Wednesday, January 28, 2009

MARI KITA TENGOK VIDEO...

aku suka sgt dengar lagu ni ... korang macamana? 
Tajuknya: Jij bent mijn leven ... err ada sesapa yang tau maksudnya?

WAYANG MAUT: REVIEW YANG SEJUJURNYA...

Ini adalah kali kedua aku menulis tentang filem "MAUT" arahan Bade Hj. Azmi. Jika penulisan pertama aku yang lalu dibuat sebelum aku menonton wayang akan tetapi kali aku menulisnya selepas aku menonton... Heheheh barulah adilkan? Oklah dalam wayang ni menceritakan tentang 3 kisah dalam satu. Yang mana kisah tersebut berlaku pada bulan Sya'ban, Ramadhan, dan Syawal.

Kisah Pertama:

Kisah sorang pelajar Kolej yang didatangi roh seorang gadis. Roh tersebut kononnya tak tenteram kerana jadi mangsa rogol dan bunuh. Watak roh tersebut tak banyak guna skrip. Cuma guna mimik muka sajer hahahah. Kalau aku terserampak ngan hantu muka camtu memang aku p tanyalah roh tu... "Akak ni cirit  -birit ka? Muka macam tahan taik jak?" Hahahahaha betul wa cakap lu... Kekadang aku kesian jugak tinguk pelakon tu cuba nak buat expressi muka hantu.. tapi errrmm tak seram langsung... Tapi kita kena pandang positif... Maut ni bukannya filem seram akan tetapi filem dakwah... Oleh itu, pengajaran yang aku dapat daripada cerita pertama adalah seperti berikut:

1) Kalau naik bas malam2 ada sorang budak pompuan mukanya macam orang nak berak... baik terus blah... pasal budak tu adalah roh orang yang dah mati... (watak utama kena ikut oleh roh tu pasal dorang terjumpa kat dalam bas).

2) Jangan buat kecoh kat balai polis kerana negara kita ada peraturan (merujuk kepada watak bapa budak perampuan yang mati kena bunuh tu semasa dia nak pelangkung kepala boifren anaknya)

3) Kalau nak bawa awek p lunch dengan menaiki skuter pastikan anda datang awal. Janganlah terlambat kerana alasan berjumpa ngan profesor sudah tidak relevan pada masa kini. (merujuk kepada watak lelaki yang kaki pompuan di dalam cerita ni)

4) Kalau anda rasa sesuatu yang mencuriga sedang berlaku di tempat anda berada cepat2 hubungi pihak polis supaya jenayah dapat di benteras (merujuk  scene kat kubur masa dorang jumpa mayat budak pompuan yang hilang tu)

5) Hapuskan sebarang bentuk keganasan terhadap wanita dan kanak - kanak... (aku mmg sangat anti dengan kes rogol bunuh ini)

Kisah Kedua:

Ni plak adalah kisah seorang pramugari yang melampau di bulan ramadhan, pelakon dalam part ni sumernya cun dan seksi2 belaka... Mengisahkan cerita seorang pramugari yang menjalankan cara hidup orang barat.. kira dia ni American Lifestyle la... hahahahaha pakwe dia sorang mat saleh yang diawal cerita mereka mengadakan pesta minum2 arak sempena menyambut kepulangannya ke tanah air selepas bertugas... Ikut skripnya pramugari tu beli arak tu kat neraka... fuh!!! memang sesat la penulis skrip ni... mana  ada orang yang masih idup boleh sampai kat neraka.. lain dia dah di timbang amalannya... aku rasa mmg dia sedang khayal masa tulis skrip.. insaf la kau!!! Setelah bosan hidup bersekedudukan pramugari dan boifrennya itu mengambil keputusan untuk berkahwin. Perkahwinan mereka mendapat restu dari orang tua pramugari tersebut setelah dibagi rasuah berbentuk hadiah yang di Beli dari Milan... Masa kenduri kawin, drg mmg cover line abis dan sangat bersopan santun ... pas parents nya balik apa lagi let's the devil party begin... Mmg layan minum sampai mabuklah dorang tu hahaha sampai satu part si pramugari ternampak husband dia curang dengan mengayat awek lain yang hadir pada party tu. Gaduh punya gaduh... Sambil layan mabuk dan memandu sambil tangan meraba - raba kotak rokok Dunhill yang sudah habis stereo FMnya tetiba memain suara azan menandakan masuknya waktu sembahyang fardhu Isyak (aku rasa)... Dengan muka mendengus dia try nak tukar cenel... cehh evil la tu konon tak nak dengar azan... cenel tak dapat tukar then terus dia bantai tukar CD plak.. tiba - tiba dia berjalan ke Masjid dengan memakai telekung ikut orang nak p sembahyang.. Uiks pelik kan?

Ok takper mungkin masa nak tukar CD tu.. dengan keadaan mabuk mungkin pramugari tu baru tersedar yang dah masuk waktu sembahyang.. mungkin dia check kat bonet keta dia ada plak telekung so.. rasanya dia singgah sekejap kot nak sembahyang sama. Syabas utk pembuat filem ini... Memang cun korang punya cerita. On the p masjid pramugari tu tumbang terus koma dihantar oleh sorang remaja pompuan yang mukanya macam orang putih jugak dan suka ponteng puasa bersama rakan - rakannya yang sudah mengalami period selama hampir dua minggu.

Sedar dari koma pramugari tu bercerita ttg siksaan yang dialaminya akibat perbuatannya yang lampau mmg insaf la citer ni sampai budak pompuan tu takut nak ponteng puasa... Malahan pramugari tu punterus insaf dan memakai tudung tanda yang dia sudah bertaubat... heheheheheh cun kan ceritanya.. wa cakap lu tak rugi korang tengok kat panggung... sampai ada beberapa orang yang duduk kat sebelah aku tu ... blah sebelum wayang tu abis dimainkan. mungkin dorang berasa ngeri dan terus nak balik utk bertaubat... harap begitula hendaknya... Amin...

Pengajaran yang aku dapat dari cerita ini adalah:

1) Jangan minum arak ... berdosa tau...

2) Janganlah kita ikuti kehidupan masyarakat barat tu... Takde faedahnya...

3) Jangan buat parti arak masa anda hendak berkahwin nanti pasangan anda curang...

4) HORMATILAH AZAN...

5) Walaupun muka korang macam orang putih, namum korang kena puasa juga (utk yang muslim)

Kisah Ketiga:

Ni bulan Syawal punya cerita...

Malas aku nak komen byk2... nanti orang ingat aku ni black metal sesat plak.. dan pasal ni dah mmg aku review dalam entri aku yang sebelumnya.. kira hampir tepat jugala tekaan aku. Bagi aku cerita kisah ketiga ini ada tanggapan yang tidak tepat dan ianya hanya buatan sipembuat cerita tanpa sebarang rujukan yang tepat... Namun ia masih dapat memberikan pengajaran yang positif kepada semua... (pemuzik dalam citer ni tiada pun memainkan sebarang musick black metal.. melainkan musik elektronik yang emo ala2 Nine Inch Nile dan Marilyn Manson heheheheh)...

Pengajaran yang aku dapat:

1) Jangan pasang lagu black metal di malam takbir raya... dan hormatilah tetamu yang datang berkunjung kat rumah mak bapak anda (ala tak black metallah duduk kat rupa parents... Ikut macam dorang band Darkthrone drng yang black metal tinggal sendiri kat dalam hutan sendiri2 baru la true hahahah)

2) Jangan buat tatto yang mengarut kat tubuh badan anda.. nanti kena kutuk oleh kengkawan... (bagi yang muslim bukan sahaja berdosa anda juga akan jadi mangsa kutukan di dunia dan akhirat) Tatto black metal dia adalah tatto kerbau hidung kembang hahahahahah....

3) Kalau anak2 nak sembahyang jangan dilarang.. nanti anak tu jadi ahli kumpulan black metal... merujuk scene masa mamat black metal tu masih kecik dia nak sembahyang tetapi dilarang oleh parentsnya... huh brutal sungguh parents gitu.. tak hairan la anak dia pun jadi setan ... macam lagu kumpulan Deicide kot "Satan Spawn De Caco Deamon..." hahahaha.. Sebagai ibu bapa kita seharusnya membimbing anak - anak kita melakukan perkara yan diredhai Allah S.W.T.

4) Don't drink and drive.. nanti terhumban kat sungai... mati masuk neraka...

Kesimpulannya:

Kalau diikut secara keseluruhannya mesej yang hendak disampaikan di dalam cerita ini adalah tidak begitu jelas.. Kira pengajaran dan tauladan tu tak sampai sangat ngan penonton.. Ada masa tengok wayang tu penonton siap gelak pasal tengok citer tu.. hahahah Napa gelak? Sedangkan citer seram (betul ka seram?)... Itu adalah tanda mesejnya tak sampai. Aku tak salahkan si pembuat cerita ni 100% kerana dengar kabar cerita menjalani proses tapisan yang sangat kejam dari FINAS sampai 8 babaknya dipotong... Napa ya? Mungkin inilah sebab mengapa ada beberapa babak kat wayang ni nampak pelik... isk apalah FINAS ni tak sporting langsung... Aku tengok citer omputih tu lagilah melampau ganasnya tahyul mmg taraf blasphemy punya tahyul.. pun lepas jugak... apa la dorang ni..

Tapi aku nak puji satu aspek dalam wayang ni... Aku rasa semua jurukamera kat negara ni patut ambik contoh kerja Bade Hj. Azmi ni.. Teknik camera dia mmg cun la.. Aku tabik berabis apa boleh buat saja jalan ceritanya macam sial... kalau mmg meletup la cerita ni... Walaubagaimanapun syabas la kerana anda terpikir utk menyedarkan masyarakat kita yang semakin lali ini... teruskan usaha anda... Hentikanlah bikin citer yang ntah hapahapa...

Friday, January 23, 2009

REVIEW NATHIAS ZINE DEBUT ISU 1993

Dua hari lalu aku menyelongkar almari lama untuk mencari buku resepi memasak yang aku kompile sendiri beberapa tahun yang lalu. Namun lain yang aku cari lain  pula yang aku dapat.  Masa tu aku terjumpa beberapa keping koleksi zine underground aku yang dikumpul sekitar awal tahun 1990an... Aku bercadang nak review zine - zine yang aku jumpa tu dengan tag "Special Issues". So, untuk edisi special isu yang pertama ni aku nak review zine  Nathias  Isu 1.

Gambar: Muka depan Nathias Isu Pertama
Zine ni dihasilkan oleh saudara Sufian bersama rakannya Madi dimasa beliau sedang menuntut dlm sebuah IPTA di Selangor dan ianya diriliskan pada bulan March tahun 1993. Nathias zine ini diriliskan dalam bahasa English yang mana editornya sendiri menyatakan secara peribadi kepada aku baru - baru ni yang english dia masa tu broken tahap dewa... hahahahah . Walaubagaimanapun, aku rasa tahap kira cun la jika banding ngan aku pada masa tu english merayap abis hahaha (aku hanya pandai ckp english pada tahun 1999) hahahaha pengakuan jujur dari aku. Secara peribadi, aku menyenaraikan zine  Nathias ni sebagai manuskrip underground aku... (Pian aku bukan nak bodek...) napa aku cakap manuskrip  underground aku? Hahahaha utk rekod... Zine Nathias ni la zine pertama yang aku miliki. Masa tahun 1993 zine seperti ni adalah sangat sukar utk di dapati di negeri Sabah dan aku hanya memperolehi naskah Nathias ni dari Saudara Khairul Marwan a.k.a Karl (mana suda kau bro?) yang juga rakan kampus saudara Sufian. 
Selain daripada itu, Nathias juga la yang mendorong aku untuk menghasilkan fanzine aku sendiri iaitu Skull Zine yang di riliskan pada penghujung tahun 1993 dan ada beberapa sumber mengatakan Skull Zine aku ini adalah zine yang pertama rilis di negeri Sabah. Sejauh mana kebenaran fakta tu aku tak tau dan aku tak berani nak claim sebagai editor zine yang pertama di Negeri Sabah. Setahun selepas tu nama Skull zine di tukar kepada Skull Of Kuliraha yang mana nama ini di gunakan pada isu yang kedua. ok tutup citer pasal skull zine yang crap tu... kita sambung citer Nathias plak.

Gambar: Interview Dgn Kumpulan Mentor dari Sarawak, Malaysia
Untuk isu pertamanya, Nathias pada masa tu menyajikan interview band - band underground dari luar dan dalam negeri seperti Demigod (Finland), Mentor (M'sia), As Sahar (S'pore), Angelkill(USA), Battuwar (M'sia), Nordor (Greece), Martyrdom (S'pore), Twilight  Emperor (M'sia), Apostasy (M'sia), Deathcult (USA), Legion Of Doom (Greece), Nebiras (M'sia), Vrykolakas (S'pore), Sputum (M'sia), Sil Khannas (M'sia), Beheaded (S'pore), Mortoury Drape (Italy) dan Theocracy (M'sia). Dijual dengan harga RM6 / USD5 dengan ketebalan 75 Mukasurat termasuk kulit (assignment paper apa ni pian?)

Gambar: Tahukah Anda? Mentor adalah band project line up band Vormit
Pengunaan bahasa english sepenuhnya di dalam isu ini tidaklah menjadi halangan kepada aku untuk terus membaca Nathias. Walaupun aku merangkak - rangkak masa membaca namun diakui bahawa editornya telah menggunakan bahasa english yang paling simple. Masa tu aku ambik semua kontek yang ada terkandung di dalam zine ni dan tulis surat kepada dorang. Masa nilah era permulaan perkembang network underground aku di mana dekat 70% band yang di kontek telah memberi respon termasuklah band Sil - Khannas hahahah (masa tu aku nak interview dorang tapi pakcik Jaei balas surat aku kata taknak di interview dan suruh aku belajar baik2 kat sekolah hahahahaha nanti aku cari surat tu dan scan  & post kat sini hehehe). Dari Nathias la juga aku mula belajar nak order2 demo dan fanzine hahahaha teringat plak ada sesetangah order aku tu kena rip off hahahaha. 
Banyak band yang kena interview kat dalam Nathias telah menjadi band yang besar pada masa kini. Tak perlulah aku mention band luar negara nun jauh cukup sekadar yang dekat ngan tempat aku seperti Sputum, Mentor (band ni tak jadi tapi aku sebut pasal ianya ada kaitan ngan band Vormit), As Sahar (ni dari s'pore mustahil mat metal Malaysia tak kenal), Nebiras (Black metal abis ala ala Darkthrone) dan akhir sekali band death metal tersohor kat Malaysia iaitu Sil Khannaz. Citarasa editornya boleh dikatakan tinggi dan terus - terang aku katakan hampir semua band yang di interview dlm isu ni best. (sekali lagi nota utk Pian *aku bukan nak bodek).
Gambar: As Sahar diawal kemunculan  mereka
Dari awal lagi aku ramalkan bahawa band As Sahar ni akan menjadi ikon music tempatan walaupun dorang ni dari Republik Singapura. Interview ini di jawab oleh En. Malik Hanael yang mana dalam interview tersebut beliau menceritakan tentang kenapa band Ethos berkubur dan digantikan dengan As -Sahar. Selain itu, beliau juga menyatakan rasa tidak puas hati beliau dengan keadaan underground movement di Republik Singapura yang berpecah belah dan saling kondem mengondem antara satu sama lain. Masa ni rasanya banyak band Hardcore datang dari Republik ni.

Gambar: Malik Hanael (Kiri)  & One Barchiel (Kanan) masih muda remaja
Bila aku perhatikan gambar di atas hahahah fizikal mereka jak yang berubah. Hahahaha memang masih muda remaja menurut Malik lagi di dlm temuhramah bersama Nathias, One Barchiel masa ni masih bersekolah lagi hehehehehe. Korang perasaan dua bloodbrother ni... stail dorang kat stage tidak berubah kan dari dulu hingga sekarang. Maksud aku body gesture  dorang tu kalau korang tengok gambar dalam myspace dorang hehehe lebih kurang jak stailnya.. terutamanya cara Si Malik gentel gitar Bassnya heheheh.

Gambar:  Angelkill dari USA
Angelkill band Black / thrash ala - ala venom dari USA ni antara band yang menarik perhatian aku pada masa tu. Aku sempat berkontek ngan Blakk (gitarist/vokalis) namun ianya hanya untuk beberapa pucuk surat sahaja sebelum kami terlost kontek... Sebabnya? Mungkin si Blakk ni tak paham apa yang aku tulis kat surat hahahah macam Abg. Ben cakap english Kamikazi hahahaha.

Gambar: Biograpi Martyrdom 
Seterusnya juga band Grindcore kegemaran aku dari Republik Singapura. Band Martyrdom pimpinan saudara Azli hahahah kalau tak silap si Azli ni ada buat satu band death metal yang bernama Doxomedon betul ker? Tolong betulkan.

Gambar: Martyrdom - dari kiri Ahmad (bass), Imran (guitar), Johanis  (vocal) dan Azli (drum)
Temuramah dlm zine ni dijawab oleh Mr. Azli yang mana beliau mengkritik kerajaan republik tersebut kerana peraturan yang terlalu ketat di dalam membuat sesebuah gig. Rasanya masa tu mana - mana interview band dari Singapore memang komplain pasal perkara ni... hahahahaha tapi sekarang mungkin ianya sudah berubah. Kalau tidak kenapa banyak band2 besar  antarabangsa datang berkunjung ke Kota Singa itu...

Gambar: Nebiras - era As The Skies Turn Black...
Masa tu aku tak tau lagi Nuctorno Belial tu adalah En.Aziz editor zine tersohor Malaysia Vortex From The East. Namun dalam interview ni Aziz a.k.a Nuctorno Belial belum bijak untuk menjawab soalan interview yang ditujukan kepada bandnya. Mungkin kerana dia biasa menginterview jak heheheheh dan jarang kena interview...

Gambar: Sputum - Sarawakian Grindcore
Interview ni dibuat selepas dorang release demo pertama yang berjudul "An Enormous Feeling Of Hatred" pada julai 1991. Pengaruh Napalm Death era album Scum amat pekat di dalam band ini hehehehe

Gambar: Sputum Era "An Enormous Feeling of Hatred..." Macho juga dorang ni kan? Aaaauuwww

Gambar: Interview Sil - Khannaz
Seperti As Sahar, Sil Khannaz juga aku ramal akan menjadi sebuah band yang besar hahahaha masa interview ni dorang baru nak rakam album pertama dorang yang berjudul Conception of Madness (antara all time fav. album aku). Masa tu Jaei yang mewakili sil khannaz belum pasti nak kasi tajuk apa.. Conception of madness hanyalah satu kemungkinan pada masa tu... 


Gambar: Logo lama Sil Khannaz... masa tu masih ejaan Sil Khannas
Masa tu mmg old skool abis la.. ngkorang perati betul2 alamat Sil Khannaz masa tu adalah alamat rumah paling terkenal di dalam sejarah underground Malaysia (cedok ayat dari ROTTW) iaitu rumah 121 - c di Brickfield... Mungkin di rumah ni la juga terbitnya idea Aru (Koffin Kanser) utk menubuhkan band reggaenya yang bernama Republik of Brickfield.

Gambar: Cuba fokus baik2 heheheh umur dorang masa tu masih awal 20 an... hehehe

Gambar: Interview Bersama Mortuory Drape dari  Italy
Kenapa aku highlight band black metal dari Italy ni? hahahah gara - gara dorang la aku banyak dapat dapat kontek dari Italy. Kalau nak cakap kamcing ngan dorang takder la... utus surat pun sekali jak tapi dorang adalah contact aku yang pertama berasal dari Italy. Aku kirim dia flyers aku dalam 200 keping heheheh minta tolong spreadkan... hahahaha dari situ jugalah aku berkenalan band Atmospheric Death metal Opera IX. Hahahah ngan Opera IX ni mmg kami sgt lama berkontek dari belujm dorang ada demo hinggalah released album kedua kalau tak silap aku then lost kontek lagi 

Gambar: Bio Band Doom Metal Malaysia - Modar

Gambar: Section Review demo
Rata - rata stuff yang direview di dalam Nathias ini adalah stuff band yang feature dalam isu pertama ni. hahahahaha dapat free copy ka bro? Selepas ruangan review adalah section paling kult dalam zine dulu2 iaitu ruangan menampal flyers hahahaha sila perhatikan flyers2 di bawah manalah tau ada flyers korang terselit.

Gambar: Flyer Vormit masa demo pertama

Gambar: Flyers Band Death Metal Dari Sweden Vermin
Untuk band Vermin ni aku ada kontek dorang ada aku ada kumpul dua demo dorang iaitu yang first demo Scum of The Earth dan yang kena promo dalam Flyers tu Life is Pain. Wakil dorang Mathias Adamson (guitarist kalau tak silap aku) mmg cool orangnya dan murah hati macam - macam stuff dia kasi aku termasuk beberapa keping gambar bogel hahahah ntah gambar tu kat mana suda.. kalau tak silap kawan aku dah kebas hehehehehe

Gambar: Mesti korang familiar ngan Zine Holocaust dari Poland.. Flyers ni utk isu yang kelima

Gambar: Nak order baju Benediction? hahahahah harganya USD18 masa tu

Gambar: Mortoury Drape juga tidak ketinggalan nak jual merchandise dorang

Gambar: Masih ingat dengan label ni?

Gambar: Ni plak Cover belakang Nathias Isu Pertama

Hahahahah macam? Aku harap entri ini dapat mengimbas kembali mat - mat metal yang membaca post ni. Kepada yang tak paham takpe korang skip yang entri ni p la usha resepi memasak aku (klik sini). Ada beberapa fanzine yang lain akan aku review pada masa akan datang bergantung kepada masa kau k... Sebenarnya aku nak dokumentasikan Nathias Zine ini dalam bentuk pdf. file... tapi aku nak tunggu kebenaran dari editornya En. Sufian..(boleh ka bro?) Kepada pembaca harap korang betulkan aku jika terdapat kesilapan fakta di dalam entri ni k... cheers .. riang - rianglah selalu...

p/s: Utk pengetahuan korang, En. Sufian ni ada buat web yang berkaitan ngan muzik juga. hehehe Kesinambungan Zine Nathias beliau la... Kalau korang tak caya cuba korang klik kat SINI.