Friday, October 10, 2008

AKTA HUBUNGAN KAUM

Hubungan kaum tidak pernah menjadi isu di Sabah dan Sarawak 
23rd September, 2008 

KUALA LUMPUR: Apabila seorang menteri Kabinet Sarawak berkata bahawa negeri itu tidak perlu kepada sebarang undang-undang berhubung hubungan kaum, rakyat Malaysia yang berasal dari negeri-negeri di Semenanjung mungkin berpendapat bahawa menteri itu hanya bergurau.

Tetapi bagi mereka yang tahu mengenai Sarawak dan juga Sabah, sama ada pernah bekerja dan tinggal di sana untuk tempoh tertentu boleh menjamin bahawa Datuk Seri Awang Tengah Ali Hassan memberi penilaian yang jujur mengenai hubungan kaum di kedua-dua negeri itu.

“Ini kerana wujud sikap tolak ansur antara kaum di kalangan penduduk sejak sekian lama.

“Selain orang Melayu, Cina dan India, Sara-wak mempunyai 33 kumpulan etnik dan mereka telah tinggal bersama dalam suasana aman malah sebelum merdeka. Saya berpendapat tidak ada gunanya mempunyai undang-undang sedemikian dan kita tidak memerlukannya,” kata Awang Tengah pada Jumaat... Klik di sini----->NEW SABAH TIMES untuk meneruskan pembacaan.

-------------------------------------------------------------------------

Apa yang dikatakan di dalam berita ini adalah benar.. tidak perlu ada akta hubungan kaum di Sabah dan Sarawak. Keadaan di Sabah & Sarawak adalah sangat jauh berbeza jika dibandingkan dengan di Semenanjung Malaysia.... Hubungan antara kaum, bangsa, dan agama sangatlah baik tanpa sebarang sikap prejudis. Perbandingan ini aku katakan atas dasar pengalaman aku tinggal di semananjung (walaupun tak lama) yang mana telah memperlihatkan situasi di sana adalah tidak sama dengan apa yang berlaku di Sabah & Sarawak.

Aku tak tau sangat mengenai keadaan yang berlaku di negeri Sarawak namun menurut daripada rakan - rakan dari sana cara hidup dan pergaulannya tidak banyak berbeza. Di Sabah terdapat pelbagai etnik bangsa dan kaum di mana ianya boleh dibahagikan kepada 5 kategori iaitu Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, Cina, India, dan Lain - lain. Setiap kategori yang aku sebutkan tadi ingin aku beritahu bahawa terdapat pelbagai bangsa dan kaum  telah tersenarai di dalamnya. Sebagai contoh, di mana saya hanya menyatakan beberapa suku kaum bagi setiap kategori iaitu seperti yang berikut:

  • Bumiputera Islam - Melayu, Brunei, Kedayan, Bajau, Bisaya, dan Dusun (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  • Bumiputera Bukan Islam - Kadazan, Murut, & Sino Kadazan (hanya sekadar menyatakan beberapa suku kaum).
  •    Cina & India - ni tak perlulah aku terangkan
  • Lain - lain - bangsa yang tersenarai di dalam kategori ini selalu terdiri daripada bangsa & suku kaum yang bilangannya agak kecil di sesebuah kawasan. Sebenarnya bahagian ni aku tak berapa pasti bagaimana nak menerangkan. Selalunya ia terdiri daripada campuran dari 2 atau lebih suku kaum dan bangsa. ntah la.. so sesapa yang dapat explain please do it so...

Walaubagaimanapun, masyarakat di Sabah dapat bergaul antara satu sama lain tanpa banyak karenah biarpun berlainan agama & bangsa apatah lagi fahaman politik masing - masing.  Namun tidak dapat aku nafikan bahawa golongan yang pilih bulu masih ada wujud di Sabah. Pilih bulu di sini dirujuk sebagai golongan yang sensitif dalam pergaulan dari sudut bangsa, agama & fahaman politik akan tetapi bilangannya tidak banyak.

Bagi pendapat peribadi aku, hubungan antara kaum kita yang harmoni ini telah dipolitikkan oleh pihak - pihak yang tertentu. Sebenarnya sebelum ini, aku rasa di Semenanjung Malaysia juga tiada pernah ada kes serius yang melibatkan hubungan kaum... mungkin rakyat Malaysia telah mengambil iktibar daripada kejadian 13 Mei. Cuma ada beberapa pihak yang sanggup mengadaikan keamanan dan kesejahteraan ini atas sebab kepentingan peribadi yang ingin dicapai. Bagi aku, golongan ini adalah PETUALANG!!! Petualang durjana yang maha ZALIM dan di laknat!!! Pada aku, golongan ini bukannya tempat di dunia ini akan tetapi patut berada di sudut NERAKA JAHANAM yang paling hina. Pesanan aku kepada mereka pigi mampuslah!!! Aku teringin nak berak di atas kubur mereka... (ada sesapa nak join?).

Aduh... teremosi sudah aku... apa - apa hal, aku ingin menyeru kepada anda semua yang membaca post ini supaya sama - sama kita membenteras atau menyangkal sebarang propaganda yang boleh menjurus kepada ketegangan dan pepecahan kaum. Tidakkah anda ingin tinggal di sebuah tempat yang aman dan harmoni tanpa sebarang prejudis dan diskriminasi? errmmm tepuk dada tanya selera... (btw aku lapar la..). Sekianlah dulu takat ni.. nanti kalau ada idea aku akan tulis lagi... Sila betulkan jika ada sebarang kesilapan di dalam penulisan ini. Terima Kasih Daun Keladi, Lain Kali Datanglah Lagi... Cheers....

2 comments:

Anonymous said...

Bungaraya berkata-kata.
Cukup bernas ucapan anda.
Kalau nak sedar para pembaca semua
sedarlah dari sekarang bahawa bunuh membunuh diantara kaum itu adalah tidak baik dan aku rasalah tentu sekali dilaknat oleh Allah SWT. Kami di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan sudah lama mengamalkan kahwin campur. Antara murut-kedayan, cina-kadazan, bajau-brunei, pakistan-sungai dll. Di Sabah langsung tidak menghadapi halangan. Cuma ada sikit-sikit kalau melayu mau kahwin cina atau India. Bagaimanapun pendekkata kami telah lama menganggap bahawa dunia ini adalah milik semua makluk Allah dimuka bumi ini.
Aku masih ingt semasa USNO menjadi pemerintah negeri Sabah suatu kekrika dulu. Apabila USNO kalah sama BERJAYA, terdapat taukeh Cina yang menangis kerana kalahnya USNO ditangan BERJAYA. Ketika kekalahan USNO tu aku masih Tingkatan Enam Atas, Kawan ku yang berbangsa Dusun dari Tambunan menangis teresak-esak kerana kekalahan USNO itu. Apa yang hendakku katakan bukannya kekuatan BERJAYA tetapi betapa bersatunya berbilang bangsa di Sabah didalam satu parti tanpa mengira bangsa dan keturunan.

JAIRO said...

thanx for your comment anonymous bunga raya... itulah salah satu keindahan negeri kita sabah di bawah bayu....