Ini adalah kali kedua aku menulis tentang filem "MAUT" arahan Bade Hj. Azmi. Jika penulisan pertama aku yang lalu dibuat sebelum aku menonton wayang akan tetapi kali aku menulisnya selepas aku menonton... Heheheh barulah adilkan? Oklah dalam wayang ni menceritakan tentang 3 kisah dalam satu. Yang mana kisah tersebut berlaku pada bulan Sya'ban, Ramadhan, dan Syawal.
Kisah Pertama:
Kisah sorang pelajar Kolej yang didatangi roh seorang gadis. Roh tersebut kononnya tak tenteram kerana jadi mangsa rogol dan bunuh. Watak roh tersebut tak banyak guna skrip. Cuma guna mimik muka sajer hahahah. Kalau aku terserampak ngan hantu muka camtu memang aku p tanyalah roh tu... "Akak ni cirit -birit ka? Muka macam tahan taik jak?" Hahahahaha betul wa cakap lu... Kekadang aku kesian jugak tinguk pelakon tu cuba nak buat expressi muka hantu.. tapi errrmm tak seram langsung... Tapi kita kena pandang positif... Maut ni bukannya filem seram akan tetapi filem dakwah... Oleh itu, pengajaran yang aku dapat daripada cerita pertama adalah seperti berikut:
1) Kalau naik bas malam2 ada sorang budak pompuan mukanya macam orang nak berak... baik terus blah... pasal budak tu adalah roh orang yang dah mati... (watak utama kena ikut oleh roh tu pasal dorang terjumpa kat dalam bas).
2) Jangan buat kecoh kat balai polis kerana negara kita ada peraturan (merujuk kepada watak bapa budak perampuan yang mati kena bunuh tu semasa dia nak pelangkung kepala boifren anaknya)
3) Kalau nak bawa awek p lunch dengan menaiki skuter pastikan anda datang awal. Janganlah terlambat kerana alasan berjumpa ngan profesor sudah tidak relevan pada masa kini. (merujuk kepada watak lelaki yang kaki pompuan di dalam cerita ni)
4) Kalau anda rasa sesuatu yang mencuriga sedang berlaku di tempat anda berada cepat2 hubungi pihak polis supaya jenayah dapat di benteras (merujuk scene kat kubur masa dorang jumpa mayat budak pompuan yang hilang tu)
5) Hapuskan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak - kanak... (aku mmg sangat anti dengan kes rogol bunuh ini)
Kisah Kedua:
Ni plak adalah kisah seorang pramugari yang melampau di bulan ramadhan, pelakon dalam part ni sumernya cun dan seksi2 belaka... Mengisahkan cerita seorang pramugari yang menjalankan cara hidup orang barat.. kira dia ni American Lifestyle la... hahahahaha pakwe dia sorang mat saleh yang diawal cerita mereka mengadakan pesta minum2 arak sempena menyambut kepulangannya ke tanah air selepas bertugas... Ikut skripnya pramugari tu beli arak tu kat neraka... fuh!!! memang sesat la penulis skrip ni... mana ada orang yang masih idup boleh sampai kat neraka.. lain dia dah di timbang amalannya... aku rasa mmg dia sedang khayal masa tulis skrip.. insaf la kau!!! Setelah bosan hidup bersekedudukan pramugari dan boifrennya itu mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan mereka mendapat restu dari orang tua pramugari tersebut setelah dibagi rasuah berbentuk hadiah yang di Beli dari Milan... Masa kenduri kawin, drg mmg cover line abis dan sangat bersopan santun ... pas parents nya balik apa lagi let's the devil party begin... Mmg layan minum sampai mabuklah dorang tu hahaha sampai satu part si pramugari ternampak husband dia curang dengan mengayat awek lain yang hadir pada party tu. Gaduh punya gaduh... Sambil layan mabuk dan memandu sambil tangan meraba - raba kotak rokok Dunhill yang sudah habis stereo FMnya tetiba memain suara azan menandakan masuknya waktu sembahyang fardhu Isyak (aku rasa)... Dengan muka mendengus dia try nak tukar cenel... cehh evil la tu konon tak nak dengar azan... cenel tak dapat tukar then terus dia bantai tukar CD plak.. tiba - tiba dia berjalan ke Masjid dengan memakai telekung ikut orang nak p sembahyang.. Uiks pelik kan?
