Tuesday, April 28, 2009

KEHEBATAN STREAMYX

Kelmarin masa aku buat kerja.. tetiba opis mate aku tanya pasal connection internet (streamyx) aku off ker. Untuk pengetahuan korang aku dipertanggungjawabkan  utk jaga hal ehwal it kat opis ni walaupun pengetahuan IT aku hanya cukup format komputer saja... so, sebagai IT man kat opis ni apa masalah IT mesti dorang report kat aku yang mana bidang terjun kekadang ambik masa aku yang sepatut nya aku blogging oppss silap ... sepatutnya aku buat kerja opis... semua drg report kat aku... tikus drg mati la, keyboard drg tiada kekunci huruf "S" la.. kad kredit dia ke fraud la isk macam2 la kekadang lucu pun ada seperti pop up dialog yang keluar nak bagitau "Your Scan Procees Sudah complete la.. tekan ok" tu pun drg panik terus panggil aku apa masalah...

Balik cerita internet a.k.a streamyx tadi, awal pagi kelmarin aku ada ber YM sekejap ngan En. Azman kontraktor a.k.a en Dark_Tern dan beberapa org rakan... masa tu tenet mmg laju gila... belum klik dah loading... (part ni saja aku kasi lebih2 hahaha) pastu aku tak surfing memandangkan aku kena settle sikit keja yang boss aku suruh komplit...  rakan aku ni nak hantar email kepada rakan sejabatan di Kota Kinabalu dgn ada attachement kat email tu... Member sorang ni komplain... Internet off tak leh masuk... uiks aku ckp moden + wifi mmg dah on sejak awal pagi... tadi surf laju gila ahhh ding dong. tak terkejar lajunya.. so, utk puaskan hati member aku.. aku terus buka opera (aku surf selalu guna opera) try masuk forum isk tak leh.. try google isk tak dapat... try p website lucah pun isk tak dapat... semua tak dapat...

then aku off modem restart connection isk sama juga... kawan ni dah tanya aku balik2 ok ka mcm la aku ni dukun yang boleh merawat pelbagai penyakit.. lain kata aku ni dianggap sebagai one stop IT solution bagi drg.. takper aku tak kisah.. aku akan tolong mereka setakat aku mampu... aku tau member tu nak antar email urgent. buat punya buat.. macam2 jampi aku guna streamyx tetap tak mau kasi connection.. last2 aku dial 103 nak buat aduan (sebenarnya number aduan adalah 100) saja jer aku nak ckp ngan operator pompuan TM yang jaga phone direktori tu.. talian tu di sambungkan kepada operator pompuan (tapi suara dia mcm makcik la) aku terus ckp aku nak tanya pasal streamyx... dgn sopan santun dia balas.. "encik boleh call Hotline 100 then tekan 1 then tekan number 2.." "Ok, terima kasih" aku jawab ringkas.

Aku dial la talian panas 100 tu harap2 dapat berckp ngan bahagian teknikal support TM. Panggilan di jawab dgn suara operator komputer.. dengan iringan musik dan iklan... aku rasa terhibur dgn musicxk dan iklan yang boring tu. lama juga aku tunggu mcm2 iklan drg sebut masa menunggu tu.. then tetiba ada seorang awek ckp... "minta maaf semua pegawai kami sedang sibuk.. anda akan di layan sebentar la" aku tunggun sambil korek idung... Then awek tu ckp minta maaf lagi.. isk... sibuk benar drg hari ni. then kali ketiga ada sorang awek bercakap ala2 pramugari MAS kasi instruction camner nak pakai jaket keselamatan kalau kapal terbang jatuh terhempas. "Panggilan anda amat penting bagi kami... kami mohon maaf kerana semua pegawai kami sdg sibuk.. sila telepon kembali.. kalau taknak call korang boleh email kita org..." begitula lebih kurang ayatnya ntah aku tak ingat sangat.... isk dah aku call nak buat aduan streamyx tak boleh online.. camner aku nak buat aduan via email... isk drg ni ada otak ker takder.... kesimpulannya TM NET STREAMYX IS SUCK!!!!

Saturday, April 25, 2009

DEDIKASI LAGU: DANZIG - SISTINAS

Hujung minggu ni aku nak dedikasi lagu Danzig ni kepada pelawat blog aku yang tak popular ni... Enjoy!!!!

Thursday, April 23, 2009

BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Video trailer: BALZAC - '1993-2007: Lives Archives' Special DVD

Antara projek aku yang akan datang... isk isk isk... harga aku tak nak mention kat sini hehehe yang penting boleh tahan juga harganya... korang boleh usha kat shocker kedai online drg. Kat bawah ni plak clip lagu Hikari Naki Sekai... errmmm rasa ni antara lagu balzac yang slow dan panjang gila ahh ding dong... tapi menarik juga musicknya enjoy la... errr Fiendish International Club... ada sapa2 berminat nak join?

Video : BALZAC - '光なき世界' ("Hikari Naki Sekai")

fbadcode-Q_GkBQFjNa-zY4t5NHJpj9WOth9XMXpnOiZWJrrZwWqgn4N_IDvmiJ_xJLL35BeEQ_M