Saturday, October 11, 2008
GAMBAR PENCABUL YANG DIKEHENDAKI POLIS
Friday, October 10, 2008
AKTA HUBUNGAN KAUM
23rd September, 2008
KUALA LUMPUR: Apabila seorang menteri Kabinet Sarawak berkata bahawa negeri itu tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubung hubungan kaum, rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung mungkin berpendapat bahawa menteri itu hanya bergurau.
Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan juga Sabah, sama ada pernah bekerja dan tinggal di sana untuk tempoh tertentu boleh menjamin bahawa Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memberi penilaian yang jujur mengenai hubungan kaum di kedua-dua negeri itu.
“Ini kerana wujud sikap tolak ansur antara kaum di kalangan penduduk sejak sekian lama.
“Selain orang Melayu, Cina dan India, Sara-wak mempunyai 33 kumpulan etnik dan mereka telah tinggal bersama dalam suasana aman malah sebelum merdeka. Saya berpendapat tidak ada gunanya mempunyai undang-undang sedemikian dan kita tidak memerlukannya,” kata Awang Tengah pada Jumaat... Klik di sini----->NEW SABAH TIMES untuk meneruskan pembacaan.
-------------------------------------------------------------------------
Apa yang dikatakan di dalam berita ini adalah benar.. tidak perlu ada akta hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Keadaan di Sabah & Sarawak adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.... Hubungan antara kaum, bangsa, dan agama sangatlah baik tanpa sebarang sikap prejudis. Perbandingan ini aku katakan atas dasar pengalaman aku tinggal di semananjung (walaupun tak lama) yang mana telah memperlihatkan situasi di sana adalah tidak sama dengan apa yang berlaku di Sabah & Sarawak.
Aku tak tau sangat mengenai keadaan yang berlaku di negeri Sarawak namun menurut daripada rakan - rakan dari sana cara hidup dan pergaulannya tidak banyak berbeza. Di Sabah terdapat pelbagai etnik bangsa dan kaum di mana ianya boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, Cina, India, dan Lain - lain. Setiap kategori yang aku sebutkan tadi ingin aku beritahu bahawa terdapat pelbagai bangsa dan kaum telah tersenarai di dalamnya. Sebagai contoh, di mana saya hanya menyatakan beberapa suku kaum bagi setiap kategori iaitu seperti yang berikut:
- Bumiputera Islam - Melayu, Brunei, Kedayan, Bajau, Bisaya, dan Dusun (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
- Bumiputera Bukan Islam - Kadazan, Murut, & Sino Kadazan (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
- Cina & India - ni tak perlulah aku terangkan
- Lain - lain - bangsa yang tersenarai di dalam kategori ini selalu terdiri daripada bangsa & suku kaum yang bilangannya agak kecil di sesebuah kawasan. Sebenarnya bahagian ni aku tak berapa pasti bagaimana nak menerangkan. Selalunya ia terdiri daripada campuran dari 2 atau lebih suku kaum dan bangsa. ntah la.. so sesapa yang dapat explain please do it so...