Wednesday, December 21, 2011

MI SCUSI: PRINCIPLES & STANDARD OPERATION PROCEDURES



  Mi Scusi aku anggap adalah sebagai sebuah organisasi. Organisasi ini terdiri daripada beberapa individu yang mempunyai ideology serupa terhadap muzik Horrorock. Sejujurnya kami tidak pernah mengkategorikan genre muzik kami secara spesifik. Bagi kami genre Horrorock digunapakai apabila ada orang yang bertanya apakah genre muzik bawaan kami. Apa yang berlaku sebenarnya kami bermain mengikut rasa hati kami tanpa mengambil peduli genre muzik yang spesifik.

 
Kesemua ahli Mi Scusi ada / pernah terlibat dengan beberapa kumpulan yang berpaksikan genre METAL atau lebih spesifiknya DEATH METAL. Macam aku memang ramai tahu aku terlibat secara langsung dengan Kumpulan MANGGAS. Manakala Cho gitaris Mi Scusi terlibat dengan beberapa buah band sepernti DEMIZER, VICIOUS ENTITY & KALABANGAN, Mie drummer dengan Vicious Entity & Psycho Poser dan Zul sebagai Bassist pernah bermain bersama Desperate Contraceptive  sebuah band Grindcore yang aku lupa namanya.
 
Berdasarkan latarbelakang aktiviti muzik inilah menyebabkan banyak pihak telah / pernah mengkategorikan Mi Scusi adalah sebuah kumpulan METAL. Hakikatnya Mi Scusi ditubuhkan kerana kami mahu mencuba sesuatu yang bukan METAL. Secara peribadi aku bukan seorang peminat tegar muzik METAL. Jika ditanya aku lebih selesa mengatakan yang aku lebih ke arah genre PUNK!!!! Apa yang kami pasti direction muzik Mi Scusi adalah merujuk kepada band seperti THE MISFITS, BALZAC, MURDERDOLLS & RAMONES. 4 Band ni rasanya sudah cukup untuk menyatakan prinsip muzik Mi Scusi.
Sebagai sebuah organisasi, Mi Scusi mempunyai Standard Operation Procedures (SOP) nya yang tersendiri. SOP ini adalah satu plan dan kontengensi di dalam memastikan pergerakkan Mi Scusi akan sentiasa lancar sepanjang masa. SOP Mi Scusi selalunya (kadangkala ada tukar ikut kesesuaian) adalah seperti berikut:

1. Sekurang - kurangnya 1 sesi rehearsal penuh di dalam studio setiap bulan yang mengambil masa dua jam / sesi. (selalu 2 sesi sebulan).

2. Peralatan & Aksesori (gitar & effect dan  yang berkaitan) diselengara sekurang kurangnya 2 kali sebulan (atau mengikut keperluan). lni adalah meliputi setup gitar, notation, tukar string (tugasan ni selalunya dilakukan oleh gitar tech Mi Scusi), Ya... kami mempunyai gitar tech....

3. KETEPATAN MASA adalah sangat penting untuk Mi Scusi. Selalunya kami akan tiba sejam ataupun 30 minit lebih awal daripada masa yang telah ditentukan. Ini termasuklah ketibaan kami di venue - venue tempat kami bakal beraksi. So, organiser jangan terkejut kalau kami tiba awal dari anda...

4. Segala perbelanjaan pengurusan dan aktiviti adalah dibuat secara kolektif.

5. Kami jarang menerima tawaran last minit. Semua aktiviti berkaitan Mi Scusi adalah dirancang lebih awal dari tarikh yang sebenar. Sangat jarang berlaku aktiviti impromtu... jadual latihan selalunya sudah dibuat 2 atau 3 minggu lebih awal. Untuk gig selalunya kami menerima tawaran yang telah dibuat sebulan lebih awal dari tarikh gig.

6. No jamming a night before gig!!!! masa tu line up akan dikuarantin supaya semua cukup tidur dan rehat.

7. Line up yang tidak dapat menyertai mana - mana persembahan perlu menyediakan penggantinya dengan lebih awal supaya latihan intensif dapat dilakukan bersama sessionist tersebut.

8. Segala perbelanjaan sessionist semasa latihan dan persembahan adalah ditanggung sepenuhnya oleh Mi Scusi. Buat masa ni Mi Scusi ada dua orang sessionist tetap sebagai back up kepada current line up.

9. Untuk jemputan gigs selalunya kami meminta syarat tertentu seperti:
  • Sekurang - kurangnya kami diberi masa 15 minit untuk sesi soundcheck
  • Paling kurang 20 minit untuk masa persembahan kami. No Such thing korang main 2 lagu - 3 lagu!!! Ini kerana setiap kali kami beraksi kami hanya akan membawa lagu sendiri cover song hanya dipersembahkan jika ada permintaan dari rakan - rakan yang hadir. (Mi Scusi tiada peminat tapi hanya ada rakan - rakan yang menyukai dan menyokong muzik kami)
  • Organiser kena info awal masa soundcheck & slot kitaorang lebih awal supaya kami dapat tiba tepat pada masanya
  • Organiser juga kena info kepada Mi Scusi tentang equipment yang disediakan semasa gig supaya Mi Scusi dapat bersedia dengan pra konfigurasi multi efek yang digunakan. Selalunya kami juga akan membawa equipment sendiri termasuklah amplifier.
  • Mi Scusi perlukan 6 pass masuk untuk band member dan juga roadie...
  • Soal bayaran kami jarang ambik port kerana duit bukan tujuan kami di dalam bermain muzik. Cukup la sekadar belanja makan (AWAS AHLI - AHLI MI SCUSI SANGAT TERKENAL DENGAN KELAHAPAN MEREKA DI MEJA MAKAN)
  • Walaubagaimanapun, untuk show diluar kawasan kami selalu request organiser support tambang dan tempat tinggal untuk kami...
 10. Pastikan tune dan notation guitar tip top sebelum latihan ataupun show dan jangan lupa bawa back up equipment manalah tau tetiba putus tali ker ataupun yang berkaitan...

------
Aku pasti akan ada orang yang berkata "wow syarat macam pro/artis etc... tapi band tak ke mana pun... kuar tv pun tak pernah..."

Jawapan aku "kami main muzik adalah untuk kepuasan sendiri... ada org suka hanya bonus untuk kami kalau takder kami tak kisah kerana inilah yang kami buat dari hari pertama penubuhan Mi Scusi".

Kami mempunyai kerjaya tetap sendiri sebagai punca pendapatan dan Mi Scusi ditubuhkan bukan untuk cari makan. Namun ianya bukanla suatu yang boleh dipandang remeh. Komitmen sgt dititikberatkan.

Mungkin kerana ini la kenapa kami tidak pernah rilis sebarang proper material even kami mempunyai berpuluh lagu sendiri.

Apa2 pun yang penting hati kita mau happy!!!!!


-----

p/s: Mi Scusi Logo By: Ir'one Gravefixx