Korang nak tau kat dalam dunia ada bermacam - macam jenis lelaki. Di sini aku nak senaraikan beberapa jenis yang "common" ataupun biasa dijumpai di merata - rata tempat...
1. HABIS MADU SEPAH DIBUANG
- lelaki jenis ini adalah seorang yang pembersih dan kemas orang. Ini kerana dia akan berasa rimas jika terdapat sampah sarap yang bertaburan berdekatan dengannya. Ini selalu berlaku jika ia telah menghabiskan madu yang dibelinya di pasaraya Gaint bagi tujuan membuat ayam panggan madu. Lantas botol madu yang kosong dan tulang ayam yang bertaburan di atas meja akan segera dibuangnya ke dalam tong sampah. Cara untuk menawan hati lelaki jenis ini adalah dengan menolong dia membuang sampah - sampah yang ada berdekatan dengannya. Dengan itu ia pasti akan sentiasa menyayangimu...
2. BAGI BETIS NAK PAHA
- Lelaki jenis ini plak seorang yang berani, jujur dan tidak pemalu. Dia mudah mesra dengan sesiapa sahaja yang berada disekelilingnya. Mengamalkan prinsip "Rezeki Jangan ditolak..." beliau takkan segan silu meluahkan perasaannya kepada anda terutamanya ketika anda sedang bertemu janji dengannya di Restoran Kantaki. Dia akan meminta paha ayam hot n spicy anda dengan selamba walaupun pada awalnya anda sudah pun memberi betis ayam kepadanya. Cuma satu keburukan lelaki jenis ini, mereka ini pelahap orangnya. Jika anda hendak menawan hati lelaki jenis ni pastikan korang pandai resepi paha ayam goreng yang masyuk....
3. MANIS MULUT DI BIBIR
- Jika anda hendak bercinta dengan lelaki jenis ini pastikan ianya seorang yang kaya kerana beliau mempunyai umur yang pendek. Dengan itu, anda mungkin berpeluang untuk membolot segala hartanya kelak pabila ia sudah mati akibat mengidap penyakit kencing manis yang kronik. Manis mulutnya itu adalah racun yang boleh memakan diri anda sendiri. Anda harus berhati - hati dengan jenis ini kerana anda boleh terjangkit dengannya. Ini kerana anda boleh ketagih makanan manis kerana selalu makan makanan tersebut ketika bertemu janji bersamanya. Untuk meraih cinta dari lelaki jenis ini anda hanya perlu tahu akan senarai manisan bermutu tinggi untuk dihadiahkan kepadanya.
4. LEMBUT GIGI DARI LIDAH
- Selalunya jenis lelaki ini agak matang orangnya. Sifat sabar mmg tidak dapat ditandingi oleh mana - mana jenis lelaki yang lain. Malahan anda mungkin akan hilang sabar dengan tahap kesabarannya. Dengan umur yang menjangkau lewat 60 an mmg sudah pasti gigi sudah tinggal gusi dan ianya memang akan lembut gigi dari lidah. Kesabarannya takkan goyah walaupun terdengar suara - suara sumbang yang mengejeknya semasa janji temu anda yang pertama. Ini kerana sistem bunyinya yang old skool tak dapat menangkap dan mencerna bunyi yang berada disekelilingnya. Anda perlu banyak bersabar dengan perkara ini. Dia akan berasa teruja dan gembira jika dipanggil abang ataupun sayang. Oleh itu, saya rasa anda pasti arif dengan hal sebegini.
5. TIKAM DARI BELAKANG
- Jauhkan diri anda dari lelaki jenis anda... Ini adalah jenis yang paling tidak berguna di dalam spesis lelaki. Ia pasti akan menyusahkan anda dikemudian hari. Jika anda berjanji temu ataupun keluar bersamanya, janganlah anda berjalan di hadapannya ini kerana ada kemungkinan anda akan ditikam dari belakang yang boleh menyebabkan kecederaan dan kematian anda. Tabiatnya itu tidak akan hilang sampai bila2 dan walaupun anda selamat daripada ditikam dari belakang ianya masih juga akan mendapat petaka dari perbuatannya. Anda akan kerap dipanggil oleh pihak polis untuk membantu siasatan kes mencederakan orang awam yang dilakukan olehnya kerana anda berada dilokasi semasa kejadian di mana jenayah itu dilakukan. Ini berlaku kerana beliau ingin melepaskan gian untuk menikam dari belakang gara2 gagal menikam anda pada janji temu yang pertama. So, amaran awal kepada anda.. ELAKKAN DIRI DARIPADA LELAKI INI!!!
Moga - mogaan tips ini dapat memberi manfaat kepada pembaca semua.. ahaks... cheers!!!