Wednesday, September 10, 2008

Bodoh Sangat Ka Remaja Kita Ni?

ARKIB : 09/09/2008

Gadis dirogol lima lelaki
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Gara-gara mengikut teman lelakinya yang baru dikenali ketika makan di sebuah restoran, seorang gadis berusia 17 tahun dirogol bergilir-gilir oleh lima lelaki termasuk teman lelakinya di sebuah rumah di Kepong dekat sini Sabtu lalu.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12 tengah malam itu, setelah makan di restoran tersebut, mangsa telah dibawa menaiki kereta oleh teman lelakinya ke rumah berkenaan dengan alasan dia mahu menukar baju.
Ketika menunggu di ruang tamu, muncul empat lelaki lain dipercayai rakan kepada teman lelakinya itu dan mereka berlima bertindak tidak senonoh terhadap mangsa.
Difahamkan, setelah enggan mengikut arahan teman lelakinya supaya menuruti kehendak mereka, empat suspek tersebut bertindak .... teruskan pembacaan di Utusan Malaysia (
Klik Sini)
Pagi ni aku membaca arkib berita kelmarin 09/09/08 di Utusan Malaysia Online terbaca la berita... Aku hairan remaja sekarang ni bodoh sangat dan mudah tertipu dengan perangkap remeh temeh seperti ni... Yang dia ikut lelaki yang baru dikenali mau balik rumah tu apasal? Nah kan dah free2 kena gang bang... Lain cerita aku mmg bengang la dengan kumpulan - kumpulan perogol ni... Dorang ni takde adik beradik pompuan ka sampai tergamak melakukan perkara terkutuk tu? Sempena bulan ramadhan ni aku doa kan supaya mereka ni akan di bakar di neraka yang ke tujuh kelak.. Amin...

Tuesday, September 9, 2008

MY GEARS - Kisah Cintaku Ngan Kelly

Ni adalah battleaxes yang aku selalu guna dlm setiap siri gig band aku or session mana2 band... kat gambar di atas tu korang leh nampak my B.C. Rich N.J Series Ironbird, amp Vantage, amp Laney LX35D Extreme Series, and last but not least Jackson Dinky... Sebenarnya Jackson Dinky tu adalah gitar angkat aku... tuan punya ialah Mr. Joad dan oleh kerana aku sessionist guitarist (kekadang bassist) untuk band death metal dia MANGGAS so, kekadang aku guna Jackson untuk beraksi... Untuk pengetahuan korang, pada mulanya aku ni mmg fanatik ngan gitar jenama Jackson. Aku punya angan2 untuk memiliki gitar Jenama Jackson ni sejak dari bangku sekolah lagi. Kebetulan aku minat ngan Marty Friedman (ex- guitarist Megadeth) dan masa tu masih pakai lagi gitar Jackson Kelly dia.. fuhhh mmg time tu masa nak masuk tidur pikir Jackson Kelly jak awek pun aku tak pikir dah hehehehehehe (mungkin juga inilah sebabnya kenapa awek aku blah tinggalkan aku). Takpe aku tak kisah yang penting Jackson Kelly.... kelly... kelly ... kelly.. makan tidur mandi segalanya kelly. Tapi apa kan daya masa tu aku tak mampu untuk memilikinya atas faktor kewangan aku yang mmg di bawah paras negative (takder keja kan mana la ada duit.. sekolah lagi). 

Sampailah satu masa, aku sudah mempunyai pekerjaan dan pendapatan sendiri.. situlah aku tekadkan azam aku utk mengumpul dana Kelly aku.... kumpul punya kumpul akhirnya amaunnya mmg cukup utk mendapat Jackson Kelly ni... punya la aku excited.. then aku p la ke kedai menjual peralatan music kegemaran aku. kat situ aku tanya la taukeh kedai tu ada jual gitar jackson ker? malang menimpa aku Gitar Jackson sememangnya amat sukar untuk di dapati di negeri Sabah... kira kat Sabah ni org yang pakai gitar Jackson ni boleh di hitung ngan jari... pa lagi aku minta la taukeh tu order Jackson Kelly untuk aku. fuh punya la bertanduk aku tunggu .. mau dekat tiga bulan order tu belum dapat di tunaikan... aku semakin gelisah kerana dana kelly aku mungkin akan terpakai untuk perbelanjaan yang lain. aku cari merata kedai2 kat sabah ni mmg takder la yg jual gitar Jackson. isk isk isk isk ...


