Wednesday, July 8, 2009

MASTERPIECE MOCKINGBIRD: MILIK SIAPAKAH BURUNG INI?

CAKAP BANYAK TAK GUNA.... TENGOK SAJA PUN DAH TERGERAK HATI HAHAHAHAHAH....


Specifications
Construction: bolt on
Body wood: agathis
Top style: deep arched
Top wood: quilted AAA veneer
Body binding: single ply white

Headstock style: traditional 3 to a side
Headstock color: matching veneer and color
Headstock binding: single ply white
Tuners: BC Rich die cast

Neck wood: maple
Back of neck: stained to match
Neck binding: single ply white
Neck profile: standard BC Rich C
Nut width: 43 mm

Fretboard: rosewood
Inlay: white pearloid block
Frets: 24 jumbo 2.7mm
Scale: 24 5/8”

Bridge type: Tune O Matic
String termination: string through
Pickups: 2 B.C. Rich B.D.S.M. humbuckers
Controls: two volumes, one tone and one 3 way toggle
Click to see control diagram
Hardware: chrome

Finish: Transparent
Top wood: AAA quilted maple veneer
Colors: Dragon Blood


Masterpiece Mockingbird
Masterpiece Mockingbirds are not short on looks or features. This bolt on guitar is an arched top with a AAA quilted maple veneer top. It is scaled to 24 5/8” with 24 jumbo frets and has a Rosewood fingerboard with block inlays. Additionally it has a string though body with a tune-o-matic bridge and two chrome covered humbucker pickups.


P/S: aku dgr MJ mati kena kubur ngan keranda salut emas... hehehehehe sapa nak derma keranda ni utk aku kubur mockingbird merah tu? hehehehehehehehe

Tuesday, July 7, 2009

AKU MAKAN ULAT DI PESTA?

Yup.. baru - baru ni aku makan ulat... isk.. betul serius aku tak tipu.. aku makan ulat sagu atau nama lokalnya  Butod (tak tau ejaan ni ngam ka tidak). Ni semua gara aku pigi ke Pesta Rumbia yang di langsungkan kat Daerah Kuala Penyu baru2 (5/07/2009) ni. Bagi member2 yang tak tau apa tu pesta rumbia.. k mari aku briefing sikit pasal ni...

Pesta Rumbia ni dah termasuk dalam kalendar tahunan pelancongan negeri Sabah.. kira ianya dibuat setiap tahun la macam pesta menuai la.. (errmm tapi pesta menuai lagi grand la...) Pesta Rumbia ni hanya di buat kat Daerah Kuala Penyu yang mana terletak kira2 120 km dari Kota Kinabalu. Kalau drive lebih kurang 2 jam lamanya hehehehe lain kalau korang drive ala Tokyo Driff or The Fast n Furios tu kejab la sampai... mmg aku gerenti cepat sampai.. kalau tak sampai kat Kuala Penyu.. sampai ke Hospital la alamatnya( dah pandu laju tu mg merbahaya..) hehehe off topik plak....

Pesta Rumbia kali ni adalah pesta rumbia yang ke 20 (maksudnya dah masuk 20 tahun org Kuala Penyu celebrate pesta ni).. tujuannya adalah untuk mempromosikan pelbagai keunikan dan keunggulan Daerah Kuala Penyu di samping menonjolkan pelbagai produk pokok rumbia. Acara kemuncak bagi pesta ni adalah pemahkotaan Ratu Pesta Rumbia.... errr ada yang tak tau apa tu pokok rumbia? heheheh kalau org kampung aku panggil pokok rumbia ni adalah "Matroxylon Sagus" hehehehehe kekadang org guna nama tu utk nama saintifiknya hahahahaha senang2 pokok ni la bahan utama untuk org buat sagu... heheheheheh

Nak di jadikan cerita camner aku aku boleh termakan ulat ni.. sebenarnya ulat sagu ni hidup kat dalam batang rumbia dan makanan drg adalah isi rumbia tu hehehehehe (ntah betul ka tidak fakta aku ni) secara ringkasnya gitu la.... So, masa aku round2 kat pesta ni terjumpa la booth demonstrasi membuat sagu secara tradisional heheheheh tengah tengok2 isk ternampak aku menatang bergerak2 dalam satu bekas seperti gambar kat bawah.... 

Aku tanya pakcik yang jaga booth tu, tanya apa benda kat dlm ni hehehe di ckp ni la butod heheheh selama ni aku pernah dengar nama jer tapi tak pernah tengok live.... heheheheheheh terus aku tanya "boleh makan ka ini?" terus uncle tu jawab boleh... heheheh tanpa banyak soal aku terus amik satu ekor then ngap masuk dalam mulut macam dalam cerita fear factor tu hehehehehe nyum nyum huh rasanya macam isi kelapa aku kata setelah keseluruhan ulat tu aku telan.... pakcik tu dia tengok aku... hehehehe then aku amik lagi satu ngap lagi... nyum nyum.. pergh kompon rasa cam isi kelapa... more into rasa kelapa tua.... tak puas ati aku ambik lagi satu.. ngap... nyum uncle tu still diam.. hehehehe then aku tanya boleh tapau bawa balik ka? hehehe ingat aku nak bawa balik nak kasi rasa orang kat rumah hahahaha tapi takder plastik nak simpan menatang tu hehehehehe nasib aku tak tapau... kalau tak merasala bini aku makan ulat sagu....

bersambung....

... lain cerita....

nak pekan kuala penyu ni ada dua alternatif sama ada korang nak lalu highway kat daerah beaufort.. hehehehe or ikut melalui jalan kampung kat Daerah Membakut (kampung aku ni woooiii) yang mana anda perlu menaiki feri seperti gambar kat bawa ni untuk sampai ke pekannya... Kalau musim2 festival camni aku tak sarankan korang guna feri pasal kena berbaris panjang woooo melainkan korang dari kampung yang berdekatan macam aku hehehe nak tak nak kena la berbaris.... pasal kalau lalu kat daerah beaufort jaraknya jauh la tak rela i auuwwww..... kakakakaka

Feri ni boleh mengangkut kira2 10 buah kenderaan kecil (lori dan van tak termasuk) sekaligus untuk menyeberangi sungai Kuala Penyu yang bersambung ngan laut China Selatan. Bagi yang tak tahan menunggu.. korang boleh la tinggalkan kereta anda serta pemandunya (jika ada pemandu) kat barisan then korang boleh terjun ke air utk berenang ke seberang.. hehehe jgn korang buat seperti apa yang aku sarankan kerana sebenarnya ada bot - bot yang membawa penumpang di sepanjang sungai kuala penyu ni... Saranan terjun ini adalah khas untuk org2 yang suka buat rekod2 merepek seperti menyeberang sungai Kuala Penyu di Subuh Hari Tatkala orang sibuk hendak ke Pesta.... gambar kat bawah ni adalah bot yang aku maksudkan...

Masa pesta tu Jabatan Laut juga buat pameran bot yang pameran tu dibuat bermula pada 3/7/2009.. fuh tiga hari orang ramai boleh melihat dengan lebih dekat bot peronda ini.. nak naik atas.. nak masuk dalam... jangan korang hijack jer bot tu sudah lah hehehehehehe

errr korang jangan tertipu... effect gambar seperti kat atas tu bukan la kabus di waktu pagi.. sebenarnya gambar ni aku amik masa tengahari dgn panas yang terik... effect tu sebenarnya effect semulajadi yang dihasilkan oleh gerai yang menjual sayap ayam panggang yang mana asapnya membuatkan suasana seperti waktu pagi yang sejuk dan nyaman dengan hembusan kabus yang menusuk kalbu wakakakakaka the fact is ia cuma asap dan aku sedang mandi peluh serta sun burn kat muka hahahahahaha

Kat bawah ni adalah gambar tanpa effect dan edit hehehehe direct dari memori kad terus upload hahahahahaha korang boleh rasa perbezaannya kan?


Gambar kat atas tu bukanlah gambar nakhoda tanggang ataupun si malim kundang... Gambar ni hanya khas untuk tatapan peminat diluar sana (ahaks berlagak artis plak aku) sebenarnya aku tercari - cari kat mana la nak start engine bot tu.. hehehehe oleh kerana kena snap gambar aku buat2 la macam pro.. padahal sikit pun tiada bakat2 seorang pelaut... post ni aku tribute untuk kartun Popeye The Sailor Man....

Korang nak snow wash? hahahah jgn korang nak ngada - ngada sebenar aku paksa abang bomba tu semburkan pemadam api (khas utk kebakaran yang berpunca dari minyak kalau tak silap aku).. kononnya aku ni sedang buat liputan pasal pesta rumbia hahahahaha tipu sikit - sikit hehehehehehe kalau abang bomba tu terbaca maaf yer.. nak promosi sikit utk jabatan bomba... fuh mmg cun la pemadam api tu... kalau ada sebijik kat rumah mmg aku dah convertkan jadi snow wash utk keta aku hahahahaha

Kalau tadi korang nampak effect asap ni effect ayam plak.. errr asap tadi tu hasil dari org masak ayam ni la.... hahahahahaha sambil ambik gambar.. member aku belanja makan cikinwing... apa lagi kita orang belasah la cukup....

Hasilnya kami berjaya memusnahkan makanan dan minum seperti yang tertera kat gambar di atas....

Aku tak kenal anak sapa ni.. tapi yzang aku tau dia ni adalah pelajar Tadika Pen Yu yang terletak di daerah kuala penyu.. drg buat performance tarian pada ari tu... aku ambil gambar dia atas reqeust dia yang spontan dgn sign peacenya... yearrhh support peace and freedom hahaha itu lah messege gambar di atas... Masa on the way balik aku singgah kat port aku selalu gi mancing ngan kengkawan.. isk dah berbulan aku tak pi sini.... (sila rujuk kat gambar dibawah...) cantik ker pemandangannya???? hehehehehe

.... sambungan....

masa dah sampai rumah aku ngan bangga la cerita kat bapak aku (bapak aku ni suka juga pasal adventure makan2 ni) pasal aku ada makan 3 ekor ulat sagu.... hehehehe riak ulat saguWi hahahah then bapak aku tanya drng masak apa ulat tu.. isk aku terdiam... errrrr ulat tu nak kena masak dulu ker? isk lalu bini aku menjeling dgn muka yang sedikit geli.. isk isk isk ..errrr tapi aku rasa ok jer.. errr betul ker ok? errrrrr ntah... sekian terima kasih.

...Tamat...

Wednesday, July 1, 2009

TERLANGGAR PANTAT KERBAU

Langgar Pantat Ker...

Isk lucah juga tajuk entri aku pada kali ini... hehehehe jangan saspen.. baca aku punya disclaimer kat tepi nun hehehe takder porno - porno punyer cerita.. hehehehe. Kalau korang nak tau (bagi yang tak tau) kat Sabah Pantat ni bermaksud punggung hehehehe berbeza ngan kat semenanjung Malaysia.. Biasalah lain tempat lain pengertian.

Untuk pengetahuan korang tajuk entri ni di ambil sempena satu tajuk lagu yang ada aku sertakan widget playernya kat atas... Hahahaha kalau korang dgr dan faham isi lagu ni mmg lucu jugak la... hehehehe first time aku dengar lagu ni adalah dalam 5 tahun yang lalu masa tu aku dengar niece aku yang berumur 5 tahun menyanyikan lagu ni... isk bila aku tanya apa tajuk lagu tu dia tak tau pasal dia kata dia dengar kengkawan dia nyanyi masa kat taska heheheheheh (takkan la taska ajar bebudak lagu2 macamni heheheh)...

So, baru2 ni aku p satu forum... to be exact.. aku p sabah forum... terjumpa aku satu thread pasal lagu ni... hehehe baru la aku tau bahawa lagu yang aku cari selama ni bertajuk "TERLANGGAR PANTAT KERBAU" hahahahah so, korang enjoy la ngan lagu ni... heheheh napasmu bau kuda... kakakaka lirik mmg kult!!!!!


Lagu ni dinyanyikan oleh penyanyi Sabah yang bernama Piton Gunsaga... heheheh pun first time jugak aku dengar namanya... isk kalau korang nak hayati liriknya ataupun nak nyanyi bersama hehehe korang boleh tengok klip kat bawah ni...