Kita semua mesti pernah terlupa kan?? ala standard la manusia ni mmg ada built in penyakit lupa pasal tu kita kena saling ingat mengingati di antara satu sama lain. Tapi kekadang kita akan berjumpa dgn golongan yang penyakit lupanya yang agak kronik yang kadang - kadang benda yang dorang lupa tu boleh effect kat kita. Sebagai contoh... kita buat group report then kita agih2 kan kerja ikut expertise masing - masing bila dekat nak dateline kita kena review then complie ala standard la prosedur camtu. Then kita assign someone utk print out dan prepare presentation slide.. Everything on track should be no problem la .. then when the time has come kita nak present benda tu tetiba jer member yang ditugaskan ni kata dia lupa print out report tu dan presentation slide tinggal kat rumah pasal dia ingat nak submit minggu depan.. huru hara jadiknya...
(p/s: cerita ni adalah hasil gabung dari beberapa individu yang mempunyai masalah yang sama aku kompile citer drg jadi satu watak imiginary friend aku)
Nak dijadikan aku ada kenal sorang yang mempunyai sindrom lupa yang serius... kekadang boleh marah kita dibuatnya tapi aku tau dia tak sengaja dan turut simpati dgn masalah pelupa yang dialaminya. Sebagai rakan aku berusaha utk mengingatka dia perkara - perkara yang penting dan aku juga turut berusaha utk mengatasi masalah lupanya... bayangkan berapa kroniknya masalah pelupanya sehingga perkara yang berlaku beberapa puluh minit yang lalu pun boleh terhapus dari ingatan beliau.... so, sebagai seorang rakan aku sgt prihatin akan tahap pelupanya itu dan teringin utk membantu supaya penyakit lupanya itu boleh di kawal aku risau gak nanti sampai tahap dia lupa kat mana rumah dia (ni bukan kes lupa diri... mmg lupa tak ingat...)
So, aku pun belikan dia sebungkus / botol kismis (utk makan supaya tingkatkan daya ingatan) dan sebuah dairi planner (bukan belikan tapi bagi pasal planner tu aku dapat free dari agen insurance aku...) so, setiap ada nota penting or kerja2 penting aku akan berusaha sebaik mungkin utk ingatkan dia utk tulis kat diari (walaupun tak 100% lebih 60 % pun jadilah) supaya dapat dirujuk apabila dia tak ingat.... then nak buat claim perjalanan ker ot ker dan monthly report duty pun semua all in one bleh rujuk kat diari. senang kan.. kalau lupa pun ada di catat semua.... then sampai hujung bulan rutin kerja seperti biasa kena rujuk baik segala aktiviti kita selama sebulan tu utk di buat laporan dan nak buat tuntutan apa yang patut.. aku tengok member ni dah kucar kacir macam ayam berak kapur.. isk napa lagi lupa ker?? soalan standard aku kat dia... Ha'ah jawabnya ringkas sambil mundar mandir garu kepala tak gatal... then aku tanya.. "ngko ada catitkan particular penting dlm diari kan?".. Ha'ah.. tapi problem jugak.." jawabnya ringkas.. "problem apa plak?", aku tanya dgn curiga... "problemnya aku lupa kat mana aku simpan diari tu..." jawabnya terkulat - kulat sambil tersengih innocent. "la... ak cukup kuat ker kismis yang aku kasi tu?",aku sikit tinggi nada suara. "Astagafirullah.... ngko ada bagi aku kismis plak baru aku ingat..." jawabnya sambil tepuk dahi...
Mungkin salah aku jugak tak ingatkan dia makan kismis... terlupa (nampaknya aku pun pelupa).. aku hanya ingat nak suruh dia tulis kat diari tapi lupa nak suruh makan kismis. arrrgggghh tak boleh salahkan juga member aku tu pasal dia mmg dah ditimpakan masalah.. isk isk isk para pembaca kat luar sana korang ada tips dan petua ker nak handle menda ni????
8 comments:
Eh!! aku lupa la nak komen apa...huhuhuhu!!
kakaakah!pelupa tahap gaban nie!!!!kakakah!H!!!!
jai~
maceh for your besday wishes~
tankiu beb~
skid: nampaknya ngko ni kena makan kismis gak
pakcik kordi: gaban pun lupa kat mana dia park belalang tempur pasal selau layan naga jer
ayu: hepi besday heheheheh
suruh org tu pakai kain ikat kepala (mcm dan jacob atreyu) tp tulis "saya pelupa"... atau sangkut kat leher banner dgn tulisan yg sama, dipakai setiap hari bekerja... insyallah dlm masa 2-3 mggu pastinya beliau beransur2 ingat, "saya begitu yakin"
btw jai, gaban tadak belalang tempur, itu ksatria baja hitam punya. gaban cuma ada kereta perisai dan naga gaban. xcaya pi tanya joad takilala (sbb dia ada dvd complete set)
peh tahap lupa yg maksimum tuh haha...mkn kismis sekilo pun pyh nak ilang tu hehe....
ijau: errr aku lupa la
eh? ceta ap ya td ku bca.. lupa da.. mau komen pun x tau ap ne.. kekekekekek
Post a Comment