Pro Series KE3 Kelly™

Sampai la satu ketika aku putus asa ngan menunggu Kelly ni di ibaratkan pungguk rindukan bulan... kat sini la aku bertemu ngan sorang otai di dalam arena underground Malaysia (aku taknak sebut nama dia) dan aku citer kat dia la akan kisah aku ngan si Kelly ni... korang tau apa dia punyer komen heheheh mmg sungguh menyakitkan hati hehehehehe adakah dia ckp "Bro, aku rase la kan ngko ni tak sesuai la pakai Kelly. Tak padan langsung pasal Kelly ni ngam untuk guitarist yg macho + handsome jak." "adus tak hansome ka aku? tak macho ka aku? yalah mmg la badan aku berbentuk bulat.. tapi takkan satu pun tak sangkut?" aku jawab kat dia. dia menerangkan lagi kat aku,"bukan gitu maksud aku... untuk ngko ni i mean dari segi image kau ni , ko lebih sesuai guna gitar B.C. Rich terutama model explorer" (explorer ni nama lain utk Ironbird). Time ni aku tak berapa ambik pusing tentang perkara ni....

Satu hari yang indah si Joad ni call aku nak bawa jumpa... kalau dia call aku comfirm dia nak kasi playlist lagu nak di main dlm gig yg bakal kami sertai. Masa tu selain daripada lagu sensasi Manggas "Batin Keramat", Joad ada request supaya aku cari salah satu lagu band Immortal album Battle of the North utk di cover masa gig. Kat situ la aku ternampak gitar Ironbird ni.. cover dia menunjukkan bassist Immortal  guna gitar Ironbird cis cantik juga dlm hati aku... hehehehe mcm cinta pandang pertama la ni. tapi masa tu belum lagi berputik, bibit2 cinta mula timbul apabila aku tengok video konsert band J- Rock Judy and Mary.. huh bassist dia pakai Ironbird juga... cis cantik juga aku tengok. mcm kebetulan plak masa selalu ternampak Ironbird tengok video clip band Benediction huh gitaris dia pakai Ironbird pastu tengok Dimmu Borgir Ironbird lagi... adei.... masa ni lah bayangan Kelly mulai pudar daripada kotak fikiranku... tiap malam Ironbird plak yang datang menganggu mimpiku... sampai peringkat kritikal aku kembali ke kedai peralatan muzik yg aku minta order Jackson Kelly utk bertanyakan status tempahan ku... tup tap tup tap tengok tersadai dalam cermin huh B.C. RICH NJ SERIES IRONBIRD ... dapatkah anda bayangan reaksi aku masa tu? apa lagi... tanya taukeh tu harga brapa... tup tap ngam then terus aku p bank withdraw duit dan hari tu juga Ironbird menjadi milikku. Rupanya aku mmg takde jodoh ngan Kelly dan akhirnya aku bersama Ironbird.


B.C Rich Ironbird Limited

Masa mula2 pakai Ironbird aku terasa satu aura or chemistry antara kami... masa tu barula aku sedar akan maksud kata2 kawan aku tadi tu... mmg serasi ngam gaya permain aku gitar ni isk isk tak menyesal.. makin lama makin syok aku rasa bila berdampingan dgnnya. Ditakdirkan ada satu hari aku berpeluang bertemu dgn Kelly situ aku ada cuba main nah.. ia menguatkan lagi hujah kawan aku tu... Gitar Jackson dan B.C. Rich mmg sangat berbeza dari segi fizikal drg... Neck Jackson adalah sgt nipis bagi aku dan itu membuatkan aku tak berasa selesa terutamanya semasa aku menggunakan power chord semasa bermain. Dengan itu, ianya telah membuatkan aku sangat sayang ngan Ironbird... tamat bab pertama...  pasni babak pertemuan aku ngan Laney plak...  tunggu yek... cheers terima kasih kerana sudi membaca...

TOP 5 MI SCUSI BEST PHOTO DURING MOBFEST #5 2008, RANAU, SABAH