Monday, September 22, 2008

MAKANAN ANJING TERESA KOK?

Tadi aku tengok tv rancangan kegemaran seisi keluarga "Buletin Utama" di channel TV3... adalah dalam berita tu citer pasal berita sensasi masakini iaitu mengenai kisah Y.B yang ditahan di dalam Tahanan ISA.. wkakakakakakak lawak la berita tu... Dia cakap dalam sidang media sebelumnya akan beliau diberi makan makanan anjing... mula2 dengar citer ni mati2 aku ingat makanan anjing pidegree (aku tak ejaannya pasal aku tak suka makan heheheh).... dalam hati aku adei lebat la bulu di pemakannya itu.. (pasal aku pernah terbaca dlm iklan ia menguatkan tulang dan melebatkan bulu wakakakakaka tak payah minum susu anlene.

tup tap tadi berita beliau menyatakan di dalam sidang media yang berlainan bahawa kenyataan beliau telah di putar belitkan hehehehehehe mula2 aku percaya pasal wartawan media ni bukannya boleh di harap sangat (mcm dulu zaman black metal abis musik kami di kecam oleh fakta putar belit wartawan)... then tv3 kasi replay rakaman sidang media sebelumnya (berapa sidang media la).. dia sana aku dengar dia ckp lebih kurang (bukan exact word) yang menyatakan bahawa beliau telah dihidangkan makanan yang lebih kurang sama dengan makanan anjing.. then bila di tanya apakah menu yg dihidangkan errrmmm dia kata.. telur rebus 2 biji (nyum nyum), nasi putih dengan kuah, cucumber (cewah cakap english lagi aku) dengan air teh... (fuh lumayan jugak makan anjing dia nasi pun ada kuah ceh caya la)

then , dengan kenyataan ni, adalah timbalan menteri (Senator) dtg bertemu dgn si Y.B yang kena tangkap ni utk meminta penjelasan utk siasatan seterusnya.. heheheheh dgn gelabah dia menjawab kat tv heheheheh dia di hidangkan dengan telur goreng ayam goreng 2 keping, ikan kembung dan nasi dengan kuah... (advance rupanya anjing2nya ni suka makan daging ayam sama ikan kembung)

uiks mana satu yang betul ni? weii amoi lu punya statement sudah tukar2 la wei!!! mmg u punya hobby tukar statement ka? Tapi itu anjing jgn tukar hah pasal nanti tiada yang akan makan itu lu punya ikan kembung!!! wakakakakakakaka aku nak tengok surat esok.. mana la tau dia ada tambah menu pulut panggang ngan cendol.... takpun ayam percik hehehehehe nyum nyum... so, di sini aku ada pop kuiz utk korang...

BERAPA EKORKAH ANJING YANG DI BELA OLEH TERESA? 

p/s: Kalau sesapa dapat jawab dapat hadiah makan malam (menu ikan kembung) dengan uncle LIM di rumah pakcik Khalid...

DI MANA SHARLINIE? PART 2


Berita ni mmg dah basi but memandang di bulan ni aku tersentuh plak bila memikirkan nasib ahli keluarga Shalinie (adik kita yang hilang di larikan penculik) tak dapat aku bayang perasaan keluarganya beraya tanpa org yang tersayang... Oleh itu, aku post kan lagi poster suspect mana la tau para pembaca yg budiman ada ternampak.... poster ni aku donlod dari laman web utusan malaysia .. so, marilah kita bersama - sama berdoa supaya Adik Sharlinie selamat kembali ke pangkuan keluarga... 

Wednesday, September 17, 2008

GILA!!! ADAKAH DORANG SANGGUP BUAT BEGITU?

Mangsa culik dibakar
Oleh: Azida Shaharuddin
azida@nstp.com.my


Remaja dibunuh walaupun keluarga serah wang RM33,000
JOHOR BAHRU: Seorang remaja perempuan berusia 16 tahun ditemui rentung dalam semak di Taman Putri, Kulaijaya di sini, pagi semalam, selepas dipercayai diculik dan dibunuh sekumpulan lelaki yang dikenali keluarga mangsa.
Mayat Lai Ying Xin (gambar) ditemui selepas polis menahan empat lelaki berusia antara 16 hingga 22 tahun yang dipercayai meminta wang tebusan RM33,000 daripada keluarga mangsa selepas membakar remaja itu malam beliau diculik.


Gila betul org2 sekarang ni... Takde keja p culik anak org dan minta wang tebusan.. tak cukup dgn tu dorang p bakar lagi mangsa... Psycho gila la penjenayah ni... Di harap pihak berkuasa dapat memberikan hukuman yang paling berat kepada penjenayah ni...