Thursday, January 15, 2009

JUARA - JUARA KEMBAR - JILID KEDUA

Semasa sekitar pertengahan tahun 1990 -an aku telah terjebak ke kancah perkomikkan. Masa tu aku masih sekolah lagi... Aku dgn beberapa orang kawan rapat dan di antaranya salah seorang band member aku yang enggan namanya disiarkan membuat satu persatuan di mana ahlinya di mestikan melanggan sekurang - kurangnya 2 tajuk komik Hong Kong yang terbit setiap dua minggu. Dengan bilangan ahlinya yang boleh dihitung dengan jari maka kami dapat mengumpulkan beberapa koleksi tajuk komik Hong Kong yang memang meletup macam Mawi pada masa tu. Di antara tajuk kesukaan aku ialah komik Juara - juara Kembar karya Ho Zhi Wen. Fuh masa tu kitaorg memang fanatik ngan pelukis komik Hong Kong yang bernama Tony Wong. Kira dia top abis la masa tu.. kebanyak komiknya mmg laris di pasaran. Juara - juara Kembar ni bagi yang tak pernah baca komik adalah mengisah ttg adik beradik kembar yang dipisahkan dari kecil dan di asuh supaya menjadi musuh apabila mereka besar kelak. Mengapa mereka diasuh macam tu? Hahahaha ini semuanya gara2 dua orang minah cantik yang kecewa kerana cinta mereka ditolak oleh bapa sikembar ni.. hahahahahah punya busuk hati... So, Overall, kisah komik ni adalah berkisarkan ttg kembar ni...




4 gambar di atas adalah di antara watak utama komik ini...

Kalau korang nak baca komik ni... klik pada image utk paparan yang lebih jelas...















Ok, Salah satu sebab mengapa aku buat entri ni adalah, ada suatu masa tu kalau tak silap aku di penhujung tahun 1999 or 2000 kat RTM 2 ada siarkan drama mandarin kalau tak silap aku ttg cerita dlm komik ni. Kira komik ni di terbitkan ke tv la cam citer X men... Tapi aku dah lupa tajuknya... So, aku minta la jasa baik para pembaca sekalian sapa - sapa yang ingat tajuknya tolonglah kasi tau aku pasal aku nak beli/copy or donlod drama ini... hahahahah so, jgn la segan2 kasitau k... Cayunk Korunk.... XoXoxOxOxO

Wednesday, January 14, 2009

KREDIT USD1000 DI FACEBOOK! - EMAIL DARI ANWAR YASIN

Email ni aku dapat dari seorang mamat yang bernama Anwar Yassin. Kira dia ni adalah usahawan internet yang berjaya... aku tak pasti sangat tapi kekadang ideanya mmg bernas so, tak sala untuk kita baca maupun praktiskan kalau anda mau.. (aku belum try semua la kaedahnya.. heheheh)... silakan membaca....

p/s: aku share ni pasal facebook sekarang ni dah digunakan secara meluas termasuklah aku.. tapi aku guna facebook utk main online game jak hehehehehe main mob war....

------------------------------------------------------------------------------

Salam sejahtera Jairo,


Apa khabar ? Anwar Yassin di sini. Saya harap
anda sihat-sihat selalu. Macammana dengan bisnes
internet anda ? Jika ia belum membuahkan hasil,
usaha dengan lebih gigih lagi. Mungkin anda perlu
variasikan teknik pemasaran yang anda lakukan.

Baiklah, hari ni saya nak bercerita tentang facebook.
Anda ada akaun facebook tak Jairo ? Jika
ada, saya nak ucapkan tahniah.

Kenapa saya ucapkan tahniah ?

Sebabnya anda hanya tinggal beberapa langkah sahaja
lagi untuk menjadikan perniagaan online anda
terkenal dengan teknik pemasaran yang berkesan dan
yang paling penting, cukup murah !

Anda mungkin mengetahui perihal facebook kerana
ianya merupakan laman web social di internet.
Tapi, fungsinya bukan setakat itu sahaja, facebook
sebenarnya merupakan salah satu daripada agen
pemasaran yang amat berpengaruh di internet.

Sebelum ini, teknik pemasaran melalui facebook ini
masih belum didedahkan di dalam negara kita. Hanya
segelintir pihak sahaja yang mengetahuinya, itupun
mereka simpan sahaja rahsia tersebut.

Cuma baru-baru ini sahaja, terdapat satu panduan
yang membongkar rahsia bagaimana kita boleh
memasarkan produk atau program affiliate yang
kita sertai di facebook.


**********************************************************
Sekilas Pandang Tentang Panduan Facebook Ads
**********************************************************

Rakan saya Ridzuan baru sahaja melancarkan satu
panduan berkenaan dengan pengiklanan di facebook.

Panduan ini merupakan satu pembongkaran teknik
rahsia bagaimana seorang usahawan internet itu
dapat memasarkan produknya dengan kos yang teramat
rendah di facebook.

Saya baru sahaja membeli panduan ini dan sedang
'menghadam' ilmu-ilmu yang dibongkarkan di dalamnya.

Jika anda mahu mengetahui dengan lebih lanjut teknik
rahsia yang diketengahkan di dalam panduan ini,anda
boleh ke sini:

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Xcl8&mc=3&s=iMSYN&y=P& (<----------lepas aku klik hyperlink ni terus masuk satu site yang suruh aku beli satu ebook berharga rm70)

Daripada apa yang saya perolehi melalui panduan ini,
saudara Ridzuan telah membongkar satu teknik bagaimana
beliau boleh menjana kredit pengiklanan di facebook
sebanyak USD1000 dalam masa hanya 24 jam sahaja. :)

Teknik pemasaran ini telah dicuba keberkesanannya
oleh usahawan-usahawan internet di Malaysia dan
tenyata ia memang memberikan output yang sangat
memberangsangkan.

Jadi, sekiranya anda mahukan informasi selanjutnya
berkenaan dengan panduan ini, anda boleh ke sini
segera.

http://getresponse.com/click.html?x=a62a&lc=Xcl8&mc=3&s=iMSYN&y=P&
(<--- pas klik samalah juga dia suruh beli ebook....)

Sebelum saya terlupa, panduan ini hanya akan berada
di pasaran sehingga 28 Januari 2009 ini. Ini bagi
mengelakkan persaingan yang akan menyebabkan teknik
pemasaran di facebook menjadi tepu.

Jadi Jairo, rebut peluang ini segera
sebelum tawaran ditutup selama-lamanya oleh
saudara Ridzuan.

Ikhlas,

Anwar Yassin
IM 2/89, Taman Kota Ria, Bandar Indera Mahkota, 25200, Kuantan, Pahang, Malaysia

---------------------------------------------------------------------------------------

hahahahah apa pendapat korang? ada yang nak cuba ataupun sudah pun mencuba? bagaimana pulak dengan hasilnya? 

Tuesday, January 13, 2009

HUJAN DI JANUARI INI...

Hari ni dah hari ketiga hujan turun kat tempat aku, tadi pagi aku pi kerja tengok paras sungai sudah mula naik... nasib la jalan raya dah di naik taraf kalau tak kompem banjir dan aku terpaksa ponteng keja (yeeehaa). Namun aku jangkakan kalau berterusan dalam dua hari lagi aku tak dapat gerenti sungai tu boleh bertahan... mungkin boleh banjir kot...

Teringat aku masa kecik2 dulu, kalau musim hujan kompem banjir punyer dan masa tu aku tinggal di rumah nenek aku yang terletak dekat ngan sungai. Masa tu excited kalau hari nak hujan.. melilau la aku mencari tiub pelampung aku, hahaha org sediakan payung sebelum hujan manakala aku sediakan pelampung sebelum hujan. Baru aku sedar minat memancing aku ni terpupuk sejak masa kecil lagi. Masa tu arwah nenek masih ada lagi (sob... sob.. al - Fatihah) mesti ikut sibuk oleh aku pasal aku minta dia kasi buat aku joran pancing. Masa tu korang tau ikan apa yang paling banyak kat sungai... hahahahah tak lain tak bukan iaitu ikan puyu.. (kalau kami panggil ikan karuk) hahahaha. Masa tu aku akan ke sana dan ke mari untuk mencari port yang dapat dikesan sebarang kelibat ikan puyu.

Namun, memancing tu sebenarnya adalah decoy aku dan kengkawan aku utk menjalankan agenda yang lebih menarik iaitu hahahahahah main air... mmg best la sehari suntuk main air... untuk pengetahuan korang masa tu air sungai kat tempat aku bukan macam sekarang ni... airnya mmg jernih la sampai peringkat korang boleh tengok ikan kat dalam air. Sumpah tak tipu.. tapi sedihnya sekarang ni air sungai tu dah makin tercemar... Sekarang ni, jangan kan ikan puyu... mungkin pirana pun boleh kiok. kalau korang terjun kat sungai tu gerenti terus berkudis hahahahah.

Gambar: Pemandangan Sungai Kat Tempat Aku Selalu Bermain Air Disuatu Masa Dulu

Bila aku kenang - kenang masa dulu tu memang best la... masa skrang ni baru kau sedar napa mak aku selalu marah kalau aku main kat sungai masa air banjir. Rupa - rupanya mmg bahayalah.. arusnya yang deras boleh menghanyutkan sesiapa jak biar pun org tu handal berenang. So, skrang ni aku plak yang bising kalau nampak budak - budak main tepi sungai masa air banjir. Tapi aku tak nak la menjadi kill joy kepada budak - budak tu... Aku bising2 pun tapi aku suruh dorang main jauh sikit dengan sungai supaya kalau jatuh taklah hanyut oleh arus... main dekat2 tangga jak la dorang. Walaupun tak berapa best tapi masih ok.. lagi baik daripada tak kena main terus kan?

So, korang pun kena la berhati - hati terutamanya memandu semasa musim hujan ni yek... malapetaka bukan saja berlaku di sungai tetapi juga di jalanraya...

p/s: baru jak bapa aku kasitau yang dia terima panggilan daripada keluarga dan kenalan dari Sarawak yang menyatakan tempat mereka sudah di tenggelami oleh air...