Monday, April 13, 2009

THE FAST AND THE FURIOUS 4: SIMPLE YANG SEMPOI

Hujung minggu baru2 ni barulah aku ada keluangan untuk p ke panggung wayang. Kali ni aku hanya sempat tengok satu movie jer... citer jackie Chan tu kira nak tengok but sayang tak sempat.. hehehe so ..tutup citer Jackie Chan. Nw kita citer pasal wayang PANTAS & GARANG 4 (ikut terjemaahan kat panggung). Part ke empat wayang ni menampilkan semula pelakon utama part pertama di mana iannya watak DOM, BRIAN, dan MIA...

Kisah berkisar semasa DOM yang di dalam pelarian beliau daripada ditangkap polis. Semasa dalam pelariannya DOM masih melakukan kerjanya merompak lori.. berbeza ngan di US dia yang melarikan diri ke Mexico merompak lori Minyak plak. Dia kata kat situ minyak tu macam emas isk mahal sgt la minyak kat sana... ntah aku tak pernah p sana. kat sini ada watak HAN (THE FAST & FURIOUS: TOKYO DRIFT) keluar. Rupa2nya HAN adalah partner si DOM sebelum HAN membawa haluannya sendiri ke Jepun untuk jadi kaki drift kat sana.

Job terakhir DOM & Teamnya ialah kat mana proses rompakkan tu agak messy hingga menarik perhatian polis dan pihak penguasa tempatan... Untuk mengelakkan dirinya ditangkap DOM mengambil keputusan utk membubarkan geng rompaknya kerana bimbang atas sebab dirinya yang wanted rakan2 yang lain akan turut di timpa musibah. Beliau bercadang utk meninggalkan mereka termasuklah girlfriendnya LETTY (aweknya ini juga termasuk dlm teamnya). Mmg la si Letty ni sedih sangat... isk apa nak buat kan DOM ni mmg keras kepala.. sedang satu2nya adik pompuannya pun di tinggalkan nikan plak aweknya isk isk isk... beliau melarikan di ke Panama!!!

Semasa kat Panama Dom menerima satu panggilan yang mengatakan bahawa LETTY telah mati dibunuh. Atas sebab ni la kenapa si DOM kembali p US untuk menjejaki pembunuh aweknya itu. Masa ni la dia terjumpa balik ngan si BRIAN FBI menyamar yang juga ex Boifren adiknya MIA. Si DOM telha dikenal pasti telah kembali ke US sehingga menyebabkan FBI menahan MIA untuk membuat siasatan. Hehehe nasib ada si BRIAN ni terus dia lepaskan MIA hehehe maklumlah awek lama la katakan... Tindakan BRIAN ni telah menyebabkan kemarahan rakan FBInya yang mengendalikan kes tersebut dan kemarahan itu berakhir dgn si rakan tu cedera di hidung dan muka akibat dihempaskan oleh BRIAN yang sedang panas hati...

Dipendekkan cerita dlm citer ni BRIAN & DOM berganding bahu lagi walaupun pada mulanya si DOM rasa tidak senang hati dengan perkara ni. Aku taknak la cerita secara detail tentang ceritanya korang p la panggung tengok.. nanti cerita semua tak syok plak korang nak tengokkan? Tak suprise plak jadinya. 

Walaubagaimanapun, secara peribadi aku suka cerita PANTAS & GARANG 4 ni walaupun durasinya hanya 1 jam 50 minit wayang ni jalan ceritanya agak sempoi walaupun ianya dibuat dengan simple. Simple2 dia pun jgn juga korang pikir tak baik.. fuh action packnya cukup utk buat korang kagum (hehehe sekurang2nya aku kagum la) penggunaan teknologi juga tidak ketinggalan di dalam penghasilan wayang ni.. heheheh kali ni drg pandu la sambil tengok gps plak hehehehehe... Cun la cerita ni... Cuma aku kecewa ngan kualiti panggung yang aku p.. aku p panggung wayang kat Center point Sabah.. panggung Growball p masuk cinema 6... panas la macam takde air con.. kenapa ntah.. air con drg rosak kot.. then ada satu mamat yang layan tidor nyenyak berdengkur kat sebelah aku sambil sikunya yang masuk kawasan.. potong stim betul la... mamat tu pun kalau nak tidor p la balik rumah... jgn la p tengok wayang.. cis bedebah!!! hahaha jgn risau cerita wayang tak terjejas!!! Aku masih puas hati.. Cheers!!!

10 comments:

alien said...

mamat tue tgh selami cerita itu aka menjadi sebahagian dari cerita tue..
die imagine dalam mimpi tue..

kenwooi.com said...

nice one! cant wait to watch it! =)

jairo said...

mmg best cerita ni.. 4 star over 5

Pujangga Asmara said...

Memang Gempaklah Cerita Ni Bang.. Ruginyer Saya Tak Dapat Nak Tengok Kat Wayang.. Sob Sob..

sumandak bayu said...

Aku dah tengok ceta ni memang best giler....

part yang aku suka tengok kat ending dia heheheh lu kena la pikir sendiri sama ada DOM tu diselamatkan atau saja nak iring DOM kena penjara hukuman maksimum lagi tu...

Buat baik pun tak guna gak bila dah mula menyakiti ati anggota Polis dalam ceta ni la tetap kena gak hukuman yang paling maksimum

Jairo said...

pujangga asmara: heheh sempat lagi kalau nak p pangung ...

sumandak:hehehe relax ko sumandak.. jgn emosi hehehe cheers

Azman Ali said...

haha..ade je jairo.. mamat tido bedegkor la plak...

jairo said...

Azman: hahahah betul la bro.. potong stim betul la mamat tu!!!

cimca said...

kalau aku sumbat ja mulut mamat tu ngan udang galah,mcm yg kulindawau slalu buat masa dia culik org...

Jairo said...

cimca.. daripada aku sumbat mulutnya pakai udang galah. baik aku p makan sendiri hehehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT