Showing posts with label SEASON GREETINGS. Show all posts
Showing posts with label SEASON GREETINGS. Show all posts

Sunday, January 1, 2017

SELAMAT TAHUN 2017

Walaupun blog ni ada penunggu gara2 lama tak di update.. Namun aku tak nak lepaskan peluang utk mengucapkan Selamat Tahun Baru kepada korang semua. Harap tahun 2017 , rezeki anda semua melimpah ruah serta mempunyai kehidup yg lebih sejahtera dan di rahmati tuhan. sekian terima kasih.

Tuesday, October 25, 2011

HAPPY BIRTHDAY TO ME....



YUP ARI NI AKU HARIJADI...


TERIMA KASIH KEPADA SEMUA RAKAN2, CIKI2, DAN BLOODBROTHER & SISTER YANG MENGUCAPKAN/ANTAR SMS, KOMEN & MSG VIA FACEBOOK HEPI BESDAY KEPADA AKU.... TAK SANGKA BYK UCAPAN YANG AKU TERIMA TAHUN NI... KORANG TAK PAYAHLAH SUSAH2 NAK KASI AKU HADIAH MAKLUM LA SEKARANG NI EKONOMI KITA PUN BUKANNYA BAIK SANGAT. CUKUP LA SEKADAR DOA KORANG SETULUS ATI.... WALAUBAGAIMANAPUN AKU MENGALU - ALUKAN SUMBANGAN IKHLAS DARI KORANG UNTUK MENGISI TABUNG DANA GITAR BARU AKU SUPAYA BESDAY TAHUN LEBIH MERIAH DARIPADA SEBELUMNYA... TABUNG AKU TU MASIH SHORT RM6999.00.. MARILAH KITA SAMA2 MENCUKUPKAN DANA TERSEBUT HEHEHEHEHEHEHE THANX!!!!!

 P/S: tahun ni agak spesel besday aku pasal ada orang baru yang memeriahkan suasana.... dan tolong jangan tanya gitar apa yang aku mau beli......

Friday, August 26, 2011

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI 2011


Tuesday, June 22, 2010

BENCI EMAK? HATE MOTHER??

Sebenar aku terbaca kat blog X-tin tentang perkara ni.. apa2 pun korang cuba baca tulisan kat gambar di bawah tu.. kalau tak jelas sila klik gambar utk lebih besar...

Sempena Hari Bapa ni aku nak ckp pasal emak plak... kekekekeke bukan apa tak kira la hari bapa ker hari emak ker hari raya ker... pokoknya hari - hari kita kena sayangkan kepada keluarga kita. Hormatilah kedua ibu bapa kita supaya mendapat berkat di dunia dan akhirat.. errr tapi ada ibu - bapa yang buang/dera anak tu apa citer yer??? isk macam - macam ragam la kat dunia ni... mungkin pasal dah dekat nak kiamat kot...

p/s: photo tu aku cilok dari blog x-tin

Tuesday, June 8, 2010

BELATED 1ST ANIVERSERY (29/05/2009 - 29/05/2010)

Pergghh sedar tak sedar dah setahun dah aku jadi laki orang kekekekekekekekekeke ... rasa nak jual cendera kenangan plak sempena ulang tahun ni kekekekekekek


ni video time aku akad nikah kekekek 1 kick wooo tapi nervous tuhan saja yang tau...
 
time nak nikah time tu jugak tetiba ada budak nangis la ... hampirtak dgr suara aku sahut akad imam tu kekekek dugaan... nasib la syukur kepada ilahi kerana semuanya berjalan lancar... utk en. IJAU selamat kahwin ntah bila harap2 jgn kasi lama hehehehehe

Tuesday, May 25, 2010

HAPPY HARVEST FESTIVAL – KOTOBIAN TADAU TAGAZO DO KAAMATAN

Tema sambutan Pesta Kaamatan Tahun 2010 adalah "Pogisuwaian Koubasanan Poimpowon Piunungan" ataupun kalau kat dalam bahasa Malaysia " Kepelbagaian Kebudayaan Teras keharmonian". Dikesempatan ini aku ingin mengucapkan Kotobian Tadau Tagazo Do Kaamatan kepada kawan yang berbangsa Kadazan, Dusun, & Murut yang menyambut perayaan ini. Bagi rakan2 yang bukan beragama Islam tu kalau minum tapai tu jangan la sampai overdose nanti tak dapat balik rumah kekekekekekeke dan kalau dah pening - pening tu jgn la memandu kereta.... Ingatlah orang yang tersayang.... Bagi member yang tak tau pasal perayaan ni.. Pesta Kaamatan ni adalah pesta tahunan yang di sebut setiap hujung bulan Mei iaitu 30 & 31 Mei untuk lebih lanjut korang boleh klik kat sini. photo credit to elvin chin

p/s: tak lupa juga untuk kawan2 kat sarawak.. selamat hari gawai heheheheheheheh

Friday, December 18, 2009

SELAMAT TAHUN BARU

Ok di sini aku nak ucapkan selamat tahun baru (1431 Hijrah & 2010 Masihi) kepada semua pembaca / pelawat blog ini. Kepada rakan bloggers yang berbangsa Cina plak aku nak ucapkan advance Gong Xi Fatt Choi (betul ker ejaan aku ni?). Tahun ni korang tak perlulah susah nak bagi aku ang pau pasal sekarang ni aku dah kahwin.. kalau dulu belum kahwin boleh la kot dapat ang pau hahahahahahahaha.. tapi kalau korang nak kasi jugak just click iklan yang tertera kat blog ni... bagi aku itu sudah pun memadai heheheh biar pun hanya dapat 25 - 50 sen tapi aku tak kisah pasal yang penting korang ikhlas hahahahahahaha. Ini aku ada satu cerita....

Selalunya bila tibanya tahun baru, kebanyakkan orang akan buat azam. Buat azam tahun baru demi nak majukan diri kononnya... heheheheheh teringat plak aku pada suatu masa dulu sebelum era millenium 2000 aku tanya kat kazen aku tentang apa azam tahun baru dia... hahaha dengan selamber sambil idupkan rokok Dunhillnya dia menjawab... "Azam Dungun...." isk... tu bukan komposer lagu ker? aku tanya... "yalah", jawabnya ringkas lalu meninggalkan aku terpinga - pinga kebinggungan. Sampai sekarang aku tak tau apa maksudnya hanya aku dapat simpulkan bahawa di berloyar buruk dgn aku....

Masa tu aku pun beriya - iya nak set azam tahun baru.. ahah trendy betul aku ni.. org nak buat azam aku pun nak buat jugak.... nasib baik masa tu aku blum buat blog lagi kalau tak mmg berjela - jela la azam tahun baru aku wakakakakakakakaka. Walaubagaimanapun hahah setiap azam yang aku buat tu mmg tak pernah accomplice hahahah mmg jejaka yang tidak punya komitmen kata sorang member aku kepada aku apabila aku menyatakan rasa kecewa apabila gagal mencapai azam tersebut.... Dgn tu sekali tahun yang sekalian kalinya aku pun buat aku punya ultimate AZAM (pada masa tu la..) azam tahun baru aku pada masa itu ialah "AKU AKAN BERHENTI UNTUK MEMBUAT SEBARANG AZAM" hahaha usahaku itu tidak sia - sia.. hingga kini aku berjaya menunaikan azam tersebut....

K la tahun baru 1431 Hijrah jatuh pada hari ni... Dan Tahun 2010 Masihi ada lebih kurang 13 hari dari sekarang.. Hahahaha oleh kerana banyak perubahan yang telah berlaku terhadap diri aku ni.. maka sekali lagi aku membuat satu langkah drastik iaitu merombak semula azam aku.... So, dgn muktamad aku putuskan bahawa aku aku nak buat AZAM plak utk tahun baru pada kali memandangkan ini adalah tahun baru aku yang pertama sebagai suami orang hahhaha... apa azam aku tu? hahahahah nantikanlah pada entri yang akan datang.... sekian terima kasih....

Sunday, September 20, 2009

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

Sempena Hari Raya ni aku nak dedicated video / lagu raya kat korang... boleh la korang dgr sambil pekena rendang... satu lagik pesan aku kat korang ialah berhati - hati di jalanraya....

Video Clip ni ada dua.. first tu nyanyian Butterfinger... errr kalau tak suka ngan lagu Butterfinger tu korang boleh la pilih video yang seterusnya....








Yang ni plak D.J Dave.... Errr tak suka D.J Dave? isk...









Ni plak Ahmad Jais.... err tak suka Ahmad Jais? isk









Nah ni plak Tan Sri P. Ramlee.... isk kalau ni pun korang tak suka korang pilih lah clip yang terakhir kat bawah...



kalau itu pun korang tak suka.. korang p cari la sendiri... tak masa aku nak carikan untuk korang.... Apa2 pun Maaf Zahir & Batin....

Saturday, August 22, 2009

SELAMAT BERPUASA: HUH! LAMA JUGAK AKU TAK UPDATE BLOG

Selamat berpuasa kepada semua rakan2... lama juga aku tak update blog ni.. isk... jadual kerja / deskripsi kerja aku telah mengalami rombakkan yang amat drastik... mungkin bos aku tau yang aku banyak masa free sampai boleh update blog hari2 isk isk... heheheh mungkin dia happy kot kerana blog aku aku tak di update heheheh cheers... byk cerita aku nak share ngan korang cuma aku susah nak cari masa utk menulis hehehehehe

 
Mi Scusi on Facebook

Monday, August 3, 2009

PUSING - PUSING MACAM GASING DI PESTA GATA SIPITANG 2009

Kalau Hari tu aku tulis pasal aku makan Ulat Kat Pesta Rumbia di kuala Penyu kali ni plak aku nak cerita pasal aku pusing - pusing macam gasing di Pesta Gata Sipitang. Hahahaha bagi member2 yang tak tau apa itu Pesta Gata.. meh aku bagitau sikit pasal pesta ni... info ni sebenarnya aku copy paste dari laman web rasmi Pesta Gata Sipitang...

...GATA SIPITANG adalah singkatan nama bagi Gasing dan Tamu Besar Sipitang. Festival ini diadakan 2 tahun sekali. GATA SIPITANG kali pertama diadakan pada 25-27 Julai 2003 yang disempurnakan oleh Y.A.B. Datuk Musa Hj. Aman Ketua Menteri Sabah. Festival ini menarik hampir 20 ribu pengunjung datang ke Daerah Sipitang...



Amacam? Korang dah dapat bayangkan? Pesta Dwi Tahunan kali ni di katakan amat meriah dan lebih grand jika di bandingkan dengan Pesta GATA yang sebelumnya... Pesta GATA Sipitang 2009 ni adalah Pesta GATA yang pertama kali aku hadiri. Huhu Bayangkan 3 hari pesta memang meriah disamping dengan pelbagai gerai yang menjual Makanan (ni yang paling best aku rasa) dan juga barangan yang lain...

Pesta GATA ni diadakan selama 3 hari yang mana bermula pada 31/07/2009 (Jumaat) hingga 02/08/2009. Aku hanya dapat mengikuti sambutan pada hari pertama (31/07/2009) dan sambutam pada hari penutupan iaitu (02/08/2009). Jadual aku yang padat menghadkan masa aku ngan Pesta GATA... Oleh itu aku nak citerkan korang dengan cerita bergambar mengikut kronologi sambutan Pesta GATA Sipitang 2009 yang telah aku hadiri walaupun tak secara menyeluruh....


HARI PERTAMA (PERASMIAN PEMBUKAAN)


Hari pertama aku tiba di lokasi agak awal yang mana jam masih menunjukkan jam 8.30 pagi.. niat aku datang awal nak tengok upacara perasmian pembukaan Pesta Gata Sipitang 2009. Walaubagaimanapun sampai jer kat lokasi aku pi cari kedai mamak utk pekena Mee Goreng Berkolestrol tinggi yang lazat sebagai santapan sarapan pagi aku... Mee Goreng punya pasal aku miss upacara perasmian yang disempurnakan oleh ahli Parlimen Sipitang datuk Sapawi bin Haji Ahmad dengan di iringi oleh Y.B Kamarlin Bin Haji Ombi (ADUN N.27 Lumadan) dan Y.B Haji Ahmad Bujang (ADUN N.28 Sindumin).

Nasib la mee goreng tu rasa berbaloi utk termiss upacara ni hahahahahaha aku tiba di lokasi perasmian masa tu ketiga - tiga wakil rakyat ni dah pun ada kat dalam gelangang gasing... Heheheh drg nak cuba bakat bermain gasing.. heheheheh masa ni aku tak sangka yang Y.B Haji Ahmad Bujang sangat handal bermain permain gasing.. heheh menurut beliau.. permainan gasing ni adalah permainan kegemaran beliau semasa zaman kanak - kanak beliau.




Walaupun ada sedikit keliahatan kekok, namun Y.B Datuk Sapawi Haji Ahmad dan Y.B Kamarlin tidak ketinggalan di dalam menunjuk bakat terpendam mereka di dalam permainan gasing ini. Orang ramai agak teruja apabila ketiga - tiga wakil rakyat ni berada di dalam gelangang gasing. Selain daripada pentunjuk bermain gasing dari ketiga wakil rakyat. petunjukkan bermain gasing oleh seorang adik kita yang berumur 3 tahun... wah.. kagum juga aku tengok budak tu... bukan apa kalau nak di kirakan budak2 zaman sekarang manalah tau nak main gasing... jangankan gasing main bola pun tak banyak.. abis2 pun main Winning Eleven jer kat Playstation....




Untuk pengetahuan korang pesta gasing ni di sertai oleh peserta dari negeri Sarawak, Wilayah Persekutuan Labuan Negara Brunei Darussalam, dan Negara Singapura. Ini adalah tujuan utama aku pergi ke Pesta GATA!!! Seumur hidup aku sebenarnya aku tak pernah tengok secara live orang main gasing... lebih2 lagi acara ni dipertandingkan dengan membuka penyertaan dari negara luar. Hehehehe


Masa tengok pertandingan main gasing ni aku mmg tak tau apa2 pasal undang - undang dan terminologi yang diguna pakai di dalam permainan gasing ni. Aku tau ada dua kategori.. satu main pukul dan satu main sapa paling lama pusing... bentuk gasing ada berbeza bergantung dengan kategori yang disertai. Walaubagaimanapun, ada piawaian standard di dalam menentukan berat gasing yang layak bertanding memandangkan kat meja pengadil aku ternampak sebuah timbangan.. tak tau la aku kalau2 timbangan tu saja - saja jer dorang nak letak utk kasi keliru penonton yang hadir.. hahaha ada timbangan baru nampak gempak.. or timbangan tu di gunakan oleh pengadil main timbang - timbang jikalau mereka merasa bosan semasa pertandingan itu dan ini dapat mengelakkan mereka dari terlena. Namun, aku akui bahawa menonton pertandingan main gasing ni sangat mengujakan lebih - lebih lagi kalau kedua lawan tu sama handalnya....


Selain daripada gasing... ada satu tempat yang mmg menjadi tumpuan orang ramai iaitu Rumah Lansaran...Rumah lansaran ni kalau tak silap aku adalah rumah suku kaum murut (betul2 aku tak tau la...).. kat dalam rumah ni ada ruang di tengah untuk main satu game namanya lansaran? hahah apa itu lansaran? errmmm  game tu kan kat lantai rumah tu macam ada spring (yang di buat daripada kayu.. then di lakukan secara berkumpulan.. mereka hentak2 then satu orang lompat untuk capai satu benda yang kena gantung kat atas syiling rumah tu.. heheh tinggi juga dorang kena lompat... hehehe gambar kat bawah ni sempat aku ambil sebelum naik ke rumah lansaran.

Kat bawah ni adalah contoh bagaimana mau main lansaran... heheh mmg menguji semangat berkumpulan... kena satu hati main bendi ni.,. kalau tak susah nak lompat... pasal ianya memerlukan daya... berat badan perserta untuk menghasilkan momentum untuk tukang lompat melompat lebih tinggi..lebih kurang macam tu la.. isk macam kelas fizik plak.. ntah hapa2 yang aku ckp ni.. 

Hahahaha dah hentak2 then satu orang akan lompat macam mamat kat bawah ni...

Memang banyak la gambar aku snap masa hari perasmian tu hehehe k.. korang nikmati gambar2 tu dulu ....


Pisang Mempunyai 7 Jantung... Mengikut pegawai yang bertugas ada lagi yang mempunyai 11 jantung tapi tak di bawah ke tapak pameran....

Ni Member aku Syarin namanya... cun ker basikal tu? err sebenarnya basikal tu bukan dia punya... brader jual air tebu yang punya.. kita orang sajer jer pinjam mau guna ambik gambar.... menurut syarin dia nak kirimkan gambar ni kat majalah moto di ruangan berkenalan...

Teknik Menulis Kat Atas Beras...

Uncle ni bukan saja cun tulis beras... malahan dia jugak cun menulis guna bambu...

Amacam? Cun Tak?

Ni Plak Signature Series.. Y.B Datuk Sapawi Haji Ahmad.. heheheh

Kat gerai pameran suku kaum Kedayan... masa aku snap gambar ni drg tengah jamming main lagu tradisional... layan jugak la hehehe

Ni Plak lokasi sukan air di jalan kan... cun la pemandangan dia... layan memancing kat sini pun syok....

Semua gambar di atas aku ambik kat rumah Lansaran... Macam ada yang korang berminat?

Alamak hari dah senja.. aku nak blah dulu la.... hehehe sorry pasal tiada liputan utk hari yang kedua....


HARI KETIGA (PERASMIAN PENUTUPAN)

Majlis Penutupan GATA Sipitang 2009 disempurnakan oleh Ketua Menteri Sabah... 

Fuhhh.. hari last ni lagi grand jika banding ngan ari pertama.. aku tiba di lokasi jam 9 pagi.. hahaha jalan raya dah penuh dan dan nasibla aku manage jumpa satu tempat park keta dekat ngan lokasi pesta... panas jangan ckp la... hehehehe.. lebih banyak peragaan baju tradisional... hehehe korang tengok la gambar kat bawah ni....

Semua Gambar diatas diambil semasa menyambut ketibaan Ketua Menteri Sabah...

Kalau kemarin kita orang rembat moto abg jual air tebu.. hari plak syarin lebih agresif!!! Dia rembat moto pakcik Bomba plak....

Ni bukan perhimpunan mansuh ISA.. hehehe masa ni drg nak catat rekod peserta main gasing paling ramai iaitu 1000 orang... heheheheh mmg ramai la... drg main dgn serentak.. kononny7a nak masukkan di dlm buku rekod Malaysia....

Ni plak gimik majlis penutupan heheheh ada gasing besar yang berasap... hehehehe gempak...

Pemain Kompang dari kampung aku weeeiiii....

Amacam kiut tak cik adik yang bersilat ni... aku tak tau apa jenis silat dia ni... aku rasa silat senyum kot pasal sepanjang dia perperform sambil bersilat dia asyik senyum jer....


Kali ni aku nak promote band member aku hehehehe kalau band Dewangga Sakti ngan gambus nya ni plak lagi tradisional... band ni adalah Band Sandaman... sandaman ni nama kayu sebenarnya. nama guna nama sandaman.. heheh ini kerana hasil bunyian music mereka kebanyakkan di hasilkan daripada kayu jenis sandaman... mmg layan la lagu mereka ni... Vocal pun harmoni.. more photo kat bawah ni...

Gitar tu juga di buat dari kayu sandaman (bass tu tak).. err tonenya? kureng la untuk aku heheheheh B.C Rich Rules!!!!

Kalau nak detail drg hehehehehe kasi tau aku nanti aku usha ngan pengurus mereka hehehehehehe....

Ni Champion Mr. Brunei Darussalam hehehehehe

Pasukan Tarik Tali Limbang , Sarawak

Pasukan Tarik Tali Negara Brunei Darussalam

Antara acara yang menarik pada hari tersebut adalah pertandingan akhir acara tarik tali di antara pasukan Limbang, sarawak menentang pasukan Brunei.. Untuk pengetahuan korang pasukan Brunei adalah juara bertahan untuk acara ni.. tak hairan juga la drg ni mmg dah ikut acara ni peringkat antarabangsa... baru - baru ni drg p vietnam kalau tak silap aku untuk ikut acara tarik tali terbuka vietnam.


Pasukan berhempas pulas untuk mengekalkan kejuaraan mereka...

Manakala pasukan limbang plak berusaha untuk merampas kejuaraan itu daripada pasukan Brunei... heheh memang semangat berpasukan diantara kedua kumpulan amat tinggi.. tak hairanlah mereka boleh masuk hingga ke peringkat akhir...

Namun akhirnya Pasukan Brunei tetap mempertahankan kejuaraan mereka... tahniah untuk mereka

Walaupun tewas dan mendapat tempat kedua... pasukan limbang juga harus diberi pujian atas kesungguhan mereka menentang pasukan Brunei pada pusingan akhir...


Sekadar Hiasan

Malamnya plak ada pertunjukkan bunga api dan sambutan Malam GALA yang mana ada artis tempat di jemput untuk membuat pertunjukkan.... ok la macam panjang sgt plak aku menulis kali ni.... hehehe wooii penat aku taip ni.. korang apa lagi p la klik iklan nuffnang aku kat atas tu.. heheheheheheh.. cheers