Thursday, April 2, 2009

SQUIDOO: SIGN UP & REFER KAT KAWAN DAPAT $5

Ni aku ada cerita best untuk sapa2 yang suka tulis blog... Aku tau pasal Squidoo ni dalam setahun yang lalu. Tapi aku tak berapa hiraukan sangat... Apa menatang squidoo ni? Sotong ker? Makanan? Hahahahah Mungkin ianya boleh dibuat makanan!!! Ok bagaimana ianya boleh jadik makanan? Ok ni aku explain sikit pasal squidoo ni... Ianya webpages seperti blog di mana anda boleh menulis tentang sesuatu perkara yang anda minat atau tahu dan anda mahu ianya dikongsi bersama semua orang di seluruh dunia. Seluruh Dunia? Fuh!!! Banyak tu!!! Squidoo ni ditubuhkan pada tahun 2005 oleh bestselling author, noted blogger, speaker and Original Squid, Seth Godin. 

Tujuan dia buat squidoo ni adalah untuk membuat satu portal percuma utk membuat pages seakan blog ( dipanggil lense) bagi seseorang itu berkongsi minat dan pengetahuannya. Apa yang bestnya kalau tulisannya tu baik dia akan dapat duit... Hahahah kat sinilah ianya boleh dijadikan makanan!!! Ada satu mamat tu dia cerita pasal minatnya pasal tranfomers... tup tap... bagus plak hits nya hasilnya dia memperolehi ribuan ringgit dari lensenya itu... Bunyi macam best kan?

Walaubagaimanapun, ianya bukanlah satu jalan mudah untuk dapat duit... kita kena la usaha dan cari idea creative utk membina sebuah lense yang bermutu dan bermanfaat kepada pembacanya. Korang masih blur? hahahah ala contoh lah anda sorang mat metal... apa lagi korang boleh share knowledge korang pasal metal kat sana. Or seorang ahli music... anda boleh katakan tentang brand kegemaran anda... apa2 lah.. tidak ketinggalan juga mungkin anda seorang tukang masak... anda boleh berkongsi pengetahuan anda mengenai selok belok dan petua di dalam dunia masakan... Pilihan di tangan anda. Tapi aku nak kasi tau awal2 la... aku galakkan korang tulis dalam bahasa English. Bukan taknak guna bahasa Melayu... cuma target kita kan seluruh dunia... ermm guna la bahasa yang sepatutnya. Bayangkan korang jumpa info pasal band kegemaran anda tapi ditulis dalam bahasa Sepanyol... Frust jugak kan? Then terus tak jadi nak baca... lain la korang tau bahasa Sepanyol. So, jgn biarkan perkara itu berlaku kepada lense anda!!!

Korang kurang mahir dalam bidang IT? Hahahaha itu bukan masalahnya... Untuk membuat lens ni mudah jer.. ada template drg sediakan seperti anda membuat blog... cuma perlu isi info yang hendak kita kongsi then publish!!! Lagipun drg ada kasi tutorial ringkas dan mudah utk difahami agar korang dapat menghasilkan lense korang sendiri. Selain daripada tu, drg juga kasi korang tips2 utk menghasilkan lense yang bermutu lantas berupaya kasi duit utk kita.. heheheheheh...

So, apa korang tunggu lagi pi la sign up ngan Squidoo hari ini dan hasilkan lense anda dan kongsikan minat dan pengetahuan anda kepada semua. Bonusnya, bagi yang ada blog.. korang juga boleh meningkatkan traffic pada blog anda dengan menghubungkan blog anda dgn squidoo ni. hahaha kira menyelam sambil minum air then terus dapat tangkap sotong hahaha... Best tak? kalau tak best.. lantak korang la hahahaha ... aku cuma nak share kat korang. Kepada sesapa yang berminat boleh la mendaftar kat squidoo dengan mengklik banner kat bawa ni.

BannerFans.com

Opss nanti dulu.. bukan tu saja... lepas korang sign up dan buat lense korang... korang boleh la kempen ngan kawan2 yang lain utk turut serta... Setiap referal yang sign up dari anda anda akan diberi duit sebanyak $5... menarikkan? So, apa lagi meh la join sama!!!

Wednesday, April 1, 2009

BERHATI - HATI MENGUNDANG CELAKA?

Baru - baru ni aku balik dari kerja dengan menunggang skuter pinjam adik aku. Cuaca mendung mcm nak hujan tak hairan la org2 semua kelam kabut nak balik. Walaubagaimanapun aku tetap kool... ini kerana dari pengamatan aku rasa aku masih sempat sampai ke rumah sbelum hujan turun. Jam kat mesin punch kad berbunyi menandakan masa balik dah tiba dan aku masih kool berkemas dan off pc, air con, kipas, lampu dan yang berkaitan then lock opis (heheheh setiap hari aku yang paling last kuar opis tau heheheheh)

Aku start moto then balik... masa dalam perjalanan aku tu line up keta panjang juga di depan aku isk napa ni? Selalu benda ni tak berlaku.. Ala jalan daerah kecil cam tempat aku tak mungkin jam punya la kecuali ada kemalangan or orang tidur kat tengah jalan. Tapi hari tu takder plak aku tengok sebarang kemalangan yang berlaku. Apatah lagi orang sdg tidur kat jalan (huh mcm di perak plak) mmg takde la. Namun aku takder la bengang sangat hehehe dah line up panjang then aku cool la dgn memperlahankan moto yang aku pandu tu. Satu demi satu keta kat depan aku laju memotong then baru la aku nampak ada juga pemandu yang kool mcm aku hehehehe cuma dia sedang drive keta kancil... Biasalah jalan kampung mana boleh laju2 kan... aku tak kisah sangat la bagi yang memandu perlahan di jalan kampung ni. Yalah mana tau ada ayam ka, kambing ka itik ka or budak tetiba melintas takkan naya jadinya. So, aku tambah perlahan follow belakang keta kancil tu. Keta tu dipandu oleh sorang awek lebih kurang baya2 aku... tapi tak kenal la sapa yang pasti jalan yang kami tuju ada sama... lain kata kita satu kampung ngan aku la ni.

Mula2 aku tak perasan, tapi setelah lebih kurang 3 minit kat belakang baru aku perasan pemandu ni terlalu berhati - hati... mata straight kat depan... no kiri kanan... fokus berabis... Ni la yang timbul masalah yang mana akibat kefokusan dia tu hingga menyusahkan dam membahayakan pemandu yang lain. Signal ntah ke mana side mirror ntak ke mana.. belok main redah jer. Dari pengamatan aku mmg minah tu tak tengok side mirror punyala... ntah2 dia tak perasan pun dia telah menyebabkan keadaan sekeliling kucar kacir... hahahaha .. Pada pembaca yang memandu macam minah ni uiks hentikan la.. aku tau korang nak berhati2 tapi jgnla terlalu nervous sambil terover careful hingga tempat lain pun korang tak tengok... pikiran masa mandu tu jgn melayang ntah ke mana.. nanti cium plak bontot keta orang lain. 

Oh yah sebelum korang nak komplen.. aku nak kasitau korang entri ini bukan la bermaksud seksis... Subjeknya seorang pompuan adalah secara kebetulan saja. Sebenarnya orang lelaki pun sama hahaha (ada pernah kawan aku gara2 terlampau fokus dia tak perasan lampu merah.. selamba jer dia jalan nasib tak kena langgar). So, renung2kan!!! Cheers!!!

Friday, March 27, 2009

CUTI

Hari aku cuti till monday.. heheh p keluar kawasan.. jumpa lagi nanti hari isnin hahahaha cheers!!!