Ok takper mungkin masa nak tukar CD tu.. dengan keadaan mabuk mungkin pramugari tu baru tersedar yang dah masuk waktu sembahyang.. mungkin dia check kat bonet keta dia ada plak telekung so.. rasanya dia singgah sekejap kot nak sembahyang sama. Syabas utk pembuat filem ini... Memang cun korang punya cerita. On the p masjid pramugari tu tumbang terus koma dihantar oleh sorang remaja pompuan yang mukanya macam orang putih jugak dan suka ponteng puasa bersama rakan - rakannya yang sudah mengalami period selama hampir dua minggu.
Sedar dari koma pramugari tu bercerita ttg siksaan yang dialaminya akibat perbuatannya yang lampau mmg insaf la citer ni sampai budak pompuan tu takut nak ponteng puasa... Malahan pramugari tu punterus insaf dan memakai tudung tanda yang dia sudah bertaubat... heheheheheh cun kan ceritanya.. wa cakap lu tak rugi korang tengok kat panggung... sampai ada beberapa orang yang duduk kat sebelah aku tu ... blah sebelum wayang tu abis dimainkan. mungkin dorang berasa ngeri dan terus nak balik utk bertaubat... harap begitula hendaknya... Amin...
Pengajaran yang aku dapat dari cerita ini adalah:
1) Jangan minum arak ... berdosa tau...
2) Janganlah kita ikuti kehidupan masyarakat barat tu... Takde faedahnya...
3) Jangan buat parti arak masa anda hendak berkahwin nanti pasangan anda curang...
4) HORMATILAH AZAN...
5) Walaupun muka korang macam orang putih, namum korang kena puasa juga (utk yang muslim)
Kisah Ketiga:
Ni bulan Syawal punya cerita...
Malas aku nak komen byk2... nanti orang ingat aku ni black metal sesat plak.. dan pasal ni dah mmg aku review dalam entri aku yang sebelumnya.. kira hampir tepat jugala tekaan aku. Bagi aku cerita kisah ketiga ini ada tanggapan yang tidak tepat dan ianya hanya buatan sipembuat cerita tanpa sebarang rujukan yang tepat... Namun ia masih dapat memberikan pengajaran yang positif kepada semua... (pemuzik dalam citer ni tiada pun memainkan sebarang musick black metal.. melainkan musik elektronik yang emo ala2 Nine Inch Nile dan Marilyn Manson heheheheh)...
Pengajaran yang aku dapat:
1) Jangan pasang lagu black metal di malam takbir raya... dan hormatilah tetamu yang datang berkunjung kat rumah mak bapak anda (ala tak black metallah duduk kat rupa parents... Ikut macam dorang band Darkthrone drng yang black metal tinggal sendiri kat dalam hutan sendiri2 baru la true hahahah)
2) Jangan buat tatto yang mengarut kat tubuh badan anda.. nanti kena kutuk oleh kengkawan... (bagi yang muslim bukan sahaja berdosa anda juga akan jadi mangsa kutukan di dunia dan akhirat) Tatto black metal dia adalah tatto kerbau hidung kembang hahahahahah....
3) Kalau anak2 nak sembahyang jangan dilarang.. nanti anak tu jadi ahli kumpulan black metal... merujuk scene masa mamat black metal tu masih kecik dia nak sembahyang tetapi dilarang oleh parentsnya... huh brutal sungguh parents gitu.. tak hairan la anak dia pun jadi setan ... macam lagu kumpulan Deicide kot "Satan Spawn De Caco Deamon..." hahahaha.. Sebagai ibu bapa kita seharusnya membimbing anak - anak kita melakukan perkara yan diredhai Allah S.W.T.
4) Don't drink and drive.. nanti terhumban kat sungai... mati masuk neraka...
Kesimpulannya:
Kalau diikut secara keseluruhannya mesej yang hendak disampaikan di dalam cerita ini adalah tidak begitu jelas.. Kira pengajaran dan tauladan tu tak sampai sangat ngan penonton.. Ada masa tengok wayang tu penonton siap gelak pasal tengok citer tu.. hahahah Napa gelak? Sedangkan citer seram (betul ka seram?)... Itu adalah tanda mesejnya tak sampai. Aku tak salahkan si pembuat cerita ni 100% kerana dengar kabar cerita menjalani proses tapisan yang sangat kejam dari FINAS sampai 8 babaknya dipotong... Napa ya? Mungkin inilah sebab mengapa ada beberapa babak kat wayang ni nampak pelik... isk apalah FINAS ni tak sporting langsung... Aku tengok citer omputih tu lagilah melampau ganasnya tahyul mmg taraf blasphemy punya tahyul.. pun lepas jugak... apa la dorang ni..
Tapi aku nak puji satu aspek dalam wayang ni... Aku rasa semua jurukamera kat negara ni patut ambik contoh kerja Bade Hj. Azmi ni.. Teknik camera dia mmg cun la.. Aku tabik berabis apa boleh buat saja jalan ceritanya macam sial... kalau mmg meletup la cerita ni... Walaubagaimanapun syabas la kerana anda terpikir utk menyedarkan masyarakat kita yang semakin lali ini... teruskan usaha anda... Hentikanlah bikin citer yang ntah hapahapa...
18 comments:
cerita satu tu khurafat pasal roh selepas mati pi alam barzakh dan tidak boleh berkeliaran di dunia.
Roh berkeliaran kat dunia tu fahaman Hindu.
tulah lainlah budak tu mati bunuh diri.. pasal rohnya tak kena terima bumi... err betul ka? heheheh
Salam Jairo...
hebat ulasan ko tapi ko dah condem habis-habis lah wayang 'KITA' bagi lah dorang bernafas sikit...
Satu kelaianan untuk bagi pengajaran kat budak yang 'nakal' plus 'sesat'
Ape pun man tengok wayang ni ada gak tersentuh ati bila kita dah berkelakuan talabih... nauzubillah...
Ape pun tabik spring lah juga kat filem MAUT... memang perlu penambahbaikan.. manusia kan bukannya sempurna bro...
Wayang ni kalo tak silap 3 tahun dalam penapisan jadi ada scene yang tetiba ja pakai telekung entah dari mana kita pun tak tau...
sumanadak.. aku bukan kondem... tapi bagi komen.. cuma komen tu agak kasar bunyinya. Memanglah manusia tu tidak sempurna tapi buatlah sebaik mungkin... apa yang aku nampak wayang ni tidak di buat secara bersungguh - sungguh. macamana kita nak sedarkan masyarakat jikalau mesejnya tak sampai? Kalau aku tak sokong buat apalah aku tengok dipanggung. Sumanadak dah tengok...
kalau dah terbuat tattoo cemana??? huhuhu...
hahahah kalau dah terbuat kena la buang sebelam nyawa kita terpadam...hahahaha
tak kira apa jenis mati, semua roh pi alam lain dan tak boleh kembali ke dunia.
oic gitu ka bro... harap para pengomen dapat iktibar dari comment abg. ben kita... thanx bro...
nice review bro! ;-)
kita kena 'BOIKOT' la cerita filem melayu sekarang.dah tahap mengarut dah ni.
bukan x mau support filem melayu,tp kita kena ajar sikit director2 filem melayu yg x sekolah ni.biar diorg rasa apa mcm kena boikot,br diorg buat work sikit.
aku x tgk lg cite ni,tp dgn review yg kau tulis ni aku tau cite ni FAIL!!!!
Hidup drama TV3!!!!!
hmm..maybe arip ade point bab yang drama melayu mmg lagi best dari movie tp utk boikot tu cam tak patut la. Maybe sebab tak dpt sambutan dan 'boikot' ni la filem malaysia still tak berkualiti. Kalau kt support baru dorang ade budget dan semangat utk memperbaiki karya dorang kot.tak ke? hehe.tp stakat ni memang kebanyakan cite melayu mengecewakan. agak ntah pape. tp sape lagi yg nak support kalau bukan kt kan? :p
aku rs boikot tu wajib sbb filem2 melayu skrg ikut lepas tgn je. director n pelakon mcm x buat homework,pemilihan pelakon pun x tau,actor xde suara, jalan citer plak x kreatif, pastu plot tunggang terbalik n mengarut, then citer 'slow' gile..
salah satu scene citer 'i know what u did last raya'.ade ke patut doktor takut darah? patut kena ban citer tu.
Cik Aishanhana, nk buat cite yg bagus bukan kena fikir budget.citer2 dr Iran tu (cite pe tah, 'mother' something,aku bc dlm mag pun) mmg budget seposen je,tp plot best, ada jalan cerita, pemilihan pelakon betul,suara jelas.
drma tv3 bukan ape.diorg tapis.citer2 mengarut diorg xkan keluarkan,nk jaga kualiti.
~'Filem kita wajah kita'~
En Arip,boikot sume filem melayu ke boikot yang haram jadah bodoh je? kalau boikot cite2 bodoh je saya sokong tp if u meant malaysian movie as a whole tu adalah sangat menyedihkan. Yes,there are crappy malaysian films out there. but there are also some good films. On top of my head, SEPI. and about MAUT ni,if u think cite ni pun banyak kelemahan ke ape ke...the massage is good. cerita camni la patut diperbanyakkan.skrang dah ade movement of local filmmmakers trying to make better and quality films that must be given a chance and support. Cerita omputih ke,korea ke,iran ke banyak je yang crap gak. Given a choice, i would rather support local crap than foreign crap.Because at the end of the day the money stays in Malaysia and Malaysian mouths would be fed.
bab ban memban ni patutnya tak perlulah... mmg ada yang suka dan ada yang tak suka... Macam aku walaupun aku tak berkenan sgt ngan citer maut ni but still support jugak la (buktinya aku tengok kat panggung) walaupun sebelum filem ni ditayang aku dah kritik abis2an. Tujuan aku mengkritik adalah utk kasi sesuatu pendapat yang boleh membina... walaupun ayat yang aku guna itu mmg diakui agak kasar....
daripada ban aku rasa ada baiknya kita saling tegur menegur... apa korang pikir..? kalau rasa gian nak ban p la ban product israel nun lagi berfaedah... peace
nak ckp ban cerita2 yg mengarut n support cite2 yg bagus tu aku setuju. tp ada ke filem2 yg bagus skrg? SEPI? masih ada byk kekurangan dlm filem tu.skrip tak banyak,cerita slow.
tang boikot israel tu aku x setuju ler. yg jahanam nye system mereka aka zionis.
itulah idea yang hendak aku sampaikan... cam kalau boikot israel ngko tak setuju... tapi sistem tu sapa yang praktis? k balik kepada wayang kita... kalau nak cakap filem yang sangat bagus tu aku belum berani cakap ADA. tapi dengan mereview ni la kita kasi saranan kepada pembuat filem. Macam ngko ckp ianya tak bagus.. part mana yang ngko rasa tak bagus? kau ulas la then cadangkan something yang boleh improve. semestinya ngko ada buah fikiran yang bernas untuk memajukan dan meningkatkan mutu filem kita...
Aku minat jgak review2 movie ni. Dulu masa buat zine aku review horror movies.
good review..
Post a Comment