Friday, May 29, 2009

I'M GETTING MARRIED TODAY!!!

Aku pakai cincin yang tertera kat gambar di atas since year 1999. Seingat aku dari hari pertama aku pakai cincin ni aku tak pernah tanggalkan dari jari aku. Namun hari ini cincin ni bakal ditanggalkan dengan rasminya dan akan digantikan dengan sebentuk cincin hikmat yang digelar "Wedding Ring"... hahahah yup.. hari ni 29/05/09 bersamaan hari Jumaat aku akan bernikah dengan pasangan aku Liza. Upacara bersejarah ni akan berlangsung si rumah pengantin perampuan pada hari tu jam 4.00 petang (gmt +8). Hahahaha akhirnya kawin juga aku... Pada hari yang sama juga Zul pemain bass kepada band aku Mi Scusi juga nikah.. hahah satu kepala betul la hahaha tahniah utk Zul hahahah sorry pasal tak dapat attend majlis ngko!!!

Namun, tu majlis di pihak pengantin pompuan yang mana akan diadakan pada keesokkan harinya iaitu 30/05/2009 (sabtu) bertempat di Kg. Likas, Kota Kinabalu, Sabah... Majlis utk pihak aku plak akan diadakan pada minggu selepasnya iaitu 07/06/09 (Ahad)... Oleh itu semua rakan2 yang mengenali aku dan belum menerima kad dari aku.. korang dijemput hadir ke majlis tersebut.

Walaubagaimanapun, pada 05/06/2009 (jumaat) jam 9 malam aku ada buat sikit majlis ringkas yang berbentuk mini gigs kat rumah aku. Semua member2 yang berkesempatan utk hadir silalah ringan2kan kaki korang utk datang dan for the record gig ni adalah open air gig dan masuk adalah percuma termasuk makan dan minum....




Antara band yang bakal memeriahkan acara tersebut adalah tidak lain tidak bukan iaitu band kesayangan akuMi Scusi sebuah band Horrorock ala Balzac, Misfits & Murderdolls. Mi Scusi akan mempersembahkan semua lagu2 baru dan lama mereka pada malam bersejarah itu... Nantikan persembahan mereka pada malam tu!!!!



Selain Mi Scusi, kumpulan Manggas juga turut hadir utk menghiburkan para hadirin pada malam tersebut. Jika sebelum ni Manggas dikenali dengan lagu2 irama Death Metal mereka namun menurut daripada wakil dari pihak Manggas mengumumkan bahawa mereka akan memainkan lagu2 irama rock kapak 80 'an sebagai tribute kepada pengantin lelaki hahahahah thanx and advance kepada mereka....

Aku juga tunggu feedback dari sebuah band ska dari Kota Kinabalu samada mereka dapat turut serta pada majlis tersebut... belum ada pengesahan dari drg so, apa band tu aku taknak umumkan kepada korang semua.




Sebagai headline pada malam tu ialah kumpulan Jiaja juara Astro / HitsTV Blast Off utk musim yang kedua. Mereka ni agak mendapat tempat dikalangan pengemar muzik indie di sekitar Kota Kinabalu dan popular dengan singles terbaru dorang yang bertajuk KURA - KURA. Aku cukup berterima kasih kepada Jiaja kerana sudi datang untuk memeriahkan majlis pada malam tersebut.... Menurut Jie wakil dari Jiaja, para peminat mereka di sekitar daerah Membakut boleh datang dan mendapatkan demo terbaru mereka pada malam tu.. hahaha so, korang kat luar sana jangan lepaskan peluang keemasan ini... Apa yang pasti adalah mereka akan mempamerkan persembahan mereka yang bertenaga utk anda pada malam tersebut...



Kat atas ni adalah direction utk ke rumah aku... sila klik gambar utk paparan yang lebih jelas. Pada kawan2 yang mempunya kamera SLR, anda boleh la bawa kamera anda utk sesi photografi disamping menguji kreativiti anda utk menghasilkan photoshot yang cantik... So, mark kalendar anda utk majlis bersejarah ni... bagi kawan2 yang ada mengucapkan tahniah kepada aku sebelum ni aku mengucapkan setinggi - tinggi penghargaan dengan wish korang... korang mmg best.. keep on rockin' and last but not least.. wish me luck yeah... cheers see ya!!!!

20 comments:

cimca said...

happy valentine day! and happy new year...semoga berkekalan hendaknya..seperti lagu cromok "forever in time" hehehhehe kawin juga ko bro...alhamdulillah, kurang lagi la org hensem di kampung ni...satu ja pesanan aku, jadilah seorang suami yg baik...amin

nanu said...

oh ni ari pula ko nikah geng, alhamdulillah...panjang umur murah rezeki, klu indada aral, inshaallah sia dtg masa reception, ada gig woo..hehe

Azman Ali said...

woww Tahniah la jai...
Mmg terbukti!!!!
hahahaa

azwi said...

tahniah jai, skali lafaz okay, baru tikamlidah! jehehe, tak sangka ko buleh buat gig lagi time2 ni, jumaat mlm buat la tahlil ke doa selamat kahwin ke?

bini tak join skali ke? hahahaha

...selamat pengantin baru... moga kekal ke akhir hayat...

welcome to the 'club'

wanwarlock said...

congrats dude. semoga sekali lafaz je akad... jgn gelabah... hehehe

best gak kalau dpt turun sabah, tapi apakan daya...

mlm ni jgn gopoh sgt, slow2 k?

Takilala said...

sama2 la kita sambut anniversary..huhuhu

Ijau D. Koceng said...

manggas main lagu rokapak 80an? lagu lefthanded bleh ka? wa mau nyanyi debunga wangi...

Terence Teng2 said...

Congrats bro.. Jaga bebaik Isteri tu...

berteromber said...

tahniah!..semoga cepat2 jadi bapak..

Jazli Safwan said...

masa wa post komen ni,
lu nya malam pertama ni..
keh keh keh..
selamat pengantin baru!!

Pujangga Asmara said...

Selamat Pengantin Baru.. Semoga Jodoh Kekal Ke Anak Cucu Dan Akhir Hayat.. Ameen..

NAZ said...

liaw,bahagian mana rumah di likas ani??berputar ni mengunjar!!!ujung2 menyinggah kelain ni krg..hehehe

deaf-angel said...

smoga semua nye berjalan lancar. Amin.

All the best to both of you.

Dr. Bentara said...

semoga berbahagia bro!

Maaf tak dapat datang kerana jauh sangat.

Anonymous said...

congrats bro!
happy always! =)

nita said...

selamat pengantin baru..

Zampeada said...

tahniah neway!!!

Anonymous said...

selamat pengantin baru.. byk bersabar mengahdapi 'pelbagai dugaan yg pelik pelik' heheheh

Ijau D. Koceng said...

pengantin layan gig open-air sampai 2 pagi!~ tp inda blh lawan japin arah rmh pakmat 2.30 baru abis

mapieceofart said...

blum terlambat kan ucap nak ucap Slamat Pengantin Baru... Smoga berpanjangan dan berbahagia ke akhir hayat... slamat²... =)

salam singgah... ~0^_^0~