Dulu masa study kat kolej aku ngan seorang rakan aku yang berbangsa Cina yang mana aku rahsiakan namanya, selalu lepak sama2. Masa tu kat tinggal kat hostel dan apa yang paling mencabar ialah aku adalah satu - satunya penghuni yang bukan berbangsa Cina. Dalam banyak - banyak orang kat hostel tu aku banyak meluangkan masa aku ngan member aku ni. Kami selalu lepak sama pasal kami ada kegemaran yang sama iaitu bermain muzik. Member aku ni kalau cakap ngan aku dia punya bahasa Melayu memang copy buku teks abis dengan slang Cina dia. Yang bestnya walaupun bahasa Melayu dia tak berapa baik tapi dia tetap juga nak buktikan bahawa dia boleh berbahasa Melayu dengan baik berbanding rakan2 yang lain.
Ada satu ayat dia yang paling aku ingat sampai sekarang... ayat ni terkeluar semasa kami nak pigi lunch ... masa cuaca panas matahari memancar fuuhhh memang panas la senang citer... Dengan matanya yang hampir tertutup kerana kesilauan dari sinaran matahari dia terus memulakan perbualan dalam bahasa melayu ngan aku... "Ahchai... Ahchai (dia panggil aku ahchai), Wah! Hali ini matahali memancar sangat telik, Jikalau itu Ahbun(nama rakan dia bukan nama sebenar) ada pasti lemaknya akan hangus terbakar"... Untuk pengetahuan korang Ahbun ni adalah musuh ketat dia yang selalu main kutuk2 kat hostel.
Satu hari (kira dah nak hujung tahun la) kami lepak - lepak kat bilik aku sambil main - main gitar. Tup tap... si kawan ni tetiba bersuara... "Ahchai, Ini sudah mahu hujung tahun wooo. Next year saiya akan lanjut saiya punya study pigi itu UK (skrip ni tak berapa tepat tapi lebih kurang gitula maksudnya)... Then, saiya rasa ada baik kita bikin itu satu lagu sama - sama untuk kenangan..." . aku masa tu ok jak ... then aku tanya dia concept lagu camner yang dia nak buat... then dia cadangkan lagu ala - ala band Hottie and The Blowfish yang mana antara band yang pames pada masa tu. Then aku pun carry on la dengan basic progession chord major lengkap untuk satu verse lagu.... then aku cakap lirik macam mana? then dia cakap nak buat in English memandangkan dia nak fly p UK nak nyanyi lagu tu dpn org putih katanya.. hahahaha lantak la.. aku terus kan dengan pemilihan subject di dalam pembuatan lirik.. hahahaha kat sini kita org stuck.. takder idea... maka di sinilah terciptanya sebuah lagu senandung kanak - kanak yang terlampau yang berjudul "SAIYA ADALAH SEEKOR KUCING YANG SANGAT KASIHAN".
Liriknya camni:
"... Saiya adalah seekor kucing yang sangat kasihan, saiya sangat kasihan kerana tiada orang mahu sama saiya, lalu di rumah anjing terus kena gigit, saiya lari ikut parit, nasib baik ada pak cik limau tolong siram... "
.............................
p/s: aku tak tau napa tiba - tiba ada pak cik limau dalam lagu tu... dan lagu tu tak pernah siap sehingga kini ia masih begitu...