Kecil Sook.. ni adalah antara lot kedai barunya.. lengang kan? tapi menurut penduduk di sini pekan ni akan crowded bila hari minggu a.k.a ahad di mana pasar tamu or pasar tani diadakan di pekan tersebut. Masa tu la para penduduk tempatan membawa keluar dan menjual hasil tani mereka dan produk hutan.


Yang ni plak Pekan Nabawan, agak meriah sikit jika di bandingkan dengan pekan Sook.. mungkin kebetulan hari kami datang ni adalah hari pasar Tamu diadakan... Suasana agak sibuk pada masa tu.... Manakala dua gambar di bawah ni di ambil di sekitar kampung Lintuhun Baru, Nabawan.. Cantikkan view dia? 


hehehehe aku akan post lagi sambungan perjalanan ni dengan gambar2 yg aku ambil dengan kamera pinjam...

p/s: thanx utk Dayang kerana kasi aku pakai kamera DSLR Olympus E500 dgn lens 45mm

Thursday, October 23, 2008

AKU PENAT!!!

Aduh.. minggu ni aku benar2 penat... p out station, jadi pemain import, kantoi praktis ngan band..(mungkin aku akan di gugurkan dari senarai pemain)... aku tak leh commit dlm my band buat masa ni atas sebab jadual kerja aku yg terlampau ketat... adei buat masa ni aku tengah tunggu arahan utk di hantar ke sempadan Kalimantan.... apa aku buat di sana? huh.. biarlah rahsia... nanti aku ada peluang amb ik gambar.. aku akan upload d sini... mayb aku akan lama tak muncul di dunia siber ni.. maklum la kawasan tu.. jangankan internet.. elektrik pun tarak...

Monday, October 13, 2008

MY CHEMICAL ROMANCE ADA VOCALIST BARU?

Hahahahaha apa jadi kalau mamat ni join MCR? Comfirm meletup band tu terus hehehehehehe ... rasa2nye dia ni boleh nyanyi ka?
ala bro jgn la emo.. heheheh gurau jak.. pasal dua tiga menjak ni macam gua stress la semua perkara cam serius jak so, kasilah post ni supaya ceria sikit... hehehehe maaf zahir dan batin.. thanx for visiting!!!!

BETULKAH ADA BATMAN DI SINGAPURA?


Aku dapat gamabar ni dari forum MetalTerus , terkejut jugak la aku apabila ternampak photo ni? betul ker? ada sesapa yang kenal mamat ni sila kontek aku k... cayalah!!!!

Saturday, October 11, 2008

GAMBAR PENCABUL YANG DIKEHENDAKI POLIS

Gambar di atas adalah gambar seorang pencabul yang sedang di buru oleh pihak polis negeri Sabah. Si penyumbaleweng ini melakukan kegiatan di sekitar Daerah Sandakan, Sabah, East Malaysia, North Borneo. So, kepada semua rakan - rakan yang melawat dan membaca post ini sila hati - hati yek... nanti tak pasal - pasal kena cabul aaaaauuuuwwwwww.... Sila sebarkan mesej ini kepada rakan taulan anda... binatang macam ni tak boleh di biarkan terlepas. Kepada sesepa yang ternampak orang ni sila kejar dan pukul hingga mati ataupun kalau tak berani nak pukul silalah report ke balai polis yang berdekatan... paling senang call 089-212222 or 089-211222.


p/s: pencabul ni menyamar sebagai pemandu teksi sapu.....
Utk pembacaan yang lebih lanjut si klik kat SINI

Friday, October 10, 2008

SELAMAT HARI JUMAAT....


SELAMAT MENYAMBUT HARI JUMAAT... CHEERS!!!

AKTA HUBUNGAN KAUM

Hubungan kaum tidak pernah menjadi isu di Sabah dan Sarawak 
23rd September, 2008 

KUALA LUMPUR: Apabila seorang menteri Kabinet Sarawak berkata bahawa negeri itu tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubung hubungan kaum, rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung mungkin berpendapat bahawa menteri itu hanya bergurau.

Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan juga Sabah, sama ada pernah bekerja dan tinggal di sana untuk tempoh tertentu boleh menjamin bahawa Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memberi penilaian yang jujur mengenai hubungan kaum di kedua-dua negeri itu.

“Ini kerana wujud sikap tolak ansur antara kaum di kalangan penduduk sejak sekian lama.

“Selain orang Melayu, Cina dan India, Sara-wak mempunyai 33 kumpulan etnik dan mereka telah tinggal bersama dalam suasana aman malah sebelum merdeka. Saya berpendapat tidak ada gunanya mempunyai undang-undang sedemikian dan kita tidak memerlukannya,” kata Awang Tengah pada Jumaat... Klik di sini----->NEW SABAH TIMES untuk meneruskan pembacaan.

-------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan di dalam berita ini adalah benar.. tidak perlu ada akta hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Keadaan di Sabah & Sarawak adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.... Hubungan antara kaum, bangsa, dan agama sangatlah baik tanpa sebarang sikap prejudis. Perbandingan ini aku katakan atas dasar pengalaman aku tinggal di semananjung (walaupun tak lama) yang mana telah memperlihatkan situasi di sana adalah tidak sama dengan apa yang berlaku di Sabah & Sarawak.

Aku tak tau sangat mengenai keadaan yang berlaku di negeri Sarawak namun menurut daripada rakan - rakan dari sana cara hidup dan pergaulannya tidak banyak berbeza. Di Sabah terdapat pelbagai etnik bangsa dan kaum di mana ianya boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, Cina, India, dan Lain - lain. Setiap kategori yang aku sebutkan tadi ingin aku beritahu bahawa terdapat pelbagai bangsa dan kaum  telah tersenarai di dalamnya. Sebagai contoh, di mana saya hanya menyatakan beberapa suku kaum bagi setiap kategori iaitu seperti yang berikut:

  • Bumiputera Islam - Melayu, Brunei, Kedayan, Bajau, Bisaya, dan Dusun (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  • Bumiputera Bukan Islam - Kadazan, Murut, & Sino Kadazan (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  •    Cina & India - ni tak perlulah aku terangkan
  • Lain - lain - bangsa yang tersenarai di dalam kategori ini selalu terdiri daripada bangsa & suku kaum yang bilangannya agak kecil di sesebuah kawasan. Sebenarnya bahagian ni aku tak berapa pasti bagaimana nak menerangkan. Selalunya ia terdiri daripada campuran dari 2 atau lebih suku kaum dan bangsa. ntah la.. so sesapa yang dapat explain please do it so...

Walaubagaimanapun, masyarakat di Sabah dapat bergaul antara satu sama lain tanpa banyak karenah biarpun berlainan agama & bangsa apatah lagi fahaman politik masing - masing.  Namun tidak dapat aku nafikan bahawa golongan yang pilih bulu masih ada wujud di Sabah. Pilih bulu di sini dirujuk sebagai golongan yang sensitif dalam pergaulan dari sudut bangsa, agama & fahaman politik akan tetapi bilangannya tidak banyak.

Bagi pendapat peribadi aku, hubungan antara kaum kita yang harmoni ini telah dipolitikkan oleh pihak - pihak yang tertentu. Sebenarnya sebelum ini, aku rasa di Semenanjung Malaysia juga tiada pernah ada kes serius yang melibatkan hubungan kaum... mungkin rakyat Malaysia telah mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei. Cuma ada beberapa pihak yang sanggup mengadaikan keamanan dan kesejahteraan ini atas sebab kepentingan peribadi yang ingin dicapai. Bagi aku, golongan ini adalah PETUALANG!!! Petualang durjana yang maha ZALIM dan di laknat!!! Pada aku, golongan ini bukannya tempat di dunia ini akan tetapi patut berada di sudut NERAKA JAHANAM yang paling hina. Pesanan aku kepada mereka pigi mampuslah!!! Aku teringin nak berak di atas kubur mereka... (ada sesapa nak join?).

Aduh... teremosi sudah aku... apa - apa hal, aku ingin menyeru kepada anda semua yang membaca post ini supaya sama - sama kita membenteras atau menyangkal sebarang propaganda yang boleh menjurus kepada ketegangan dan pepecahan kaum. Tidakkah anda ingin tinggal di sebuah tempat yang aman dan harmoni tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi? errmmm tepuk dada tanya selera... (btw aku lapar la..). Sekianlah dulu takat ni.. nanti kalau ada idea aku akan tulis lagi... Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan di dalam penulisan ini. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datanglah Lagi... Cheers....

Wednesday, October 8, 2008

BERHALA DSAI?


28 September 08, Ahad - Program perasmian poster gergasi Dato' Seri Anwar Ibrahim

Batu caves 28sept: satu poster gergasi pertama dimalaysia telah berjaya dirasmikan dengan jayanya oleh Y.B Amiruddin saari (ADUN batu caves), Y.B manikavasagam (MP KAPAR), Y.B Sivarasah (MP SUBANG) dan Y.B William Leong (M.P SELAYANG)selaku tetamu kehormat majlis ini.

poster gergasi yang setinggi hampir 40 kaki itu menelan kos perbelanjaan hampir RM 5000.00 dengan Bantuan para aktivis dan reformis serta penduduk dun batu caves yang mahukan semangat Y.B Datuk Seri Anwar Ibrahim akan untuk membina malaysia baru akan terus berkekalan dan ianya juga merupakan simbol sebagai tanda sokongan padu masyarakat pelbagai kaum di dun batu caves ini. Skuad dun batu caves juga merupakan penganjur bersama program ini amat berbesar hati dengan kehadiran dan sokongan diluar jangkaan dari pada pendokong dan pencinta reformasi khasnya warga dun batu caves...


dipetik dari: http://skuaddunbatucaves.blogspot.com/2008/09/sejarah-tercipta-ref-malaysiakini.html

Sebenarnya pembinaan lukisan ni telah menimbulkan satu pertikaian di mana ada beberapa pihak yang mendakwa lukisan ni ada patung berhala... tidak kurang dgn yg membela bahawa itu bukanlah patung tetapi just lukisan...

bagi aku ianya just a big drawing... cantik pandai org tu lukis... cuma bagi aku relevan ka lukisan tu? for me yes... napa ? pasal kan drg tu peminat fanatik DSAI so, apa lagi tak cukup poster then up lagi ngan giant poster, tak cukup giant poster up lagi pi super huge giant poster ala2 billboard.. dah minat nak kata apa kan?

kalau cam aku, aku ni mmg minat berabis ngan Band The Misfits... rasa2nya para peminat DSAI kasi tak aku bina Poster Besar replika JERRY ONLY kat sebelah replika DSAI untuk memperingati semangat Jerry Only di dalam memperjuangkan music beliau.... best kan? pasti orang - orang kat Batu Caves happy coz replika pujaan dorang ada teman heheheheh taklah sunyi Replika si Jerry Only ni hahahahahahahahah asal jgn dia sondol bontot si Jerry Only sudah.. nanti luka plak burung replika si DSAI akibat terkena spike si Jerry Only....

Walaubagaimanapun, aku tak la terpikir nak benda tu... pasal kekadang dari gambar tu jak org boleh taksub apatah lagi ngan skala yg besar taknak la aku... nanti masuk neraka aku hahahahah dah la sembahyang selalu kantoi ... daripada kasi tambah dosa baik aku mencuba utk mengurangkannya supaya berat la lagi timbangan yg belah kanan. Dan jika aku ada duit RM5000 dan dikehendaki supaya aku membuat poster besar cam replika aku akan publishkan dua poster seperti di bawah ni.... Aku sangat berharap ia akan dapat membantu kepada pihak yang berkenaan....

Tuesday, October 7, 2008

KAMI - THE MOVIE


Teenage movie “KAMI” follows a group of five friends as they squeeze in as much fun and reckless abandonment on their road to self-discovery before entering a new stage in their lives – higher education.

Lynn is a form five student who juggles her studies while helping her mother at their food stall and hangs out with Ali,AbuSofie, and Adii. Although they have made her part of their circle, Lynn is holding back a dark past from her buddies. Unknown to them Lynn and her mother had moved from their small town home to start afresh in the city away from a persistent small-time drug dealer, Boy, whom Lynn used to run errands for to gain extra pocket money.

To complicate matters, Lynn writes under the pseudonym Teka Teki for her own, well known fanzine called KAMI and has recently contributed a scathing write-up on Ali’s band in a local music magazine.

As she struggles to keep her secrets under wraps, Lynn soon learns that they are all hiding something from each other.


MORE STORY? KLIK-----> KAMI


------------------------------------------------------

Aku dah tengok cerita ni.. but terus terang aku kata.. korang kena tengok series dia dulu baru boleh faham cerita movie ni!!! Secara peribadi... oleh kerana aku telah mengikuti siri citer KAMI ni.. aku berpendapat movie lebih baik dari tv series dia!!! Walaupun ada beberapa plot dia yg kita boleh teka (kita standard citer filem melayu) but i think pembuat cerita dan pengarah movie berjaya membuat aku stay kat dalam panggung sampai abis cerita!!! Kenapa aku tengok sampai abis cerita? Hahahaha itu korang kena find out sendiri kat panggung!!! Untuk pengetahuan korang aku sgt cerewet di dalam menilai sesebuah kualiti sesuatu wayang gambar... Walaupun KAMI -The Movie belum mencapai ke tahap yang terbaik tapi aku rasa ia telah berjaya membawa satu kelainan di dalam industri filem kita (Malaysia). Usaha penerbit filem ini seharusnya dicontohi oleh penerbit filem yang lain dari sudut keunikkan dan kreativiti... aku ni sebenarnya bukanlah sesiapa di dalam industri filem ni.. it's just my personal opinion... maybe aku salah atau bias.. lantak la korang... aku cuma nak express apa yang aku rasa.. korang tak suka? korang boleh blah!!! Apa2 pun.. aku kasi dorng 2.5 / 5 bintang!!!


Wednesday, October 1, 2008

Salam Aidilfitri...

Pagi syawal ni aku nak mengambil kesempatan utk mengucapkan Selamat Hari Raya & Maaf Zahir Batin Kepada semua rakan2 blog dan juga anda yang mengunjungi blog ini...

Sekiranya ada yg tersinggung dgn post2 aku or comment aku harap korang dapat maafkan... Cheers semoga menerima di keberkatan di hari lebaran ni...

p/s: maaf zahir batin ini tidak termasuk utk post aku yg berkenaan ngan Teresa Kok!!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT