Tuesday, December 9, 2008

HANGUS TERBAKAR





Masa aku balik dari Kota Kinabalu tadi aku terserempak dengan insiden ni. Sebuah kereta proton wira terbakar mujurlah penumpangnya tidak apa - apa. Punca kebakaran aku tak tau dan atas faktor - faktor keselamatan aku hanya berani untuk mengambil gambar dari jarak jauh. Pada firasat aku kebakaran ini mungkin berlaku disebabkan oleh litar pintas di dalam sistem pendawaian kereta tersebut kerana aku pernah menyaksikan insiden yang serupa berlaku pada kereta salah seorang kawan aku.
Dikesempatan ini juga aku nak sarankan korang semua supaya mengambil langkah berhati - hati semasa di jalan raya. Jgn memandu secara terburu - buru dan sila rancang perjalanan anda sebaiknya. Dimusim - musim perayaan ni byk aku dengar berita - berita kemalangan dilaporkan di media cetak dan elektronik. So, janganlah kita pun tersenarai di dalam statistik dan berita tersebut.. isk simpang malakat 44

Monday, December 8, 2008

SELAMAT HARI RAYA KORBAN

Baru jak balik dari surau sembahyang sunat raya.. so, aku nak mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Korban kepada anda semua...

KENA MAKAN HARIMAU

orang asli : selamat pagi tuan

polis : selamat pagi

polis : apa hal

orang asli : saya nak buat repot tuan

polis : fasal apa tu

orang asli : kawan saya di baham harimau

polis : pukul berapa

orang asli : dia tak pukul, terkam

polis : habis?

orang asli : tak habis, tinggal kepala
-----------------------------------
p/s: ntah hapa ntah