Masa cuti Krismas baru - baru ni aku ngan band member aku (line up Mi Scusi) dan juga beberapa orang rakan telah membuat satu trip memancing di sekitar kawasan perlabuhan Kota Kinabalu dan area yang berdekatan Kg. Likas. Masa tu suasana agak berangin dan alunan ombak agak kuat juga. Kalau diikutkan keadaan masa tu mmg tak sesuai untuk p memancing. Tapi kitaorang tak peduli, kira kami nak berehat sebentar dari bingit musick kami di studio. Untuk menyegarkan buah pikiran di dalam bekarya maka kami memilih memancing untuk mendekatkan diri dengan alam sekitar yang mungkin akan dapat memberi ilham kepada kami. Seperti kisah Teman Sipaemancing sebelumnya aku beroleh ilham di dalam membuat lagu Sundal Bolong maka secara peribadi trip kali juga akan dapat memberi aku sedikit ilham.
Gambar: Setelah menunggu lama namun umpan yang dilontar tadi tidak di sentuh oleh sang ikan, lantas Zul mengirim sistem pesanan ringkas (SMS) kepada ikan2 di laut supaya jangan segan silu utk menjamah umpannya heheheheh. SMS on IKAN then antar ke 33222 hahahahaha
Gambar: Aku posing berpura - pura seperti kail kena makan ikan besar walaupun secara realitinya tali pancing aku telah tersangkut di celah2 batu akibat di bawah oleh arus ombak yang kuat hehehehehehehe... Namun tindakan itu, boleh menarik perhatian para pemancing yang lain (drg ingat pancing aku kena makan ikan besar hehehehe)
Gambar: Ni En. Berahim juruteknik Mi Scusi semasa gig dan studio juga merangkap pemain drum simpanan heheheheh. Pada malam tu beliau menjadi tokan umpan utk kita orang memancing dan juga radar manusia untuk mengesan lubuk2 ikan (maklumlah kami tak mampu nak beli radar sonar tu) memandangkan beliau mempunyai pengalaman yang luas di arena pemancingan ini.
Pancing punya pancing tetiba Zul bersuara, "Eh ni ndak boleh jadi ni, ikan di laut kenyang makan umpan kita tapi haram sekor pun takde kita kasi naik. Apa kata kita plak yang cari makanan? heheheh lapar la..." kata - kata beliau itu terus di sokong oleh Cho (Gitaris kitaorang) dengan iringan ketawa ala - ala Sundal Bolong. Mula - mula aku cadang nak makan di McD pekena Quater pounder tapi atas faktor kewangan kami sepakat utk makan "Nasi Embak Kg. Likas" heheheheh mmg bajet makan ni dua ketul cikinwing ngan sambal ngan sup kosong ngan nasi putih ditambah layanan mesra ianya cuma berharga RM3.00 sepinggan.. ok kan? Korang nak tau resepinya? hahahahah nanti aku buat entri pasal resepi nasi embak ni.
Gambar: Nasi Embak 2 Ayam, korang boleh minta berapa ketul korang nak tapi untuk ni ianya berharga RM3.00 makin banyak ayam maka makin tinggilah harganya. Di Gambar ni adalah gambar sebelum nasi itu di desecrate oleh horror troops Mi Scusi.
Gambar: Gambar selepas hehehehe no komen la... aku hairan napa tetiba boleh banyak tulang ayam dan piring kosong di sekeliling... kitaorang mmg innocent pada malam tu... mungkin ini adalah bukti kerakusan manusia di alam yang fana ini... Kisah nasi tu berakhir dengan aku kena bayar RM24.00 untuk bayar jumlah yang kami makan malam tu hehehehehehe
Gambar: Gambar selepas hehehehe no komen la... aku hairan napa tetiba boleh banyak tulang ayam dan piring kosong di sekeliling... kitaorang mmg innocent pada malam tu... mungkin ini adalah bukti kerakusan manusia di alam yang fana ini... Kisah nasi tu berakhir dengan aku kena bayar RM24.00 untuk bayar jumlah yang kami makan malam tu hehehehehehe
Gambar: Senyuman riang sesudah kenyang, pastu Zul takde merungut lagi ttg umpannya yang tidak dimakan ikan
Aktiviti malam tu kami teruskan dengan berpindah lokasi ke bawah jambatan menuju Yayasan Sabah yang mana terletaknya muara sungai Kg. Likas. Masa ni Mie (drummer kitaorang baru sampai join sekali) dan diikuti oleh seorang rakan rapat kami En. Sharil Sartul
Gambar: Mie dengan eksyennya menunjukkan hasil tangkapannya pada malam tu walaupun ikan itu sebesar logo Liverpool kat bajunya.
Gambar: Sharil berfungsi sebagai manusia penghalau nyamuk kami pada malam tu dengan menhembuskan asap rokok Marlboronya kearah habitat - habitat nyamuk yang bedekatan.
Secara keseluruhannya pada malam tu kami tidak dapat meraih hasil. Mungkin belum rezeki kami namun trip memancing diakhiri dengan riang ria dan gelak ketawa dan semua ahli rombongan bersetuju untuk berkumpul di rumah aku untuk layan dvd Kreator Violent Revolution Tour.... Sekian terima kasih
p/s: dua tiga hari lepas trip ni kami dapat buat sebuah lagu baru yang belum bertajuk... heheheheh lirik pun baru separuh siap... hehehehehe
p/s: dua tiga hari lepas trip ni kami dapat buat sebuah lagu baru yang belum bertajuk... heheheheh lirik pun baru separuh siap... hehehehehe