Tuesday, December 2, 2008

LAMB CHOP EXTREME AGGRESSION [versi Hannibal Lecter]

Masa aku explore laptop adik aku last aku terjumpa gambar masa last day of bulan ramadhan tahun 2006.  Kat dalam folder tu ada gambar aksi aku memasak resepi aku yang paling cult sepanjang zaman... hahahahah apa lagi kalau bukan Lamb Chop kegemaran seisi keluarga. Masa tu kami buat majlis berbuka puasa dikalangan kazen - kazen yang tinggal berdekatan dan masing - masing bawa masakan paling cun dorang untuk disantap bersama. So, aku tanpa segan silu mempersembahkan Lamb Chop untuk di desecrate seisi keluarga...

Korang nampak asap berkepul - kepul tu... fuhhh bau dia .. kuat bau serainya bisa menggugat iman yang sedang berpuasa.

Aku rasa masa tu aku tersimpan lebih kunyit sampai nampak sangat warna kuningnya... marinade pun main express jak tapi juadah tu tetap licin sebelum masuk waktu sembahyang Isyak...

Lepas makan Lamb Chop sempat amik gambar rumah dari luar sambil tengok budak - budak main mercun...

Ni gambar dari depan...

--------------------------------------------------------------------------------

Di pendekkan cerita resepi lamb chop aku hari tu direka khas selepas aku tengok cerita The Hannibal... hahahaha resepi cedok sikit dari travel channel plus dicampur adukkan dgn citarasa aku.. tak tau la sedap ka tidak...

Ok Bahan - bahannya: (ni untuk marinade 6  kg lamb shoulder)

10 biji bawang putih (di kisar)

5 biji bawang merah (di kisar)

3 biji bawang putih (di kisar)

4 batang serai (di kisar)

2 sudu besar serbuk kunyit

Halia korang bajet la aku tak reti nak explain sukatannya (di kisar)

Garam + ajinomoto + madu lebah secukup rasa

1 botol kecil HP sauce

1 botol kecil A1 sauce

1/2 botol kecil lea perrins sauce

1/2 botol mint sauce (kalau korang suka boleh tukar ngan black pepper)

3 sudu serbuk lada putih

3 sudu serbuk kari daging

1/2 botol kecik minyak zaitun

sudah siap semua bahan - bahan tu korang gaulkannya sehingga sebati pastu kasi campak la daging tu kat dalam campuran tu dan kasi perap sekurang - kurangnya 3 jam (paling ngam perapkan selama satu malam)

So, bila dah ready apa lagi korang bakar la sambil masa bakar tu korang sapu2 la lebihan minyak zaitun or air marinade tu kat daging tu supaya ianya tidak terlampau kering.. paling best kalau korang kasi masak medium rare.. fuh terangkat wah cakap lu!!!

Untuk sos cicah masa makan eerrr pandai - pandai korang tapi kalau malas2 nak buat korang amik sos cili or tomato then gaulkan dengan mint sauce.. pun jadik juga tu..sekian untuk kali ni.. selamat mencuba...

No comments: