Thursday, January 28, 2010

KETAM MASAK TAUCU featuring SKINLESS EGGPLANT



Fuh aku rasa agak lama dah aku tak share resepi - resepi terkenal aku kepada para pengunjung blog ni. Bagi yang baru mengikuti blog aku ni sebenarnya aku ada satu segmen masak - memasak kat dalam blog ni. Kalau nak tengok resepi resepi yang telah aku share sebelum ni korang boleh la klik kat SINI. Baiklah sebelum aku mengarut tak tentu pasal meh kita teruskan acara memasak Ketam Taucu Bertemankan Terung.
Ok mula - mula korang kena sediakanlah bahan - bahannya, standardlah kalau takder bahan2nya camner nak masakkan.. order kat restoran boleh la hehehehehe. Ok... korang sediakan ketam dan terung ikut mana banyaklah korang suka then sediakanlah bawang merah , bawang putih, bawang besar (korang pernah tengok iklan shampoo Bawang ker? jackie chan tu?), halia, cili padi dan lada besar. Tidak lupa taucu botol (yang masin), asam jawa, sos tiram, minyak masak, garam dan aji no moto secukup rasa anda (kalau korang kepingin nak menghidap penyakit - penyakit kronik seperti darah tinggi dan kencing manis sila gunakan bahan - bahan ni dengan dosage yang extreme banyak).

Dah sedia barang - barang tu korang boleh la usha ketam start cuci then buka kulitnya... kat sini aku prefer ngan ketam betina.. kenapa ketam betina? pasal ketam betina biasanya akan mempunyai isi yang lebih tebal berbanding dengan ketam jantan. Kalau korang jumpa ketam betina yang takder isi itu mungkin ketam betina yang anorexia or ketam yang kena tinggal laki (takder selera makan pasal asyik makan hati tulah kurus). errr camner nak kenal ketam tu jantan ker betina? Isk selak la kat bawah bontot ketam tu... kat sana boleh nampak (bukan nampak kemaluan ketam tu tapi kekadang ada telur kat sana.. telur ni bukan la bermaksud telur ketam jantan tawwww) ... kalau korang failed nak determine jugak korang tanya la tauke ketam tu.. kalau taukeh ketam tu takleh jawab suruh dia kursus ngan team deadliest catch. Kat sini satu lagi keistimewaan ketam betina ni pasal kat cengkerang dia tu selalunya ada isi yang sikit lendir cam otak udang (mungkin u otak ketam kot?) haaaaa... kat sini la bila korang cuci ketam tu then bukan cengkerangnya korang korek isi kat cengkerang tu  then simpan kat piring then put aside dulu.

Lepas usha ketam korang usha plak terung.. cuci terung tu then kupas kulitnya then potong kecik2 ikut kesukaan anda.. kalau anda seorang fetish anda tak perlu nak potong2 terus campak jer kat dalam kuali.... then panaskan kuali tuang minyak lepas panas minyak tu korang deep fry kan ketam (jangan lupa potong dua ketam tu) dan terung tadi tapi jgn deep fry dia kering sangat... macam nampak separuh masak then angkat pastu tos kan minyak... kalau korang peminat penyakit kolestrol korang tak payah la nak susah - susah toskan minyak tersebut.

Sementara tunggu ketam dan terung tu ditoskan minyaknya, korang boleh la buat bahan lain.. then panaskan kuali lagi.. then tuang minyak lagi (yang tadi korang dah cuci la ) tapi kali tak perlu guna banyak minyak.. serius ni menumis bahan2 juga tak perlu banyak pasal sayur terung tadi dah banyak serap minyak. panas jer minyak tu korang campakkan bawang putih, bawang merah, halia kat kuali tumis sampai sedikit naik bau then campak lagi cili padi, lada besar dan bawang besar tadi tumis sampai baunya cukup utk korang jadik lapar then tuang sikit sos tiram, air asam jawa dan beberapa sudu taucu botol tadi ikut suka anda,,, awas taucu botol tu masin jgn terlampau k. tuang air reverse osmosis sikit (ikut suka korang jugak) then biarkan sekejap hingga mendidih then bubuh garam dan aji no moto secukup rasa.. bila kuah tu nampak nak pekat korang bubuh ketam yang  dah kena goreng tadi kat dalam kuah tu then kacau hingga sebati then masukkan sayur terung tadi kacau pelan - pelan supaya terung tu tak hancur.. then rasa - rasa macam dah ok then korang hidangkanlah ikut suka hati korang.

Ok lah takat ni saja rancangan memasak kita hehehe nanti kalau aku masak resepi baru aku akan share lagik ngan korang di dalam blog ni... Selamat Mencuba dan sebelum makan jangan lupa baca doa makan.....

12 comments:

Ijau D. Koceng said...

apsal nama resepi kali ni agak biasa2? kehabisan nama horror?

(katam-katam)

JAIRO said...

lama aku ndak masak.. tiada idea mau kasi nama apa.... selalu sebelum aku masak nama resepi tu dah ready hehehe ni impromtu punya rancangan masakan hehehehe aku hijack dapur tadi hehehe

nursarah said...

tu dia chef jairo mengajar kelas masakan..heee!

♠♥♠ayudeadwish♠♥♠ said...

ko ni~
hebat!!!!

aku masak megi pon tak reti~
adeke masak megi letak daun kucai~
aku ingtkan daun bawang~

hee~

Jairo said...

nursarah: heheheheh meh jom main masak2

ayu: adei bubuh daun kucai? tak pelik ker rasanya?

pakcik kordi said...

Ketam Taucu Bertemankan Terung???WARGH!!!!!!rare tul nama beliau tersebut!kehkehkehhh...ilan syampui bawang jackie chan mcm cilaka....hahaha..

ketam anorexia tk blh blah!!!hahahahahahaa......hadui la jairo!!!

nt boleh la mskkn utk bloggers...heheh...

SkiD said...

Main masak2 le pulak...

Aelfi said...

fuyoohh brader.tgk blog dah tengkorak2,skali bg tips masakan yg terbaik.lu mmg best.nampak sedap ni.
taknak buat open house ke?

deaf_angel said...

aku suka makan ketam, tapi aku sangat malas nak keluarkan isi dari kulit nye itu huhu

Portdy said...

sama cam dep,

kalau makan ketam wife yang tolong bukak ambik isi,
kalau makan sendiri nanti terselit kulit kat gigi

JAIRO said...

kalau korang nak rasa masakan aku datang la beraya masa raya kedua aku buat open house hehehehe

Nizam said...

puiiiii...kecor ayor lior teman chorr!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT