Thursday, January 15, 2009

JUARA - JUARA KEMBAR - JILID KEDUA

Semasa sekitar pertengahan tahun 1990 -an aku telah terjebak ke kancah perkomikkan. Masa tu aku masih sekolah lagi... Aku dgn beberapa orang kawan rapat dan di antaranya salah seorang band member aku yang enggan namanya disiarkan membuat satu persatuan di mana ahlinya di mestikan melanggan sekurang - kurangnya 2 tajuk komik Hong Kong yang terbit setiap dua minggu. Dengan bilangan ahlinya yang boleh dihitung dengan jari maka kami dapat mengumpulkan beberapa koleksi tajuk komik Hong Kong yang memang meletup macam Mawi pada masa tu. Di antara tajuk kesukaan aku ialah komik Juara - juara Kembar karya Ho Zhi Wen. Fuh masa tu kitaorg memang fanatik ngan pelukis komik Hong Kong yang bernama Tony Wong. Kira dia top abis la masa tu.. kebanyak komiknya mmg laris di pasaran. Juara - juara Kembar ni bagi yang tak pernah baca komik adalah mengisah ttg adik beradik kembar yang dipisahkan dari kecil dan di asuh supaya menjadi musuh apabila mereka besar kelak. Mengapa mereka diasuh macam tu? Hahahaha ini semuanya gara2 dua orang minah cantik yang kecewa kerana cinta mereka ditolak oleh bapa sikembar ni.. hahahahahah punya busuk hati... So, Overall, kisah komik ni adalah berkisarkan ttg kembar ni...




4 gambar di atas adalah di antara watak utama komik ini...

Kalau korang nak baca komik ni... klik pada image utk paparan yang lebih jelas...















Ok, Salah satu sebab mengapa aku buat entri ni adalah, ada suatu masa tu kalau tak silap aku di penhujung tahun 1999 or 2000 kat RTM 2 ada siarkan drama mandarin kalau tak silap aku ttg cerita dlm komik ni. Kira komik ni di terbitkan ke tv la cam citer X men... Tapi aku dah lupa tajuknya... So, aku minta la jasa baik para pembaca sekalian sapa - sapa yang ingat tajuknya tolonglah kasi tau aku pasal aku nak beli/copy or donlod drama ini... hahahahah so, jgn la segan2 kasitau k... Cayunk Korunk.... XoXoxOxOxO

8 comments:

Anonymous said...

tu je ke komik juara2 kembar yg ko pparkn xde yg len ke??

fyzy said...

aku tau ape tajuk die
tp aku nak tau satu benda r
bgtau aku camne nak download citer mandarin aku dah puias cari tp xdpt r
tajuk die spirit master.

faiz said...

nama citer tuh "supreme master" kalau tak silap aku,pukul 6 ptg isnin hingga khamis tv2,kan??mana nak dapat ar citer tuh?aku pun nak tgok balik,tak miss langsung time tuh...time sekolah rendah lak tuh,hahaa...tp tak sebijik sgt,contoh nya kaki judi trio sinar yg dalam komik rambut pendek,tp yg kat dalam tv rambut panjang pastu cam pengemis..kalau dapat share ngan aku skali,email jer,hehe...faizsh2005@yahoo.com

SEON said...

Saya pon dah bertahun cari drama mandarin tu tapi x dpt jumpa jgk, kalo yg xde subtitle tu mungkin ade tapi sy nak cri yang ade subtitle.. tajuk dia ade byk sebenarnyer sbb tu byk org keliru tapi tajuk yg rasmi ialah "The Legendary Siblings" (http://wiki.d-addicts.com/The_Legendary_Siblings) korang boleh periksa kat web tu, ia cuma info tentang cerita ya bukan download link ^_^ masa tgh mencari ade jgk jumpa tpt download tapi malangnya ia di alih suara kepada bahasa vietnam so xde guna jgk kan, subtitle pon xde XD

SEON said...

Oh ye cerita tu jgk ade continue di panggil "The Proud Twins" kalo x silap kna buat tahun 2005, citer nie plak bersambung dgn kelahiran anak puspa and bilis wira :) sbnarnyer citer nie mmg kna buat byk versi.. ade jgk versi kantonis, tp sy lebih suka yg mandarin versi 1999 yg kna tyg kat tv3 tu..sebab sy suka pelakon dia "Alec Su sebagai PUSPA dan JImmy Lin sebagai BILIS WIRA".. dorg tu mmg sesuai sgt hehehe (^_^)

JAIRO said...

seoan : aku pun cari versi alec su dan jimmy lim tu ... versi tu macam lebih happening... kekekekeke ada pernah jumpa kat kedai sewa dvd tapi takder subtitle la plak isk.... nanti kalau sapa2 jumpa tolong share link drama ni k.. thanx

Anonymous said...

dah jumpe..hahaha!!!
check this out...
doramax264.com/5110/the-proud-twins/

Anonymous said...

Salam... saya nk kongsi sedikit info tnntang komik ni... sebenarnya drama dan komik2 kisah ni semuanya diadaptasi dari novel klasik China The Legendary Twins karya Gu Long... Jadi tidak timbul komik ni tiru komik ni, komik tiru drama atau drama dikomikkan... sbb dulu mmber saya pernah kata Juara2 Kembar (90an) tiru hmpir 100% komik Dendam Kesumat (80an) karya Tony Wong... bagi saya, kedua2 komik ni best wlaupun jalan cerita sama, tapi kreativiti dan cara prsmbahan bbeza mmbuatkan kdua2nya seronok dibaca... indahnya zaman kgemilangan komik ni...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT