Monday, April 12, 2010

MINYAK ANGIN UTK SAPA???

Aku takder niat pun nak ckp politik kat sini cuma kebelakangan ni sejak KU LI datang ke Sabah penulis blog politik kat Sabah rancak menulis pasal entri royalti MINYAK ni utk sapa... So, aku pun tak nak ketinggalan jugak la nak buat entri pasal minyak ni .. err tapi minyak angin la.. k.. layan... cheers.....

Saturday, April 10, 2010

MI SCUSI : CIRCA 1997.... [HYSTERIA DALAM KENANGAN]

Nama asal Mi Scusi adalah Hysteria... masa tu Hysteria telah ditubuhkan kat ITM (kini UITM) Sabah pada tahun 1996 dipelopori oleh aku sendiri, MawiPoka, Stone, dan Kai.... Masa tu zaman era post kematian Kurt Kobain di mana byk versi unrilis Nirvana keluar kat pasaran dan semua terus nak main lagu Grunge termasuklah kitaorang ni... Tapi aku muak dgn Nirvana pada masa tu pasal aku sgt suka Misfits!!!! Kai plak giler kat RANCID & RAMONES (pastu semua line up giler Rancid). Mawi plak suka kat Green Day. & NOFX.. Stone plak minat kat Stone Temple Pilot (mungkin pasal ni la namanya Stone) kekekekeke kami masa tu ambik masa hujung minggu untuk jamming lagu2 cover dari MISFITS, GREEN DAY, RANCID, RAMONES, SEX PISTOL, NOFX, dan tidak lupa NIRVANA.... kekekekeke sesekali pandai tersasul cover lagu Rotting Christ... kekekekekeke....


Hysteria adalah antara band yang paling aktif kat ITM Sabah masa tu... sampai ada line up yang sanggup tuang kelas gara2 nak p jamming kakakakakaka. Walaupun Hysteria hanya pernah sekali join kat gigs tapi tu cukup untuk dijadikan kenangan manis untuk kami berempat... kalau ada masa nanti aku up video nya.. ntah kat mana aku simpan DVDnyer isk....

Namun lepas abis Diploma line up Hysteria  bertaburan gara2 p melanjutkan study kat bidang masing2 masa tu aku sendiri jauh terpencil.. ngan hanya Kai yang tinggal kat Sabah.. Mawi kat Sarawak... Stone plak ngan encik Takilala kat Shah Alam.... hinggalah sorang2 dari kami grad.... (rasanya aku yang paling last grad pasal banyak kantoi paper..) kekekekekek...

Kini Hysteria hanya tinggal kenangan... ada yang jadi Big Boss kat Bank dan ada juga yang join Perkhidmatan Awam.... 

(gambar kat atas Mi Scusi semasa badan masi steady.. kekekekek kalau sekarang tak leh nak buka baju.. lucah sangat permandangannya kekekekek)

Masa lepas kejatuhan empayar Hysteria.. aku terkontang kanting nak cari rakan jamming... gian wooooo.. kalau asyik nak main ngan band manggas malas gak aku pasal muzik metal ni terlalu ganas untuk aku kekekekekeke kena juga ada sentuhan punk kekekekeke masa ni aku mmg trip jadik Jerry Only kekekeke sampai la aku jumpa ngan Zul & Mie yang kebetulan dah takder band (band lama drg pun berpecah) then jumpa Cho... then aku ajak drg main lagu MISFITS & RANCID tak sangka drg pun rupanya layan band ni.. arrgghh terus jadila formation baru. Masa tu aku dah taknak guna nama Hysteria la.... even konsep kitaorang adalah sama.. aku ambil keputusan utk mengabadikan kenangan Hysteria itu sebagai band Kolej zaman muda remaja aku.... kekekek gambar kat atas tu gambar kenangan kami kat bilik KAI di ITM Sabah di snap oleh member baik kita orang en. Ramzul Ihsan.. napa botak? ni gara - gara lepas tengok citer Romper Stomper kekekekekekekek Oleh itu... untuk formation baru ni kami taknak guna Hysteria lantas sepakat pilih nama Mi Scusi sebagai pilihan kitaorang.... Cheers....

(ni masa Mi Scusi main kat Mobsterfest Ranau, Sabah... gambar bersama line up Crown Ov Horns & Jesseltonez)

(ni masa Mi Scusi share stage ngan Negation dan Farasu kat Kota Kinabalu, Sabah)


p/s: aku tak abis pengajian kat ITM kekekekekek


Friday, April 9, 2010

War Against The Troll

Baru - baru ni aku ngan beberapa member facebook berperang ngan sekor troll nama Cik Siti Wan Kembang...

Kitaorang ni ada satu group kat facebook group pasal kumpul pengguna facebook utk orang sekampung ngan kita orang.... ntah dari mana datang tetiba sekor troll masuk yang kononnya nak komen kasi ubah orang2 kampung supaya baik kononnya ingin tegur budak2 yang tak semayang , p minum arak la berjudi ker... begitu la konon matlamat asalnya.. tapi dlm matlamat sucinya itu dia selitkan plak niat jahat dia dengan selingan caci maki dan kata - kata lucah ceh..... Apa ni konon nak berdakwah tapi abis bebudak kat group tu dia maki dan hamburkan dgn pelbagai tuduhan... pada mulanya aku malas nak ikut campur bila dah semakin serius apa lagi aku join la sekaki pasal dah jadi huru hara group tu dikerjakan oleh troll sekor ni.. kekekekekeke pastu pihak admin amik langkah drastik dgn kick troll tu keluar.. oleh kerana tak dapat nak meroyan.. dia buat blog plak.... kekekeke aku tak kisah la kalau dia nak buat blog ker apa ker tapi aku tengok blog dia tu ada unsur2 fitnah.. aku tak la teruk sangat kena kekek dia masa pasal aku photoshop profile FB dia kekekekeke. Yang lebih teruk beberapa rakan la yang kena... 




So, aku nak kempen sikit kat korang supaya report abuse kat blog troll ni dgn klik kat SINI . Penyelamat dunia konon kakakakakakakak pigi berak la......

errrr group kita orang plak kat SINI hehehehehehe