Wednesday, April 7, 2010

CLASH OF THE TITANS [ANTARA SUKA DAN BENCI...]



Ni adalah antara movie (re - make) yang aku tunggu - tunggu selepas melihat thillernya dimainkan kat panggung beberapa bulan yang lalu. Kali pertama aku tengok movie ni pada zaman aku kanak - kanak dulu.... kalau tak silap sekitar hujung tahun 80'an (dibuat tahun 1981). 1 April 2010 movie tu ditayangkan aku dah booking tiket sehari awal (takut jadi kes nak tengok transformer ari tu plak....)

Hari yang di tunggu pun akhirnya tiba aku p panggung satu jam lebih awal pasal nak cari makan... aku usha kat kaunter jualan tiket, show utk COTT ni dah sold out next how pun aku tengok selling fast gak.. fuh... rupaya ramai jugak orang yang tunggu movie ni.... mmg layak la pasal kalau dulu movie ni box office mesti sekarang pun camtu jugak kan?

Terus terang aku katakan masa aku tengok COTT versi lama dulu ak tak la begitu faham sangat citernya.. yang aku ingat org lawan monster ngam pompuan rambut ular. Masa tu aku tak faham bahasa english lagik so, layan gambar jerlah kekekekekeke. Kebetulan masa tu aku minat giler ngan citer2 cam Sinbad, Conan , dan yang berkaitan. Masa tu perasaan aku tengok movie ni mmg excited giler la. Jangan kita nak bandingkan teknologi dulu dengan sekarang la itu mmg sgt jauh berbeza tapi malangnya excitment yang aku pernah rasa dulu tader plak masa wayang tu start.Aku tak pasti kat mana silapnya wayang ni tapi tak la WOW sangat bagi aku. Dah la watak Zues tu macam gay jer aku rasa then bab actionnyer macam tengok citer 300 tak siap.... tapi tak la buruk sangat.... Kalau korang tengok bab dorang kena kejar Kala Jengking raksasa mesti korang ingat satu babak transformers yang askar amerika kena kejar kat padang pasir (tapi kasi downgrade la sikit).

Walaubagaimanapun, masih terdapat watak yang kool dlm citer ni seperti watak DJinn ngan Hades... Aku rasa kalau bukan pasal drg mmg mata aku akan berasa pedih kerana mengantuk. Pujian ini juga untuk watak Io mmg cun (tapi tak leh nak lawan peranan megn fox dlm transformers). Io cun secukup rasa tak over sgt hingga tenggelamkan watak lain.

Biarpun banyak komen negatif yang aku kasi pasal movie ni aku masih rasa berbaloi untuk tengok citer ni kat panggung. Tapi kalau nak layan kat panggung sampai dua kali taknak la.. Secara peribadi wayang ni patut di tonton sebelum aku tengok wayang Percy Jackson and The Lightning Thief tempohari.. tak tau la napa... apa2 pun korang p la layan movie ni. Mungkin aku expect banyak sangat kat movie ni...

p/s: kalau aku tau gini jadinya baik aku p beli tiket wayang How To Train Your Dragon.....

10 comments:

Anonymous said...

how to train your dragon best oooo... aku tgk 2 kali, ndak2 ngan 3D, xpe next time ada cinema 3D ko buleh tgk..

Rienz said...

huhuhu...best tengok citer2 mitos greek nih...mnat gler

JAIRO said...

anon: aku mmg nak tengok how to train to dragon tu

rienz: yup mmg best yearrgghh

Ijau D. Koceng said...

aku tgk muvi ni ahad lps... best? bolehla, tp pasal dah tau jln cerita mcm x thrill sgt (dah pnh tgk versi 80an yg 'karau')

tp sblm tu tgk preview ironman 2 & prince of persia sands of time! dua2 mmg gempak! ironman xpyh cerita la... tp POPSOT tu mmg sebijik mcm dlm game (wlupun customenya mcm dlm game POPWW/POPT2T dan bknnya POPSOT)

JAIRO said...

ironman 2 dalam list aku juga.. kompom aku review tu kalau tinguk... prince of persia aku ndak layan gamenya tapi macam menarik... mungkin pasal sudah tau cerita buat COTT tu ndak berapa thrill

berteromber said...

ntah la beb...kecik2 dulu aku pun suka cerita2 genre camgini...tapi sejak2 meningkat remaja ni (heheh)...aku suka pulak cerita2 genre drama...contoh yg baru aku tgk 2 minggu lepas "Up In The Air"...

JAIRO said...

berteromber: aku ingat ngko layan drama hotel mania kekekeke

SkiD said...

Lama dah tak tengok wayang...tunggu versi sedut je laa..

pakcik kordi said...

tak sabo nk download!~

kah kah kah!!!

crystalzerosix said...

belum tengok lagi...tp tengok preview mantap tuh...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

RAKAN & TAULAN

Follow by Email

JUMLAH PELAWAT

SEJAK 8HB SEPTEMBER 2008 (ISNIN) JAM 1.10 PETANG +8GMT